Alhamdullillah.... 7 tahun sudah....

By Cikla Shahril - May 30, 2016

Hari ni genap 7 tahun cikla dan suami menyulam cinta, ditambah serinya dengan kehadiran 2 puteri dan seorang putera yang comel lote belako. Hehe. InshaAllah, kami juga sedang menunggu kehadiran bakal penambah seri keluarga kami ni. Doa doakanlah yang terbaik ye.

Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Sepanjang 7 tahun bersama, itu belum lagi campur masa first kenal, bercinta dan bertunang, rasanya hampir 14 tahun kami bersama. Syukurlah, Allah masih menguatkan jodoh kami, walaupun orang cakap dah macam macam dah kami rasa. Semua dah kot. Gembira, sedih bergaduh, bergurau, merajuk. Hehe. Adatlah tu kan. Cikla percaya setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting cara macam mana kita menghadapi dan menyelesaikan segala 'masalah' yang timbul. Kita pun bukannya budak-budak lagi kan. Betul tak?

Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Alhamdullillah....  7 tahun sudah....
Alhamdullillah....  7 tahun sudah.... 

Walau apapun, cikla harap semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatNya kepada keluarga kecil cikla ni, dan semoga Allah menguatkan hati kami dan memberi kami kesabaran serta ketabahan untuk kami mengharungi dugaan yang mendatang. Aamiin. Love my family so much.

~29 Mei 2009, With love! ~

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments