Cerita suami dan isteri....

By Cikla Shahril - May 28, 2016

Kalau orang cakap indah dan nikmat alam rumahtangga memang betul. Itu cikla setuju. Ye lah, kalau dulu kita sorang je, makan sorang tidur sorang. 

Tapi sekarang dah berteman dah. Betul tak? Kalau kita sakit pun, ada jugak yang ambil berat dan jaga kita. Rasa macam dimanjai pun ada.

Nanti bila dah ada anak pulak, orang kata lagi bertambah keindahan dan warna warni rumah tangga tu, lebih lebih lagi kalau anak pertama. Melayan telatah dan kerenah anak, boleh hiburkan hati kan. 

Kalau boleh nak tatang anak tu macam minyak yang penuh. Nyamuk gigit pun marahnya bukan main pada nyamuk. Haha. 

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... Hidup berumahtangga ada pasang surutnya. - Image credited to Facebook.

Sebenarnya, hidup berumah tangga ni penuh dugaan dan ujiannya sendiri. 

Mungkin awal perkahwinan, ada yang diuji dengan ujian kewangan, bila dah ada anak diuji lagi dengan tanggungjawab mencari nafkah untuk anak isteri *untuk suamilah. Beli pampers anak lagi, susu anak dan perbelanjaan lain yang turut meningkat. 

Kalau korang nak tau, semua ni adalah untuk menguji sejauh mana kita bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan. Adakah kita jugak sama membantu suami untuk ringankan bebannya? 

Atau, kita sebagai isteri just duduk saja menunggu suami balik membawa rezeki untuk keluarga.

Masa nilah kesetiaan kita sebagai isteri jugak diuji. Nak tengok, kita ni rela ke bersusah senang bersama suami, atau time senang je nak, bila susah sikit mula hati goyang. Nauzubillah.

Apakah sebenarnya kunci kebahagiaan sebuah rumahtangga?

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... Jagalah 'kunci' kabahagiaan itu untuk keharmonian rumahtangga. - Image credited to Facebook.

Ada betulnya jugak orang cakap, jantung rumahtangga adalah isteri. Suami mana yang taknak ada isteri yang baik dan solehah kan? 

Begitu jugak isteri, pasti mengimpikan suami yang soleh dan boleh membimbing dia. Bila isteri rasa bahagia dengan suaminya, maka bahagialah rumahtangga itu. Begitu jugak sebaliknya.

Pendek kata, begitu tugas suami supaya isterinya selalu berasa bahagia bila berada di samping dia. Suami adalah pemimpin, yang diwajibkan memimpin dan menjaga isteri, sebab isteri itu adalah amanah. 

Begitu jugak dengan anak anak. Ingatlah, isteri bukanlah untuk dianiaya tapi dimanjai. Isteri bukan untuk disakiti tapi dihargai. Suami kena ingat semua tanggunggjawab tu akan 'ditanya dan dipersoalkan' di akhirat kelak.

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... Bersabarlah.... - Image credited to Facebook.

Bagi cikla apa yang penting keduanya kena BERSABAR. Kalau sorang tengah 'hot', yang sorang lagi kenalah 'cool'. 

Sebab, bila suami dan isteri selalu bergaduh, ini secara tak langsung 'keberkatan' akan hilang dan warna warni rumah tangga jugak turut pudar. Orang cakap, rahmat Allah dan kena ditarik balik. 

Pendapat cikla inilah masanya si suami mainkan peranan menjernihkan kembali apa yang keruh. Didik dan ajar anak dan isteri supaya solat bersama selalu dan kalau ada masa terluang, bawaklah mereka ke majlis majlis ilmu. 

Allah bukan sahaja memberi rahmat kepada keluarga ini malah rezeki pun melimpah ruah. Baru terasa kebahagiaan itu walaupun kita hidup sederhana je pun.

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... Elakkan berbalah antara suami isteri supaya Allah sentiasa memberkati rumahtangga. - Image credited to Facebook. 

Adakah suami betul-betul memahami soal nafkah kepada isteri?

Bila dah berkahwin, orang pasti bercerita soal nafkah, tak kira nafkah zahir atau batin. Yang menjadi persoalannya, adakah mereka iaitu suami ni betul betul faham makna nafkah zahir dan batin ni? Kalau sebelum ni mereka ingat nafkah zahir ni just bagi duit dapur kat isteri, tapi sebenarnya salah tanggapan mereka tu.

Nafkah zahir sebenarnya nafkah yang diberi suami untuk isteri membeli keperluan dirinya sendiri, macam pakaian dia, bedak, pencuci muka, syampu dan lain lainlah. 

Pendek kata, untuk diri dia. Bukannya, dia beli barang dapur macam beras, lauk tu semua lepas tu suami pun bedal sama. Hihi.

Nafkah batin pulak bukan semata mata hubungan kelamin je tapi ia lebih dari tu. Ia sebenarnya merangkumi soal hati dan perasaan isteri, macam mana suami ambil hati isteri dengan buat isteri happy, senang hati bila bersama suami.

Apa salahnya sekali sekala puji isteri dan bawaklah isteri makan angin ke, untuk buat dia gembira. So, kena fahamkan betul betul tau. Berdosa kalau suami abaikan nafkah zahir mahupun batin pada isteri. Tanggungjawab berat tu.

Cerita suami dan isteri....
Cerita suami dan isteri.... Fahami maksud nafkah zahir dan batin. - Image credited to Facebook.

Pada cikla, kena ada 'give and take',  tak kira suami atau isteri. Kalau ada masalah, bawak berbincang dan settle baik baik. 

Selesaikan masalah secara matang, dan yang pastinya ia tak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan terutama melibatkan anak anak. 

Bukan apa, selalunya kalau ibu bapa bergaduh atau bermasalah, anak anak yang jadi mangsa. Kesannya akan mempengaruhi anak anak jugak. 

Semoga bermanfaat dan beri ingatan untuk kita semua termasuk diri cikla jugak. Cikla doakan semoga hubungan dengan pasangan memasing akan sentiasa diberi rahmat olehNya dan kekal ke Jannah. Aamiin.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments