Tidur siang, ada manfaatnya ke?

By Cikla Shahril - July 23, 2016

Sebelum ni kita banyak baca dan dengar orangbercerita mengenai kebaikan tidur yang cukup, terutamanya bila kita tidur pada waktebenarnya, tak kiralah sama ada tidur pada waktu malam atau siang, ada kebaikan disebaliknya. Kalau korang nak tau, ada kajian mengatakan, masa yang paling baik dan sesuai kalau nak tidur siang adalah antara jam dua hingga empat petang. Apa kebaikan tidur siang ni ye? Haaa, inilah yang cikla nak share ni. Jom baca jom.

Ada kajian yang dibuat di antara orang yang tidur siang dengan orang yang tak tidur siang menunjukkan mereka yang tidur siang mempunyai daya kognitif dan memori yang lebih baik. Haaaaa. Apa? Biar betul.

So, ambillah masa sekitar 2 hingga 3 jam untuk kita 'rest'kan mata dan minda kita, Tidur siang, ada manfaatnya ke? Kalau orang yang ada darah tinggi, ia cara yang baik untuk menurunkan tekanan darah. Tapi, jangan pulak asyik nak tidur siang je, aspek pemakanan yang sihat kena ambil berat jugak tau.

Kalau korang nak tau, tidur siang selama 2 hingga 3 jam adalah masa yang sangat berkualiti untuk badan kita, sebab selalunya kalau kita bangun je daripada tidur di siang hari, badan kita akan rasa lebih segar dan bertenaga. Mereka yang mengamalkan tidur siang yang berkualiti dikatakan dapat kurangkan rasa amarah dan lama lama 'penyakit' baran tu pun hilang. Wah, ajaib sungguh. Hihi. Cubalah.

Tidur siang, ada manfaatnya ke?
Tidur siang, ada manfaatnya ke? Kredit Google.

Orang yang bekerja di pejabat, masalah mereka adalah rasa mengantuk bila dah makan tengah hari. So, apa kata korang take a nap, around 15 till 20 minute untuk tidur. Senang cakap lelapkan mata sekejap. Lepas tu baru sambung balik kerja korang tu. Kalau korang tak percaya, cubalah.

Rasa mengantuk korang tu akan hilang dan korang akan rasa lebih segar. Dengan tidur siang, kulit akan jadi lebih sihat sebab ia dapat membantu meremajakan tubuh. Tapi, kalau kita kurang tidur malam pulak, mulalah mata nak jadi macam mata si Po tu *mata panda iaitu lingkaran gelap di bawah mata.

Bagi cikla, sememangnya tidur tu penting untuk kita rehatkan badan dan minda kita. Nak-nak pulak kalau kita dah penat melakukan kerja. Tidur yang cukup jugak penting untuk mendapatkan kesihatan badan dan kecantikan kulit kita.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Wah nampaknya kena tidur siang ni walau sekejap..kikikiki..

    ReplyDelete
  2. Hihihi info yang berguna! ♥

    ReplyDelete
  3. aqma setiap hari tidur siang. kui2. Shift malam punya pasal~~
    P/s: 1st time datang sini terus follow sebab tersebar cinta cikla.. hehehe *gurau*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thanks aqma follow my blog.. Muah ciked...

      Delete
  4. Hehe. Nak kena tidur siang lepas makan tengahari lah camni 😊😁

    ReplyDelete
  5. aida kat opis lunch hour bahagia 2.
    tido & makan.
    kalu tak ngantuk, update blog :)

    ReplyDelete