30 June 2016

Kisah hari ke-25 puasa : Mengidam kambing bakarlah pulak....

June 30, 2016 0 Comments
Kisah hari ke-25 puasa : Mengidam kambing bakarlah pulak.... | Assalamualaikum wbt. Salam 25 Ramadan. Hari ni hubby cikla balik bawak kambing bakar. Dah lama sebenarnya cikla mengidam kambing bakar ni, baru sekarang ni beliau membelikannya. Hehe.. Saja 'dera' dia, nak tengok nak ke dia layan 'nafsu makan' isterinya yang sedang mengandung ini. Tapi, bak kata P. Ramlee...  "Siapa tak sayang bini oiii... " hihi... Betul tak?


Kisah hari ke-25 puasa : Mengidam kambing bakarlah pulak.... Image credited to google.


Memang cikla menghadap sorang je kambing bakar ni. Kekonon nak lepaskan hajat mengidamlah ni. Rasanya oklah, tapi macam liat sikit. 

Alhamdullilah... Merasa juga... Hehe...❤❤

Pecutan 10 malam terakhir Ramadan.

June 30, 2016 2 Comments
Pecutan 10 malam terakhir Ramadan. | Assalamualaikum wbt. Cepatnya Ramadan nak berlalu kan? Rasanya puasa kali ni memang cepat pergi. Adakah kita yang leka atau memang masa sekarang ni masa bergerak pantas. Waallahualam. 10 malam terakhir Ramadan adalah yang paling dinanti nantikan oleh semua. Mana taknya, di dalamnya terkandung malam yang penuh rahmat dan berkat iaitu, malam Lailatul Qadar. Semua orang mengimpikan bertemu malam tu kan? Betul tak?

Pecutan 10 malam terakhir Ramadan. 


Pecutan 10 malam  terakhir Ramadan.
Pecutan 10 malam terakhir Ramadan. - Image credited to facebook.com. 


Semoga kita semua beroleh rahmat dariNya. InshaAllah.... ❤❤

Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby.

June 30, 2016 4 Comments
Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby. | Assalamualaikum wbt. Rasanya kebanyakan wanita memang ada mengalami masalah ni. Ibu mengandung juga tak terkecuali. Ini kerana pengaruh perubahan hormon kehamilan seperti estrogen.

Walaupun ia boleh dikatakan masalah biasa, tapi tak boleh dipandang remeh sebab keputihan yang abnormal akan membahayakan baby dalam kandungan. Biasanya, ada dua jenis keputihan yang selalu dihidapi oleh wanita iaitu;

  1. Keputihan normal : warna putih bening, cair, tak berbau hanyir/busuk dan tak gatal.
  2. Keputihan abnormal : warna kehijauan/kekuningan, bau hanyir/busuk dan gatal pada kulit.

Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby. 


Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby.
Keputihan semasa mengandung boleh membahayakan baby. Sumber Google.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh mewujudkan keadaan ini iaitu;

  1. Perubahan dan ketakseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
  2. Bila ibu mengandung terlalu penat, dia akan rasa letih dan kurang elektrolit tubuh, padahal baby masih perlukan elektrolit tubuh melalui uri. Ketakseimbangan ni akan menyebabkan reaksi hormon dalam bentuk keputihan. 
  3. Ibu mengandung memakan makanan yang berasal dari proses penapaian seperti keju dan tempe. Ini akan pengaruhi keseimbangan hormon dan terjadinya keputihan. 
  4. Darjah keasidan dalam faraj berubah dan rahim peranakan. Ini disebabkan oleh aktiviti hormon pertumbuhan dan perkembangan baby juga akan menyebabkan terjadinya keputihan. 
  5. Ibu mengandung yang mengalami stress dan kemurungan juga boleh menyebabkan berlakunya keputihan.

Ibu-ibu jangan risau. Ada beberapa cara yang boleh mengatasi masalah ni, iaitu;

  1. Sentiasa menjaga kebersihan badan dan pakaian. Kalau ada apa-apa masalah, cepat-cepat dapatkan rawatan untuk tengok keadaan kandungan.
  2. Kalau keputihan abnormal dibiarkan, ditakuti ia akan merebak ke dalam rahim dan membahayakan keselamatan baby dala kandungan.
  3. Kalau boleh, elakkan memakai panty liner dalam masa yang panjang dan elakkan menggunakan pembersih vagina terlalu kerap.
  4. Pakai seluar dalam yang boleh menyerap peluh dan kalau nak cuci bahagian intim, pastikan menggunakan sabun yang kurang kandungan wangiannya.

Walauapapun, ibu-ibu tak perlu risau sebab biasanya masalah ni akan hilang selepas proses melahirkan. Apa yang penting, langkah-langkah penjagaan yang perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masalah ni semakin serius semasa mengandung...❤❤


Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

29 June 2016

Kisah hari ke-24 puasa : Kuih nona manis....

June 29, 2016 2 Comments
Kisah hari ke-24 puasa : Kuih nona manis.... | Assalamualaikum wbt. Salam 24 Ramadan. Hari ni cikla buka puasa dengan anak anak je. My hubby kena keje, dia tak sempat nak balik berbuka kat rumah, so dia berbuka kat luar dengan kawan kawan kerja dia. Tak apalah. Sepanjang 24 hari puasa ni, cuma 2 hari ni je dia buka dengan kawan kawan kerja dia. Selebihnya memang dia berbuka kat rumah.

Menu berbuka cikla pun hari ni memang ala kadar sesangat. Nasi impit, kuah masak lodeh dengan rendang ayam semuanya orang bagi. Tak masak pun. Hihi. Cikla cuma panaskan ikan taucu baki semalam. Malas pulak nak masak sebab nanti banyak banyak membazir pulak. Lagipun, hari ni rasa macam letih sikit. Tapi tak apalah, janji semua kerja kerja kemaskan rumah dah settle. Dah boleh rileks rileks dah.

Petang tu cikla pergi bazaar kejap usha usha apa yang ada. Kot kot ada yang berkenan kat tekak ni. Mata tiba tiba tertumpu pada satu kuih ni. Tengok macam kuih tako. ‹cikla ada cerita pasal kuih tako tu kat SINI› tapi takde bungkusnya pulak. Togel. Hihi. Tengahnya ada putih, lepas tu kelilingnya hijau. So, cikla belilah sebab macam teringin nak rasa. Inilah dia rupanya.


Kisah hari ke-24 puasa : Kuih nona manis....
Kisah hari ke-24 puasa : Kuih nona manis.... 

Korang pernah makan tak kuih ni. Cikla tanya kat makcik jual tu, namanya kuih nona manis. Witwit, amboi nama kuih kemain lagi. Tapi mujurlah kuihnya sedap. Kira kenalah kat tekakku ini. 

Habis cikla makan sorang. Hehe...❤❤


Sharing is caring : Hari raya, anak kecil dan vaksin.

June 29, 2016 2 Comments
Sharing is caring : Hari raya, anak kecil dan vaksin. | Assalamualaikum wbt. Sekarang ni, isu vaksin sangat kerap diperkatakan. Bagi cikla isu pemberian vaksin kepada anak ni isu subjektif kot. Ada orang menerima suntikan ni untuk anak mereka, dan begitulah sebaliknya. Lain orang lain pendapat peribadinya. Kalau cikla, memang semua anak-anak cikla mendapat suntikan vaksin penuh sampai mereka berumur setahun setengah.

So, sehubungan dengan itu, cikla nak kongsikan pesanan dan nasihat dari seorang Neonatologist iaitu pakar bayi dan kanak kanak.

Ini pesanan beliau;

Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yang berusia 59 hari, akibat pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin. Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini. Sempena hari raya yang bakal menjelang dan kemunculan wabak diphteria, pertussis dan measles akibat golongan antivaksin, saya ingin berkongsi sedikit pesanan:


Buat ibu bapa yang mempunyai bayi kecil kurang dari setahun terutama kurang dari 2 bulan; 


  • Berpantanglah di rumah, tak perlu keluar beraya dan hadkan pengunjung. Kita tidak tahu siapa pembawa kuman, anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa banyak tempat  lain dan terdedah kepada orang ramai. Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda dan sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya. Cukup dengan melihat dan membacakan doa. Tidak mengapa dilabel "paranoid", anak kita, amanah kita, tanggungjawab kita.
  • VAKSINKAN anak anda mengikut jadual dan niatkan ini untuk kebaikan anak anda dan anak orang lain, semoga Allah menerimanya sebagai satu kebajikan. InshaAllah....
  • Elakkan tempat yang sesak seperti open house.
  • Jika kampung anda kawasan endemik seperti Melaka dan Kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah SAW. Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim).


Sharing is caring : Hari raya, anak kecil dan vaksin.
Sharing is caring : Hari raya, anak kecil dan vaksin.  Image credited to google.

Bagi tetamu yg berhari raya; 


  • Jangan cium/dukung/sentuh bayi yang baru lahir, atau mana-mana bayi tanpa izin ibu bapanya.
  • Baca doa sebelum masuk rumah. 
  • Jangan berlama-lama berziarah terutama rumah ibu dalam pantang. 
  • Kalau anak-anak anda tidak divaksin dengan alasan "anda sayang anak anda", kami ibu bapa provaksin juga sangat sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan datang menziarahi kami yang ada anak kecil kurang dari setahun. Tolong hormati keputusan kami.


Pesannya lagi, bertabahlah ibu-ibu dan bapa-bapa yang beranak kecil. Biar kita susah raya kali ini, inshaAllah kita dapat nikmati banyak lagi hari raya akan datang dengan anak kita yang tersayang. Allahu musta'an....

Just share to save our children. Sekadar perkongsian. ❤❤❤


Sumber : WhatsApp group.

28 June 2016

Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah!

June 28, 2016 5 Comments
Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah! | Assalamualaikum wbt. Salam 23 Ramadan. Allahu... Kejapnya masa berlalu. Nak cerita pasal hari ni dulu. Hari ni mood masak macam dah kembali. Hihi. Selongkar peti ais jumpalah ikan cencaru dah siap siang dan basuh, then jumpa sayur kubis. Fikir punya fikir, cikla pun masaklah ikan tu ikan masak taucu dengan kubis masak lemak. Dah last last ni, malas nak masak banyak-banyak. Janji ada nasi, lauk tak kiralah ikan atau ayam, lepas tu sayur. Then.. air. Dah. Nanti banyak-banyak takut membazir pulak. Membazir kan amalan syaiton. Betul tak? 

Hubby cikla pulak beli tau fu fah. Memang favourite  dia ni. Cikla pun jarang makan. Kebetulan dia beli dua bekas, so cikla makanlah satu. Korang suka tak makan tau fu fah?


Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah!
Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah! 


Hmmmm..... Tak lama lagi Ramadan yang penuh berkat ni akan pergi meninggalkan kita. Biasanya hari hari terakhir Ramadan ni dikaitkan satu malam yang penuh rahmat. Malam Lailatul Qadar

Semoga kita semua akan bertemu dengan malam yang penuh rahmat dan keampunan ini. InshaAllah...❤❤ 

Cara bersihkan hidung baby.

June 28, 2016 2 Comments
Cara bersihkan hidung baby. | Assalamualaikum wbt. Dengan menggunakan hidung, baby akan menjelajah persekitaran. Kalau hidungnya tersumbat disebabkan oleh lendir, ada caranya kalau ibu ibu nak bersihkan lendir dan kotoran itu. Jom kita baca apakah cara-caranya;

Cara bersihkan hidung baby. 


  1. Guna putik kapas dan air suam. 
  2. Masukkan putik kapas perlahan-lahan, jangan terlalu dalam. 
  3. Bersihkan dengan membuat gerakan memutar ke kiri dan ke kanan.


Cara bersihkan hidung baby.
Cara bersihkan hidung baby.  Image credited to google.

Ibu ibu tak digalakkan melakukan perkara ini terhadap hidung baby, iaitu;

  1. Keluarkan kotoran hidung dengan menggunakan tisu atau jari, sebab perbuatan ni akan menyebabkan kotoran lebih terdorong lebih dalam dan menggores membran pembatas hidung yang peka. 
  2. Ibu membersihkan cuping hidung terlalu keras, sebab ini akan menyebabkan luka kerana cuping baby masih sangat lembut. 
  3. Sedut kedua-dua lubang sekaligus, sebab ia bahaya kalau lendir naik ke telinga tengah akan menyebabkan jangkitan pulak.

Semoga bermanfaat, khasnya kepada ibu ibu yang baru memilik cahaya mata. 


Sumber : Ruangan Untukmu Mama.

27 June 2016

Kisah hari ke-22 puasa : Susahnya cari baju raya kakak batrisyia.....

June 27, 2016 0 Comments
Kisah hari ke-22 puasa : Susahnya cari baju raya kakak batrisyia..... | Assalamualaikum wbt. Semalam lepas berbuka, cikla sekeluarga pergi ke Uptown Shah Alam. Hajat dihati nak cari baju raya untuk 3 orang ni. Aritu pun adalah beli sikit. Tapi, kalau dah raya rasa cikla yang paling happy budak budaklah. 

Mana taknya, masa ni lah mereka, boleh shopping dan beli baju yang cantik. Ambik aje bak kata orang, mana berkenan. Ayah bayar. Hihi... Takpelah ayah, sekali sekala belanja anak kan.. Berkat tu.... Hehe....


Kisah hari ke-22 puasa : Susahnya cari baju raya kakak batrisyia.....
Kisah hari ke-22 puasa : Susahnya cari baju raya kakak batrisyia..... 

Kalau dah uptown, pepaham ajelah.  Lagi dah dekat nak raya ni, orang memang ramai. Kitaorang sampai pun around 9 pm, itu pun orang dah ramai. Pusing punya pusing, dapat jugaklah baju, seluar  dengan kasut untuk budak-budak ni. Kira yang paling complete kakak damia lah. Sebab senang sikit nak cari baju dia. Badan kecik molek. Try apa pun, ok. 

Kakak batrisyia lah kesian. Susah nak cari baju yang sesuai dengan dia. Memang tengok saiz besar. Tapi bila cuba, sempit. Kesian pulak. Lagipun nanti sekejap je boleh pakai baju tu. Tak pelah kakak. Kita cari kat tempat lain ye. Sempat lagi ni...❤❤

Ibu hamil pun kena berpantang jugak...

June 27, 2016 1 Comments
Ibu hamil pun kena berpantang jugak... | Assalamualaikum wbt. Erm, dah lama kot cikla tak share info pasal kehamilan kan? Orang cakap masa mengandung ada jugak pantang larang yang kena diikut. Pantang larang ni penting supaya dapat memastikan bayi yang dikandung sentiasa sihat dan selamat.

Jom kita baca apakah pantang larang tu;

Ibu hamil pun kena berpantang jugak... 


Ibu hamil pun kena berpantang jugak...
Ibu hamil pun kena berpantang jugak... Image credited to google.


  1. Elak makan makanan mentah sebab ia mungkin mengandungi bakteria, virus atau parasit.
  2. Elakkan memakan ikan yang mempunyai kandungan merkuri sebab ia dikhuatiri akan ganggu perkembangan otak dan sistem saraf baby.
  3. Jangan minum minuman beralkohol sebab ia akan menghalang aliran nutrisi kepada baby, dan mengganggu aliran oksigen kepada baby. Ia juga turut pengaruhi perkembangan otak baby dan akibatnya perkembangan IQ dan fizikal baby terganggu.
  4. Jangan mengambil kafein berlebihan setiap hari sebab ia boleh ganggu kehamilan dan sebabkan keguguran. Baby jugak boleh lahir dengan berat badan yang kurang. Lebih menakutkan baby boleh meninggal semasa dilahirkan. 
  5. Jangan mengambil jumlah kalori berlebihan sebab ia akan menyebabkan obesiti semasa hamil. Ia berisiko kita mengidap diabetes semasa hamil. 
  6. Jangan pakai baju ketat sebab boleh tingkatkan risiko tekanan pada perut dan ini akan ganggu perkembangan janin. Pilih baju yang selesa, menyerap peluh dan paling penting tak beri tekanan pada perut kita.

Semoga bermanfaat. ❤❤❤


Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

26 June 2016

Kisah hari ke-21 puasa : Jadi vegetarian hari ni.....

June 26, 2016 4 Comments
Kisah hari ke-21 puasa : Jadi vegetarian hari ni..... | Assalamualaikum wbt. Salam 21 Ramadan. Macam mana puasa hari ni? Ok tak? Hari ni cikla sambung lagi mengemas rumah. Aiyook. Dah 3 hari kot, tak siap lagi mengemasnya. Hihi. Hari ni cikla mengemas dapur dengan luar rumah. Itu pun still tak siap lagi. 

Nak dijadikan cerita, punyalah khusyuk dan tawaduknya cikla mengemas sampai tak sedar hari dah petang. Aiseyman, macam mana ni. Nak masak, memang semenjak dua menjak mood memasak macam ke laut pulak.

So, apa lagi. Dengan pantas cikla capai telefon. Apa lagi nak telefon cik abang lah sebab nak suruh dia belikan lauk untuk berbuka. Lega sikitlah sebab dia kata ok. Cikla kat umah, prepare apa yang patut kat umah. Bila cik abang balik, macam biasalah cikla skodeng apa yang dia beli. Mak aiii... Semuanya sayur ke. Adoii. Bior betul ni. Jadi kita hari ni jadi vegetarian lah yop oiii... Huhu. Korang bayangkanlah. Ada sayur lemak taugeh dengan petola, sayur lemak rebung, sayur lemak meranti, dengan kerabu lagi.

Tapi mujurlah dia ada beli ikan bakar sekoq, ayam rendang seketui dengan begedil. Telur masin cikla rebus sendiri. Hihi...

Ermmm.... Kira oklah tu kan. kalau tak memang makan sayur dengan nasi ler jawabnya kami. Hihi...❤❤

25 June 2016

Kisah hari ke-20 puasa : Misi mengemas rumah disambung lagi!

June 25, 2016 3 Comments
Kisah hari ke-20 puasa : Misi mengemas rumah disambung lagi! | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni cikla ada cerita pasal misi mengemas rumah kan. Nak baca, sila klik SINI. Itu pun sempat kemas ruang tamu dengan quest room. Hari ni, misi bersambung lagi. Kali ni cikla kemas bilik sendiri pulak. Dah bilik sendiri, kena 'deko deko' jugak. Susun atur katil lemari bagai supaya bilik nampak luas. Cikla tak suka sangat bilik yang terlalu crowded denga perabot. Macam menyempitkan aje. Korang macam mana pulak?


Kisah hari ke-20 puasa : Misi mengemas rumah disambung lagi! Image credited to google.


Korang dah start mengemas ke? Cikla suka kemas awal awal sebab senang. Nanti bila dah dekat nak raya, just buang habuk sikit je. 

Oklah, let's cleaning... Hehe.. ❤❤

Pencarian Bloglist Bulan Julai.

June 25, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Pencarian Bloglist Bulan Julai. | Jom join ramai ramai...


http://misskitty12.blogspot.my/2016/06/pencarian-bloglist-bulan-julai.html
Klik banner untuk join.


Syarat simple je. Segmen tamat 30/6/2016. 10 peserta bertuah akan dimasukkan dalam bloglist selama sebulan. Pemilihan menggunakan random.org. Selamat bersegmen semua... Sekian dulu, wassalam...

-TAMAT SUDAH-

24 June 2016

Kisah hari ke-19 puasa : Air jagung!

June 24, 2016 2 Comments
Kisah hari ke-19 puasa : Air jagung! | Assalamualaikum wbt. Korang suka minum air jagung tak? Kalau cikla, bukanlah nak cakap air ni favourite sangat, tapi kalau pergi bazaar dan terjumpa air ni mesti hubby cikla beli. Ni pun tadi dia beli jugak, walhal cikla dah beli macam macam air dah. Mungkin tertarik dengan warnanya yang kuning menyengat. Hehe...


Kisah hari ke-19 puasa : Air jagung! Image credited to google,


Nanti sambung lagi.... ❤❤

23 June 2016

Kisah hari ke-18 puasa : Misi mengemas rumah bermula.

June 23, 2016 1 Comments
Kisah hari ke-18 puasa : Misi mengemas rumah bermula. | Assalamualaikum wbt. Salam 18 Ramadan. Syukurlah, kita masih diberi kesempatan meneruskan puasa dan InshaAllah dapat mengumpul pahala sebanyaknya.

Hari ni, boleh dikatakan cikla dah start kemas rumah. Biasalah, dah boyot boyot macam ni rasa macam dah larat nak buat sorang sorang. Itu pun, cikla baru buang habuk, pastu kemaskan guest room. Lap tingkap dapur sikit. Itu pun dah termengah mengah. Adik Ammar memanglah tolong.... Tapi, tolong kacau. Orang menyapu.. dia menyapu. Orang vakum... dia pun sibuk sama. Huhu... Itu belum lagi kakak dia dua orang tu. Mujurlah budak berdoa tu sekolah. Kalau tak, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Takpelah. Esok sambung lagi. Hihi...


Kisah hari ke-18 puasa : Misi mengemas rumah bermula. Image credited to google.


Korang macam mana pulak? Dah mula kemas rumah ke? Bukan apa, kemas awal awal kan senang. 

Malam raya dah takde banyak kerja nak buat, sebab semua dah settle... Hihi... 


Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi.

June 23, 2016 0 Comments
Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi. | Assalamualaikum wbt. Dengar macam kelakar je kan. Boleh ke nak kenal personaliti orang melalui gigi. Walaupun kita tak bolehlah nak percaya bulat bulat, tapi tak salah kot kalau kita nak jadikan panduan supaya kita dapat mengenali keperibadian dan sikap pasangan kita. Betul tak? Apa lagi, jom baca....

Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi. 


Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi.
Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi. Image credited to google.

  1. Jarang dan kecil; dikatakan suka menilai diri orang lain, tapi dia sendiri tak suka dikritik orang. Mereka juga tak suka mengalah walaupun dah buat silap. 
  2. Saiz sederhana dan rata; dikatakan seorang yang baik hati dan suka membantu. Mereka juga ingin membahagiakan orang lain. 
  3. Besar dan jarang; dikatakan mempunyai sikap iri hati dengan kejayaan orang lain. Mereka juga keras kepala dan sanggup lakukan apa aje asalkan apa yang dimahukannya tercapai. 
  4. Jongang dan kecil; dikatakan orang yang mempunyai gigi sebegini mudah bertolak ansur. Mereka juga keras kepala tapi kena dengan tempatnya, sebab masih boleh dibawa berbincang. 
  5. Jongang dan besar; mereka yang mempunyai gigi sebegini dikatakan bermulut celupar, mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang mereka ada. Positifnya, mereka senang berjaya dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik. Selain itu, mereka jugak bersikap agresif dan rajin. 
  6. Gigi tak tersusun; mereka merupakan teman bicara yang sangat memahami, sentiasa mendengar dan beri nasihat. Mereka jugak berpengetahuan luas, bersikap kebudak budakan tapi pandai membahagiakan orang lain.
  7. Masuk ke dalam; mereka seorang yang pemalu dan suka sembunyikan sikap sebenar mereka tapi agak pasif. Mereka juga bersikap pendiam dan tak pandai sangat nak bergaul dengan orang lain tapi mereka cukup pandai simpan rahsia. 
  8. Kecil dan tersusun; biasanya berwajah keanak anakan. Mereka jugak suka membantu orang lain dan boleh dipercayai dari segi percakapannya.

Ermmm.... Just for fun aje ni. Jangan amik serius pulak. Kalau ada yang sama tu, kebetulan aje kot. 


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya?

June 23, 2016 0 Comments
Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya? | Assalamualaikum wbt. Setiap ibu mengandung yang nak melahirkan mesti merasai macam mana sakit kontraksi tu. Rasa sakit ni dimulai dengan gejala rasa sakit yang ringan dibahagian punggung dan kemudian 'merebak' ke seluruh badan. Kalau cikla, cikla tak tau macam mana nak describe sakit kontraksi ni macam mana. Yang cikla tau memang sakit sangat.

Pengalaman melahirkan anak kedua dengan ketiga, memang cikla rasa sentiasa sakit kontraksi semulajadi start  dari ringan sampailah kuat. Anak pertama cikla kena induce, so lepas induce barulah rasa sakit tu datang. Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh kita alert dan menandakan kelahiran baby semakin dekat. Jom baca info berguna ni.

Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya? 


Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya?
Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya? Image credited to Facebook/ANUGERAHQURAN

  1. Bentuk tubuh berubah disebabkan perubahan hormon. Punggung akan nampak melebar dan ini akan mempermudahkan jalan lahir baby. Payudara pulak akan nampak semakin besar sebab  penghasilan susu.
  2. Punggung akan merasa sakit. Sebab tu, ibu kena tau membezakan antara sakit punggung biasa dengan sakit punggung mahu melahirkan. Itu semua kena alert tau...
  3. Perut akan terasa mengeras sebab baby dah mula turun ke bawah rahim, selain dari rasa memulas dan ini akan membuatkan perut semakin mengeras.
  4. Dinding rahim semakin mengeras sebelum proses kelahiran berlaku. Kadang-kadang, ibu memang tak perasan rasa sakit kontraksi ni, so ibu kena tau rasa sakit tu adalah kontraksi atau bukan.
  5. Lendir keluar dari vagina, dan ni juga menandakan baby dah dekat nak lahir. Lendir ni kemudian akan bertukar menjadi air, dan akan mengalir keluar bila tiba saat ibu mahu melahirkan. Begitu jugak kalau adanya cairan darah pada vagina.
  6. Rasa tak tahan sangat nak buang air kecil. Memang sebelum ni ibu mengalaminya. Tapi kali ni memang tak boleh nak tahan-tahan sangat. Nah, ini salah satu tanda jugak sebab baby dah semakin mendorong ke bawah.
  7. Gerakan baby perlahan terasa sebab baby sedang mengatur posisi kelahirannya.
  8. Air ketuban pecah. Ini antara tanda melahirkan yang paling popular. Ini disebabkan adanya kontraksi vagina. Kalau berlaku, cepat-cepat pergi hospital jangan tunggu lagi.
  9. Emosi ibu jadi tak stabil. Ia melibatkan gelojak energi yang berlebihan atau si ibu kadang kala ingin bersendiri. Ini wajar sebab fasa melahirkan perlu persiapan dari segi mental dan fizikal. 
  10. Tanda terakhir adalah pembukaan, iaitu kepala baby sudah berada di pintu rahim. Rahim akan terbuka satu persatu sekitar 2 jam sekali yang semakin dekat untuk bersalin.

Apa yang penting, kena alert. Orang cakap ibu kena tau dan sentiasa peka dengan tanda-tanda ni sebab kita yang mengalaminya bukan orang lain.

Semoga bermanfaat. ❤❤❤


Sumber : Majalah Wanita.

22 June 2016

Kisah hari ke-17 puasa : Tauhu sumbat.

June 22, 2016 1 Comments
Kisah hari ke-17 puasa : Tauhu sumbat. | Assalamualaikum wbt. Korang suka makan tauhu sumbat tak? Cikla suka jugaklah makan tauhu sumbat ni. Nak buat tauhu sumbat ni senang je kot. Tauhu potong dua sampai kekuningan. Pastu tengahnya dibelah. Lepas tu, sagat timun, carrot dengan taugeh yang dicelur, then sumbatkan ketiga tiganya sekali. Kemudian, buat sambal dia. Dah siap!! 

Gambar kat bawah ni cikla google je, lupa nak klik klik semalam....


Kisah hari ke-17 puasa : Tauhu sumbat.
Kisah hari ke-17 puasa : Tauhu sumbat. Image credited to google.


Sekarang ni, jalan jalan bazaar pun macam dah tak tau nak beli apa. Tengok sama je hari hari kan.  Hehe... ❤❤

Strawberry oh strawberry!

June 22, 2016 2 Comments
Strawberry oh strawberry! | Assalamualaikum wbt. Siapa suka makan buah strawberry? Angkat kening. Hihi. Baguslah kalau korang suka makan buah strawberry ni sebab ia memang kaya dengan nutrien dan berkhasiat sangat. Ia juga berguna dalam bidang kecantikan, boleh merawat masalah kulit dan menjadikan wajah lebih menawan.

Korang nak tau tak apa kebaikan buah ni dalam kecantikan? Jom baca ni....

Strawberry oh strawberry! 


Kalau korang nak tau, ekstrak buah strawberry digunakan sebagai bahan pembersih kulit, sabun dan masker. Ia menjadikan wajah nampak halus dan bersih sebab mengandungi vitamin C dan antioksidan. Di samping itu, ia juga berupaya membuang sel kulit mati, mengecilkan pori-pori wajah serta melembutkan dan meremajakan kulit.

Sebagai penyegar, dengan cara mengisar buah strawberry menjadi jus. Kemudian, campurkan dengan 2 sudu teh estrak strawberry dengan air mawar. Gunakan campuran ni sebagai penyegar, dan simpan dalam peti ais. Ia berupaya mencerah, menghalus dan hilangkan parut dan kedutan.


Strawberry oh strawberry!
Strawberry oh strawberry! Sumber Google.

Selain itu, strawberry jugak boleh merawat kerosakan kulit sebab adanya vitamin C yang membantu tingkatkan pengeluaran kolagen. Ada orang menjadikan strawberry sebagai masker. Buah strawberry dioleskan ke seluruh wajah, dan biarkan selama 20-30 minit sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Hasilnya kulit akan jadi lebih anjal, halus, dan garis-garis halus semakin kurang. Kalau nakkan hasilyang awesome, amalkan 2 kali seminggu secara konsisten.

Di samping itu, strawberry dapat membantu merawat jerawat kerana ia berupaya mengimbangi minyak pada wajah dan membantu kecutkan sekaligus hilangkan jerawat tanpa kesan parut. Caranya senang je, hanya oleskan wajah korang dengan estrak strawberry, biarkan sekejap sebelum dibilas dengan air suam.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba... 🍓🍓


Sumber : Ruangan Tips Cantik.

Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan.

June 22, 2016 2 Comments
Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan. | Assalamualaikum wbt. Semua orang mesti mahu kelihatan cantik bila menyarungkan pakaian kesukaannya. Kalau silap pilih, dah tentu kita dikatakan 'mangsa fesyen' dan nampak pelik. Betul tak? Sebab tu kita kena tau apa jenis bentuk badan kita (samada tinggi, rendah, kurus, atau gempal) sebelum kita membeli pakaian.

Jom kita baca tipsnya.

Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan.


Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan.
Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan. Image credited to google.

Badan bentuk jam pasir; rasanya semua perempuan khususnya nakkan bentuk badan macam ni kan? Perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti ni mempunyai ukuran pinggul dan dadanya hampir sama/seimbang. Kelebihan perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti ni adalah, mereka boleh pilih apa aje fesyen dan pakaian kesukaan mereka sebab apa yang dipakai semuanya nampak sesuai dan cantik.

Badan bentuk segi tiga; ciri bentuk badan sebegini adalah besar pada bahagian pinggul, tapi kecil di bahagian dada. Perempuan yang memiliki bentuk badan sebegini disyorkan meminimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah. Guna warna gelap/warna tanah untuk kesan kecil. Kalau boleh elak pakai skirt labuh dan blouse yang terlalu labuh supaya tak nampak 'lebar'.

Badan bentuk segi tiga terbalik; ciri bentuk badan macam ni adalah memiliki kaki dan pinggul yang kecil dan langsing, tapi bahu lebih bidang/luas daripada pinggul. Orang yang mempunyai bentuk badan sebegini disarankan memilih skirt jenis A-line, dengan tekstur yang garang serta corak mendatar, sebab ia dapat memberi keseimbangan pada tubuh. Mereka juga dinasihatkan memakai palazzo (seluar labuh), di samping memilih pakaian berwarna gelap/neutral untuk bahagian atas badan.

Badan bentuk segi empat; ciri bentuk badan sebegini adalah ia nampak sama rata dari atas sampai ke bawah. Mereka mempunyai bahagian pinggul dan dada yang seimbang, tapi bahagian pinggang 'kurang' terbentuk. Orang yang mempunyai bentuk badan sebegini disarankan memakai pakaian yang bahagian atasnya berlapik bahu. Jangan pilih seluar atau jeans yang terlalu ketat, tapi pilih baju dengan rekaan lebih pada bahu supaya nampak lebih cantik.

Semoga bermanfaat dan memberi kita panduan semasa mahu membeli pakaian. 


Sumber : Ruangan Stailo, KOSMO!

21 June 2016

Kisah hari ke-16 puasa : Kuih tako.

June 21, 2016 3 Comments
Kisah hari ke-16 puasa : Kuih tako. | Assalamualaikum wbt. Korang suka makan kuih tako tak? Ada yang panggil kuih pelita. Puasa kali ni memang hari hari hubby cikla beli kuih ni. Tak pernah miss. Boleh dikatakan kuih ni dah jadi kuih kegemaran dan mesti ada masa berbuka. 

Gambar kat bawah tu cikla ambil dari google. Lupa pulak nak snap gambar tadi.. Huhu...


Kisah hari ke-16 puasa : Kuih tako.
Kisah hari ke-16 puasa : Kuih tako.  Image credited to google.


Kuih ni biasanya dimasak dalam daun pandan atau daun pisang yang dibentuk empat segi. Tapi, lain orang lain pembuatannya. Ada sekali tu cikla pernah nampak orang jual kuih ni dalam bekas plastik yang bulat bulat tu. Cikla beli pun, kadang-kadang ok kuihnya. Kadang-kadang macam terlebih lembik pulak. Orang cakap tak payah pakai sudu. Terus slurrrrppppp je....


Tanda hati kita sakit.

June 21, 2016 2 Comments
Tanda hati kita sakit. | Assalamualaikum wbt. Hati adalah 'harta' yang kita kena jaga sebaiknya. Jom kita baca apakah tanda hati kita 'sakit'... InshaAllah kita boleh rawat dan bersihkan hati kita, lebih lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ni....

Tanda hati kita sakit.


Tanda hati kita 'sakit'.....
Tanda hati sakit. - Image credited to google.

Apakah tanda itu? Jom baca......

  1.  Kita percaya akan kewujudan Allah SWT tapi, kita tak nak penuhi semua suruhanNya.
  2. Kita cakap kita sayangkan Rasullullah SAW, tapi kita tak ikut pun sunnah baginda.
  3. Kita baca kitab suci Al-Quran, tapi kita tak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.
  4. Kita seronok menikmati semua nikmat dari Allah SWT, tapi kita tak bersyukur padaNya.
  5. Kita tahu syaitan itu musuh kita, tapi kita berusaha untuk menentangnya.
  6. Kita mahukan masuk syurga Allah SWT, tapi kita tak berusaha untuk mendapatkannya.
  7. Kita tak nak masuk neraka, tapi kita tak berusaha untuk menghindari darinya.
  8. Kita percaya semua yang hidup pasti akan mati, tapi kita bersedia untuk itu.
  9. Kita sibuk bercerita dan mencari salah orang lain, tapi kita lupa akan kesalahan dan dosa kita sendiri.
  10. Kita melakukan pengebumian, tapi kita tak mengambil ikhtibar daripadanya. 

Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan. Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah.

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....

June 21, 2016 6 Comments
Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni.... | Assalamualaikum wbt. Kadang-kadang pening jugak sebab dah cuba macam-macam produk untuk turun jugak. Apa kata korang cuba pulak diet detoks ni sebab ia dikatakan membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak dalam badan. Jangan lupa minum banyak air, makan buahan dan sayuran organik secukupnya. Jangan lupa bersenam dan bersukan jugak tau untuk dapatkan 'hasil' yang lebih berkesan.

Sebelum ni cikla ada share pasal air detoks dan kebaikannya. (Klik SINI untuk baca entri). Kali ni cikla nak share lagi beberapa resepi air detoks yang mungkin korang boleh cuba untuk menurunkan berat badan.

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni.... 


Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....  Image credited to google.

  1. Timun + Limau + Lemon = ketiga tiga bahan ni boleh mengawal nafsu makan selain elakkan perut dari kembung. 
  2. Teh hijau + Pudina + Oren = ia berkesan membakar lemak, melancarkan penghadaman, atasi sakit kepala dan bau mulut. 
  3. Timun + Lemon + Limau nipis + Oren = membantu mengawal selera makan dan tingkatkan metabolisme badan.
  4. Lemon + Pudina = membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan melancarkan proses penghadaman. Sangat membantu menurunkan berat badan.
  5. Oren + Lemon + Limau nipis = sesuai untuk kesihatan perut sebab oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Ia jugak berkesan untuk atasi masalah perut buncit.
  6. Strawberi + Oren + Pudina = mampu atasi masalah kolesterol, atasi masalah sembelit dan mencegah masalah kembung perut.

Selamat mencuba dan berdetox... ❤❤


Sumber : Ruangan Kelab Diet.

Kad Raya GA by Nina.

June 21, 2016 2 Comments
Assalamualaikum wbt..

Kad Raya GA by Nina. | Siapa yang dah lama tak terima kad raya? Meh  join giveaway ni...


http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_22.html
Klik banner untuk join.


Hadiahnya : 

1 kad raya x 17 keping.


Pemenang ditentukan melalui penggunaan RANDOM.ORG. Giveaway berlangsung dari 17/6/2016 hingga 21/6/2016. Good luck pada yang join. Oklah, sekian dulu, wassalam....

20 June 2016

Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam.

June 20, 2016 0 Comments
Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam. | Assalamualaikum wbt. Salam 15 Ramadan. Wah, dah masuk pertengahan bulan puasa kan? Cepatnya masa berlalu. Semoga semua mendapat manfaat dan mencari pahala sebanyak dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan ni.

Korang pernah makan kuih badak berendam ni tak? Sejujurnya ni pertama kali cikla makan kuih ni. Tadi petang jalan-jalan kat bazaar Ramadan, terpandang kuih ni. Hajat di hati nak cari bubur tapi, tengok tengok takde.

Fikir punya fikir, beli ajelah kuih ni. Lagipun boleh rasa sedap ke tak. Cikla makan lepas solat isyak tadi. Bila bukak penutup bekasnya, tengok kuahnya macam pekat je. Dah basi ke? Alah, janganlah terkena lagi. Rasa sikit, ermmm macam sedap dan kuahnya memang pekat. Tengok-tengok ada 'empat ekor badak semuanya' tengah syok berendam dalam tu.

Montel-montel pulak tu. Hihi...


Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam.
Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam. 


Rasanya oklah. Ada inti kelapa sira gula merah dalamnya. Kulit luarnya liat-liat macam kuih ondeh-ondeh. Ke memang kuih ni adik beradik dengan kuih ondeh-ondeh? Hihi. Mungkin kot...

Oklah, nanti sambung lagi.

Cara betul membersihkan wajah.

June 20, 2016 0 Comments
Cara betul membersihkan wajah. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya kita perlu mengetahui cara yang betul macam mana nak membersihkan wajah kita. Walaupun jenis pencuci muka yang kita gunakan tu mahal atau berjenama sekalipun, kalau kita tak tahu cara nak yang betul pun, tak guna jugak. Betul tak?

Jom kita baca apakah cara yang betul untuk kita membersihkan wajah kita...

Cara betul membersihkan wajah. 


Cara betul membersihkan wajah.
Cara betul membersihkan wajah. Image credited to google.

Pastikan solekan ditanggalkan betul-betul sebelum mencuci wajah. Solekan tak akan tanggal hanya dengan menggunakan air putih semata-mata. Cara yang baik adalah dengan menggunakan penanggal solekan atau olive oils. Kalau boleh, pilih penanggal solekan yang sesuai dengan kulit. Contohnya, olive olis  sesuai untuk kulit kering.

Pilih pembersih wajah yang sesuai dan tepat dengan jenis kulit kita. Ia membantu membersihkan wajah kita dari kotoran termasuklah minyak berlebihan. Selain itu, gunakan air suam untuk basahi wajah kita supaya pori-pori terbuka dan lembap sebelum memulakan proses pembersihan. Ia juga akan mudahkan kita membuang kotoran dari dalam.

Semasa membersihkan wajah dengan pembersih, lakukan dalam gerakan memutar sebab teknik ni akan bantu membuang kotoran dengan lebih baik, sekaligus melancarkan peredaran darah dan atasi masalah kelesuan dan kulit kusam.

Selepas tu, bilas wajah dengan kain tuala yang direndam dengan air sejuk. Ini penting supaya pori-pori yang terbuka tu kembali tertutup. Guna tuala wajah yang lembut supaya kulit tak cedera semasa mengelap. Kemudian, lap wajah sampai kering dan spray wajah dengan spray penyegar diikuti dengan pelembap dan krim tabir suria/krim malam. Buat secara konsisten supaya wajah kekal sihat dan cantik.

Kita tak digalakkan membersihkan wajah terlalu kerap sebab ini akan menjadikan kulit jadi kering dan hilang kelembapan semulajadinya. Kulit akan jadi kusam dan proses penuaan terjadi dengan pantas.

Sebaiknya bersihkan wajah dua atau tiga kali sehari... 


Sumber : Ruangan Tips Cantik.

Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2).

June 20, 2016 1 Comments
Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2). | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni cikla ada share tips nak pilih kasut di SINI. So, kat sini cikla nak share beberapa lagi tips macam mana nak pilih kasut yang sesuai untuk kaki kita. Jom baca.

Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2).


Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2).
Tips pilih kasut yang sesuai. (Part 2). Sumber Google.

Pastikan saiz kaki korang sebab kaki akan menjadi panjang dan lebar seiring dengan umur korang.  Selain itu, bandingkan lebar kasut dengan kaki korang. Jangan pilih kasut yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Tak payah nak pentingkan sangat jenama dan harga, apa yang penting adalah keselesaan. 

Masa beli kasut, cuba kedua dua belah. Jangan sebelah sebelah. Pastikan korang tau jenis material kasut yang dipilih. Kalau korang nak tau, kasut yang selesa, adalah kasut yang cermat dan kemas buatannya, tumitnya pulak tak terlalu tinggi dan boleh menampung berat badan korang dengan stabil. 

Pastikan kasut memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil  walaupun dah lama digunakan. Kalau korang nak beli kasut time petang atau malam sebab otot kaki mengembang masa tu. Kalau korang pergi shopping, pastikan sesi membeli kasut tu paling last sekali tau. Kalau korang beli kasut sukan, pastikan kasut tu tak terlalu berat atau ketat serta mempunyai kestabilan sistem sokongan kakinya. 

Pemilihan kasut yang betul penting untuk memastikan kita selesa masa berjalan selain nak elak kecederaan pada kaki.

Selamat memilih kasut!❤❤❤


Sumber : Harian Metro! 

Antara bala dan peringatan dari Allah SWT.

June 20, 2016 3 Comments
Antara bala dan peringatan dari Allah SWT. | Assalamualaikum wbt. Salam 15 Ramadan. Syukurlah, dah sampai kita di pertengahan bulan yang mulia ni. Semoga kita mendapat rahmat dariNya. Amin.

Orang cakap, kalau Allah berkehendakkan sesuatu maka terjadilah ia. Tak kiralah dalam perkara baik atau sebaliknya. Takde siapa yang boleh halang kekuasaan Allah. Adakah ini bala atau 'hukuman' dari Allah? Bala sebenarnya bermaksud ujian, tak kiralah merujuk kepada perkara kebaikan atau sebaliknya. Kalau merujuk kepada bala bermaksud perkara kejahatan, ia bermakna perkara tak baik yang diturunkan Allah kepada manusia. Tapi, bala tak diturunkan olehNya melainkan ia sesuai  dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. 

Rasullullah SAW jugak ada bersabda;

"Bila umat aku melakukan 15 perkara, maka halal bagi Allah untuk menurunkan bala. Dengan sebab melakukan 15 perkara ini secara berleluasa, maka Allah akan memberi bala kepada umat tersebut. Antara lain;

1. Bila harta yang dirampas dari peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
2. Bila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
3. Bila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Bila suami terlalu mentaati isteri.
5. Bila anak menderhakai ibu bapa.
6. Bila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Bila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
8. Bila ramai membicarakan hal dunia dalam masjid.
9. Bila pemimpin sesuatu kaum itu dihina oleh kaumnya sendiri. 
10. Bila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya. 
11. Bila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
12. Bila ramai lelaki memakai sutera.
13. Bila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
14. Bila wanita bermain alat muzik.
15. Bila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tak menjadi.... " (Riwayat Imam at-Tarmizi).

Antara bala dan peringatan dari Allah SWT.
Antara bala dan peringatan dari Allah SWT.  Sumber Google.

Kalau korang nak tau, bala bukan hanya merujuk kepada perkara tak baik saja. Ia boleh jugak merujuk kepada hal yang baik jugak. Ia dikenali sebagai bala' al-hasan iaitu ujian baik yang diberikan Allah kepada orang mukmin bagi mendekatkan lagi mereka kepada Allah SWT.

Semoga bermanfaat.  ❤❤❤


Sumber : Ruangan Bicara Tokoh / Dr. Muhammad Lukman Ibrahim.

19 June 2016

Kisah hari ke-14 puasa : Bubur jagung basi!!

June 19, 2016 3 Comments
Kisah hari ke-14 puasa : Bubur jagung basi!! | Assalamualaikum wbt. Salam 14 Ramadan.  Hari ni sebelum balik umah sendiri, cikla berbuka lagi kat rumah mak dengan abah. Hari ni menu mak nasi beriani dengan ayam masak merah. Air pulak tembikai laici homemade. Kebetulan cikla keluar petang sebelum berbuka tu ronda-ronda dengan encik hubby tengok-tengok jalan pergi puncak alam, balik tu kami singgah bazaar dekat area Bukit Kuching. 

Cikla ni kalau nampak bubur jagung mesti beli punyalah. Kegemaranlah katakan. So, cikla belilah bubur jagung kat akak sorang ni dengan harga rm2.50 je. Dalam hati cikla, aik murah pulak bubur ni, selalu mana-mana bazaar pun mesti harga rm3.00. Lepas beli sedikit makanan buat tambah-tambah yang ada kat umah tu, kami pun balik.

Masa berbuka, cikla memang makan bubur jagung tu. Bila bukak je penutup bekas bubur, memang cikla tengok..  "Aik.... lain macam je rupa bubur ni.. " 

Tanpa prejudis, cikla pun makanlah. Rasa memang ada masam-masam. Separuh jugaklah cikla makan. Isi jagung memang fail dah, sikit giler. Itu pun dia cover dengan biji sagu. So, nampak macam banyaklah isinya. Cikla beli dua bekas. 

Masa balik rumah memang cikla tak bawak balik pun bubur tu. Tinggal kat rumah mak. Tadi, baru je adik cikla wasap cakap bubur tu bubur basi. Dia nak makan, terus patah selera. Hehe.. Kesian dia.. Dah takde rezeki dia....


Kisah hari ke-14 puasa : Bubur jagung basi!!
Macam nilah rupa bubur jagung sedap... Ermm... Sedapnya..... - Image credited to google.


Pada peniaga bazaar, cikla nak cakap, jangan meniaga nak untung je. Kualiti makanan yang kita jual tu kena superb jugak. Bila orang makan makanan awak tu sedap, mesti orang datang lagi, beli. Mujurlah bazar tu jauh, kalau dekat memang cikla dah pergi balik gerai tu. 

Tapi, tak apalah, cikla halalkan. Mungkin bukan cikla je yang 'terkena'. Orang lain pun sama kot. Lepas ni jangan buat lagi tau!  *amboi baik sungguh... Hahaha....

Giveway Shawl Raya by Aryana Couture.

June 19, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

Giveway Shawl Raya by Aryana Couture. | Sebelum tu, thanks pada blogger UMIE YANA dan ZOFIROH sebab tag cikla. So, apa lagi, korang pun jomlah join giveaway ni...


http://ainayazidstory.blogspot.my/2016/06/giveaway-shawl-raya-by-aryana-couture.html
Klik banner untuk join.


So, cikla pun nak tag ANAJINGGA, PERDU CINTA dan SIQAH HUSSIN untuk join sama. Manalah tau ada rezeki kita menang, boleh melaram sama sama... Hihi.... Yang tak ditag pun boleh join sama... Jom jom jom.....

Giveaway tamat pada 25/6/2016. So, ada masa lagi ni... Cepat cepat... Good luck pada yang join. Oklah, sekian dulu, wassalam.....

18 June 2016

Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung.

June 18, 2016 2 Comments
Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung. | Assalamualaikum wbt. Salam 13 Ramadan. Hari ni cikla sekeluarga balik kampung cikla nak buka puasa kat sana. Sudah hampir 2 minggu puasa, baru cikla berkesempatan nak balik berbuka dengan mak dan abah. Mak cikla masak nasi ayam, itupun atas permintaan anaknya yang tersayang ni. Hihi.

Biasalah mak kan, kalau dengar anak nak makan memang berusaha gigih buatkan. Nak-nak pulak kalau anaknya berbadan dua ni. Takut 'ngeces' pulak cucunya nanti. Hihi. Thank you mak for your superb nasi ayam.. Memang yummy. Hubby cikla pun bertambah-tambah makannya...

Petangnya tu cikla dengan hubby sempat jugak la pergi usha-usha bazaar Ramadan tak sini. Meriah jugak. Sempat singgah 2 bazaar lagi. Hehe. Disebabkan teringin sangat nak makan puding caremal, so beli jugaklah. Mujur ada yang menjual di situ. Sepotong rm2.50. Mahal tak? Rasanya ok-ok lah jugak. Takpelah, asalkan termakbul hajat nak makan. Hehe...

Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung.
Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung.

Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung.
Kisah hari ke-13 puasa : Iftar di kampung.

Oklah, nanti sambung lagi... 

Petua hilangkan senggugut.

June 18, 2016 0 Comments
Petua hilangkan senggugut. | Assalamualaikum wbt. Ada sesetengah perempuan yang alami senggugut bila dia datang bulan. Macam cikla, cikla memang tak pernah mengalaminya tapi bila dengar cerita kawan kawan yang kena takut jugak. Ada yang bercerita sakitnya macam urat perut ditarik tarik. Ye ke? Kalau macam tu sakitnya, wah memang sakitlah.

Tapi, takpe. Ni ada petua yang cikla nak share untuk merawat senggugut ni. Sapa yang memang kena senggugut ni bolehlah cuba, mana tau serasi dan boleh hilangkan 'kesakitan' yang korang alami tu.
Petuanya macam ni;

Petua hilangkan senggugut. 



Petua hilangkan senggugut.
Petua hilangkan senggugut. Image credited to google.


Ambil segenggam halia, kemudian tumbuk lumat. Lepas tu, masukkan ke dalam segelas air suam dan bila halia mendap, barulah diminum. Mulailah  dengan selawat, inshaAllah senggugut akan hilang.

Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Petua.

Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.

June 18, 2016 3 Comments
Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung| Assalamualaikum wbt. Jantung merupakan 'enjin' dalam badan kita yang menggerakkan organ lain supaya berfungsi dengan elok. Jom kita baca ni, sebagai langkah berjaga-jaga. Paling tak pun, boleh jadi sebagai pengetahuan kita. At least, kita dah tau kan.

Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.


Kalau korang merasa lelah atau penat walaupun korang dalam keadaan rehat dan buat aktiviti berat pun, haaa jaga jaga. Itu satu signal! Ini menandakan jantung korang 'tak berapa nak sihat'. Tak salah buat pemeriksaan awal, so that kalau ada apa apa senang. Ehh, tak buat aktiviti lasak pun boleh berpeluh? Pelik ni. So, berwaspadalah sebab serangan jantung boleh berlaku bila-bila masa je.

Makan takde selera, walaupun korang tak amalkan diet pun. Ini disebabkan oleh cairan yang terkumpul dalam perut. So, perut akan rasa penuh, mual dan takde selera nak makan. Kalau korang rasa pedih ulu hati dan termuntah, itu pun signal jugak. So, pergilah buat pemeriksaan. Ok! Selalu rasa pening dan kadang kadang rasa nak pitam. Ini sebenarnya tanda ada gangguan pada 'irama' jantung. So, amalkan gaya hidup sihat dan rajin-rajinlah bersenam sebab ia dapat kembalikan kekuatan jantung kita. 

Kalau kita alami bengkak pada anggota badan (edema), ini adalah kerana retensi atau cairan yang tertahan dalam badan, yang biasanya berlaku pada anggota badan yang agak jauh dari jantung seperti kaki atau tangan. Kalau korang alami keadaan macam ni, cepat cepat pergi jumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan.

Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung.
Jom baca 10 tanda bahaya melibatkan jantung. Image credited to google.

Korang selalu berdengkur. Ini berkaitan dengan sleep apnea iaitu nafas berhenti semasa tidur. Bahaya kan? Kalau korang nak tau, sleep apnea ni boleh meningkatkan risiko heart attack 3 kali ganda dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.  

HOT! Baca lebih info pasal berdengkur di SINI.

Kaitan antara sakit gigi dan gusi dengan kesihatan jantung adalah bila korang alami periodontal, bakteria akan tersebar melalui pembuluh darah menuju ke organ lain termasuklah jantung. Batuk dengan rasa macam susah untuk bernafas, disebabkan adanya cairan dalam lungs korang. Cairan wujud sebab jantung tak mampu nak pam darah secara normal sampai darah berkumpul dalam peparu.

Kalau yang dah berkahwin, korang dingin dalam hubungan intim dengan pasangan. Korang merasa cemas dan berdebar-debar yang melampau, padahal pada perkara yang tak sepatutnya. So, kalau boleh elak rasa berdebar debar demi menjaga jantung korang sentiasa sihat. Ok! 

Kadang-kadang perkara yang kita rasa macam biasa je tu sebenarnya adalah satu 'petanda' kepada penyakit yang kita hadapi tapi kita tak tau. So, sentiasa alert dan amalkan gaya hidup sihat. 

Sayangi jantung anda! ❤❤❤


Sumber : Ruangan Info Sihat.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.