Hati tak bahagia?

By Cikla Shahril - July 16, 2016

Ada orang walaupun hidup senang lenang, harta bertimbun, duit banyak bak kata orang boleh buat tilam, tapi hatinya tak pernah tenang, tak pernah tenteram. 

Pendek kata, hati tak bahagia. Ada orang pulak, hidupnya sederhana je. Orang cakap tak lebih takde pulak kurang, tapi hidupnya gembira, tenang dan sentiasa happy

Mengapa agaknya ye? Sebenarnya, semua tu ada sebabnya. Jom kita baca apakah sebabnya. Semoga perkongsian ni akan memberi kita sedikit kesedaran dan terus memperbaiki mana yang kurang. InshaAllah.

Hati tak bahagia?
Hati tak bahagia? Image credited to facebook.com.

Bersikap pemarah;

Pantang salah sikit, nak marah je. Walaupun hal kecik je. Mulalah nak melenting. Nak naik angin. Habis semua orang jadi 'mangsa' amarah dia. Ermmm, susah jugak nak 'menghadap' orang macam ni kan. 

Seorang yang pendendam;

Orang cakap menyimpan dendam takde gunanya. Memanglah masa tu hati kita sakit, marah dengan perbuatan orang pada kita. Tapi, kalau kita berdendam pun, sampai ke sudah hati kita akan gelisah, resah dan tak tenang. 

Tak salah kot kalau kita cuba ajar hati kita ikhlaskan apa yang berlaku, sebab kita kena ingat Allah sentiasa bersama kita dan biarlah Allah yang membalasnya jugak.

Berhasad dengki sesama manusia;

Bagi cikla, hasad dengki dan iri hati ni lumrah kot. Tak kiralah berdengki sesama adik beradik atau orang lain. Pantang tengok orang lebih sikit dari dia, mulalah dia tak senang hati. Dengki tak sudah-sudah. Ada yang paling teruk, sanggup reka-reka cerita tak betul asalkan hatinya puas. 

Ishhh, bahaya kalau ada kawan macam ni. Depan kita baik sangat pijak semut tak mati, tapi dekat belakang kita? Allah aje lah yang tau. 

Nauzubillah, mintak dijauhkanlah.

Bakhil;

Haaa, ni pun cikla rasa lumrah manusia kot. Tamak haloba, haji bakhil tua kedekut, bak kata P. Ramlee. Hihi. Apa salahnya kita bersedekah tak kiralah sikit atau banyak, sebab ganjarannya tetap ada. Jangan risau, sikit tu lebih baik dari takde langsung. Betul tak? 

Seorang yang tak sabar;

Sabar itu sebahagian daripada iman. Tak salah kot kalau kita selalu bersabar. Jangan tergopoh gapah, nak-nak pulak kalau nak buat sesuatu keputusan. Sudahnya, menyesal pulak dengan keputusan yang diambil.

Egois;

Orang cakap, ego pun biarlah kena pada tempatnya. Ego tak kena tempat ni bagi cikla akhirnya akan memakan diri, takde faedahnya pun. 

Riak; 

Bersikap riak dan takbur seharusnya dijauhi. Meninggi diri dengan apa yang kita miliki jugak adalah sikap yang tak elok. 

Cintakan dunia;

Orang cakap biarlah seimbang dunia akhirat. Jangan lebihkan dunia, sampaikan lupa akhirat. Tapi, jangan pulak pentingkan akhirat sampai terabai dunia. Pendek kata, dua-dua kena seimbang.

Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam orang yang mempunyai hati dan jiwa yang tenang serta bahagia. Amin, Insha'Allah.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Kalau ada penyakit hati nie susah... Nak ubat kan pun susah jugak...

    ReplyDelete