31 July 2016

Perempuan memakai wangian, apa hukumnya?

July 31, 2016 9 Comments
Perempuan memakai wangian, apa hukumnya? | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak suka kepada bau yang wangi-wangian kan? Lebih-lebih lagi kalau kita selalu berhadapan dan berkomunikasi dengan orang ramai. Walaupun begitu, kalau perempuan memakai wangian, apa hukumnya? 

Pendapat cikla, seeloknya perempuan perlu mengikuti beberapa 'garis panduan' kalau nak pakai wangian. Ada beberapa hukum kalau perempuan nak memakai wangian. Jom kita baca, supaya nanti kita, khasnya perempuan dapat menghindar dari melakukan perkara yang boleh mengundang dosa tanpa kita sedar. Nauzubillah....

Perempuan memakai wangian... Apa hukumnya? 


1. Ia adalah diwajibkan si isteri berwangi-wangian bila suaminya berada di rumah, nak-nak pulak semasa isteri nak 'melayan' suami pada waktu malam. Ia sesuai dengan sabda Rasullullah SAW,

"Sebaik baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu.... "(Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah).

Untuk pengetahuan korang, makna 'menyenangkan hati' ni adalah dalam semua hal dan keadaan tak kiralah dari segi fizikal dan mental. Kalau dari segi akhlak, wajah dan dirinya haruslah sentiasa berhias dan bersolek, selalu berbau wangi tak kiralah ketika berada di rumah dan di depan suami terutamanya.

2. Hukumnya sunat, bila mana perempuan;
  • Semasa berada di rumah, terutama bila bersama suami.
  • Semasa menunaikan solat dan beribadat di rumah *bukan di masjid.
  • Semasa menyambut tetamu perempuan, sebab kalau kita dalam keadaan busuk ia boleh menimbulkan rasa tak selesa pada tetamu.
  • Memakai wangian sebelum berihram. Ia sesuai dengan keterangan yang mana Aisyah berkata:
"Kami (isteri-isteri Rasullullah) pergi menunaikan haji bersama baginda. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan baginda melihat hal itu tetapi tidak menegur kami (ertinya tidak melarang)..... " (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).


Perempuan memakai wangian., apa hukumnya?
Perempuan memakai wangian, apa hukumnya? Image credited to google.


3. Hukumnya makruh bila mana perempuan memakai wangian semasa berpuasa. Hal ni disepakati oleh ulama iaitu fatwa Imam Syafii dan Qaliyubi mengatakan....

"Makruh memakai wangi wangian ketika berpuasa..." Yang mana pendapat Qaliyubi itu adalah pendapat ijmak. *untuk lebih penjelasan, rujuklah pada yang lebih arif.

4. Perempuan haram memakai wangian semasa keluar dari rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, bila berhadapan dengan lelaki ajnabi iaitu ada niat nak memikat lelaki, dan semasa ke masjid untuk solat berjemaah. Ada beberapa keterangan berhubungan dengan hal ni, iaitu;

  • Sabda Rasullullah SAW.... "Seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (ada lelaki dan bukan muhrimnya) maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina.... " (Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi).
  • Abu Hurairah menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan wanita yang sedang pulang dari masjid dan berbau wangi. Lalu beliau menegur.. "Wahai hamba Allah, adakah kamu pulang dari masjid. Rasullullah pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi.... " (Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan al-Baihaqi).
  • Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasullullah SAW bersabda... "Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau bauan.... " (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah).
  • Kalau seseorang perempuam itu kematian suaminya, dan masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Ia sesuai dengan fatwa dari Imam Syafii.... "Wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau bauan.... "

Pendapat cikla, memang semua orang nak nampak cantik, menarik, wangi tak kiralah lelaki atau perempuan. Betul tak? Akan tetapi, ada had yang perlu dipatuhi. Lelaki tak boleh berhias macam perempun, dan begitu sebaliknya. Lelaki memang dibenarkan berwangian, tapi bukanlah tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Perempuan pulak tak boleh memakai wangian dengan niat untuk menarik perhatian orang lain terutama lelaki bukan Mahramnya.

Tak dinafikan, sebagai manusia biasa kadang kala kita khilaf dan terlupa. Semoga kita semua sentiasa diberi kesedaran supaya dapat memperbaiki mana yang kurang elok. InshaAllah.... ❤❤❤


Sumber : Ruangan Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno.

Jom kenal karakter lelaki melalui bulan kelahiran mereka.

July 31, 2016 4 Comments
Jom kenal karakter lelaki melalui bulan kelahiran mereka. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap sikap lelaki ni memang susah nak agak. Tapi, tak susah kot nak kenal atau selami perangai mereka ni kalau perempuan itu dapat memahami personaliti mereka. Apa kata kita tengok apakah karakter mereka melalui bulan kelahiran.

Walaupun ni hanya ramalan, tapi tak salah kot kita jadikan sebagai rujukan. Nak percaya sangat pun tak boleh jugak, tapi orang cakap kalau dah tersama tu mungkin kebetulan. Semuanya Allah yang tentukan sebab Dia Maha Mengetahui. Jom baca sampai habis......

Jom kenal karakter lelaki melalui bulan kelahiran mereka.


Jom kenal karakter lelaki melalui bulan kelahiran mereka.
Jom kenal karakter lelaki melalui bulan kelahiran mereka. Image credited to google.

Januari
.  mudah jatuh cinta tapi tak mudah melupakan cintanya selepas dikhianati. Kiranya seorang yang setia giler lah ni. 
.  romantis walaupun kadang kadang macam susah nak luahkan rasa cinta pada pasangannya. 
.  pemalu dan mudah cemburu jugak. *sikap ni boleh menyebabkan hubungan dengan pasangan mereka selalu tak kekal lama.

Februari
.  berfikiran abstrak dan cerdas. 
.  sering moody, panas baran dan terlampau sensitif. 
.  mempunyai sikap berani yang tinggi, tapi keras kepala. 
.  tak suka hal yang remeh temeh sebab dia menganggap ia tak penting. 
.  mempunyai tekad yang kuat, dan keinginan yang tinggi. 

Mac; 
. ada aura yang menarik simpati perempuan. 
.  seorang yang pemalu, cemburu, dan sangat bergantung pada pasangan mereka.

April;
. seorang yang susah membuka pintu hatinya untuk orang lain selepas dilukai
.  seorang yang romantik dan sangat setia dengan pasangan. 

Mei;
.  seorang yang sangat menghargai kejujuran. 
.  mudah jatuh cinta. 
.  seorang yang menyenangkan tapi agak mengongkong. 

Jun;
. seorang yang sangat memilih.
. mempunyai selera yang sangat tinggi, terutama dalam memilih barangan berjenama.
. jujur, tapi agak sensitif.
. mudah memaafkan dan merupakan seorang pendengar yang baik.

Julai;
. seorang yang jujur, tapi sensitif.
. senang memaafkan.
.  seorang pendengar yang baik.

Ogos;
. bersikap seorang pemimpin sebab selalu menonjolkan diri di depan orang.
. berjiwa kasih dan penyayang.
. seorang yang romantis.

September;
. pandai memujuk dan berkompromi.
. sangat tegas, pintar bercakap tapi agak pendiam.
. suka sembunyikan perasaannya sebab mereka jarang nak tunjuk emosinya di depan orang lain.
. seorang pemikir dan mempunyai daya ingatan yang baik.

Oktober;
. bijak dalam berkomunikasi.
. seorang yang mempunyai tutur kata yang halus sebab suka bermadah pujangga.
. tak suka cakap putar belit.
. tak suka berbohong dan berpura pura.

November;
. seorang yang berfikiran jauh, dan memiliki idea yang luar biasa.
. mempunyai pemikiran yang tajam dan sikap ingin tahu.
. berpendirian kuat, tapi seorang pendendam.
. susah nak marah, kecuali kalau terpaksa marah.

Disember;
. seorang yang setia dan pemurah.
. bersikap kurang sabar dan terburu buru.
. mudah jatuh cinta dan selalu tergesa gesa dalam perhubungan.
. terlalu bergantung dengan pasangan.

Bagi cikla, tak salah kot kalau kita nak tau karakter seseorang lelaki itu sebelu kita nak menjalinkan hubungan yang lebih serius. Walaupun kita tak tau kesahihannya tapi apa salahnya ia dijadikan panduan. Manalah tau ada yang sama pulak. Kalau yang baik, oklah tu tapu kalau sebaliknya kan dah haru biru jadinya... Betul tak?


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Kita sering lupa.

July 31, 2016 6 Comments
Kita sering lupa. | Assalamualaikum wbt. Sebagai manusia biasa, kita memang tak sempurna. Jangan cakap kita ni sempurna, sebab memang takde manusia yang sempurna. Yang Maha Sempurna hanyalah Dia, Allah SWT. Kadang-kadang niat kita untuk berubah menjadi lebih baik 'diganggu' oleh bisikan-bisikan yang mungkin menggoda kita untuk terus macam tu. Sebab itulah, kita kena sentiasa muhasabah diri supaya niat kita dapat diteruskan. Tak kanlah selamanya kita nak jadi macam ni kan. Seharusnya dengan meningkatnya usia kita, kita berusaha untuk berubah. Kita bukan selamanya muda. Ingat tu.

So, jom kita muhasabah diri kita, dengan;

  • Memelihara mata kita dari melihat perkara yang haram.
  • Memelihara telinga kita dari mendengar perkara yang haram atau cerita yang sia sia. 
  • Memelihara tangan dari melakukan perkara yang haram atau sia sia.
  • Memelihara kaki dari melangkah ke tempat yang haram.
  • Memelihara kemaluanmu dari melakukan melakukan perbuatan yang haram.
  • Memelihara lidahmu dari berkata hal yang tak elok dan ditegah oleh syarak.
  • Memelihara akalmu dari berkhayal atau memikirkan hal yang haram dan tidak baik.

Kita sering lupa.
Kita sering lupa. Sumber Google.

Jadi, marilah kita sentiasa berdoa supaya Allah selalu menetapkan hati kita untuk melakukan kebaikan. Memang tak boleh nak nafikan manusia ni sentiasa digoda oleh syaiton laknatullah, tapi InshaAllah kalau kita sentiasa menyucikan diri kita dengan mendekatkan diri padaNya, syaiton pun akan menangis sebab tak berjaya menggoda kita.

Mari kita perbaiki diri secara berjemaah.


Sumber : Facebook.com/Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

30 July 2016

PREMADE TEMPLATE GIVEAWAY BY ERINAZMIR.COM!

July 30, 2016 2 Comments
Assalamualaikum wbt....

PREMADE TEMPLATE GIVEAWAY BY ERINAZMIR.COM! | Let's join this giveaway. By the way, thanks to HANI sebab tag cikla...


http://www.erinazmir.com/2016/07/premade-template-giveaway-by.html
Click banner for joining!


So, cikla pun nak tag SIQAH HUSSIN, ANAJINGGA and PERDUCINTA untuk join sama. Pada yang tak ditag pun boleh join...

Oklah, all the best pada yang join.... Good luck... Sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

PENCARIAN BLOGLIST OGOS BY AISYHAH NYAIS.

July 30, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt....

PENCARIAN BLOGLIST OGOS BY AISYHAH NYAIS. | Jom join segmen ni. Sebelum tu, thanks pada adik comel SIQAH HUSSIN sebab tag cikla... Korang pun jom join sama.... Jom jom jom....


Klik SINI untuk join.


So, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, cikla nak tag 3 orang rakan cikla yang cute ni.....




Tempoh segmen berlangsung sehingga 31 Julai 2016.... Sudi sudikanlah korang join ye. Oklah, selamat bersegmen semua. Happy blogwalking. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

It's Sabtuday yo!!

July 30, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt.....

It's Sabtuday yo!! | Hi gais... Today is Saturday... Apa?? Dah sabtu dah... Dah penghujung Julai dah. Kejapnya kejapnya... Korang dah breakfast ke? Cikla sedang bersarapan ni. Hihi.. Sambil sambil sarapan, update blog ye... Boleh aje kalau nak.... Budak dua orang tu dah keluar main dah. Pagi pagi dah main dah. Si adik, ada ni ha..  Dok mengacau ibunya....


Nasi lemak kerang....  Jom sarapan... 


Apa plan korang hari ni!? Pergi jemputan rumah terbukalah tu... Kadang kadang dah last last Syawal ni ramai pulak yang buat makan makan kan. Orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... Hehe.... Makan jangan tak makan...

Oklah, have a nice day ye... Sekian dulu, wassalam....

Tips pilih pakaian yang sesuai.

July 30, 2016 2 Comments
Tips pilih pakaian yang sesuai. | Assalamualaikum wbt. Orang kata, dalam berpakaian jugak kita kena bijak, ada tips pilih pakaian yang sesuai tau. Bukan apa, nanti kalau salah pilih nampak pelik dan 'tak kena' pulak dengan penampilan kita. Orang pun pandang semacam nanti. Dan lebih haru lagi, ada pulak yang mentertawakan kita.

Dalam memilih pakaian yang sesuai, cikla rasa kita kena pertimbangkan usia kita jugak. Orang cakap, berpakaian biarlah padan dengan umur. Jangan awak tu dah suku abad, tapi pakaiannya macam anak-anak remaja. Nanti orang gelar 'remaja purba' marah pulak. Hehe.  So, sedar diri sikit ye. Hihi.

So, jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni berkenaan dengan macam mana nak memilih pakaian yang betul-betul kena dan ngam dengan penampilan kita. Ia sebenarnya melibatkan banyak aspek. Rugi kot kalau korang tak baca.

Tips pilih pakaian yang sesuai.


  1. Kalau korang berkulit cerah, elakkan memakai warna lembut, contohnya coklat muda, biru muda dan pink.
  2. Kalau korang berkulit warna kuning langsat, warna yang cun dan ngam dengan korang adalah warna seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru.
  3. Kalau korang berkulit sawo matang, warna warna seperti ungu, oren dan merah hati memang sesuai dengan korang.
  4. Kalau korang berkulit agak gelap *macam cikla ni, pilih warna tanah yang lembut sebab ia lebih sesuai.

Tips pilih pakaian yang sesuai.
Tips pilih pakaian yang sesuai. Sumber Google.

Apa yang penting, kita kena pandai menyesuaikan warna pakaian kita dengan masa dan tempat. Kalau warna gelap ia lebih sesuai untuk acara atau majlis formal, manakala kalau warna yang lebih terang atau cerah ia lebih sesuai untuk acara santai. Rileks rileks gitu. Lagi satu, kita kena sesuaikan jugak warna pakaian yang kita pilih dengan karakter kita.

Kalau korang nak nampak lebih feminin gitu *untuk girl lah elok korang pilih pakaian berwarna pastel. Tapi, kalau korang nak attract perhatian orang sekeliling, korang pilih pakaian warna terang benderang gitu. Barulah orang nampak... Hehe....

Tapi, korang kena ingat JANGAN pilih warna pakaian yang terlalu kontra dengan warna kulit korang. Contohnya, kalau kulit gelap, jangan pulak pilih baju warna pink terang gitu. Salah alamatlah macam tu. Korang dah tentu nampak tak balance dan janggal. Orang pun tengok pelik je kang. Lagi satu, elak dan tak boleh pun sebenarnya kalau korang nak kenakan aksesori start dari rambut sampailah ke kaki warnanya tak sama dengan warna baju yang korang pilih. Korang paham tak ni? Hihi.

Ada beberapa tips berpakaian yang cikla rasa kita kena tau, jom baca.....

  1. Kalau nak nampak ramping dan kurus, pakai pakaian berwarna gelap, sebab warna sebegini akan beri kesan padan badan kita.
  2. Untuk 'mengecilkan' dada yang besar, elok pilih baju tanpa lengan *untuk free hair lah, takkan yang bertudung nak pakai kot, dan berleher tinggi *turtleneck.
  3. Kalau berkemampuan, tukarlah kasut lama korang tu, nak nak pulak yang dah pudar warnanya sebab ia sememangnya akan merosakkan penampilan korang.
  4. Pilih kasut yang sesuai dengan pakaian. Walaupun kasut bertumit rendah susah nak dipadankan dengan gaun atau kemeja, tapi ia lebih baik untuk kesihatan kaki.
  5. Kalau korang berleher jinjang, pilih pakaian yang mempunyai kolar tinggi. Tapi, kalau korang berleher pendek elok korang kenakan rantai atau kalung supaya nampak lebih cantik.

Semoga tips ni berguna untuk korang terutama dalam menyerlahkan penampilan diri supaya lebih yakin bila berhadapan dengan orang ramai. 


Sumber : Harian Metro.

29 July 2016

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi.

July 29, 2016 7 Comments
Assalamualaikum wbt...

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi. | Jom join misi dah. *dah macam James Bond lah pulak... Hihi...


 http://www.myideakini.com/2016/07/misi-pencarian-bloglist-myideakini.html
Klik banner untuk join misi.


Jantina : Perempuan.

Syarat mudah je. Segmen bermula pada 28/7/2016 hingga 31/7/2016. Selamat bermisi semua. Oklah, sekian dulu, wassalam.....


-TAMAT SUDAH-

Hantu kopikah aku?

July 29, 2016 5 Comments
Hantu kopikah aku? | Assalamualaikum wbt.... Korang pernah tak main satu game ni kat facebook? Ala, saja suka suka. Bukan apa pun. Jangan percaya lebih lebih pulak. Dah namanya main main kan.. Hihi....  Oh ye, nama webnya www.nametest.com. Bukan apa, bila cikla skrol newfeeds facebook tengok macam ramai pulak yang post pasal game. I mean, main game ni. So, saja je suka suka main jugak. Cikla try main satu game ni, 'adakah anda seorang peminum kopi tegar?'....  Nak tengok jugak hantu kopikah aku ni? Try pun try... Inilah hasilnya....

Hantu kopikah aku? 


Hantu kopikah aku?
Hantu kopikah aku? 

Hantu kopikah aku?
Hantu kopikah aku? 


Mak aii... Biar betul cikla perlu minum banyak ni kopi sehari. Haha.. Memang tak betullah tu. Cikla mengaku memang cikla penggemar kopi, tapi takdelah satu hari tu nak balun sampai bercawan cawan. Hihi.. Korang kalau nak try, klik je kat web atas tu. Macam macam ada. Just for fun, takde salah kot....

Oklah, sekian dulu, wassalam....

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already!

July 29, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

My pregnancy story : Get ready... 36 weeks already! | Semalam cikla pergi klinik buat monthly check-up. Dah 36 minggu dah rupanya......




Image credited to google.


Cepat je masa berlalu kan. Rasanya baru je tau diri ni mengandung lagi, melalui pelbagai rasa dan 'dugaan', tak lama lagi dah nak melahirkan... Minggu ni pun, macam macam berlaku, dengan insiden jatuh motor lagi *nak tau cerita baca SINI tapi syukurlah semuanya selamat dan berada dalam lindungan rahman dan rahim ya Esa.

So far, check-up semalam ok. Tak kiralah bacaan HB, urine, tekanan darah, berat ibu dan keadaan jantung serta kedudukan si kecik ni ok. Nurse cakap pun, kepala baby memang dah ke bawah. Orang cakap dah 'stick'... Yang Bergerak gerak tu badan, kaki, tangan baby.... Masih lagi aktif.... Preparation untuk bersalin pun dah ready dah. Orang cakap masa bersalin ni kadang kadang tak ikut due pun. Itu cuma estimate je. Mungkin cepat, mungkin lambat. Tapi, dari pengalaman cikla bersalin sebelum ni memang awal dari due, kecuali bersalin anak sulung overdue... So, semuanya berkemungkinan kan... Standy by aje...


Persiapan untuk bersalin di hospital dah ready! 


Oklah, macam biasa, korang doakanlah semuanya dipermudahkan ye.... Amin.... Sekian dulu, wassalam....

28 July 2016

Pelakon Anis Al-Idrus menyanyi pulak ke?

July 28, 2016 8 Comments
Assalamualaikum wbt.....

Pelakon Anis Al-Idrus menyanyi pulak ke? | Korang kenal tak dengan pelakon Anis Al-Idrus? Sebelum ni memang banyak jugak drama dan telefilem lakonan dia main kat tv.. Tapi, lately macam kurang pulak cikla tengok dia kat tv dah. *cikla rasalah. Tapi tak taulah kalau kot kot cikla tak perasan kanHari tu, cikla saja je bukak youtube usha usha kot kot ada lagu baru baru yang best, cikla terjumpa dengan video muzik nyanyian pelakon ni. Memang sebelum ni cikla pernah dengar lagu ni, jadi soundtrack drama kat tv1 tu *apatah tajuknya. Tapi kat radio rasanya macam jarang je dengar lagu ni. Mungkin baru lagi dan kurang promosi kot.

First time cikla dengar lagu ni, macam best pulak. Tapi, masa tu tak tau lagi penyanyinya siapa. Dah selalu dengar, rasa ngam pulak dengan halwa telingaku ini. Rupanya, Anis Al-Idrus yang nyanyi... Pada pendapat cikla, suaranya not bad. Sedap dan lunak..... Sesuailah rasanya dia ni jadi penyanyi. Rasanya agak cikla dah trend kot sekarang ni pelakon jadi penyanyi. Tapi kalau dah ada bakat tu, buat apa nak simpan simpan kan. Orang cakap peram buat pekasam... Ok jugak kalau ditonjolkan dan gunakanlah sebaik mungkin.... Sebelum tu, jom kita baca sikit biodata ringkas beliau....  (Sumber SINI)


Image credited to sinar.fm


Nama Penuh: Sharifah Anis Binti Syed Zainal Al-Idrus.

Nama Popular: Anis Al-Idrus.

Pendidikan: Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU). 
Pekerjaan: Model, pelakon dan pengusaha bisnes tudung (nishbyanisalidrus). Tambah satu lagi... Penyanyi....
Drama lakonan beliau : Uda dan Dara, Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak. 

Apa kata kita tengok video klip nyanyian Anis Al-Idrus ni. Korang nilaikan sendiri. Kadang kadang pendapat kita tak sama kan....  Ok...  hehe... (Sumber YOUTUBE).




Oklah, cikla doakan beliau akan terus sukses tak kiralah dalam apa jugak bidang yang beliau ceburi. All the best!  Sekian dulu, wassalam.....

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

July 28, 2016 13 Comments
Assalamualaikum wbt...

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn... | Siapa peminat popia? Apa kata jom join giveaway ni... Free je... Syarat pun senang je....


http://sneklazat.blogspot.my/2016/07/simple-giveaways-by-snek-lazat-popia.html#
Nak join? Klik je kata banner....


So, apa lagi. Jom join.... Mana tau ada rezeki, dapat makan popia... Hihi.. Good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Doa tambah susu ibu.

July 28, 2016 2 Comments
Doa tambah susu ibu. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap elok kalau kita mulakan hari-hari kita dengan doa, in shaa Allah rahmat dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita sepanjang hari. So, cikla nak share satu doa ni, terutama ibu-ibu yang masih menyusukan anak. Lagipun, rasanya ada sesetengah ibu yang risau je kan kalau air susu berkurangan. Bukan apa, kalau susu kurang, takut tak cukup pulak untuk anak. Lebih-lebih lagi kalau anak tu jenis yang kuat menyusu. Di samping kita mengamalkan petua-petua untuk memperbanyakkan susu ibu, apa kata ibu-ibu amalkan jugak doa ni.

Doa tambah susu ibu.


Bismillahirrahmanirrahim......


Doa tambah susu ibu.
Doa tambah susu ibu. Image credited to google.

Amin Amin Amin...... 

Semoga ibu-ibu jadikan amalan ye. Mari kita sama-sama berusaha demi anak tersayang. 

Semoga bermanfaat.... ❤❤❤

27 July 2016

My pregnancy story : Malang tak berbau!

July 27, 2016 15 Comments
Assalamualaikum wbt....

My pregnancy story : Malang tak berbau! | Hari ni ada satu kejadian yang mencemaskan berlaku kat mak buyong ni... Isk isk... Cikla jatuh motor. MasyaAllah memang cuaklah time tu. Bukan apa, risau baby dalam perut ni. Cikla masa tu dengan Damia, anak kedua cikla.

Ceritanya macam ni. Kejadian berlaku masa cikla hantar kakak Batrisyia sekolah petang. Masa tu kakak Batrisyia dah turun motor dan dah nak masuk sekolah pun. Cikla masih lagi atas motor dengan Damia. Masa tu Damia duduk depan, masa dah nak gerak tu dia sibuk nak duduk belakang pulak. Orang cakap dah nak kena kan, cikla boleh lupa nak free kan gear motor tu. Masa dia turun tu, dia ter'press' motor. Apa lagi tergolek lah kami berdua. Cikla memang 'terduduk' kat situ. Kaki tersepit sikit kat handle motor....  Mujurlah ada yang membantu tegakkan motor dan angkat cikla. Allah.... memang risau sangat dah.

Damia pulak menangis tak henti henti. Terkejut agaknya.... Ramai yang tanya....  'awak okey ke'..  Dan diaorang suruh pergi klinik buat checkup. Takut baby ada apa apa. Risau jugak dengan si Damia tu, takut kena ekzos. Check check badan tangan dia semua, tak apa yang cedera. Balik rumah, rasa sakit pulak kat pinggang. Mungkin sebab jatuh terduduk kot.... Kebetulan hubby cikla balik tengahari tu, so ajaklah dia pergi klinik kejap. Ye lah, walaupun tak rasa apa apa, dan baby pun gerak macam biasa tapi risau jugak. Ini pertama kali cikla jatuh setelah nak masuk 4 kali mengandung. Memang risau sangat sangat....  Hati berdebar debar nak tau..

Sampai kat klinik, alhamdullilah takde apa apa yang berlaku kat baby. Baby ok, syukurlah. Semua doktor check. Keadaan baby, kedudukan uri dan air ketuban. Ok semuanya. Nampak dah rupa baby dah.. Nampak telinga, mulut, hidung. Tak sabar pulak nak melahirkan dia...  Hehe...


Hasil scan tadi... Syukurlah, baby tak apa apa.... Lega rasa di hati.... 


Lepas ni, cikla kena dan akan lebih berhati hati. Walaupun dah last last trimester ni, orang cakap macam macam boleh berlaku kan. Memang takut jugaklah tadi kalau apa apa yang buruk berlaku, alhamdullilah selamat. Terima kasih ya Allah.....

Oklah, due date dah nak dekat ni... Korang doakan dipermudahkan semuanya ye... Sekian dulu, wassalam...

Kreatif... Idea baru dalam berfesyen....

July 27, 2016 16 Comments
Kreatif... Idea baru dalam berfesyen.... | Assalamualaikum wbt.... Orang cakap, kalau dah kreatif, macam macam idea baru boleh muncul kan. Inilah yang cuba 'diketengahkan' oleh seorang remaja dari Thailand berusia 17 tahun, Madaew nama dia. Memang kreatif sungguh budak ni. Ideanya dalam berfesyen memang tak terfikir oleh kita ni haaa... Lagipun dah viral pun budak ni kat media sosial. 

Kalau dah viral, korang pepaham ajelah.. Mesti femes dah ni... Hihi...  Malas nak cerita panjang, jom tengok apakah idea kreatif dan rasanya tak pernah lagi kita tengok orang buat kot...  Hihi... 

Kreatif... Idea baru dalam berfesyen.... 


Fesyen gaun bakul raga dan jaring ikan.... Hehe... 

Mak aii... Kayu pun boleh jadi jugak... Memang kreatif... 

Lagi idea kreatif budak ni.... 

Daun pisang pun jadi. Tapi, hairan jugak cikla tak gatal ke badan dia kena daun buluh tu? Ermmm..  *fikir jap... 

Fesyen rerumput kering...  Tu daun betik kan? 

Cikla rasa inilah yang paling rare kot, fesyen periuk belanga. Paling tak tahan siap pegang sudip lagi.  *tak nampak dalam gambar ni, korang nak tengok gambar penuh pergi terjah IG dia.... 


Korang tengok kan bahan bahan yang dia guna pun, orang cakap dari barang barang biasa yang kita tengok kat rumah macam periuk belanga, raga rotan, zink dan lain lain, di samping 'fesyen bertemakan alam semulajadi' dari ranting kayu, rumput kering dan bungaan.  Dan, korang jangan tak percaya, semua gambar tu dia ambil guna kamera telefon je, tapi hasil gambar tu memang mengagumkan. *pendapat ciklalah.

Kalau korang nak tengok banyak lagi 'aksi' dan kekreatifan budak ni, boleh singgah kat IG dia, @madaew99 yang mempunyai hampir 40k follower... Wow... Mana tau korang nak jadi follower dia jugak.... Hehe...


Inilah IG dia. Follow jangan tak follow...  Hehe.... 


Oklah, sekian dulu, wassalam....


Sumber image : IG @madaew99

Happy Wednesday!

July 27, 2016 2 Comments
Happy Wednesday! | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Apa khabar pagi ni? Cikla harap semuanya ok dan ceria-ceria ye. Dah nak sampai hujung bulan Julai kan. Ermm cepatnya masa beraya. Syawal pun rasanya tinggal seminggu lebih je kot. Dah habis round raya ke? Hihi....

Oh ye... Top commentator souvenir untuk bulan Jun pun cikla belum send lagi. Sorry ye rakan blogger PERDU CINTA dengan HANI RAHMAN. Kali ni lambat sikit settle. Bizi sikit. Nanti apa apa cikla inform. Kesian korang sebab tertunggu tunggu....

Apa apa kita sarapan dulu. Korang dah sarapan belum? Jangan skip sarapan tau. Sarapan penting untuk beri kita tenaga di awal hari....

Happy Wednesday!


Happy Wednesday!
Happy Wednesday! Jom sarapan.... 

Have a nice day ye... Selamat bekerja pada yang bekerja. Selamat belajar pada yang masih belajar.  Jalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan dedikasi... Yang still study jangan ponteng kelas tau... Hehe...  Ok..  

26 July 2016

Sedapnya, pau cendawan viral ni...

July 26, 2016 4 Comments
Sedapnya, pau cendawan viral ni... | Assalamualaikum wbt. Dewasa ini *cehhh ayat skema pulak... hihi ramai yang bercerita mengenai keenakan sejenis pau ni. Pau cendawan nama diberi. Hubby cikla pernah jugak bercerita mengenai pau ni. Katanya pau ni ada dijual di bazaar Putrajaya masa bulan puasa tempoh hari. Memula dia cerita tu, takdelah amik pot sangat. Ye lah, pau je pun kan. Lagipun, pada firasat cikla, mesti pau ni macam pau-pau yang lain....

Nak dijadikan cerita, rupanya pau ni dah ada orang jual kat Banting ni. Aik, dekat dah ni. Macam rugi pulak kalau tak try kan. So, kebetulan hubby cikla pergi ke Banting, dia singgah beli pau tu. Iyelah, yang dia pun asyiklah bercerita yang pau cendawan ni sedaplah, lembutlah. Lama-lama tak kepingin jugakkan mak buyong ni. Nak jugak rasa. Betul ke sedap sangat tak hingat tuuuu...

Sedapnya, pau cendawan viral ni... 


Akhirnya, merasa jugak cikla pau ni. Rupa parasnya memang sebijik-bijik macam rupa cendawan betul. Kalau orang tak tau, memang ingat cendawan real. Huhu. Hmmm, memang sedap pau ni. Lembut walaupun dah sejuk. Intinya pun cendawan dengan ayam. Makan sebiji memang kenyanglah. Tapi, first time makan cikla dah ter'bedal' 2 bijik. Haha. Takpelah, satu untuk ibu, satu lagi untuk baby dalam peyut. 

Sedapnya, pau cendawan viral ni...
Sedapnya, pau cendawan viral ni... 

Kalau sesiapa yang tinggal area Banting dan berdekatannya dengannya, boleh terjah gerai jual pau cendawan ni di Uptown Banting, berhadapan dengan perhentian bas SMART. Kat tepi je gerainya. Harganya pulak sebiji rm3.50. Tapi kalau nak untung sikit, baik beli 3 biji RM10. Kalau nak, kena dapat awal sebab memang terlajak laris. Kalau lambat memang kena tunggu esoklah. Dengar-dengar, ada kawan cikla cakap kat area Sijangkang pun dah ada jual pau cendawan ni. Memang dah top arrr pau ni. Benda sedap, mesti ramai orang cari kan. Cayalah...

Untuk nilai 'kesedapan' pau cendawan ni, cikla bagi 5 bintang. Yeahhhh. Kalau korang ter'rajin' kan, nak buat sendiri, korang boleh klik SINI untuk mengetahui cara nak buatnya. 

Tapi kalau malas, beli ajelah. Tinggal dimakan aje, settle. Hehe.... 🌸🌸🌸

Birthday Giveaway By Alia.

July 26, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Birthday Giveaway By Alia. | Jom join giveaway ni...


 http://aliafarhansaid.blogspot.my/2016/07/birthday-give-away-by-alia.html
Klik banner untuk join.

Ehem2

Baru sempat nak wat GA sempena bulan kelahiran aku bulan ni.
Hadiah akan diberikan kepada 3 orang yang bertuah.


SYARAT-SYARAT:

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Follow Instagram @aliafarhan 

3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup

5) Buat 1 entry bertajuk 'Birthday Giveaway By Alia'

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini


7) Tinggalkan link penyertaan dan email pada comment entry ini

TARIKH AKHIR 31 JULY INI....
GOOD LUCK SEMUA!


Oklah, sekian dulu... Wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak!

July 26, 2016 1 Comments
Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak! | Assalamualaikum wbt. Erm, bau mulut yang kurang menyenangkan. Sememangnya ia kurang menyenangkan, nak-nak pulak kalau kita terpaksa berkomunikasi dengan mereka. Orang tu pulak, mesti nampak kurang yakin sebab tengok reaksi orang yang berkomunikasi dengan mereka. 

Malah, ada yang paling haru bila, mereka bertindak menjauhkan diri sebab tak tahan dengan 'bau' itu. Banyak sebab sebenarnya kenapa ini berlaku, tapi secara amnya ia disebabkan oleh sejenis gas yang dicetuskan oleh bakteria. Gas yang terkumpul dalam rongga mulut, tak kiralah di gusi, gigi atau lidah akan menghasilkan bau yang tak berapa nak enak, dipanggil halitosis.

Apakah cara nak elakkan dari mempunyai nafas berbau ni.


Minumlah teh hijau, sebab ia mempunyai polifenol yang mampu menghentikan pertumbuhan bakteria. So, bau mulut pun dapat disingkirkan. Gantikan hidangan kopi dengan teh hijau supaya bau mulut kita lebih segar dan bersih.

Hentikan tabiat suka merokok dan minum minuman beralkohol, sebab ia merupakan punca terbesar bagi masalah ini. Kalau korang nak tau, bila alkohol bertindak balas dengan air liur ia akan mengalakkan pembiakan bakteria. Macam tu juga kekdahya kalau kita merokok. So, berhentilah merokok ye. Huhu...


Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak!
Erk, bau mulut dia. Nah tips untuk awak! Image credited to google.

Cuka epal dapat membantu pulihkan bau mulut yang kurang enak. Berkumurlah dengannya walaupun rasanya agsk masam sedikit. Campur je sesudu cuka epal dalam segelas air, kemudian berkumur macam biasalah. Amalkan, terutama kalau kita nak ambil makanan....

Aroma kulit kayu manis yang kuat, mampu membunuh bakteria dalam mulut. Masukkan aje sebatang kulit kayi manis dakam secawan teh, teh minumlah ia. InshaAllah, ia bukan saja dapat 'menyembunyikan' bau mulut yang asemmm, tapi mampu memberi kesegaran mulut selepas meminumnya.

Bagi cikla, bau mulut sebenarnya merupakan sebahagian dari penampilan diri seseorang itu. Jangan nanti kita tengok, wah wah wah 'smart'nya mamat ni, tapi bila dia bercakap... ya ampunnn, bau mulutnya. Boleh fengsan dibuatnya....

Semoga bermanfaat. ❤❤❤


Sumber : Ruangan Tips Sihat.

Tips memakai pengilat bibir.

July 26, 2016 2 Comments
Tips memakai pengilat bibir. | Assalamualaikum wbt. Sesetengah orang suka memakai pengilat bibir selepas mengenakan lipstick. Kalau cikla memang jaranglah guna pengilat bibir ni, tapi ini ada tips untuk orang yang suka memakai pengilat bibir. Jom baca apakah tipsnya....

Tips memakai pengilat bibir. 


Tips memakai pengilat bibir.
Tips memakai pengilat bibir.  Sumber Google.


  1. Sebelum korang sapu pengilat bibir, oleskan dulu bibir korang dengan pelembap, then gosok perlahan lahan dengan menggunakan tisu supaya sel sel kulit mati pada bibir korang dapat disingkirkan. 
  2. Kalau korang nak bagi kecantikan semulajadi bibir korang tu terserlah dan menonjol, pakai warna warna yang natural.
  3. Pengilat bibir boleh digunakan secara single atau dengan lipstick pun boleh jugak.
  4. Kalau kulit korang jenis gelap ataupun sawo matang, elok pilih pengilat bibir berwarna oren atau aprikot. Kalau kulit korang jenis kuning langsat ataupun pucat sikit, elok pilih pengilat bibir berwarna pic ataupun light pink.

Bagi cikla, kadang kadang kalau kita nak bersolek ni kita kena jugak belajar teknik yang betul dan tipsnya. Nanti tak pasal-pasal muka kita nampak pelik walaupun kita sendiri tengok muka kat cermin dah cantik dah tu. Hehe...  

 
Sumber : Ruangan Ubah Imej.

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa.

July 26, 2016 19 Comments
Assalamualaikum wbt....

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa. | Jom join giveaway ni.... Jom jom....


 http://www.eecashyaa.com/2016/07/notebook-giveaway-by-eeca-shyaa.html
Kilk banner untuk join.


So, cikla nak tag.... ANA JINGGA, NADIA IZZATY dan AINATHIRAH ANUAR untuk join sekali. Yang tak ditag pun boleh join jugak... Jom laaa.....

Dah namanya Notebook Giveaway, semestinyalah hadiahnya adalah notebook. Pemenang pertama akan dapat 'Travel Notebok', manakala pemenang kedua akan dapat 'Plain Notebook'.... Giveaway bermula dari 23/7/2016 hingga 6/8/2016.... Kalau menang, pemenang hanya diberi masa 24 jam untuk PM penganjur di Facebook untuk claim hadiah. Kalau tak, penganjur akan cari pemenang yang lain. So, memang kena alert...

Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam......


-TAMAT SUDAH-

25 July 2016

Kurang tidur. Bahaya ke?

July 25, 2016 0 Comments
Kurang tidur. Bahaya ke? | Assalamualaikum wbt. Sebelum kita nak tidur ni, apa kata kita baca apa yang cikla nak share ni. Ada orang yang kurang tidur, mungkin disebabkan oleh tuntutan kerja atau hal hal lain. Kalau ibu ibu yang ada anak kecik, kadang kadang kurang jugak tidurnya terutama pada waktu malam, lebih lebih lagi kalau anak meragam atau sakit. Sebenarnya, cara yang paling berkesan untuk merehatkan badan dan minda kita ada dengan TIDUR, sebab ia dapat beri kita tenaga semula pada badan dan kecergasan pada minda. Bak kata orang, cas bateri....

Ada beberapa kesan yang tak elok kalau kita kurang mendapat tidur yang cukup. Nak tau tak apa kesannya?  Meh baca ni..... 

Kurang tidur. Bahaya ke?


Masalah obesiti, sebab kalau kita berjaga malam dan tak tidur, hormon ghrelin *hormon lapar akan meningkatkan dan menjadikan kita asyik nak makan je. So, lepas ni jangsn tidur lewat sangat, nanti obes pulak. Huhu. Kalau kurang tidur, penyakit pun senang nak serang hendap, terutamanya sakit berkaitan jantung, strok dan tekanan darah tinggi. 

Kulit akan jadi rosak sebab kalau kita tidur tak teratur, ia boleh menyebabkan badan kita menghasilkan hormon kortisol yang mana hormon ni boleh pecahkan protein dalam kulit kita. So, kulit akan jadi tak anjal, malah akan timbul pulak garis garis halus dan kedutan pada kulit. Kulit pun namlak tak sihat je. So, jangan tidur lewat lewat tau....


Kurang tidur. Bahaya ke?
Kurang tidur. Bahaya ke?Image credited to the google.

Boleh kena alzhemier? Sebabnya? Sebab, kalau kita tak tidur dengan cukup, otak tak akan dapat berfungsi dengan baik. So, kita mungkin kadang kala susah nak ingat sesuatu tu dengan baik. Bila kita, semakin berumur, risiko nak dapat alzhemier ni boleh jadi meningkat disebabkan inilah....

Kalau kurang tidur, kita mungkin boleh jadi murung jugak. Yang paling teruk, ditakuti adalah sampai jadi masalah mental pulak. So, kena jumpa pada yang lakarlah kalau dah serius. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah ye....

Ssemoga perkongsian ni berguna untuk kita, semua. 


Sumber : Ruangan Info Sihat.

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...

July 25, 2016 10 Comments
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh... | Assalamualaikum wbt..... Sabtu lepas, tadika kakak Batrisyia dengan kakak Damia menganjurkan program sukaneka tadika. Kiranya tiap-tiap tahunlah aktiviti ini sebab ia merupakan aktiviti tahunan tadika ni. Pagi pagi lagi dua beradik tu dah bangun. Excited lah sangat tu nak bersukan. Hihi... 

Lepas siapkan diaorang, hubby cikla hantar diaorang dulu. Sebab katanya program start pukul 8 am. Kalau dah pagi kan, faham-faham ajelah. Memang banyaklah jugak kerja nak kena settle dulu. Mujurlah tadikanya dekat, bolehlah rushing sini sana. Hehe... Cikla sampai around 8.30 am. Ingatkan dah start, tapi rupanya belum lagi. Biasalah kan, manusia hanya merancang..... Sempatlah nak tengok budak budak tu bersukan.

Malas nak bebel panjang lebar, kita tengok gambar ajelah ye... Bak kata orang, biarlah gambar berbicara.... Check it out!!

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh... 



Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Get ready to start the games...  Yeayyy.... Muka excited memasing....



Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara bawak bola dalam sudu. 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara lari bawak bola. Apalah kakak Damia tu buat... Hihi... Orang suruh lari, dia nak terbang ke apa tu.... 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara lari susun nombor. Pandai ke susun tu? 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara pasang puzzle.


Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara pancing ikan atas tanah... Hihi... guna umpan apa tu anak anak? 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
 Acara isi air dalam botol sampai penuh. Kalau budak dua orang ni, bab main air memang hobi.... 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Acara untuk ibu bapa pun ada jugak. 


Banyak jugak acara yang dipertandingkan... Macam biasalah, lepas semua acara, mesti ada pemenangnya kan. So, acara dilanjutkan ke majlis penyampaian hadiah. Seronok budak budak tu semua dapat hadiah. Pendek kata, semua dapat hadiahlah.... Walaupun hadiahnya 'ala kadar' je, tapi memang terserlahlah kegembiraan budak budak tu semua.... Happy...  Yeayyyy....

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Siap ada yang junjung tudung saji tu... Untunglah dapat tudung saji... 

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...  


Budak dua orang tu, kakak Batrisyia dengan kakak Damia banyak jugaklah dapat hadiah. Tapi, ada budak tu siap menangis tak dapat nak tangkap ikan... Dia last sekali.  Hehe.... Cikgu cakap masa training dialah yang paling cepat dapat. Dah kenapa pulak masa bertanding betul dapat last pulak. Lepas tu, dalam acara rebut gula gula pun kalah jugak. Dapat dua biji je. *nangis lagi....  Hehe... Kelakarlah kakak Damia ni....

Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Sukaneka Tadika 2016... Meriah sungguh...
Inilah hadiah yang dapat 'ditangkap'...  Lumayan sih.... 


Lepas selesai semua, macam biasalah 'acara makan'..... Macam macamlah juadah yang ada. Cikgu cakap ini merangkap jamuan hari rayalah. Patutlah ada ketupat palas, rendang, nasi impit, pecal, kuah kacang, bubur kacang durian kuih muih dan lain lain lagi. Rezeki anak anak tahun ni ada hamba Allah yang sponsor makanan semua.

Alhamdullilah.... Majlis bersurai dalam pukul 11 am macam tu. Budak budak memang nampak penat jugak, tapi dah namanya budak budak, lagi lagi kalau yang jenis aktif tu. Memang takde maknanyalah penat.  Balik rumah pun bukan nak rehat. Main memanjang. Ishh ishhh....  ❤❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.