Atasi kesan rekahan (stretch marks) kulit perut dan paha selepas bersalin.

By Cikla Shahril - May 24, 2016

Ada ibu suka menggaru perut dan paha semasa hamil, padahal orang tua tua ada cakap, jangan garu sebab nanti kulit merekah. Tapi, kalau dah gatal sangat, memang tak tahanlah kan. Alamatnya 'tergaru' jugaklah. Nanti lepas bersalin, jangan terkejut pulak bila tengok kulit perut tu nampak 'hodoh'. Huhu. Itulah tak dengar cakap orang tua lagi. Kang dah tak cantik dah.

Tapi, jangan risau. Kalau ada yang alami keadaan macam ni, apa kata korang cuba beberapa petua ni. Manalah tau kot kot sesuai dengan korang

Atasi kesan rekahan (stretch marks) kulit perut dan paha selepas bersalin.
Kesan stretch marks memang 'menghodohkan'... - Image credited to google.

  1. Bancuh dan gaul sebati perahan air limau nipis bersama sedikit kapur sirih. Kemudian, sapukan ke perut sebelum memakai bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.
  2. Ramas sedikit air asam jawa bersama kapur/ragi, kemudian campurkan dengan sedikit air. Gaul sebati, kemudian sapukan campuran tu pada perut sebelum tidur.
  3. Masak santan kelapa sampai pecah minyak, sejakkan kemudian sapukan ke perut sejak dari awal kehamilan lagi.
  4. Ambil 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air perahan limau nipis. Gaul sebati, kemudian sapukan pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang berpantang.

Macam mana? Senang kan petuanya? Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. good info.. thanks cikla.. boleh guna suatu masa nanti..hehe

    ReplyDelete