Kaitan gaya tulisan dengan personaliti.

By Cikla Shahril - April 16, 2016

Walaupun takde kajian yang membuktikan kesahihan kaitan antara gaya tulisan dengan personaliti, tapi tak salah kot kalau kita 'saja saja' nak menilainya. Orang cakap, saja suka suka. Jom kita lihat apakah personaliti seseorang itu dipengaruhi oleh gaya tulisan mereka. Meh baca.

Kaitan gaya tulisan dengan personaliti.
Kaitan gaya tulisan dengan personaliti. Kredit Google.

Menulis dengan tulisan berhuruf kecil; mereka disifatkan suka bersendirian dan pendiam. Tapi, mereka juga rajin dan pandai, di samping mempunyai daya pemikiran yang inovatif dan kreatif.

Menulis dengan tulisan berhuruf besar; mereka dikatakan bersifat aktif dan sukakan perhatian. Tulisan yang lebih besar dari biasa dikatakan mencerminkan diri si penulis yang suka bergosip *kalau diberi peluang. Hehe.

Menulis dengan tulisan serong ke kanan; mereka disifatkan seorang yang ekstrovert, selain suka bergaul, aktif dan ceria. Mereka juga biasanya sibuk dan banyak meluangkan masa dengan kawan kawan.

Menulis dengan tulisan serong ke kiri; golongan ni dikatakan berlawanan dengan mereka yang menulis dengan tulisan serong ke kanan, iaitu bersifat introvert. Mereka juga dikatakan suka bersendirian dan membuat pilihan bersandarkan kepada pengalaman yang lalu, dan bersikap agak pentingkan diri.

Menulis dengan tulisan tegak; mereka disifatkan lebih neutral dan berpendirian tetap serta positif terhadap diri sendiri. Mereka juga agak teratur dan tak suka buat andaian tanpa bukti yang kukuh.

Menulis dengan tulisan lebar; mereka ini dikatakan tak suka ikut perintah, dan kesan dari sikap ni mereka selalu dipinggirkan oeh kawan kawan. Sikap suka memberontak dan kadang kala lantang membuat keputusan berani juga dikatakan sikap golongan yang menulis tulisan sebegini.

Ini semua hanyalah 'agakan' saja. Nak percaya pun macam ada yang tak kena je kan. Tapi, mungkin bagi sesetengah orang pulak, memang kena pulak dengan sikap mereka. Hishh. Takpelah. Anggap ni suka suka aje. 

Just for fun.

Sumber : Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Nak recall balik cara penulisan sebab dah lama sangat tak menulis. Hihi

    ReplyDelete
  2. Boleh ni dijadikan asas meramal sikap kawan2 yg baru kenal.

    ReplyDelete
  3. Bila dah lama sangat tak menulis, tulisan jadi lain.. dah tak tahu serong ke tegak..

    ReplyDelete