Air ketuban boleh berkurang ke?

By Cikla Shahril - May 17, 2016

Ada sesetengah ibu hamil mengalami masalah ini, iaitu masalah kekurangan air ketuban. Bahaya tau kalau alami masalah macam ni, lebih-lebih lagi kepada baby

Kalau ibu yang alami macam ni, dah tentu rasa panik kan, mana taknya perut rasa makin mengeras. 

Jangan tunggu lagi, pergi cepat ke hospital untuk menghindarkan baby terutamanya berhadapan dengan risiko yang boleh membahayakan.

Air ketuban adalah air yang berwarna jernih dan berbau sedikit hanyir. Ia juga merupakan cecair amniotik yang menjadi pelindung yang memenuhi rahim ibu hamil. 

Lepas usia kandungan 10 minggu, pembentukan janin akan dibantu dengan adanya cecair mengandungi protein, karbohidrat, lipids dan phospholipids, urea dan elektrolit.

Air ketuban penting untuk melindungi baby dari sebarang gegaran sepanjang tempoh kehamilan. 

Selain tu, kantung rahim *selaput membran akan menjadi pelindung kepada baby terhadap sebarang jangkitan. Tali pusat pulak akan menyalurkan darah, nutrisi dan oksigen dari ibu kepada baby. 

Di samping air ketuban jugak melindungi, mempertahankan dan menstabilkan keadaan pertumbuhan serta perkembangan organ badan baby seperti peparu dan sistem pencernaan.

Air ketuban boleh berkurang ke?
 Air ketuban boleh berkurang ke?  Image credited to google.

Ada banyak sebab yang menjadi punca air ketuban menjadi kurang, antaranya adalah;

  1. Kita tau selaput membrane ni sangat kuat, sebab ia boleh tampung berat janin dan air ketuban sampaikan kadang kadang terpaksa dipecahkan masa bersalin. Tapi, bila jangkitan kuman berlaku pada karung kandungan, selaput membrane ni akan jadi lemah.
  2. Penghasilan air kencing menjadi kurang disebabkan oleh masalah saluran air kencing yang tersumbat. Ia biasanya terjadi hanya pada janin lelaki.
  3. Ibu mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil akan mengakibatkan janin tak dapat cukup makanan sebab saluran darah pada uri jadi kecil/tersumbat.
  4. Alami ciri-ciri hamil anak kembar, di samping rokok, alkohol dan dadah juga turut jadi penyumbang.
  5. Melakukan aktivit berat dan dinding rahim terkoyak dan alami iritasi.
  6. Ibu hamil yang tak mendapat nutrien seimbang sepanjang tempoh kehamilan.

Antara risiko kalau air ketuban kering adalah;

  1. Baby jarang lakukan gerakan, manakala si ibu pulak akan rasa sakit pada rahim masa baby membuat gerakan.
  2. Berat baby menurun dan keadaan perut ibu tak alami pembesaran malah semakin kecil.
  3. Nafsu makan menurun dan si ibu cepat penat walaupun hanya berjalan beberapa langkah.
  4. Keluar cecair dari vagina dan tekanan darah ibu meningkat.

Pada ibu yang sedang hamil sekarang *termasuklah cikla ni kenalah sentiasa peka dengan keadaan kandungan kita. Kalau rasa macam lain je atau baby kurang bergerak, cepat-cepat pergi ke hospital untuk rawatan seterusya. 

Tindakan pantas si ibu akan dapat menyelamatkan baby dari bahaya di samping mengelakkan risiko kemudaratan kepada baby dan ibu. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments