Kelebihan air beras.

By Cikla Shahril - May 26, 2016

Cikla ingat lagi, dulu masa kecik-kecik mak cikla selalu asingkan air basuhan beras tu untuk siram pokok bunga dia yang setaman kat luar tu. 

Tapi, memang betul pun yang air beras boleh menyuburkan pokok dan tanaman. Sebab itulah petua yang mak cikla guna untuk 'gemukkan' pokok-pokok bunga dia tu. 

Sebenarnya banyak lagi rupanya kelebihan air beras ni, terutama dalam bidang kecantikan wajah dan rambut. Jom baca apakah kelebihan yang mungkin kita tak tau.

Kelebihan air beras.
Kelebihan air beras. Banyak manfaat rupanya air beras ni. - Image credited to google.

Sebagai penyegar semulajadi.

Just rendam kapas muka dalam air beras kemudian lapkan ke wajah perlahan-lahan. Ia dikatakan boleh membuang kotoran dan sebum pada kulit, sekaligus menjadikan kulit wajah segar dan lembut. 

Sebagai masker wajah.

Just rendam  tisu wajah dalam air beras lebih kurang 10 minit kemudian angkat tisu dan toskan. Then, tempekkan tisu tu pada muka biar selama 15 hingga 20 minit sebelum di cuci dengan air bersih. Kesannya, wajah akan segar dan beransur cerah. 

Sebagai pencuci wajah.

Just simpan air beras dalam botol, setiap kali korang nak cuci muka, gunakanlah ia. Amalkan 2 kali sehari, inshaAllah wajah akan semakin sihat, bercahaya dan cantik.

Kecilkan pori-pori wajah.

Just celup kapas muka dalam air beras kemudian tekapkan pada wajah, sambil menekan perlahan-lahan pada bahagian yang bermasalah. Buat 3 minggu sekali, pori-pori akan semakin mengecil. 

Boleh membantu atasi masalah jerawat.

Just cuci wajah dengan menggunakan air beras. Hasilnya, jerawat akan cepat kecut dan yang best nya ia tak tinggalkan parut pun. Cubalah. 

Sebagai masker rambut.

Dengan menuang air beras pada kulit kepala, sebaiknya bungkus kepala dengan tuala dan biarkan 20-30 minit sebelum di cuci dengan syampu dan pelembap. Rambut akan kelihatan bersinar dan lembut.

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Petua nie siqah tahu! Akhirnya tahu juga petua yang cikla kongsi. Hihi. Pasal bab asingkan air beras untuk siram bunga tu, mama siqah pun amalkannya juga. Segar je tanamannya. Siqah guna air basuhan beras untuk basuh muka je. Tiap kali masak nasi lah buat gitu :)

    ReplyDelete