Tips penjagaan tangan dan jari.

By Cikla Shahril - April 21, 2016

Tak dinafikan gandingan tangan dan jari penting amat penting dalam kita melakukan macam macam kerja termasuklah mengemas rumah, mendail telefon dan sebagainya. 

Malah, ada orang lebih mementingkan penjagaan dua sekawan ni dari yang lain, dan ada yang cakap tangan juga boleh dijadikan 'sign' bila umur meningkat. Ye ke?  Hihi. 

So, jom cikla nak share beberapa tips macam mana kita nak 'manjakan' tangan dan jari kita supaya kekal sihat. In shaa Allah.

Tips penjagaan tangan dan jari.
Tips penjagaan tangan dan jari. Kredit Google. 

Tangan dan kuku jugak perlukan pelembap;

Sebab ia adalah salah satu cara kekalkan kesihatannya. Urut tangan dan jari dengan pelembap bersesuaian dan pakailah sarung tangan selepas memakai pelembap semasa tidur dapat membantu mengunci lembapan pada kulit tangan. Cubalah.

Elakkan memakai gel perias kuku secara berlebihan dan berilah masa rehat walaupun sekejap pada kuku;

Penggunaam gel ini terlalu kerap akan merosakkan kuku terutama ketika menanggalkan gel yang berwarna. Biasanya proses menanggalkan gel berwarna ni adalah dengan cara merendam dalam larutan aseton selama kira kira 10 minit. Lepas gel lembut, kuku akan dikikis. Kalau selalu sangat dibuat, lama-lama kuku akan kering dan rapuh.

Selalu memotong kuku;

Sebaiknya potong kuku paling tak pun setiap dua minggu jika kita mempunyai masalah kuku pecah atau rosak. Biasanya jururias tangan akan mencadangkan kita memotong kuku dengan bentuk hujung kuku yang bulat sebab ia mudah diuruskan dan bantu beri kekuatan pada struktur kuku daripada rosak atau pecah.

Jangan jadikan kuku sebagai alat;

Ada orang suka gunakan kuku untuk membuka penutup tin minuman atau menanggalkan tanda harga pada barang yang dibeli. Perbuatan ini akan menyebabkan banyak tekanan diletakkan di bahagian hujung kuku sampai menyebabkan ia pecah.

Gunakan lapisan asas bila merias kuku sendiri di rumah;

Lapisan asas ni dapat membantu melindungi kuku dari tercemar, dan memastikan warna kekal lama dan nampak menarik.

Ubah gaya hidup dan amalkan diet sihat;

Amalan diet seimbang dan sihat sememangnya membantu menguatkan struktur kuku. Protein dan kalsium dapat membantu tingkatkan kesihatan dan kekuatan dalaman kuku kita.

Pendek kata, semua yang dikurniakan oleh Allah pada kita perlulah dijaga sebaiknya. Bagi cikla, inilah tanda kita menghargai pemberianNya di samping ia dapat mengekalkan kesihatan kita supaya tak mendapat kemudaratan.

Sumber : Ruangan Hati.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Alhamdulillah...terima kasih perkongsian ni...

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan kata-kata tangan boleh menunjukkan usia kita dah meningkat. Hii. Kang asyik pentingkan penjagaan muka sampai yang lain terabai..

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tips penjagaan tangan ni.. Selalu terlebihkan penjagaan lain berbanding tangan ni..

    ReplyDelete