Seorang lelaki matang.....

By Cikla Shahril - April 30, 2016

Ada perempuan suka memilih lelaki yang lebih matang dan berusia darinya untuk dijadikan teman hidup. Kalau cikla pulak, jodoh cikla adalah dengan lelaki sebaya. 

Korang macam mana ye? Lelaki seusia, matang atau lebih muda yang jadi pilihan? Tapi kan, kenapalah agaknya perempuan ni sukakan lelaki matang ye. Jom baca ni, kalau nak tau sebabnya.

❤ Seorang lelaki matang tau apa yang dia mahukan, dan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang dimahukannya serta memberi keutamaan kepada pasangannya terlebih dahulu. 

❤ Seorang lelaki matang akan serius memikirkan tentang masa depan dan cuba sedaya upaya membina kehidupan yang lebih baik. 

Seorang lelaki matang selalunya akan mencari perempuan yang pandai berdikari, menyokong dirinya, bijak dan mampu beri mereka masa depan yang lebih baik. 

❤ Seorang lelaki matang banyak dan selalu mencari inisiatif untuk mendekati perempuan idaman mereka dengan cara yang romantik, cool dan sopan. Mereka tak suka 'main terjah' je dan gelojoh.

❤ Seorang lelaki matang tahu bila masa yang sesuai untuk mereka bersosial dan melepak.

❤ Seorang lelaki matang lebih indah dan bijak dalam berkata kata. Ayat yang digunakan mesti terselit 'ayat ayat power' yang mudah membuatkan perempuan terpesona dan terpikat.

❤ Seorang lelaki matang sedar akan komitmen mereka pada tanggungjawab dan mereka dah bersedia dengan pelbagai komitmen hidup.

❤ Seorang lelaki matang mempunyai sifat dan sikap lebih membimbing.

Wah wah, kalau macam tu naiklah saham lelaki lelaki matang kat luar sana tu ye. Oklah, just info aje ni dan pembacaan kita bersama. 

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. singgah baca kejap.. bilalah dapat jumpa lelaki yang matang (gurau ye)

    ReplyDelete