Wah, cantiknya mata dia. Apa rahsianya?

By Cikla Shahril - April 05, 2016

Orang kata, dari mana datangnya cinta. Dari mata turun ke hati. Mata memang menjadi organ terpenting pada manusia. Tanpanya, mana mungkin kita dapat melihat dan menikmati keindahan alam ciptaanNya. 

Bersyukurlah sebab kita diberi mata yang sihat dan baik. Anugerah ini memang tak ternilai. Ada orang cakap mata jugak menjadi antara 'daya penarik' seseorang itu. Siapa yang tak nak memiliki mata yang bundar, galak dan cantik bersinar. Betul tak?

Ada orang sanggup berhabis wang ringgit demi mendapatkan mata yang diidamkan. Sebenarnya, tak perlu pun tu semua. Ada beberapa tips yang boleh kita cuba untuk mendapatkan mata yang sihat bersinar.

Wah, cantiknya mata dia. Apa rahsianya?
Wah, cantiknya mata dia. Apa rahsianya? Kredit Google.

Kalau korang nak tau, dengan tidur yang cukup *sekurang kurangnya 6-8 jam sehari akan menjadikan mata kita segar dan bermaya. Kalau kurang tidur, mata akan jadi sembap, lesu, tak bermaya dan akan terbentuk lingkaran hitam di sekeliling mata *dah tak comel dah

Semua tau kebaikan meminum air kosong kepada badan kita. Minum sekurang-kurang nya 8 gelas atau 1L air sehari. Itu paling kurang tu. Kalau lebih lagi bagus. 

Air berfungsi sebagai pelarut, cooler, pelincir dan agen pengangkut ke seluruh badan. Kalau kita minum air yang cukup, ia dapat menghindarkan kita dari kulit kering dan cepat berkedut.

Perempuan dan solekan memang kawan karib. Mereka akan bersolek terutamanya pada mata *paling tak pun pakai maskara dan eyeliner. Apa yang penting, pastikan solekan ini dibersihkan terutama sekali sebelum tidur. 

Nak cuci solekan ni semua pun ada teknik yang betul jugak untuk pastikan semua solekan betul-betul bersih, tak tertinggal sikit pun, lagipun ia dapat elakkan bahan kimia meresap ke dalam mata. Nanti lain pulak penyakit dapat. Betul tak?

Amalan memakan makanan seimbang jugak bagus untuk mata, terutama buahan dan sayuran. Sayur berdaun hijau macam bayam dan cekur manis bagus untuk membekalkan lutein yang elok untuk kesihatan mata kita. 

Manakala, sayur dan buah berwarna kuning kemerahan pulak macam lobak, keledek dan tomato pulak elok sebab mengandungi vitamin A yang dikenali sebagai retinol yang penting dalam pembinaan pigmen untuk penglihatan yang baik pada waktu malam. *dalam hati, keju, kuning telur dan mentega pun ada vitamin A.

Kalau korang banyak melakukan aktiviti luar, guna cermin mata anti-UV untuk mengelakkan mata terdedah kepada sinar UV berlebihan. 

Ini boleh menyebabkan katarak, dan kalau kadar pendedahan terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan kornea, kanta dan selaput retina mata. 

Tapi, pilih cermin mata yang baik dan berkualiti sebab ia mampu halang silau dan boleh menyerap cahaya UV.

Wah, cantiknya mata dia. Apa rahsianya?
Wah, cantiknya mata dia. Apa rahsianya? Kredit Google. 

Senaman ringan untuk mata juga penting. Gerakan aje mata korang ke kanan ke kiri ke atas ke bawah dalam masa 5 minit untuk meredakan ketegangan di sekeliling otot mata. 

Kalau orang yang kerjanya asyik menghadap komputer bagus buat senaman ni. Selain itu, senaman dengan cara menutup mata secara perlahan sampai tertutup sepenuhnya sebanyak 10 kali juga bagus untuk elakkan mata terasa kering. Tak percaya?  Cubalah sendiri.

Bagi cikla, hargailah apa yang diberi pada kita. Cegah sebelum kena itu bagus sebab kalau dah kena memang payahlah nak kembali kepada asal.

Sumber : MyHealth, Kementerian Kesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. bab sayur masalah sikit. huhu. senaman ringan untuk mata tu boleh dipraktikkan. hihi

    ReplyDelete