31 May 2016

Tips solekan untuk berkulit cerah.

May 31, 2016 4 Comments
Tips solekan untuk berkulit cerah. | Assalamualaikum wbt. Teknik solekan untuk yang berkulit cerah, gelap mahupun sawo matang memang berbeza caranya. Kalau main hentam je bak kata orang, nanti nampak pelik pulak kan. Betul tak? Untuk yang berkulit cerah, meh baca apa yang cikla nak kongsikan ni. Bagi mendapatkan solekan yang mampan dan sesuai dengan kulit kita, kita perlu tau tips-tips tetentu yang bersesuaian. Untuk wanita yang berkulit cerah, korang boleh cuba tips solekan ni.

Tips solekan untuk berkulit cerah. 


Tips solekan untuk berkulit cerah.
Tips solekan untuk berkulit cerah. Sumber Google.

  • untuk pembayang mata, pilih warna rona semulajadi. 
  • kalau boleh, jangan gunakan penggaris mata yang berlebihan untuk menyerlahkan bentuk mata. 
  • kalau korang minat pakai bulu mata palsu, guna je. Tapi, pilihlah saiz natural dan tak keterlaluan. 
  • untuk bibir, tak salah sekali sekali oleskan warna merah *kalau mahukan perhatian. Tapi, bagi cikla rona nude pun dah ok, sebab ia menyerlahkan penampilan semulajadi.

Apa yang penting, kita kena pandai sesuaikan warna dengan kulit kita. Jangan nanti sampai nampak pelik dan over pulak makeup tu.. Orang pandang pun takdelah semacam je.. Betul tak? 


Sumber : Ruangan Ubah Imej.


*psssttt.... Nak tau tips macam mana nak pilih warna lipsticks? Baca SINI.

30 May 2016

SEGMEN BLOGLIST 2016 WILLYOU READTHIS.

May 30, 2016 11 Comments
Assalamualaikum wbt...

SEGMEN BLOGLIST 2016 WILLYOU READTHIS. | Sebelum tu, thanks Kak Hani sebab tag Cikla. Korang pun boleh join jugak... Sempat lagi ni...


http://be-readers.blogspot.my/2016/05/segmen-bloglist-2016-willyou-readthis.html
Klik banner untuk join.

So, Cikla pun nak tag....



Cikla nak share quote yang best ni jugak...


"Ingatlah dalam keadaan susah atau senang, Allah akan sentiasa bersama hambaNya...." 



Pemenang bertuah akan..... 

Blog pemenang akan featured di sidebae bloglist willYOUreadTHIS?, 2 blog dipilih berdasarkan trafik tertinggi, 3 blog dengan qoute paling menarik dan 2 blog dipilih secara random. 

Segmen tamat pada 7/6/2016. Selamat bersegmen semua. Oklah, sekian dulu, wassalam..... 

-TAMAT SUDAH-


PENCARIAN #8 BLOGLIST BY WAWAAHADY.

May 30, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

PENCARIAN #8 BLOGLIST BY WAWAAHADY. | Jom join segmen pulak. Senang je...


http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2016/05/pencarian-8-bloglist-by-wawaahady.html
Klik banner untuk join.

Pemilihan peserta dipilih melalui random.org dan penyertaan kurang dari 8 orang secara automatik akan menjadi bloglist blog wawa.  Segmen tamat pada 1/6/2016. Selamat bersegmen semua. Oklah, Sekian dulu, wassalam......

-TAMAT SUDAH-

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG.

May 30, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt...

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG. |  Join giveaway lagi... Macam best je giveaway ni... Moh kita join...


 http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/giveaway-comeback-cashmoney-by-mg.html
Klik kat duit RM10 tu kalau nak join. 


Syarat pun mudah yang amat. Hadiah pun best...

HADIAH-HADIAH YG BAKAL ANDA MENANGI :

CASH RM10 X 3 PEMENANG *RANDOMLY SELECTED*


Apa lagi jom join....  Giveaway tamat pada 1/6/2016. Boleh lagi nak join tu.. Jom jom.... Oklah, good luck semua. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15.

May 30, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15. | Siapa nak tambah koleksi tudung? Meh join giveaway ni... Cepat cepat.. Nanti masa dah tamat pulak.....


http://kasutkaca15.blogspot.my/2016/05/tudung-raya-dari-kasutkaca15.html
Klik banner untuk join.


DUA PEMENANG BERTUAH AKAN DAPAT TUDUNG FREE  YANG AKAN DIUMUMKAN KELAK. 
PENYERTAAN DIBUKA KEPADA ORANG SEMENANJUNG JE.

Tarikh giveaway mula pada 25/5/2016 sampai 31/5/2016.

Oklah, good luck semua. Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

Hodohnya parut demam campak. Meh cuba petua ni.

May 30, 2016 3 Comments
Hodohnya parut demam campak. Meh cuba petua ni. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang pernah kena demam campak, bila dah elok biasanya ia akan tinggalkan tanda hitam kan. Dah tentu dengan kesan ni dah nampak tak cantik dah.

Apa kata cuba petua ni, mana tau berkesan hilangkan parut ni semua...

Hodohnya parut demam campakMeh cuba petua ni. 


Hodohnya parut demam campak. Meh cuba petua ni.
Hodohnya parut demam campak. Meh cuba petua ni. Sumber Google.

Nak tau petua mudah hilangkan sakit tekak? Baca SINI.


Ambil beberapa helai daun semambu, dan giling sampai lumat. Kemudian, sapukan pada tempat berparut, biarkan ia kering. Lakukan 3 hari berturut turut atau sampai parut hilang. 

Selain tu, daun semambu jugak boleh direbus dan diminum airnya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak tu.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Petua.

GIVEAWAY CONTEST | Serunding Daging byIstanaSyurga.

May 30, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

GIVEAWAY CONTEST | Serunding Daging byIstanaSyurga. | Siapa suka makan serunding daging? Jom join giveaway ni... Mana tau Ada rezeki menang.... Makan ketupat cicah serunding dagiadatakah kita raya ni.. Hihi... Apa lagi... Jom jom jom...


http://teamohada.blogspot.my/2016/05/giveaway-contest-serunding-daging.html
Klik banner untuk join.


Syarat pun senang je... Untuk memenuhi syarat ni....

Buat short Essay mengikut gaya tulisan anda.. ---> When you were a kid what you want to be when you grew up? Share your dream and inspire other readers in your entry Giveaway Contest Serunding Daging by Istana Syurga

So, ni jawapan Cikla ye...

Dulu masa kecik kecik macam macam Cikla nak jadi. Masa sekolah rendah, konon konon nak jadi cikgu. Cita cita tu lama jugaklah, sampai form 3. Tapi, bila lepas PMR, cita cita pun dah berubah.. Nak jadi doktor pulak.. sebab masa form 4-5 Cikla amik science streams... So, no wonder lah kan..hehe lepas tu masuk matrikulasi dengan Universiti, berubah lagi cita cita... (Aiseh..memang tak tetap pendirian sungguh... Ahaha)... Nak jadi engineer. So, bertungkus lumuslah Cikla belajar sampai habis pengajian 4 tahun jugaklah... Last last korang tau Cikla jadi apa? Cikla jadi suri rumah sepenuh masa... Hihihi... Kelakar kan... Tapi Cikla bersyukur dengan apa yang Cikla jadi sekarang. Sekarang kurangnya Cikla ada ilmu yang mungkin orang lain tak ada. Betul tak? Bak kata orang, suri rumah yang berilmu pengetahuan luas... Cewahh... Hihi....

Oklah, giveaway ni berlangsung dari 18 Mei 2016 sehingga sebelum RAYA. So, sempat sesangatlah tu kalau nak join.. Good luck pada yang join.... Sekian dulu, wassalam....




Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com.

May 30, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com. | Hai.. Lama kot tak join giveaway. Jom join giveaway Kak Mialiana... 




Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.




Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Cepat cepat join... dah nak tamat ni... Good luck pada yang join.... Oklah, selamat ber'giveaway' semuaa... Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

Alhamdullillah.... 7 tahun sudah....

May 30, 2016 4 Comments
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... | Assalamualaikum wbt. Hari ni genap 7 tahun cikla dan suami menyulam cinta, ditambah serinya dengan kehadiran 2 puteri dan seorang putera yang comel lote belako. Hehe... InshaAllah, kami juga sedang menunggu kehadiran bakal penambah seri keluarga kami ni... Doa doakanlah yang terbaik ye...


Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 


Sepanjang 7 tahun bersama, itu belum lagi campur masa first kenal, bercinta dan bertunang, rasanya hampir 14 tahun kami bersama. Syukurlah, Allah masih menguatkan jodoh kami, walaupun orang cakap dah macam macam dah kami rasa. Semua dah kot.. Gembira, sedih bergaduh, bergurau, merajuk... Hehe.. Adatlah tu kan...  Cikla percaya setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting cara macam mana kita menghadapi dan menyelesaikan segala 'masalah' yang timbul. Kita pun bukannya budak budak lagi kan... Betul tak?

Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Walauapapun, cikla harap semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya kepada keluarga kecil cikla ni, dan semoga Allah menguatkan hati kami dan memberi kami kesabaran serta ketabahan untuk kami mengharungi dugaan yang mendatang... Amin... Love my family so much....


~29 Mei 2009.... With love! ~

29 May 2016

Jom pulihkan badan selepas melahirkan.

May 29, 2016 0 Comments
Jom pulihkan badan selepas melahirkan. | Assalamualaikum wbt. Wanita yang pertama kali melahirkan mesti risau je kan bila fikir macam mana nak dapatkan balik bentuk badan dan berat ideal macam sebelum melahirkan. Pening jugaklah nak fikir dan cuba macam macam diet kan? Itu pun tak tau lagi berkesan ke tak. Sebenarnya ada banyak tips yag boleh kita cuba dan praktik untuk mengembalikan berat badan ideal idaman kita. Jom kita semak apakah dia.

Jom pulihkan badan selepas melahirkan. 


Jom pulihkan badan selepas melahirkan.
Jom pulihkan badan selepas melahirkan. Image credited to google.

Kalau korang nak tau, cara paling cepat nak kembalikan berat badan asal adalah dengan merajinkan diri menyusukan anak. Ini sebabnya, kalau kita susukan anak ini secara tak langsung kita akan menjaga pemakanan kita demi kesihatan baby. Dah tentu makanan yang kita ambil kurang berlemak, sejuk dan lain-lain. Itu sebab kita tengok kebanyakan ibu yang menyusukan anak, badannya mantain langsing je. Macam zaman anak dara dulu.

Jangan pandang ringan pasal pemakaian bengkung nak-nak pulak masa berpantang. Sebenarnya ia penting, sebab pemakaian bengkung yang berterusan boleh mengecilkan otot-otot yang mengembang pada perut. So, rajin-rajinkanlah pakai bengkung ye lepas ni. Selain itu, biasakan diri dengan kudapan, sebab kalau boleh jangan biarkan perut kosong. Tapi, pastikan kudapan tu berkhasiatlah ye macam buah-buahan. Bukan apa, tabiat ni akan menjadikan kita rasa sentiasa kenyang, dan dah tentu kita akan kurang ambil makanan berat yang menggemukkan.

Lakukan aktiviti fizikal, tapi bukan yang berat-berat. Apa yang boleh kita buat, main-main je dengan anak itu pun dah cukup. Mungkin kesannya ambil masa, tapi kesannya nanti pasti tak mengecewakan. 
kalau tak sempat nak berjongging, jalan kaki pun boleh. Just 15 minit je masa baby tidur boleh bantu kita turunkan berat badan. Cubalah.

Bagi cikla apa yang penting kita sendiri kena rajin. Kalau dah malas tu memang tak dapatlah nak menolongnya. Jangan lepas ni merungut badan makin berisilah, pinggang dah tak 'slim' lah.

Dah awak yang tak usaha, macam mana tu...


Sumber : Ruangan Info Sihat.


*Pssstttt.... Nak tau resepi jus sihat? Baca SINI.

Nak bibir merah semulajadi? Cuba petua ni.

May 29, 2016 0 Comments
Nak bibir merah semulajadi? Cuba petua ni. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak bibirnya merah semulajadi kan, sebab ia melambangkan bibir yang sihat dan seksi. Nak tau apa petuanya? Senang je....


Nak bibir merah semulajadi? Cuba petua ni.
Nak bibir merah semulajadi? Cuba petua ni. Sumber Google.


Sapukan sedikit mentega atau marjerin pada bibir sebelum tidur. Buatlah setiap hari, InshaAllah hasilnya nanti pasti tak mengecewakan..... 

Selamat mencuba... 


Sumber : Ruangan Petua.

28 May 2016

Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!!

May 28, 2016 2 Comments
Hari Potensi Tadika Kemas 2016 : Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!! | Assalamualaikum wbt.... Baru-baru ni, berlangsungnya hari potensi tadika kemas tahun 2016. Bagi seorang kanak kanak berusia 6 tahun, kadang kadang kita sebagai ibu bapa tak boleh nak jangka kemampuan dia kan? 

Macam anak sulung cikla ni, kakak Batrisyia cikla boleh rumuskan yang anak cikla sorang ni seorang yang agak 'penakut'..! Lebih lebih lagi kalau dia kena present depan audience... Memang taklah. Dulu, masa cikgu dia bagitau yang dia kena masuk pertandingan puppet tu, cikla risau jugak boleh ke budak ni buat. Cikgu dia tekad jugak nak suruh dia join, alasannya dia yang paling 'terserlah' antara kawan kawannya yang lain.

Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!! 


Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!!
Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!!
Piala yang dimenangi. 

Tapi, tengoklah ni, group puppet dia menang tempat ke-3. Tak percaya jugak, walaupun tak dapat tempat pertama, at least top 3 kan.  Bangga ibu dengan ayah tau. Nampaknya kakak dah buktikan kemampuan kakak... Bagus bagus.... Balik tadi, wah dengan bangga muka dia serahkan piala yang dia dapat tu...  Tersenyum senyum...  Hehe...

Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!!
Hari Potensi Tadika Kemas 2016: Yeaayyy... Kakak menang. Tahniah!!
Kakak Batrisyia bersama cikgu dan kawan kawannya... 


Tahniah kakak...  Lepas ni buat lagi baik tau. Dapatkan tempat pertama pulak... Hehe... 

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam.....

Cerita suami dan isteri....

May 28, 2016 0 Comments
Cerita suami dan isteri. | Assalamualaikum wbt. Kalau orang cakap indah dan nikmat alam rumahtangga memang betul. Itu cikla setuju. Ye lah, kalau dulu kita sorang je, makan sorang tidur sorang. Tapi sekarang dah berteman dah. Betul tak? Kalau kita sakit pun, ada jugak yang ambil berat dan jaga kita. Rasa macam dimanjai pun ada.

Nanti bila dah ada anak pulak, orang kata lagi bertambah keindahan dan warna warni rumah tangga tu, lebih lebih lagi kalau anak pertama. Melayan telatah dan kerenah anak, boleh hiburkan hati kan... Kalau boleh nak tatang anak tu macam minyak yang penuh. Nyamuk gigit pun marahnya bukan main pada nyamuk... Haha... 

Cerita suami dan isteri....


Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri....
Hidup berumahtangga ada pasang surutnya. - Image credited to Facebook.

Sebenarnya, hidup berumah tangga ni penuh dugaan dan ujiannya sendiri. Mungkin awal perkahwinan, ada yang diuji dengan ujian kewangan, bila dah ada anak diuji lagi dengan tanggungjawab mencari nafkah untuk anak isteri *untuk suamilah. Beli pampers anak lagi, susu anak dan perbelanjaan lain yang turut meningkat. 

Kalau korang nak tau, semua ni adalah untuk menguji sejauh mana kita bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan. Adakah kita jugak sama membantu suami untuk ringankan bebannya? Atau, kita sebagai isteri just duduk saja menunggu suami balik membawa rezeki untuk keluarga. Masa nilah kesetiaan kita sebagai isteri jugak diuji. Nak tengok, kita ni rela ke bersusah senang bersama suami, atau time senang je nak, bila susah sikit mula hati goyang. Nauzubillah..... 

Apakah sebenarnya kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga?


Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri....
Jagalah 'kunci' kabahagiaan itu untuk keharmonian rumahtangga. - Image credited to Facebook.

Ada betulnya jugak orang cakap, jantung rumahtangga adalah isteri. Suami mana yang taknak ada isteri yang baik dan solehah kan? Begitu jugak isteri, pasti mengimpikan suami yang soleh dan boleh membimbing dia. Bila isteri rasa bahagia dengan suaminya, maka bahagialah rumahtangga itu. Begitu jugak sebaliknya. Pendek kata, begitu tugas suami supaya isterinya selalu berasa bahagia bila berada di samping dia. Suami adalah pemimpin, yang diwajibkan memimpin dan menjaga isteri, sebab isteri itu adalah amanah. Begitu jugak dengan anak anak. 

Ingatlah, isteri bukanlah untuk dianiaya tapi dimanjai. Isteri bukan untuk disakiti tapi dihargai. Suami kena ingat semua tanggunggjawab tu akan 'ditanya dan dipersoalkan' di akhirat kelak..... 

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri....
Bersabarlah.... - Image credited to Facebook.

Bagi cikla apa yang penting keduanya kena BERSABAR. Kalau sorang tengah 'hot', yang sorang lagi kenalah 'cool'. Sebab, bila suami dan isteri selalu bergaduh, ini secara tak langsung 'keberkatan' akan hilang dan warna warni rumah tangga jugak turut pudar. Orang cakap, rahmat Allah dan kena ditarik balik. 

Pendapat cikla inilah masanya si suami mainkan peranan menjernihkan kembali apa yang keruh. Didik dan ajar anak dan isteri supaya solat bersama selalu dan kalau ada masa terluang, bawaklah mereka ke majlis majlis ilmu... Allah bukan sahaja memberi rahmat kepada keluarga ini malah rezeki pun melimpah ruah... Baru terasa kebahagiaan itu walaupun kita hidup sederhana je pun....

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... 
Elakkan berbalah antara suami isteri supaya Allah sentiasa memberkati rumahtangga. - Image credited to Facebook. 

Adakah suami betul-betul memahami soal nafkah kepada isteri?


Bila dah berkahwin, orang pasti bercerita soal nafkah, tak kira nafkah zahir atau batin. Yang menjadi persoalannya, adakah mereka iaitu suami ni betul betul faham makna nafkah zahir dan batin ni? Kalau sebelum ni mereka ingat nafkah zahir ni just bagi duit dapur kat isteri, tapi sebenarnya salah tanggapan mereka tu. Nafkah zahir sebenarnya nafkah yang diberi suami untuk isteri membeli keperluan dirinya sendiri, macam pakaian dia, bedak, pencuci muka, syampu dan lain lainlah. Pendek kata, untuk diri dia. Bukannya, dia beli barang dapur macam beras, lauk tu semua lepas tu suami pun bedal sama... Hihi... 

Nafkah batin pulak bukan semata mata hubungan kelamin je tapi ia lebih dari tu. Ia sebenarnya merangkumi soal hati dan perasaan isteri, macam mana suami ambil hati isteri dengan buat isteri happy, senang hati bila bersama suami. Apa salahnya sekali sekala puji isteri dan bawaklah isteri makan angin ke, untuk buat dia gembira. So, kena fahamkan betul betul tau. Berdosa kalau suami abaikan nafkah zahir mahupun batin pada isteri. Tanggungjawab berat tu... 

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri....
Fahami maksud nafkah zahir dan batin. - Image credited to Facebook.


HOT! Jom hangatkan kembali hubungan hambar dengan pasangan. Baca SINI.


Pada cikla, kena ada 'give and take',  tak kira suami atau isteri. Kalau ada masalah, bawak berbincang dan settle baik baik. Selesaikan masalah secara matang, dan yang pastinya ia tak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan terutama melibatkan anak anak. Bukan apa, selalunya kalau ibu bapa bergaduh atau bermasalah, anak anak yang jadi mangsa. Kesannya akan mempengaruhi anak anak jugak. 

Semoga bermanfaat dan beri ingatan untuk kita semua termasuk diri cikla jugak. Cikla doakan semoga hubungan dengan pasangan memasing akan sentiasa diberi rahmat olehNya dan kekal ke Jannah... Amin... ❤❤❤

27 May 2016

Ramadan is coming....

May 27, 2016 1 Comments
Ramadan is coming.... | Assalamualaikum wbt. Cikla kira ada lebih kurang seminggu lebih lagi kan Ramadan akan tiba. Alhamdullilah... Tak lama lagi tu. Tak sabar kan nak menikmati 'keindahan' bulan yang penuh keberkatan tu.

Ramadan is coming.... 


Ramadan is coming....
Ramadan is coming.... Image credited to google. 

Marilah kita sama sama merebut peluang menggandakan ibadah dan amalan kita sepanjang bulan yang mulia tu kelak. Jangan sia siakan peluang yang diberi.
Selamat menyambut bulan Ramadan al Mubarak dan menjalahi ibadah puasa dengan ikhlas dan penuh takwa. InshaAllah....

Ramadan is coming....
Ramadan is coming.... Image credited to google. 

Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat dan hidayahNya. Amin. 

Suka gigit kuku?

May 27, 2016 0 Comments
Suka gigit kuku? Assalamualaikum wbt. Ada tak kawan kawan cikla ni suka gigit kuku? Mengaku ajelah. Hehe. Tapi, memang tak dinafikan ada sesetengah orang mempunyai tabiat pelik ni. Jangankan budak-budak, orang dewasa pun ada jugak mempunyai tabiat ni sebab susah nak tinggalkan. 

Sebenarnya, tabiat menggigit kuku boleh beri risiko kepada kesihatan. Jom kita baca apakah kesan itu. 

Suka gigit kuku?
Suka gigit kuku?  Image credited to google.

Kalau korang nak tau, tabiat menggigit kuku boleh mendedahkan kita kepada risiko jangkitan bakteria sebab ada kajian yang mengatakan sifat bakteria yang ada dalam kuku adalah 2 kali lebih banyak dari bakteria yang ada di tangan. Wah, biar betul ni. Apa yang paling merisaukan adalah, walaupun berulang kali kita membasuh tangan tapi bakteria kat kuku tu tetap ada walaupun jumlahnya berkurang sikit berbanding sebelumnya. Bayangkanlah, kalau kita menggigit kuku dah tentu bakteria yang ada di kuku akan masuk ke dalam mulut dan terus mengalir ke dalam sistem badan. Maka, terjadilah jangkitan bakteria. Awas ye.... 

Selain itu, kesan gigitan kuku juga mungkin akan menyebabkan terjadinya jangkitan pada kuku. Biasanya, bila kuku digigit dan tentu wujudnya kesan luka dan melecet pada tempat yang digigit. Lepas tu, bakteria pulak akan masuk ke dalam badan melalui luka itu dan bercampur dengan darah. Ini akan mengakibatkan jangkitan pada kuku dan darah. Kesannya, kita akan mudah diserang penyakit.


HOT! Nak tau apakah kesalahan memakai tudung tanpa kita sedar? Baca SINI.


Kuku jugak akan nampak 'cacat', sebab kalau kita selalu menggigit kuku ia akan mengubah panjang dan bentuk kuku secara kekal. So, kuku akan nampak kurang menarik dan rosak. Biasanya, kalau kita menggigit kuku ia terdorong bila kita tengok ada 'kutil' yang wujud di sekeliling kuku jari. Kalau korang nak tau, ia sebenarnya disebabkan jangkitan virus *disebarkan oleh human papillomavirus (HPV). Bila kita gigit kuku, ni secara tak langsung akan menyebabkan virus I masuk ke dalam badan melalui mulut dan dah tentu tersebar ke bahagian lain badan kita.

Lastly, ini adalah kesan yang paling orang tak sedar yang mana amalan menggigit kuku akan menyebabkan gigi cepat longgar, di samping ia akan ubah kedudukan gigi dari kedudukan asalnya. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada gusi jugak.

So, lepas ni sesiapa yang masih melakukan tabiat ni, berubahlah. Dengan kesan buruk akibat suka gigit kuku ni, dah pasti akan 'mencacatkan' penampilan diri kita terutama ketika berhadapan dengan orang ramai. 


Sumber : Ruangan Tips Sihat.

Guna tips 4T semasa bertemu pasangan.

May 27, 2016 1 Comments
Guna tips 4T semasa bertemu pasangan. | Assalamualaikum wbt... Orang cakap masa bercinta, jiwa sentiasa bergelora. Amboi, gelora apa tu? Gelora asmara barangkali. Huhu. Jangan terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu darah muda ni. Sekarang ni pun, macam macam cerita kita dengar kan, lebih lebih lagi betapa banyaknya kes pembuangan bayi, cuma kadang kadang berita sebegini kurang didedahkan sangat. Semuanya berpunca dari 'gelora' itulah. Dan kita jugak kena ingat, kalau kita berdua-duaan pasti ada yang ketiga yang 'memberi arahan'. Menggoda kita. Apa yang cikla nak share ni cikla rasa penting untuk korang tau, lebih lebih lagi adik adik cikla yang berdarah muda ni. Ingatlah, godaan syaitan ni sentiasa ada, dan kitalah yang kena selalu berwasapada dan beringat. Inilah dia tips 4T, iaitu;

Guna tips 4T semasa bertemu pasangan. 


Guna tips 4T semasa bertemu pasangan.
Guna tips 4T semasa bertemu pasangan. Sumber Google.

  • sebaiknya berTanya dan mintalah izin kedua ibu bapa kalau nak berjumpa kawan kita. Sebolehnya, bagitau mereka sejujurnya dengan siapa kita keluar,  ke mana dan agak agak bila kita balik. Lagipun, tak salah kot kalau kita tinggalkan nombor telefon dan nama kawan kita tu, in case kalau ada apa apa yang berlaku kelak. Apa yang penting, restu ibu bapa tu penting tau...
  • pilih Tempat pertemuan tu tempat yang sesuai, dan pastikan ia tak timbulkan fitnah dan godaan pada pasangan. Sebolehnya, berjumpalah di tempat terbuka, ramai orang. Lagipun, kalau ada apa apa yang berlaku, mudah untuk kita meminta pertolongan.
  • pastikan Tempoh masa bertemu tu berpada pada. Janganlah sampai larut malam sampai solat pun terabai, masa dengan keluarga terjejas dan jugak pelajaran terganggu.
  • jagalah adab sopan Tangan dan anggota badan lain supaya tidak menjadi punca kepada agenda seterusnya. Lagipun ini akan menunjukkan tanda keikhlasan pasangan terhadap hubungan korang sebab tak kan baru kenal dah nak pegang pegang, betul tak?

Apa yang cikla nak pesan pada adik-adik perempuan cikla khasnya ni, jagalah diri anda sebaiknya. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan anda. Jagalah maruah anda yang satu itu.

Tepuk sebelah tangan tak berbunyi jugak kan. So, take care tau...


Sumber : Ruangan Semarak Cinta.

26 May 2016

Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4!

May 26, 2016 2 Comments
Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4! | Assalamualaikum wbt. Al kisahnya, kakak mia ni lahirnya 2 Jun. Tapi, disebabkan nanti 'birthday date'nya jatuh pada hari cuti sekolah dan lepas bukak sekolah pun dah puasa kan, so ibu dan ayahnya mengambil inisiatif untuk mia 'celebrate birthday'nya awal seminggu.

Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4! 


Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4!
Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4! 

Takdelah buat party besar bagai, just potong kek je, dengan kawan kawan tadika dia... Adalah cenderamata sikit untuk kawan kawan dia.

Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4!
Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4! 

Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4!
Happy bornday : Nur Farisya Damia turns 4! 

So, ibu nak wish.....

"Happy bornday kakak Mia. Semoga membesar dengan sihat, jadi budak bijak, solehah dan taat dengan ibu ayah. Jangan nakal nakal tau, be a good girl...  Ibu dan ayah sayang kamu.... "

Kelebihan air beras.

May 26, 2016 1 Comments
Kelebihan air beras. | Assalamualaikum wbt. Cikla ingat lagi, dulu masa kecik-kecik mak cikla selalu asingkan air basuhan beras tu untuk siram pokok bunga dia yang setaman kat luar tu. Tapi, memang betul pun yang air beras boleh menyuburkan pokok dan tanaman. Sebab itulah petua yang mak cikla guna untuk 'gemukkan' pokok-pokok bunga dia tu.

Sebenarnya banyak lagi rupanya kelebihan air beras ni, terutama dalam bidang kecantikan wajah dan rambut. Jom baca apakah kelebihan yang mungkin kita tak tau....

Kelebihan air beras.

  • Sebagai penyegar semulajadi, just rendam kapas muka dalam air beras kemudian lapkan ke wajah perlahan-lahan. Ia dikatakan boleh membuang kotoran dan sebum pada kulit, sekaligus menjadikan kulit wajah segar dan lembut. 
  • Sebagai masker wajah, just rendam  tisu wajah dalam air beras lebih kurang 10 minit kemudian angkat tisu dan toskan. Then, tempekkan tisu tu pada muka biar selama 15 hingga 20 minit sebelum di cuci dengan air bersih. Kesannya, wajah akan segar dan beransur cerah. 
  • Sebagai pencuci wajah, just simpan air beras dalam botol, setiap kali korang nak cuci muka, gunakanlah ia. Amalkan 2 kali sehari, inshaAllah wajah akan semakin sihat, bercahaya dan cantik.

Kelebihan air beras.
Kelebihan air beras. Banyak manfaat rupanya air beras ni. - Image credited to google.

  • Kecilkan pori-pori wajah, just celup kapas muka dalam air beras kemudian tekapkan pada wajah, sambil menekan perlahan-lahan pada bahagian yang bermasalah. Buat 3 minggu sekali, pori-pori akan semakin mengecil. 
  • Boleh membantu atasi masalah jerawat, just cuci wajah dengan menggunakan air beras. Hasilnya, jerawat akan cepat kecut dan yang best nya ia tak tinggalkan parut pun. Cubalah. 
  • Sebagai masker rambut dengan menuang air beras pada kulit kepala, sebaiknya bungkus kepala dengan tuala dan biarkan 20-30 minit sebelum di cuci dengan syampu dan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.

Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Tips Cantik.

25 May 2016

Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...

May 25, 2016 4 Comments
Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali... | Assalamualaikum wbt. Kalau cikla cakap perhubungan ni ada pasang surutnya, korang setuju tak? Nak-nak pulak kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, masa untuk bersama memang terhad sangat. Itu masa dengan pasangan. Masa dengan anak pulak macam mana? Lepas tu, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, saling menunding jari, dan dan tentunya ego. Perhubungan sudahlah hambar, kalau ni berlaku bak kata orang 'retak menanti belah' lah jawabnya....

Sebenarnya, kasih sayang dan hubungan tu boleh disemarakkan kembali. Semuanya bergantung pada niat dan betapa kuatnya sayang kita pada pasangan dan keluarga. Jom baca ni, macam mana nak 'hangatkan' kembali hubungan yang kian dingin tu...

Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali... 


Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...
Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...  Image credited to google.



Tips 1 (paling utama); Elakkan rasa sangsi dan syak wasangka antara satu sama lain. Yang suami syak isteri, yang isteri pulak syak suami. Jangan ingat kalau 'sayang dah pudar' tu, sebab ada orang ketigalah. Ada banyak faktor lain sebenarnya yang boleh jadi punca kepada keadaan ni. So, jangan main 'hentam kromo' je.. Siasat dan perhati betul betul mana yang silap.... 

Tips 2; Koreksi diri selalu. Jangan hanya selidik diri sendiri je, tapi berbincang jugak dengan dia dan terus terang. Cari masa sesuai dan duduklah berbincang. Kalau pasangan tak nak, bagilah masa pada mereka, dan jangan sesekali paksa. Umpama orang cakap, menjirus minyak ke dalam api. Jawabnya makin maraklah dia. So, cool down dulu.... 

Tips 3;  'List'kan kelemahan yang kita rasa datang dari diri kita sendiri. Apa yang penting, kita berani mengakui kesalahan dan berusaha untuk memperbetulkannya.

Tips 4; Cuba bajai kasih sayang dengan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkan apa yang kita rasa dengan kata-kata paling romantis dan menggoda, ciumlah dia dengan penuh kasih sayang. Mau terkejut dia nanti... 

Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...
Luangkanlah walau sedikit masa untuk mengeratkan hubungan keluarga. - Image credited to google.


HOT! Nak tau rahsia masih intim walaupun dah berkahwin bertahun tahun? Baca SINI


Tips 5; Buat kejutan, seperti bagi dia hadiah ulangtahun kelahiran atau perkahwinan dia, dah tentu dia rasa terharu dan dihargai, sebab walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, tapi masih ingat akan tarikh-tarikh penting korang berdua.

Tips 6; Sebaiknya cuba imbangkan masa antara kerjaya dengan rumahtangga. Memang kedua-duanya sama penting, tapi cuba 'puaskan' kedua-keduanya.

Tips 7; Pastikan kita mempunyai masa dengan pasangan. Curi masa selepas anak tidur untuk kita berbual-bual dengan pasangan, membincangkan dan bercerita pasal keluarga dan anak serta luangkan masa satu hari penuh daripada seminggu untuk melakukan aktiviti bersama yang tersayang. 

Tips 8 (paling penting); Sentiasa berdoa supaya kasih sayang antara pasangan sentiasa kuat, walaupun pelbagai dugaan yang datang menguji. Berdoaah tanpa jemu, inshaAllah pasti akan beroleh keberkatan dalam perhubungan. 'Till jannah' kata orang sekarang...

    Bagi cikla, dua-dua kena bertindak. Jangan harap si isteri atau si suami je yang berusaha untuk mengilap kembali hubungan, tapi pasangannya kena 'bergerak' seiring juga....  ❤❤❤


    Sumber : Ruangan Resepi Hidup.

    Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni.

    May 25, 2016 4 Comments
    Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni| Assalamualaikum wbt. Jangan ingat perempuan je pandai merajuk, lelaki pun sama tau. Silap-silap haribulan, lagi teruk merajuknya mengalahkan perempuan tau. Hehe. Puas jugaklah kita pujuk dia, tapi macam tak jalan je. Tapi, jangan risau. 

    Sebenarnya, dia tu nakkan perhatian je dari kita. Mungkin dia nak tengok macam mana kita 'menghadap' perangai dia macam ni. Sabar ke tidak kita. Macam tu jugak dengan kita kan, kadang-kadang kita merajuk tu nak tengok kesungguhan dia memujuk kita. Cepat menyerah ke bersungguh sungguh...

    Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni.


    Berbalik kepada kisah lelaki merajuk ni, kadang-kadang kita tak 'perasan' pun yang mereka ni merajuk dengan kita. Tengok macam ok je. Tapi, sebenarnya merajuk rupanya. Nak tau tanda lelaki merajuk tak? Jom baca ni.

    Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni.
    Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni. Sumber Google.

    1. Dia buat tak tau je dengan kita.  Bayangkanlah kalau kita tengah bercakap dengan dia, dia pulak bersikap macam acuh tak acuh pulak. Lebih teruk lagi, dia buat 'selamba derk' je. Geram jugak kan tapi bersabarlah. Cuba pujuk dan tanya elok-elok. Alah, lama-lama cair jugak. Betul tak?
    2. Dia diam sejuta bahasa. Duduk dengan kita dalam kereta pun, senyap je sepanjang jalan. Selalu bukan main lagi bercerita itu ini. Ni tak, diam je. Aduh, kita pulak yang naik risau kan.
    3. Tetiba muka dia masam atau serius. Padahal, sebelum ni, dialah yang paling riuh menyakat kita dan ada je bahan lawaknya. Tapi, ni lain pulak. Muka kalah sarjan misai seriusnya. Kalau bercakap dengan kita pun, yang penting je. Beralahlah kita kan, sekali-sekala apa salahnya.
    4. Keluar rumah tak bagitau. Tau tau hilang je. Cakap dengan kita pun tak. Tu tanda dia nak protes lah tu. Ish ishhh.
    5. Yang ni lagi ketara kan. Tetiba dia tutup handphone dia. Konon-konon tak nak diganggulah tu. Takpe takpe, biar dia cool dulu. Nanti baru cerita.
    6. Makan sorang, tak ajak kita pun. Selalu bukan main lagi, kalau kita tak 'tercongok' sama kat meja makan tu memang tak makanlah dia. Dah dah, jangan layan dia. Biarkan dulu. Lepas dia makan, kita pulak yang makan.
    7. Baca surat khabar berulang kali tanpa sebab, menunjukkan hatinya tak tenang. Ada hal yang mengganggu hati lelakinya. Cewahhh, lepas tu, kita duduk sebelah dia pun, dia tak hirau pun. Sibuk dengan surat khabar dia tu.
    8. Tengok tv sampai larut malam. Kadang-kadang bukan cerita yang dia suka pun, tapi boleh pulak dia duduk kat depan tv tu lama lama. Mata memang tengok tv, tapi fikiran dia tak semestinya pada apa yang dia tengok. Korang kena alert tau. Kalau dia bersikap macam tu, memang sahlah merajuk cik abang awak tu. Hihi.

    Bagi cikla, apa yang penting kena sentiasa give and take. Tak salah kot nak merajuk tak kira lelaki atau perempuan, tapi janganlah keterlaluan sangat merajuknya. Bukan apa, kalau orang pujuk-pujuk taknak, pujuk-pujuk taknak, nanti lama-lama dia pulak yang merajuk balik dengan kita. Dah sudah. 

    Kalau dua-dua merajuk, sapa pulak yang nak pujuk tu... ❤❤❤


    Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

    Anak diejek... Marian Rivera sedih....

    May 25, 2016 10 Comments
    Assalamualaikum wbt....

    Anak diejek... Marian Rivera sedih.... | Siapa kat sini peminat tegar Marian Rivera? Cikla bukanlah peminat tegar selebriti cantik ni, tapi ada jugak telenovela lakonan dia yang cikla tengok. Lakonannya memang jarang mengecewakan... Boleh dikatakan semua cerita lakonannya meletoppsss lah... Macam yang kita dah tau, Marian mendirikan rumahtangga dengan pelakon kacak Dingdong Dantes dan dah pun dikurniakan seorang anak perempuan. Puteri sulung mereka yang bernama Maria Letizia atau nama panggilannya baby Zia tu dah pun berusia 5 bulan dan dah banyak jugak muncul dalam majalah dan iklan komersial. Biasanya, mak bapak glemer, tentulah anaknya pun turut terjebak kan.. Hihi... Dah tentu dapat perhatian jugak kan. Apa yang menjadi 'isu'nya di sini adalah tentang 'ejekan' pengikut Instagram terhadap puterinya tu, yang mana mereka 'mengejek' Zia warga kulit hitam. Yelah, ibu mana yang tak sedih dan terasa hati bila orang cakap anak dia macam tu kan? Tapi, biasalah kalau dah artis mesti ada risiko macam ni, nak nak pulak kalau kita terlalu 'exposed' hal kita pada peminat....


    Baby Zia .  - Image credited to HERE


    Cuba tengok gambar baby Zia tu, cantik comel je cikla tengok. Muka mix adalah.... Tang mana yang 'warga kulit hitam' tu pun cikla tak tau... Tapi, dah lumrah kot mulut manusia memang macam tu. Kalau dah jenis mulut tempayan tu memang susah nak tutup kan.... Ringan je mulut tu nak mengutuk. Ada aje. Anak orang tu hitamlah, anak orang ni tak comellah.. Macam macam. Padahal diaorang tu tak sedar yang diaorang tu sedang mengutuk ciptaan Tuhan tu... Bagi cikla kalau nak mengomen tu berpada pada dan pastikan jangan sampai melampaui batas. Jaga sikit perasaan orang lain. Cuba bayangkan awak di tempat dia, apa perasaan cuba habaq mai... Oklah, jaga jaga mulut ye..  Tangan tu pun kalau boleh taip dan komen yang baik baik... Thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....


    Sumber : Ruangan RAP, Harian Metro.

    24 May 2016

    Si lidah buaya yang ajaib....

    May 24, 2016 4 Comments
    Si lidah buaya yang ajaib.... | Assalamualaikum wbt. Kemagikan si lidah buaya ni rasanya tak boleh nak disangkal lagi. Sejak dulu lagi, keajaibannya telah diakui. Bermula dari zaman Cleopatra, kemudian zaman Greek kuno sehinggalah ke kaum peribumi Amerika semuanya telah menggunakan lidah buaya ni dalam bidang kesihatan mahupun kecantikan.

    Daun lidah buaya *nama saintifiknya aloe barbadensis mill atau lebih dikenali sebagai aloe vera menyerupai sebilah pedang yang bergerigi di tepinya. Pokoknya pulak takde batang, dan ia dikatakan mengandungi protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin A, B12 dan E, serta asid lemak tepu.

    Naturalnya, lidah buaya ni mengandungi vitamin C yang mampu mengekalkan keadaan normal salur darah dan baik untuk kesihatan kelenjar adrenal *sokong badan semasa hadapi tekanan. Ia juga mengandungi asid amino yang membantu membina protein dalam badan. Enzim-enzim yang terdapat di dalamnya pula boleh merangsang kesihatan kulit dan meremajakan tisu kulit yang berusia. Estrak daunnya dikatakan bersifat antiparasit.


    Si lidah buaya yang ajaib....
    Si lidah buaya yang ajaib.... 


    Si lidah buaya yang ajaib.... 


    Gel dari daun lidah buaya ni biasanya digunakan dalam kecantikan dan perubatan, iaitu salah satu caranya adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Kalau kita selalu minum jus lidah buaya ni, ia dikatakan boleh membekalkan bekalan antioksidan kepada badan, yang mana ia akan meningkatkan sistem kekebalan badan terhadap penyakit.

    Selain itu, jus lidah buaya ni jugak dikatakan boleh bantu membersihkan sistem pencernaan secara semulajadi, di samping ia dijadikan sebagai minuman pelega.  Ia juga boleh bekalkan tenaga dan kekalkan berat badan ideal. *wah.. bagus untuk orang nak berdiet ni


    Nak tau tips macam mana nak atasi 'amukan' si manja kita ni? Baca SINI.


    Jus lidah buaya yang mempunyai serat semulajadi mampu membantu pencernaan dan perbaiki pergerakan usus, di samping ia juga dikenali sebagai 'julap semulajadi' yang mampu merawat sembelit dan mengurangkan keradangan badan serta melegakan kolitis berulser ringan sampailah sederhana.

    Tapi, korang kena ingat lidah buaya ni ada 2 jenis bahan iaitu gel dan getah. Untuk membezakan keduanya adalah, gel berbentuk jernih macam agar agar yang terdapat di dalam daun. Manakala, getah pulak berwarna kuning yang terdapat di bawah kulit pokok. So, jangan confius pulak ye. Lain tu.


    Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

    Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin.

    May 24, 2016 2 Comments
    Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, macam macam pengalaman dan keadaan yang dialami oleh si ibu semasa menghadapi detik-detik melahirkan, bermula dari rasa sakit kontraksi awal sampailah baby nak keluar dah.

    Bila mengenangkan tu semua, mesti kadang-kadang terlintas jugak kan "Alah, seriknya nak mengandung lagi... " Tapi tak jugak kot, masa bersalin anak sulung, amboi cakap seriklah, tobatlah. Tup tup. Ha kau, 6 anak dia. Hehe.

    Sebenarnya kalau korang nak tau, itulah moment terindah yang dianugerahkan kepada ibu-ibu merasai betapa indahnya pengalaman start dari saat baby 'sebesar biji kacang' dalam perut sampailah menjadi 'seorang manusia'. Bersyukurlah. Kita adalah insan terpilih sebab tak semua orang terpilih untuk merasai ni semua.

    Sebenarnya cikla nak share macam mana cara nak meneran dengan betul semasa melahirkan nanti. Mungkin sebelum ni kita tak tau pun dan ingat perkara remeh temeh, bak kata orang kalau dah sakit, teran ajelah kan. Tapi, ada caranya supaya semasa proses melahirkan nanti, baby akan 'keluar' dengan senang dan ibu pun rasa lebih selesa dan tak stress.

    Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin. 


    Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin.
    Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin. Sumber Google.

    Caranya begini, langkah demi langkah, iaitu;


    1. Angkat kepala sampai dagu kita mencecah dada.
    2. Mata pulak pandang ke perut.
    3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali.
    4. Semasa meneran jangan keluarkan suara atau menangis sebab ini akan buat ibu jadi kurang bertenaga dan tak kuat atau cepat letih dan penat.
    5. Semasa meneran jugak, jangan sesekali mengangkat punggung sebab keadaan ni akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar berlaku di bahagian vagina.
    6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam kita nak buang air besar tu, tapi tanpa blow nafas kita.
    7. Teranlah sekuat yang kita terdaya selama yang boleh dan curi nafas, kemudian sambung teran balik. Setiap kontraksi cuba 3 kali teran. Tapi ingat, masa kontraksi je push sebab masa tu baby pun bergerak sama, so jangan buang masa. Kalau rasa kontraksi terus push macam cara-cara tadi.  Kalau takde kontraksi, just relax.
    8. Jangan lupa baca  BISMILLAH dan SELAWAT. Oh ye, banyakkan jugak baca DOA NABI YUNUS AS.
    9. Kongsilah tips ni dengan husband supaya dia dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa sebab tengah menahan sakit. Bila husband dah tau, mudah dia boleh bagi panduan dan ingatkan kita. Husband pulak bisikkanlah kata-kata semangat pada isteri. Sekurang kurangnya ia dapat memberi semangat dan kekuatan pada isteri mengharungi saat-saat melahirkan zuriat korang. Ingat tu husband...

    Cikla pun nak 'take note' jugak ni, walaupun dan pernah melahirkan 3 kali tapi kadang-kadang boleh 'terlupa' jugak.. ❤❤


    Sumber : facebook.com/Dunia Kehamilan.

    Resepi kombinasi jus buah-buahan.

    May 24, 2016 5 Comments
    Resepi kombinasi jus buah-buahan. | Assalamualaikum wbt. Menjadikan buah buahan sebagai jus dan diminum sebagai minuman rutin memang bagus, tak kiralah untuk kesihatan mahupun kecantikan. Jom baca apakah resepi kombinasi jus buah buahan yang sememangnya memberi khasiat kepada tubuh.

    Resepi kombinasi jus buah-buahan. 


    Resepi kombinasi jus buah-buahan.
    Resepi kombinasi jus buah-buahan. Image credited to google.

    Mereka adalah.....

    1. Lobak merah + Epal + Halia : Ia bagus untuk membersihkan dan boost sistem dalaman badan kita. 
    2. Epal + Timun + Saderi : Membantu dalam mencegah kanser, mengurangkan kolesterol dan menghapuskan sakit perut serta sakit kepala. 
    3. Tomato + Lobak susu + Epal : Dapat meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau. 
    4. Peria + Epal + Susu : Membantu mengelakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalam badan kita. 
    5. Oren + Halia + Timun : Boleh membantu untuk meningkatkan tekstur kulit serta kelembapan, di samping boleh mengurangkan panas badan. 
    6. Nanas + Epal + Tembikai : Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang. 
    7. Epal + Timun + Kiwi : Membantu dalam mencerahkan warna kulit. 
    8. Pear + Pisang : Berupaya mengawal kandungan gula. 
    9. Lobak merah + Epal + Pear + Mangga : Boleh membantu meredakan panas badan, nyahtoksik, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan serta awet muda! 
    10. Tembikai susu + Anggur + Tembikai + Susu : Ia kaya dengan vitamin C  dan vitamin B2, dapat meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan. 
    11. Betik + Nanas + Susu : Ia kaya dengan vitamin C, E, besi. Membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan metabolisme tubuh. 
    12. Pisang + Nanas + Susu : Campuran yang kaya dengan vitamin dan sangat berkhasiat dan membantu mengelakkan sembelit.

    Apa lagi?  Cubalahlah, bagi yang sedang berdiet atau lebih tepat lagi ia penting untuk kesihatan kita. Sedap tau jus-jus ni semua. Cikla pun nak cuba jugaklah nanti. 

    Selamat mencuba. ❤


    Sumber : WhatsApp group.


    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

    [PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.