Tips lelaki memakai baju bermotif bunga.

By Cikla Shahril - July 18, 2016

Jangan ingat perempuan je suka pakai baju bermotif bunga ni. Kalau korang perasan, mesti korang pernah ternampak ada sesetengah kaum adam yang suka memakai pakaian corak sebegini. Sebenarnya, tak salah pun kalau mereka nak pakai baju bercorak bunga, tapi biarlah kena dengan gaya. Janganlah main hentam je sampai penampilan korang tu nampak pelik. Lagipun tak hilangnya 'kesadoan' korang tu kalau korang pakai baju bunga-bunga. Hehe.

Kalau korang nak pakai baju bercorak macam ni, meh baca dulu tips ni. Sekurang-kurangnya korang ada jugaklah sikit ilmu sebelum nak mengayakan pakaian ni. Jom baca.

Tips lelaki memakai baju bermotif bunga.
Tips lelaki memakai baju bermotif bunga. Sumber Google.
  1. Tak salah kot kalau korang nak pilih pakaian bermotifkan bunga ros, orkid, tulip atau lain lain. Memang nampak meriahlah penampilan korang nanti. 
  2. Kalau korang nak tau, pakaian bermotifkan flora ni boleh dipadankan dengan t-shirt, kemeja, seluar, kot, blazer, topi dan sebagainya.
  3. Pakaian bermotifkan flora ni boleh memberi kita mood mood yang berbeza seperti santai Hawaii, kasual, romantik dan lain lain.
  4. Kalau korang pakai blazer bermotifkan flora, boleh padankan dengan kemeja putih. Mesti nampak ngam dan segak. Hihi.
  5. Kalau korang memakai kemeja ala Hawaii, padankan dengan seluar jean pun boleh.

So, lepas ni kalau nampak lelaki memakai pakaian bercorak bunga, toksahlah nak hairan sangat tau. Jangan sangka mereka ni 'dua alam' sebab pakai baju bunga-bunga gitu. Pendek akal namanya tu. Hihi. Dah jadi trend kot fesyen macam ni. Janji pandai suai gayakan supaya nampak segak bergaya. Ok.

Sumber : Ruangan Keterampilan.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments