31 August 2016

Mini Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan.

August 31, 2016 12 Comments
Assalamualaikum wbt...

Mini Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan. | Yahhh yah yahh... Mujur sempat cikla nak join segmen ni... Hihi... Korang jomlah join... Sempat lagi ni...


 http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/08/mini-segmen-blogwalking-santai-bulan.html
Klik banner untuk join.


Syarat pun senang. Segmen tamat pada 31 Ogos 2016. Mana yang sempat moh join... Oklah, selamat bersegmen semua.... Happy blogwalking too... Merdeka!!

 Sekian dulu, wassalam....

-TAMAT SUDAH-

Durian oh durian...

August 31, 2016 14 Comments
Durian oh durian... | Assalamualaikum wbt. Nak kata sekarang musim durian, entahlah. Sebab tengok macam tak banyak je orang jual. Lagi-lagi yang jenis longgok longgok tu. Kalau ada pun, yang jenis timbang adalah. Sebiji mau dekat beringgit ringgit.

Tapi, kalau dah teringin sesangat, pejam pejamkan matalah jugak membelinya... Hehe...

Durian oh durian... Sumber : Facebook.com 


Wow, kuning bersinar. Shining shining gitu. Ni baka musang King ke musang berjanggut barangkali. Hihi... 

Kalau dapat macam kat dalam gambar tu, nikmatnya lahai. Wow....❤❤❤

Saya Nak Menang Set Skinfood.

August 31, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt...

Saya Nak Menang Set Skinfood. | Adik yayacendana buat contest. Jom kita join, kita support sesama kita....


http://www.yayacendana.com/2016/08/skinfood-worth-rm200-set-korean-beauty.html
Klik banner untuk join.


Cikla nak tag awak, awak dan awak untuk join sama. Pada yang tak ditag, boleh join jugak..... Jom jom....

So, cikla nak menang set Skinfood kerana;

"Sejujurnya, ini pertama kali cikla tau dan dengar pasal produk ni. Lagipun, cikla belum pernah mencuba mana mana produk berasaskan bahan semulajadi. Mana tau produk ni serasi dengan diri ini, boleh jadi pengguna setia. Betul tak? Lepas tu, barulah berani nak promote kat orang lain.... Bak kata orang, I try first, then I promote... Hihi...."

Contest berakhir pada 26 September 2016. Lama lagi tu, sempat nak join. Oklah, good luck pada yang join and me too. Sekian dulu, wassalam.....

Salam Merdeka!

August 31, 2016 2 Comments
Salam Merdeka! | Assalamualaikum wbt. "Tanggal 31, bulan 8 lima puluh tujuh... Hari yang mulia, hari bahagia. Sambut dengan jiwa yang merdeka... "

Rasanya ramai yang tau lagu nyanyian allahyarham Sudirman Hj Arshad ni kan. Orang cakap memang lagu favorite lah, lebih lebih lagi kalau tiba hari kebangsaan setiap tahun. So, hari ni lagu ni juga berkumandang di sana sini sebab meraikan Hari Kebangsaan negara yang ke-59. Syukurlah, dah 59 tahun negara kita merdeka. Bebas dari penjajahan dan pengaruh pemerintahan luar. Alhamdullilah... 

Salam Merdeka!


Salam Merdeka!
Salam Merdeka!

Tapi, bagi pendapat cikla sebaiknya dalam menghayati dan merealisasi erti merdeka sebenarnya kita perlu 'bebas' merdeka bukan sahaja negara tapi diri dan jiwa kena merdeka jugak. Jangan negara je merdeka, tapi jiwa rakyatnya masih dijajah. Sebaiknya, kita kena bebaskan diri dari dijajah dari segi pemikiran, gaya hidup dan lain lain....



Oklah, selamat menyambut hari kemerdekaan semua..... Ada yang pergi Dataran Merdeka tak? Cikla tengok kat tv je... Hehe...

30 August 2016

Rahsia lelaki melalui raut wajah.

August 30, 2016 9 Comments
Rahsia lelaki melalui raut wajah. | Assalamualaikum wbt.... Setiap orang dikurniakan raut wajah yang berbeza beza. Apa kata kita cungkil sikit apakah 'rahsia' disebalik raut wajah mereka ni, sebab cikla rasa ia sesuatu yang menarik untuk diketahui.

Tapi, kita kena ingat bagaimana rupa dan raut wajah seseorang itu merupakan anugerah ciptaanNya, yang tentulah ada hikmah disebaliknya. Bersyukur dan hargailah ia.... Dah dah, jom kita baca apakah 'rahsia'nya....

Rahsia lelaki melalui raut wajah.


1. Bentuk wajah; 

  • bulat - Cenderung lebih beremosi, sensitif, tapi prihatin. - Mempunyai fantasi seksual dan menikmati hubungan yang baik dalam jangka masa panjang. 
  • persegi panjang - Sangat praktikal, teratur, dan cenderung bekerja keras. - Mereka mempunyai badan berotot/atlet dari segi fizikalnya. 
  • segi empat - Dikaitkan dengan api. - Kelihatan agresif, bercita cita tinggi dan suka mendominasi. - Berfikiran analitis yang tajam dan pembuat keputusan. 
  • segi tiga - Biasanya lelaki bertubuh kecil dan persuasif secara intelektual memiliki raut wajah berbentuk sebegini. - Berpersonaliti kreatif, bersemangat tapi agak sensitif.

2. Dahi;

  • dahi lebar - Pandai, mudah dan idealistik *banyak idea
  • dahi rata - Seorang pragmatik, logik dan suka mengekspresikan diri melalui tindakan. 
  • dahi rata yang sangat lebar - Seorang yang bercita cita tinggi, perancang yang baik kalau nak melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang dicitakannya.

3. Alis;

  • alis halus - Seorang yang was was kurang kepercayaan pada diri sendiri.
  • alis tebal - Tegas, dan berpendirian kuat. 
  • alis kanan kiri bercantum - Berperibadi tinggi, tapi cemburu kuat. 

4. Hidung; 

  • hujung hidung yang tinggi, lurus, lebar, dan berisi tapi lubang hidungnya dilindungi - Orangnya ramah, dan suka ambil berat pasal orang lain. - Meletakkan 'standard' yang tinggi pada diri dan seorang yang bersopan santun. - Semakin besar hidung, semakin terdedah kepada potensi tindakan kekerasan.
  • hidung bengkok -  Kemahuan yang kuat, berdikari dan rajin berusaha.
  • hidung menengadah - Kemampuan dan murah dengan kasih sayang dalam pergaulan.

Rahsia lelaki melalui raut wajah.
Rahsia lelaki melalui raut wajah. Sumber : Google.

5. Mulut; 

  • bibir atas nipis tapi bibir bawah lebar - Tak dapat beri balasan dalam perhubungan. 
  • bibir lebar - Bersikap perhatian, tapi sensitif.
  • bibir kecil dan nipis - Mementingkan diri sendiri.
  • lengkung bibir ke bawah - Sukar dipuaskan. 
  • lengkung bibir ke atas - Seorang yang optimis.

6. Garis rahang; 

  • garis rahang yang kuat - Dapat menilai orang dengan baik dan cepat. - Semakin ketara garis rahang, semakin besar stamina dan daya ketahanannya, tapi keras kepala.
  • garis rahang yang samar - Berperibadi lemah dan mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • garis rahang yang lebih lebar dari telinga - Seorang yang sangat kompetitif dan tak sukakan kekalahan.

7. Kerutan; 

  • di sekitar mata *dikenali sebagai kerutan sukacita - Seorang yang berhati terbuka dan suka menyebarkan kegembiraan walau ke mana pun dia pergi. Kira 'happy man' lah ni.... 
  • garis menegak yang muncul di kawasan antara kedua dua mata - Seorang yang logikal, berkerja keras dan suka buat keputusan. 
  • garis memanjang dari hidung ke mulut *dikenali sebagai garis destinasi - Seorang yang menjalani hidup mengikut apa yang diinginkannya.

So, macam mana? Nak percaya ke tak ni? Hihi... Nak percaya sangat pun tak boleh sangat kot, tapi kalau tersama tu, kebetulan barangkali. Apa yang penting, kita percaya hanya Allah yang Maha Mengetahui. 


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp.

August 30, 2016 6 Comments
Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp. | Assalamualaikum wbt.... Semalam tadika kakak Batrisyia telah menyertai satu program anjuran Felcra dan Jkkp kampung sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut nanti. Biasalah budak budak kan, kalau bab makan minum ni memang suka. Lebih lebih lagi kalau ada makanan kegemaran mereka.

Sedikit gambar kenangan masa program. *gambar diambil oleh cikgu tadika yang disend kepada cikla.


Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp. 


Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp.
Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp. 

Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp.
Program Moh Ngeteh sempena Hari Kebangsaan ke-59 bersama Felcra dan Jkkp. 


Sebenarnya pendedahan tentang Merdeka dan kronologinya seawal dari kanak kanak sebab bagi pendapat cikla dengan cara ni kita dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa dan diri mereka sejak dari kecil lagi. Bila mereka dah besar kelak, semangat cinta, sayang dan menghargai negara telah tersemai kukuh dalam jiwa mereka. InshaAllah, mereka juga akan berusaha menentang kalau ada anasir tak baik yang mahu men'sabotaj' negara kita ini... Bak kata orang, mereka adalah pemimpin pada masa depan.....

Marilah kita sama sama mempertahankan negara dari 'dijajah' sekali lagi, iaitu dalam bentuk yang mungkin kita tak sedar... Salam merdeka!!

Oklah, sekian dulu, wassalam.....

Kesalahan dalam bersolek.

August 30, 2016 6 Comments
Kesalahan dalam bersolek| Assalamualaikum wbt. Ada orang bersolek sebab untuk nampak lebih yakin, lebih lebih lagi kalau berhadapan dengan orang ramai. Tapi, kadang kadang kita terlupa ada beberapa 'kesalahan' yang kita lakukan. Mesti kita tak nak nampak 'pelik' dan orang tengok kita semacam je kan? So, jom kita baca apakah kesalahan yang mungkin kita dah buat.

Kesalahan dalam bersolek.


Kesalahan dalam bersolek.
Kesalahan dalam bersolek. Sumber Google.


Kalau korang nak nampak lebih 'natural beauty' gitu, tak perlulah nak pakai bedak asas tebal tebal sangat. Cukup guna pelembap je sebab just nak nampak wajah kita nampak bermaya dan fresh.
Sebenarnya, kalau korang menggaris mata dengan warna hitam, ia hanya akan menjadikan mata korang nampak kecik. Kalau korang nak buat mata lebih menyerlah, guna eyeliner berwarna tanah. Kalau nak cantik lagi, gariskan mata dengan pembayang mata.

Pakai gincu tanpa memakai pelembap bibir terlebih dahulu. Kalau korang tak gunakan pelembap bibir tu, bibir akan mengalami kekeringan dan pecah. Dah tentu nampak tak cun dah. Betul tak Bersolek tanpa 'mengoleskan' concealer di bawah mata. Sebenarnya penting mengoleskannya sebab ia akan menjadikan mata korang nampak 'terbuka' dan lebih cantik, terutama kalau guna 'highlighter' pada tulang pipi. Seeloknya guna concealer bertona lebih cerah berbanding warna kulit asal korang untuk mencerahkan wajah.

Hanya memakai maskara pada bulu mata atas. Salah tu!  Paling elok, kalau nak nampak mata korang lebih besar, pakai maskara pakai bahagian bawah jugak. Oleskan 2 kali maskara pada bulu mata atas dan sekali pada bulu mata bawah. Rona maskara hitam pekat adalah yang paling baik lebih lebih lagi kalau korang nak bergambar, dan pastikan ia dioles dari akar hingga ke hujung maskara.

Tak mengenakan pemerah pipi, so korang nampak lebih pucat terutama dalam gambar. Tak salah kot, korang oleskan sikit pemerah pipi tu pada tulang pipi korang. Tambahan pulak, ia akan menjadikan bentuk tulang pipi lebih menyerlah dan wajah nampak fresh. Kalau nak nampak lebih natural, warna merah jambu sesuai untuk korang yang berkulit cerah, manakala untuk korang yang berkulit hitam manis elok guna warna pic. Cubalah.
Selamat mencantikkan wajah ye...💋💋


Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.

29 August 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com.

August 29, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com. | Jom join giveaway ni....



{ Click banner di atas untuk sertai }


Hadiah :

 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun.

1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com.

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016

Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com
2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu
3. Follow instagram  :@acik21,
4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu

Oklah, good luck pada yang join... All the best.. Sekian dulu, wassalam....



Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh.

August 29, 2016 14 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh. | Jom join giveaway ni....


http://spendalusuh.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
Klik banner untuk join.


Syarat pun senang. Hadiahnya pun best best tau. So, Jom join ramai ramai. Mana tau ada rezeki kita kan. Betul tak? Giveaway tamat pada 24 September 2016. Join jangan tak join. Oklah, good luck pada semua peserta. Sekian dulu, wassalam.....

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016.

August 29, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt...

Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot September 2016. | Blogger Lea Azleeya buat segmenlah. Jom join. Kita support dia.. Ok...


 http://sotskirt.blogspot.com/2016/08/segmen-bloglist-sotskirtblogspot.html
Klik banner untuk join.


10 blog yang bertuah akan dipilih menggunakan khidmat random.org. Segmen tamat pada 31 Ogos 2016.... Oklah, selamat bersegmen semua. Happy blogwalking too. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.

August 29, 2016 2 Comments
Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullilah, hari ni dah masuk 14 hari cikla berpantang. Sekejap je kan? Pada yang sama macam cikla, selamat berpantang cikla ucapkan. Rest betul betul tau supaya nanti badan kita boleh pulih dengan cepat dan tak lesu. Lagipun, rasa sakit bersalin dan pengalaman dalam labour room macam terasa rasa dan terbayang bayang lagi kan. Betul tak? Cikla nak share satu tips ni, bagus untuk ibu yang baru melahirkan. Senang cakap ibu dalam pantanglah. Tips badan supaya sentiasa segar dan bertenaga.

Macam mana nak membuang angin dalam badan dan melegakan sakit-sakit urat serta lenguh-lenguh badan.

Bahan bahan : 2 ketul halia muda dalam 3 cm dan 3 batang serai.

Caranya : Ketuk kedua-dua bahan tersebut, kemudian rebus dengan 3 gelas air, sampai air rebusan tu jadi 1 gelas. Biarkan air rebusan tu suam dan minum.


Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.
Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.  Sumber Google.


**Kalau nak campurkan dengan madu atau susu pekat atau susu cair atau stevia atau gula kabung pun boleh.

InshaAllah, amalkan ia, nanti hilanglah lenguh-lenguh tu.Badan kekal bertenaga. Ini merupakan amalan orang lama. Memang tak susah pun nak buat, cuma tinggal malas dengan rajin je. Betul tak? Cikla dah try dah. Minum pun badan terus berpeluh. Tapi, cikla guna gula batu. Sedap jugak. Manis manis pedas.

Selamat mencuba.


Sumber : Kredit to suzyhoney.

Good morning... It's Monday today!

August 29, 2016 8 Comments
Good morning... It's Monday today! | Assalamualaikum wbt. Hari ni hari isnin. Monday blues tak? Hehe... Janganlah nak monday blues sangat ye. Tanggungjawab kena dilaksanakan. Pada yang bekerja, selamat bekerja. Tunaikan amanah yang diberi dengn ikhlas dan jujur. InshaAllah, rezeki yang diperolehi nanti akan diberkati.... Pada yang masih belajar, belajar rajin rajin tau. Semoga tercapai cita cita yang diimpikan....

Good morning... It's Monday today!


Good morning... It's Monday today!
Good morning... It's Monday today!

Good morning... It's Monday today!
Good morning... It's Monday today!

Semoga kita semua ceria dan diberkati sepanjang hari... InshaAllah...

28 August 2016

Happy bornday to me....

August 28, 2016 10 Comments
Assalamualaikum wbt....

Happy bornday to me.... | Alhamdullillah, hari ni dah 34 tahun usia cikla. Syukurlah kerana masih lagi diberi kesempatan menikmati pahit manis payau kelat hidup ini. Cikla bersyukur dengan nikmat ni ya Allah....




Kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai tak kira di alam nyata atau di alam maya, terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Semoga kita semua akan sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dariNya.. Amin....

Oklah, sekian dulu, wassalam....

27 August 2016

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

August 27, 2016 14 Comments
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget. | *Entri ni ditulis sebelum cikla bersalin tempoh hari. Assalamualaikum wbt. Siapa penggemar coklat putih? Rasanya kalau dah namanya coklat semua orang suka kan? Betul tak? Bagi cikla, coklat putih ni macam lebih rasa susu dan lebih manis sikit daripada coklat biasa tu.

Terbaru, HERSHEY'S telah memperkenalkan coklat keluaran mereka, Nugget cookies 'n'creme. Tapi, tak taulah ini latest coklat keluaran mereka atau dah lama sebab sejujurnya cikla memang baru tau dan makan coklat ni. First time cikla makan coklat ni, suami cikla beli. Memang memula tengok dia makan, macam pelik jugak. Coklat apa tu ye. *dah la makan tak pelawa. Huhu. At last, cikla suruh dia beli sebab macam teringin pulak.


Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.


Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Harga kat bungkus tu adalah harga cikla beli dekat kedai Petronas, Treat. Tapi, kalau dekat kedai biasa atau pasaraya mungkin murah sikit or lebih kurang kot harganya. Maybe. Kat dalam satu bungkus tu ada tiga ketul coklat berbentuk segiempat. *amboi, siap bentuk lagi. Hihi....  Tengok gambar bawah tu. Tergoda tak? Hihi.....

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Jom kita gigit sikit coklat tu kasi tengok macam mana isi dalamnya pulak... Taraaa... Tengok, ada coklat cip kan kat dalamnya. Rasa memang sedap... Rasa satu nak lagi, nak lagi, nak lagi.... Tak puas kata orang makan sebungkus tu. Nak share? Memang taklah... Hihi....

Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.
Sedapnya coklat HERSHEY'S Nugget.

Jom cikla nak kongsikan apakah bezanya coklat gelap *biasa dengan coklat putih. (Sumber : SINI ) Walaupun coklat gelap dan coklat putih mengandung koko yang diambil dari biji buah koko, keduanya tetap mempunyai perbezaan. Untuk pengetahuan korang, ada 3 bahagian yang boleh diambil dari buah koko ini, iaitu sari koko *bahan asas dari buah coklat yang dicairkan, lemak koko *lemak, dan jalfrezi koko *bahagian buah coklat yang tidak mengandung lemak, yang mana Ina mengandungi lapisan jalfrezi. 

So, coklat gelap dihasilkan dengan menambah lemak koko dengan gula dan jalfrezi koko. Coklat gelap tak mengandungi susu. Coklat putih pulak, mengandungi lemak koko, gula dan susu dan langsung tak mengandungi sari koko. Dari segi rasa, bila dimakan coklat gelap rasa lebih manis coklat dan meninggalkan rasa pahit setelah dimakan. Manakala, coklat putih pulak memiliki lebih rasa susu sebab tak mengandungi sari coklat atau jalfrezi koko. 

Dari segi tekstur pulak, coklat gelap mempunyai tekstur yang kering dan kasar sebab tidak mengandungi susu. Manakala, coklat putih memiliki tekstur yang lebih halus dan sedikit melekit. Coklat gelap biasanya digunakan sebagai sos topping dan sebagai bahan minuman coklat. Manakala, coklat  putih pulak biasanya dijual dalam bentuk kepingan, dan digunakan sebagai bahan dessert dan gula-gula. 

Selain itu, coklat gelap dihasilkan dari bahan asas buah koko dan mengandungi sari serta serbuk koko, lemak koko dan gula, tapi tak mengandungi susu. Manakala, coklat putih pulak mengandungi lebih banyak gula, lemak koko, dan susu, tapi takde kandungan serbuk coklat. Walaupun begitu, coklat gelap dikatakan lebih memberi kebaikan dari segi kesihatan, terutama untuk kesihatan otot jantung, sebab ia adanya kandungan flavonol antioksidan, berbanding dengan coklat  putih. Tapi, kalau sekali sekala makan apa salahnya. Ye tak? Hihi.

Kalau korang belum rasa lagi, apa kata pergi cepat-cepat beli. Sedap tau. Harga pun takdelah mahal sangat. Selamat membeli dan merasa ye.... ❤❤❤

'Sayangku Kapten Mukhriz' dah nak habis....

August 27, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt.....

'Sayangku Kapten Mukhriz' dah nak habis.... | Cerita ni adalah adaptasi dari novel Anugerah Terindah nukilan Sophilea.  Cuma tajuknya di tukar.... Ermm.... cikla rasa ramai kot peminat drama ni. Cikla pun dah terjebak sama. Memang tak miss lah hari hari mesti tengok. Itupun terlepas beberapa episod sejak cikla bersalin ni. Baru semalam cikla tengok cerita ni. Rupanya dah nak habis dah cerita ni. Dah la berlakon kat kampung cikla. Hehe....


Sumber : tonton.com.my


Pada pendapat cikla, awal cerita ni macam biasa biasa je kot. Ramai jugak yang komen watak Ariana *seorang doktor tu macam gedik sangat masa nak tackle si Mukhriz tu *seorang ustaz berpangkat kapten. Agak agak korang, realiti ada ke terjadi macam tu? Orang cakap apa... Perigi carik timba... Hehehe... Dah sampai tengah tengah cerita, dah nampak macam menarik sikit. Rasa macam tak sabar nak tengok eposid seterusnya nak tau apa yang berlaku. Sampailah mereka berdua berkahwin jugak dan Ariana pregnant. Tapi, malangnya dia keguguran sebab terlalu stress. Sedih kan.... Watak Zakuan, abang sepupu Ariana yang sentiasa cari jalan nak pisahkan mereka berdua. Mungkin sebab dendam atau memang dia sayang sangat kat Ariana tu... Tapi cikla tengok macam dah psiko pulak si Zakuan tu.... Lepas tu, watak Siti Awina yang orang cakap 'pengacau' hubungan mereka berdua. Betapa tekad dan bersungguhnya dia nak kan si Mukhriz tu.. Alasannya, sebagai pembimbing dia dan penjaga anaknya.... Ermmm... Bagi cikla yang paling kesian dan sadis adalah part Ariana terpaksa berkorban demi menyelamatkan nyawa suaminya bila Siti Awina bersetuju menderma buah pinggang pada Mukhriz tapi dengan syarat dia nak berkahwin dengan Mukhriz tu pulak. Aduhh...  Nampak sangat tak ikhlasnya... Huhu.... Isteri mana yang rela berkongsi kasih kan. Kalau ada pun, mungkin rela dalam terpaksa..... Part si Ariana mimpi, cikla dah nak frust dah. Mukhriz, cakap dia terpaksa ceraikan Ariana sebab tak sanggup nak pikul 2 tanggungjawab, kalau betul si Ariana nak dia kahwin dengan si Siti Awina tu... Omg, memang suspen... Haha... Nasiblah mimpi... Hehe... Lagu soundtrack nya pun best jugak. Sebelum ni tak tau pulak si Black tu yang nyanyi. Lama lama dengar macam sedap pulak lagu ni. Nyummm nyummm.. Hihi... Apa kata kita layan sat lagu ni... 'Haruskah ku luahkan padamu... sanggupkah ku biar rahsia... selamanya... ' *nyanyi sikit...




Hmmm.. Tak sabar nak tunggu minggu depan nak tau apa kesudahannya.... Tapi, cikla macam dah dapat agak dah apa ending nya... Happy ending lah orang cakap. Biasalah drama melayu kan... Hihi...
Oklah korang...  Just sharing... Sekian dulu, wassalam.....

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016.

August 27, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016. | Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.



KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN


TAMAT : 29 OGOS 2016


Langkah Penyertaan Segmen

1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016


Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Apa lagi.. Jom join. Selamat bersegmen semua.... Happy blogwalking too. Oklah, sekian dulu, wassalam....


-TAMAT SUDAH-

Book Giveaway by Abam Kie and Friends.

August 27, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt....

Book Giveaway by Abam Kie and Friends. | Siapa peminat novel dan ulat buku bolehlah join giveaway anjuran Abam Kie and friends ni....


 http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
Nak join klik banner tu....


Hadiahnya....
1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.

1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose

1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor 
1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya
1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed
1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri
1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie


Hadiah terjamin kepada peserta pertama dan terakhir! Top up RM5!


Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada pemilihan 100% undian oleh Abam Kie. Giveaway bermula dari 20/8/2016 hingga 9/9/2016. Oklah, good luck pada yang join. All the best yooo.... Sekian dulu... Wassalam....


-TAMAT SUDAH-

26 August 2016

Kita tahu, tapi kita tak peduli.

August 26, 2016 5 Comments
Kita tahu, tapi kita tak peduli| Assalamualaikum wbt. Orang cakap, untuk berubah perlulah disertakan dengan niat yang betul. Kata orang, jangan cakap aje tapi takde apa pun. Bak kata pepatah, jangan jadi macam ayam, bertelur sebiji tapi riuh sekampung... Apa kata kita baca sedikit perkongsian yang cikla nak share ni. Semoga ia akan membuka walaupun sedikit hati kita untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.....

Kita tahu, tapi kita tak peduli.

"Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikit pun. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha."

Kita tahu, tapi kita tak peduli.
Kita tahu, tapi kita tak peduli.

"Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini."

"Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu dalam pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit."

"Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipat ganda kan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dalam jadual harian kita. ,

"Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya."

Kita tahu, tapi kita tak peduli.
Kita tahu, tapi kita tak peduli.

"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam."

"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu." 

"Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya." 

Semoga bermanfaat... ❤❤❤


Sumber: Ustaz Iqbal Zain.

25 August 2016

Relevankah berpantang cara orang lama?

August 25, 2016 12 Comments
Relevankah berpantang cara orang lama? | Assalamualaikum wbt. Orang cakap masa berpantang selepas melahirkan merupakan masa paling penting untuk ibu. Mana taknya, selepas mengharungi detik detik mendebarkan dengan bermacam macam rasa *rasa sakit kontraksi, berdebar debar dengan sebarang kemungkinan, takut, gementar. Pendek kata, kalau nak badan sihat bertenaga dan segar kembali kenalah berpantang betul-betul. Tak kiralah dari segi pemakanan dan penjagaan diri.

Tapi, cikla rasa zaman sekarang ni trend orang berpantang dah lain kot. Tak 'serumit' dulu. Lebih lebih lagi kalau si ibu berpantang sendiri. Takde orang nak pantau. Baru seminggu dalam pantang, dah keluar rumah. Ligat ke sana  ke sini. Bila tengok sekali pandang, macam bukan dalam pantang je. Huhu. Entahlah, mungkin depend pada orang kot.

Sebenarnya, kesan yang akan kita rasa nanti bukan sekarang tau. Esok-esok, bila umur tu dah masuk awal 40-an, even umur baru pertengahan 30-an pun mulalah badan sakit sana, sakit sini. Lenguh sana, lenguh sini. Itu yang kita tak nak tu kan. Baru buat kerja sikit, dah penat. Mulalah semput tu datang. 

Memang tak dinafikan, ada sesetengah ibu yang masih mengamalkan petua dan pantang larang orang lama, lebih-lebih lagi kalau si ibu dijaga oleh ibu semasa dalam tempoh berpantang. Kalau  dah orang lama yang jaga, kenalah ikutkan. Tapi rasanya, mak-mak sekarang pun lebih open kot. Tak strict sangat macam mak-mak dulu. Persoalannya, masih relevankah pantang larang orang lama ni.

Sebelum tu, cikla nak kongsikan beberapa pantang larang yang orang lama selalu amalkan semasa berpantang. *sumber adalah dari mak cikla sendiri. Jom baca...


Relevankah berpantang cara orang lama?



Relevankah amalan berpantang cara orang lama?
Relevankah berpantang cara orang lama? Sumber Google.


  1. Kalau nak makan nasi, makan sebelum waktu Maghrib. Makan nasi pulak kena alas dengan daun pisang, kalau anak belum tanggal pusatnya. Selain itu, makan nasi panas-panas. Jangan makan nasi sejuk. Lepas tu, tak boleh tambah-tambah. Kalau nak makan banyak, amik banyak sekali.
  2. Minum air pulak tak boleh banyak. Minum sikit-sikit je. Bukan apa, takut 'becak' nanti. Kalau haus, minum air rebusan rempah periuk, sebab ibu dalam pantang ni kalau boleh badannya kena sentiasa berpeluh dan hangat.
  3. Stoking jangan pernah tinggal, untuk elakkan masuk angin. Begitu jugak dengan bengkung. Untuk jaga peranakan kita dari 'bergoyang' kalau kita aktif bergerak. Bengkung pulak bukan pesen bengkung sekarang. Bengkung tu dibuat dari kain panjang *cikla ingat sampai 2 meter kot panjang kainnya. Lepas tu, lilit pada badan sampai nak jalan pun payah. Rasanya zaman sekarang dah takde kot orang berbengkung cara camtu. Paling mudah orang pakai bengkung yang macam korset tu je. Mudah katanya.
  4. Ibu memang dilarang keras keluar rumah. Nak ke beranda pun tak boleh. Alasannya, orang tua tua cakap takut terlangkah 'taik ayam' nanti bentan pulak. Betul atau tak. Waallahualam.
  5. Dari segi menu pulak, makan lauk yang kebanyakannyalah di bakar je. Lauk yang popular cikla rasa ikan bilis goreng dengan lada hitam dan halia. Lepas tu, cicah dengan air asam jawa campur lada hitam jugak. Jangan haraplah nak makan ayam-ayam ke apa. Tapi zaman sekarang memang lainlah apa yang doktor saran suruh makan. Orang cakap makanan seimbang. Cukup karbohidrat, protein dan nutrient lain. 
  6. Masa hari terakhir berpantang terutamanya, kena jaga betul-betul. Ibu jari kaki jangan sampai 'tersadung', sebab dikhuatiri akan bentan. Waallahualam.
  7. Pakai pilis di dahi untuk elakkan sakit kepala dan bedak param di seluruh badan untuk menjadikan badan sentiasa hangat dan elakkan badan dimasuki angin.  Nanti mulalah ibu, rasa seram sejuk. Demam urat kata orang.
  8. Kena makan jamu. Jamu pun bukan jamu kapsul macam sekarang ni. Jamu serbuk, style bancuh macam milo tu. Pekat pekat lagi. Tapi, sekarang nak makan jamu pun tak boleh nak awal-awal sangat, lebih-lebih lagi kalau anak kena jaundis. Lagilah doktor larang. Ada effect pada baby nanti.
  9. Ibu kena pakai baju panjang dan tebal sikit, sebab nak bagi si ibu sentiasa berpeluh dan hangat. Kalau ikat rambut pulak, kena ikat ketat-ketat untuk elakkan sakit kepala. Itu sebab si ibu digalakkan bela rambut panjang supaya senang nak sanggul rambut tinggi tinggi.
  10. Kalau makan jamu, sambil nak minum tu kena ampu payudara dan pijak ibu jari kaki. Alasannya, nanti takut jamu tu bagi kesan kat baby sebab baby kan menyusu badan. Jangan tanya banyak-banyak ye, sebab cikla pun tak tau apa relevannya. Huhu.

Mungkin banyak lagi pantang larang yang selalu diamalkan oleh mereka, orang lama ni. Korang rasa macam mana? Tapi, bila fikir-fikir memang ada baiknya amalan yang mereka buat ni. Buktinya, macam mak cikla, walaupun dah berumur 50-an, tapi masih cergas buat kerja. Ke tanah, ke rumah. Ligat, semua boleh dibuat. Lepas tu, nampak macam awet muda. Cikla ingat lagi dulu, ada sekali cikla keluar dengan dia, orang ingat kami adik beradik. Adussss. Ni kes mak cikla nampak muda ke, cikla yang nampak tak berapa nak muda. Hahaha. 

Bagi cikla, kalau berpantang tu biarlah sungguh-sungguh. Bukan lama pun, 44 hari je. Ada orang 60 hari. Tak kira berapa hari pun, berpantanglah betul-betul. Bukan apa, nanti kesannya kita jugak yang rasa. Cergas atau tak di kemudian hari, kita yang tanggung. Orang cakap sihat dalaman dan luaran. Sebab, dua-dua penting. Lagi pun, nanti lepas pantang takdelah muka kita nampak pucat je, badan pun takdelah lesu je. Nak-nak pulak lepas ni kita kena sentiasa kuat fizikal mental nak jaga anak-anak pulak. Kalau dah lemah lesu, macam mana tu?

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada kita terutama ibu yang sedang berpantang. Sayangi diri kita tau. Kalau tak sapa lagi. Jom kuatkan tekad mengharungi saat berpantang dengan happy dan jayanya. Lagipun, bagi cikla masa berpantang ni jugak merupakan moment dan pengalaman yang mungkin kita tak boleh lupa kan. 

Esok esok bila anak dah besar besar, rindu pulak dengan moment macam ni. Rindu dengan bau baby. Betul tak? Tak percaya? Tengoklah nanti. Hihi...❤❤

Selamat pagi semua. Happy Thursday...

August 25, 2016 6 Comments
Selamat pagi semua. Happy Thursday... | Assalamualaikum wbt. Hari ni dah Khamis dah. Sekejap je masa berjalan... Alhamdullilah, hari ni dah hari ke 10 cikla berpantang. Badan pun dah rasa segar sikit. Cuma, malam kadang kadang malam kurang tido. Biasalah orang cakap kalau beranak kecik. Memang tak akan terlepas moment begini. Esok esok anak dah besar, rindu pulak ye.. Hehe...

Abang Ammar ni pagi-pagi dah bangun. Paling awal sebelum Subuh dah bangun dah. Memang nak mengejutkan ibu dengan ayah dia bangun solat Subuh tu.. Hehe... Sekarang ni pun, dah pandai buli adik baby tau. Pantang lepa sikit, mulalah nak tarik stoking baby la, tarik bantal baby la.... Kena sentiasa awasi....

Selamat pagi semua. Happy Thursday... 


Selamat pagi semua. Happy Thursday...
Selamat pagi semua. Happy Thursday... 

Selamat pagi semua. Happy Thursday...
Selamat pagi semua. Happy Thursday... 

Selamat bekerja pada yang bekerja. Jalankanlah tanggungjawab yang diberi dengan jujur dan dedikasi ok. Apa yang penting, kita happy dengan apa yang buat. Barulah, ceria sepanjang hari. Buat kerja pun tenang gembira je...

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.

Giveaway RM400 by AsyaAmin!

August 25, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt....

Giveaway RM400 by AsyaAmin! | Jom join giveaway ni...

Giveaway RM400 by AsyaAmin.




Syarat penyertaan :

1. Blogger Malaysia.
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :
https://www.instagram.com/syaaddaa/   https://twitter.com/syaaddahttps://www.facebook.com/nsyaaa 

4. Bahagian sponsor :

Follow SEMUA. Highlited. (exceptional to those yang tiada Instagram dan twitter. But please do mention if you don't have Instagram and Twitter account)

https://www.instagram.com/_mrdiana/ (Follow)
https://www.instagram.com/shahhaizal/ (Follow)
https://www.facebook.com/kelakardotmy/  Like page Facebook (Wajib)
https://plus.google.com/+TheNewMindedakaUltraStation/posts (Optional)

nurnabla.blogspot.my (Wajib)
https://www.instagram.com/nur__nabila/ (Follow)
http://julinaalias24.blogspot.my/ (Wajib)
https://www.facebook.com/julina.alias (Follow)
https://www.instagram.com/cucigambar_murah/ (Follow)

5. Buat entry bertajuk "Giveaway RM400 by AsyaAmin!"
6. Letakkan banner pada entry (boleh copy paste html code dalam box di atas)
7. Banner hendaklah dibacklink ke sini
8. Link penyertaan/url blog hendaklah ditinggalkan di kotak komen ini sahaja.

Senarai Hadiah :

Top Referral :
1. Wang tunai RM 150 x 1 pemenang
2. Wang tunai RM 60 x 1 pemenang
3. Wang tunai RM 40 x 1 pemenang

Random:
1. Photobook 6X6 INCI/40 Page/100 keeping gambar x 1 pemenang

2.  -Blog review x 4 pemenang
-Bloglist selama 30 hari x 9 pemenang

3. -Topap RM 5 x 2 pemenang
-Blog Review x 3 pemenang
4. Topap RM 10x 9 pemenang

Penyertaan terbuka kepada semua blogger Malaysia.

Selamat Berjaya :)

Mula : 16 Ogos 2016
Tamat: 1 Oktober 2016

p/s: I state RM400 based on total overall.

Oklah, good luck pada yang join. Semoga ada rezeki kita kan. Sekian dulu, wassalam....... 

24 August 2016

Mini Giveaway Lucky Nine.

August 24, 2016 5 Comments
Assalamualaikum wbt....

Mini Giveaway Lucky Nine. | Jom join giveaway ni....


 http://myafarisha.blogspot.my/2016/08/mini-giveaway-lucky-nine.html?m=0
Nak join? Klik banner...

Instagram : ciklashahril82
Twitter : @arinilla82
Facebook : Cikla Shahril

Senarai hadiah :

Top referral : berupa wang tunai RM50.

Random :

1. Custom made pouch x 2 pemenang.
2. Custom made mini cute pillow x 1 pemenang.
3. Sabun collagen nurraysa x 1 pemenang.
4. Topup RM5 x 2 pemenang.
5. Blog review + bloglist x 2 pemenang. 

So, apa lagi tunggu. Hadiah best best oooo... Giveaway bermula dari 21/8/2016 hingga 2/9/2016. Banyak masa lagi ni wehhh... Jom jom... Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam....


-TAMAT SUDAH-

Generasi sekarang makan ke siput sedut?

August 24, 2016 11 Comments
Generasi sekarang makan ke siput sedut? | Assalamualaikum wbt. Siapa yang pernah makan dan suka siput sedut? Bagi penggemar makanan kampung, menu siput ni memang tak asing lagi kan. Cuba tengok gambar kat bawah tu. Sebenarnya, cikla baru tau siput ni melekat kat pokok. Ingatkan duduk dalam lumpur... Huhu.. 


Generasi sekarang makan ke siput sedut? Sumber Facebook. 

Untuk pengetahuan korang, menurut Wikipedia Bahasa Melayu, siput sedut ni jugak dikenali sebagai siput belitung. Nama saintifiknya adalah Cerithidea Obtusa. Habitat haiwan ini adalah di kawasan pokok bakau minyak, kurap dan api-api. 

Korang agak generasi sekarang kenal kot dengan binatang ni? Huhu. Agaknya kalau di tunjuk secara live mau tercengang-cengang kot kalau kita tanya apakah bendanya ni kan. 

Siput sedut ni biasanya orang masak lemak. Tapi, cikla memang tak makan siput ni... 

23 August 2016

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday.

August 23, 2016 8 Comments
Assalamualaikum wbt....

GIVEAWAY : 1st Anniversary Blog & My Birthday. | Jom join giveaway ni....


 http://www.bondezaidalifah.com/2016/08/giveaway-1st-anniversary-blog-my.html
Klik banner untuk join.


So, cikla nak tag rakan blogger cikla yang comel ni.... MAS, AYUNIE RAMLI, dan MAMA ILA.

Yang tak di tag pun boleh join jugak. Lagi ramai lagi best..... Giveaway bermula dari 20/8/2016 hingga 31/8/2016. 30 pemenang dipilih melalui random.org dan akan dapat hadiah Al-Mathurat & Doa Doa Harian.

Selamat berjaya pada yang join. Oklah, sekian dulu, wassaam...

 -TAMAT SUDAH-


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.