My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.

By Cikla Shahril - July 14, 2016

Hari ni cikla pergi checkup pregnant lagi. Dah masuk 8 bulan ni memanglah kena pergi checkup 2 minggu sekali. Orang cakap dan nak tunggu hari, memanglah kena sentiasa dipantau. Keadaan baby termasuklah ibunya.

My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.
My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah. Image credited to google.

Mujurlah klinik desa dekat, bolehlah pergi sendiri. Naik motor je. Takdelah nak susahkan suami. Kesian suami, terkejar ke sini ke sana. Selagi boleh buat sendiri, memang cikla akan buat sendiri.

My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah.
My Pregnancy Story : Makin dekat, makin nervous, 34 minggu sudah. Peneman setia cikla. Si adik tinggal. Bawak sorang je pun ni pun dah cukup. Hehe.  #kakakdamia

Checkup hari ni, alhamdullilah ok. Berat pun dah naik. 2 minggu lepas masa checkup 32 minggu ‹klik SINI untuk baca entri pasal ni› berat turun. Urine, HB, keadaan baby pun semua ok.

Syukurlah.

Tipulah kalau cikla cakap yang cikla tak gementar, debar debar bila menunggu hari melahirkan. Mesti ada yang cakap, "Ala, dah nak masuk 4 pun. 

Pengalaman banyak oo. Mesti ok punyalah." Memanglah dik, akak dah bersalin 3 kali sebelum ni tapi kata orang lain anak, lain pengalaman bersalinnya.

Macam anak sulung cikla, cikla overdue. Kena induce. Memang pengalaman tak boleh nak lupa sampai bila bilalah. 

Anak kedua dengan ketiga, alhamdullilah cikla bersalin senang sikit jugaklah. Sakit sekejap, lepas tu terus bersalin. Masuk labour room pun kejap je.

Ni dah masuk 34 minggu ni, baby pun asyik mengeras je. Lepas tu makin aktif. Sekarang ni pun, kalau nak tidur memang tidur mengiring ajelah yang selesa. Kalau tidur terlentang memang rasa tak selesa sangat. Rasa macam mengah, susah nak nafas.

Tadi pun masa checkup, bila cikla cakap dengan misi pasal ni, misi cakap memang macam tu sebab perut kita dah besar kan. Kalau nak tidur terlentang jugak kena alas pinggang dengan bantal nipis. Kalau tak memang macam sesak je rasanya.

Ermmmm.

Apa yang penting, cikla harap semoga bersalin kali ni pun, dipermudahkanlah. Aamiin. Doakan cikla ye.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments