Kesalahan memakai tudung, tanpa kita sedar!

By Cikla Shahril - April 04, 2016

Memakai tudung sememangnya dituntut oleh Islam sebagai cara untuk menutup aurat. Pernah tak kita terfikir, adakah kita bertudung ni sebab memang kita benar-benar ikhlas *niat kita mengikut apa yang dituntut, atau sekadar mengikut fesyen dan trend sekarang.

Tak dinafikan memang banyak 'lambakan' tudung pelbagai jenama dan fesyen di jual di pasaran *Adijuma lah, Fareeda lah, Naelofar lah dan macam macam lagi

Sebenarnya, nak berfesyen tak salah pun. Berfesyenlah. Tapi, biarlah mengikut syariat. Syariat mengariskan pemakaian tudung adalah tak terlalu singkat, mesti labuh dari paras dada, tak ketat atau terlalu nipis dan tak ikut bentuk badan.

Walaubagaimanapun, ada pendapat mengatakan kalau sesorang bertudung tak semestinya ikut syariat. 

Maknanya di sini adalah orang mengganggap bila seseorang itu bertudung, dia sudah mengikut syariat islam padahal jenis tudung yang dipakai juga perlu dititikberatkan supaya tudung yang dipakai itu mengikut apa yang digariskan oleh Islam.

Jom cikla nak share apakah kesalahan dalam pemakaian tudung yang mungkin kita tak sedar ia salah.

Kesalahan memakai tudung, tanpa kita sedar!
Sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah. - Image credited to google.

  1. Pakai tudung sebab nak tutup bahagian rambut je, tapi bahagian lain tak tertutup. 
  2. Pakai tudung tapi masih memakai T-shirt berlengan pendek. 
  3. Pakai tudung tapi masih memakai pakaian yang mengikut bentuk tubuh, dengan kain terbelahnya. 
  4. Pakai tudung tapi masih memakai baju dan seluar yang sendat, ketat, sempit dan nipis. So, ternampaklah kawasan kawasan yang tak sepatutnya. *pepaham jelah ye.
  5. Pakai tudung tapi tudungnya longgar pulak sampai nampak jambul dan hujung rambut. 
  6. Pakai tudung hanya ke pejabat. Kalau ke tempat lain memang tak pakai. *kira pakai tudung on off lah niKejap pakai kejap bukak.
  7. Pakai tudung yang diikat ke belakang leher, so nampaklah bahagian dada yang tak ditutupi tudung. *style mak-mak dulu dulu ni.
  8. Pakai tudung yang material nya nipis dan jarang sampai boleh nampak sanggul tinggi awak tu, leher, tengkuk dan dada. *lutsinar ni, hehe.

So, pada pendapat cikla tak salah nak berfesyen, tapi ikutlah apa yang disuruh. Banyak je tudung yang mengikut syariat, yang labuh-labuh. So, pilih ajekan. Rasanya kalau tudung berfesyen pun ada dijual dalam pelbagai saiz kan *XL, L, M, S.

Pilih je lah saiz yang sesuai dengan kita. Janganlah awak yang dewasa tu beli tudung saiz S. Memanglah tak padan. Hehe. Semoga kita sentiasa memperbaiki niat kita dalam memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Istiqamah ye semua. Insha Allah.

Sumber : KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Alhamdulilah ... Artikel yang terbaik... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama samalah kita saling ingat mengingati..

      Delete
  2. good entry. nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi ingatkan.. nasib nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama umie.. Saling mengingati mmg dituntut kan...

      Delete