Rezeki.

By Cikla Shahril - July 12, 2016

Bila bercerita pasal rezeki ni, bagi cikla rezeki dalam hidup kita lain-lain. Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain. Rezeki kita, rezeki kitalah. Begitulah sebaliknya. 

Tak payahlah nak iri hati dengki jelous bagai, sebab cepat atau lambat 'rezeki' kita pasti akan datang sebab ia memang sudah tercatat. 

So, jangan berhenti berharap dan berdoa sebab ia menandakan kita sentiasa mengharapkan dia tak kita masa senang ataupun susah. Itu sudah pasti!

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis. 

Ada orang rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Al Quran. 

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu. 

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari. 

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana sini. 

Ada orang rezeki dia, maju dan bertambah maju. 

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi. 

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran. 

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi. 

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.

Hakikatnya Allah SWT menjadikan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Rezeki.
Image credited to imuslimshop.com

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia. Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat.

Utamakan kehendak Allah, inshaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara. Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat. 

Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.

Rezeki, jodoh pertemuan semuanya ditentukan olehNya. Marilah kita sentiasa bersangka baik atas apa yang telah dikurniakan kepada kita dan jangan sese kali 'menyalahkan' Allah SWT.

Sumber : WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments