Stress oh stress!

By Cikla Shahril - April 28, 2016

Bagi cikla dah jadi lumrah manusia memang berhadapan dengan stress. Tipulah kalau ada orang cakap dia tak pernah alami stress. Cikla tak percaya. Sikit atau banyak mesti kita pernah mengalaminya. Betul tak? 

Stress yang terlampau akan beri kesan pada kesihatan kita tak kiralah kesihatan mental atau emosi. Kita perlu mencari 'pelega' stress supaya kita dapat mengawalnya. 

Stress oh stress!
Stress oh stress! Kredit Google. 

Jom cikla nak share beberapa cara 'pelega' stress yang mungkin boleh dilakukan untuk mengurangkan stress yang dialami.

1. Lakukan meditasi dengan cara duduk dalam keadaan tegak dan letak kedua dua belah kaki ke  lantai. Kemudian, pejamkan mata, fokus tumpuan kita dan dalam nada perlahan ulang berkali kali kata kata yang positif. Letak sebelah tangan di perut supaya perkataan yang diucapkan sama dengan pernafasan. Biarkan apa yang mengganggu kita itu 'pergi' dengan sendirinya.

2. Lakukan pernafasan dalaman selama 5 minit dan fokus. Duduk tegak dan pejam mata sambil tangan diletakkan di perut. Bernafas perlahan melalui hidung, rasa pernafasan itu mula dari perut kemudian terus naik ke kepala. Ulangi masa kita bernafas melalui perut.

3. Sedar apa yang berlaku di sekeliling kita dan berpijak pada bumi yang nyata. Luangkan masa dan fokus terhadap deria kita, inshaAllah rasa stress akan berkurang.

4. Bersosiallah, cari kawan berbual sekurang kurangnya bercakap di telefon. Kongsilah apa yang kita rasa. Tapi kena pastikan yeman yang boleh dipercayai. Hubungan dengan sahabat pun jadi lebih erat.

5. Guna mental untuk imbas sejauh mana stress beri kesan pada badan kita setiap hati. Baring atau duduk tegak, mulakan pada ibu jari kaki dan terus naik ke kulit kepala untuk kesan bagaimana badan kita sedang rasa.

6. Letak balutan suam panas pada sekeliling leher dan bahu selama 10 minit. Sambil tu, pejam mata dan rehatkan muka, leher, bahagian atas dada, dan otot belakang. Alih balutan itu, kemudian gula bola tenis atau penggulung busa untuk melakukan urutan stress.

7. Ketawalah dengan kuat, sebab ia dikatakan boleh meringankan beban otak. Ia juga boleh merendahkan cortisol iaitu hormon tekanan tubuh dan mampu merangsang kimia otak iaitu endorphin. Tenangkan diri dengan menonton rancangan kesukaan kita, paling tak pun baca novel kegemaran.

8. Yang ni betul kot. Dengan mendengar muzik yang menenangkan boleh merendahkan tekanan darah, kadar denyutan jantung dan rasa gelisah. Kalau tak pun, lebih elok dengar alunan ayat suci Al Quran. Itu lebih menenangkan kan?

9. Bersenamlah, sebab ia boleh kurangkan kemurungan dan rasa gelisah. Paling tak pun beryoga atau walking walking pun boleh.

10. Bersyukurlah. Kalau boleh tulislah perkara perkara yang menggembirakan kita, contohnya tulis diari ke sebagai tanda kita mengingati apa yang berlaku dalam hidup kita. Nikmatilah hidup ni dengan penuh raa syukur.

Semoga kita semua terhindar dari stress yang melampau. Kalau stress pun, tanganilah ia dengan bijak. 

Sumber : Ruangan Kesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sangat bermanfaat...terima kasih berkongsi...stree ni macam viruskan...silap tangani lain jadinya..

    ReplyDelete
  2. haha! gud tips! selalu stress kot..aduyai..

    ReplyDelete