Kurang tidur. Bahaya ke?

By Cikla Shahril - July 25, 2016

Sebelum kita nak tidur ni, apa kata kita baca apa yang cikla nak share ni. Ada orang yang kurang tidur, mungkin disebabkan oleh tuntutan kerja atau hal hal lain. Kalau ibu ibu yang ada anak kecik, kadang-kadang kurang jugak tidurnya terutama pada waktu malam, lebih lebih lagi kalau anak meragam atau sakit.

Sebenarnya, cara yang paling berkesan untuk merehatkan badan dan minda kita ada dengan TIDUR, sebab ia dapat beri kita tenaga semula pada badan dan kecergasan pada minda. Bak kata orang, cas bateri. Ada beberapa kesan yang tak elok kalau kita kurang mendapat tidur yang cukup. Nak tau tak apa kesannya?  Meh baca ni.

Kurang tidur. Bahaya ke?
Kurang tidur. Bahaya ke? Kredit Google.

Masalah obesiti, sebab kalau kita berjaga malam dan tak tidur, hormon ghrelin *hormon lapar akan meningkatkan dan menjadikan kita asyik nak makan je. So, lepas ni jangan tidur lewat sangat, nanti obes pulak. Huhu. Kalau kurang tidur, penyakit pun senang nak serang hendap, terutamanya sakit berkaitan jantung, strok dan tekanan darah tinggi. 

Kulit akan jadi rosak sebab kalau kita tidur tak teratur, ia boleh menyebabkan badan kita menghasilkan hormon kortisol yang mana hormon ni boleh pecahkan protein dalam kulit kita. Kulit akan jadi tak anjal, malah akan timbul pulak garis garis halus dan kedutan pada kulit. Kulit pun namlak tak sihat je. So, jangan tidur lewat lewat tau.

Boleh kena alzhemier? Sebabnya? Sebab, kalau kita tak tidur dengan cukup, otak tak akan dapat berfungsi dengan baik. So, kita mungkin kadang kala susah nak ingat sesuatu tu dengan baik. Bila kita, semakin berumur, risiko nak dapat alzhemier ni boleh jadi meningkat disebabkan inilah.
 
Kalau kurang tidur, kita mungkin boleh jadi murung jugak. Yang paling teruk, ditakuti adalah sampai jadi masalah mental pulak. So, kena jumpa pada yang lakarlah kalau dah serius. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah ye.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments