Punca susah mengandung.

By Cikla Shahril - April 04, 2016

Cikla percaya, semua pasangan yang dah berkahwin mesti nak kan anak kan? Siapa yang tak nak anak kan untuk sambung zuriat keturunan sendiri. Betul tak? 

Tapi, orang cakap itu semua rezeki kan. Ada yang cepat dapat anak, dan ada jugak yang sebaliknya. Macam-macam usaha dilakukan demi mendapatkan zuriat tanda cinta, tapi Allah lebih mengetahui apa yang berlaku.

Sebenarnya, ada topik yang cikla nak share dan cikla rasa kita sebagai isteri dan perempuan patut tahu adalah mengapa susah untuk mengandung. 

Kalau korang nak salah satu punca susah untuk mengandung adalah mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Sebenarnya,  ia melibatkan  ketidakseimbangan fungsi organ edokrin. Kalau korang nak tau, tisu lemak *adipos adalah salah satu dari organ ini. 

Ketidakseimbangan ini menyebabkan berlaku rintangan kepada hormon insulin dan peningkatan hormon androgen *hormon seksual lelaki

So, perubahan ni akan menyebabkan proses ovulasi *pelepasan telur dari ovari terganggu dan mengalami kerencatan. Kesannya wanita itu jadi tak subur. 

Masalah haid yang tak teratur sama ada tak datang haid dalam tempoh yang lama atau haid yang terlalu sikit jugak mempengaruhi. Kadang-kadang kalau haid yang terlalu kerap dan berpanjangan jugak boleh menyebabkan anemia. 

Selain itu, obesiti jugak turut menjejaskan kualiti telur dan penerimaannya di dinding rahim. Ia lebih berisiko berbanding dengan biasa. 

Pada peringkat awal mengandung, dianggarkan 16% risiko mengalami keguguran. Mereka perlu menjalani ujian gula dalam darah untuk pastikan status potensi mendapat kencing manis. Ia biasanya dilakukan 1-2 kali sepanjang tempoh mengandung. 

Ibu hamil yang menghidap GDM *pregestational diabetes  perlu menjalani pemeriksaan gula darah dan kerap menjalani pemeriksaan kehamilan supaya bacaan gula darah terkawal. 

Sebenarnya, kalau pengawalan gula ini penting untuk mengelakkan bayi yang dilahirkan besar, air ketuban berlebihan, jangkitan faraj dan saluran kencing, kelahiran pramatang dan susah bersalin. *nauzubillah

Selain itu, tempoh hamil bagi ibu mengandung yang obes dikatakan lebih panjang dan proses induksi kelahiran lebih kerap digunakan. Risiko bersalin secara pembedahan juga sebanyak 7% berbanding ibu dengan berat badan normal.

Tapi jangan risau, memang ada beberapa cara untuk wanita obes kalau mereka merancang untuk mengandung. 

Pertama sekali, kena berusaha untuk turunkan berat badan sebab cara ni dapat meningkatkan kesuburan dengan cara natural. 

Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat. Bukan diet tak makan tau. Tapi, menjaga kuantiti dan kualiti makanan yang di ambil.

Bersenam jugak penting sebab untuk tingkatkan kadar pembakaran lemak, selain dari membina otot-otot yang akan terus kekal tingkatkan kadar metabolism tubuh walaupun sedang berehat. 

Di samping tu pengambilan ubat yang sesuai untuk turunkan berat badan, dan tak salah kalau melibatkan duri dalam program pelangsingan badan.

Bagi cikla, semuanya perlu usaha. Kalau kita nak kan sesuatu itu, kita usaha, usaha, usaha dan usaha sampai dapat. 

Pedulikan kata orang, lagipun mereka bukan Tuhan yang tentukan untung nasib dan rezeki seseorang. Jangan lupa berdoa jugak, itu senjata orang islam.

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan, Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments