Majlis Pecah Tabung anjuran Bank Rakyat peringkat tadika.

By Cikla Shahril - August 12, 2016

Hari ni tadika anak-anak cikla ada buat majlis pecah tabung anjuran Bank Rakyat. Tapi peringkat tadika la. Itu sebab dibuat kecil-kecilan je. Aktiviti menabung ni memang pihak tadika dah buat sebelum sebelum ni pun. Kira program tahunan la.

Bagi cikla, bagus jugak pihak tadika buat program ni, di samping menggalakkan dan mengajar kanak-kanak menabung, boleh ajar kanak kanak berjimat cermat. 

Tak kisahlah berapa sen atau ringgit yang diaorang nak masuk dalam tabung sehari janji ada masuk kan. Nak harapkan diaorang menabung kat rumah memang tak kot. Mana taknya kedai keliling rumah. Kalau tak control, hari hari beli jajan. Huhu.

Orang cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Takpelah kalau kanak-kanak kumpul tak banyak, janji objektif mengapa tabiat menabung tu penting untuk masa depan. 

Gambar kat bawah ni adalah hasil tabungan mereka. Banyak jugak kan. Syabas.

Majlis Pecah Tabung anjuran Bank Rakyat peringkat tadika.
Majlis Pecah Tabung anjuran Bank Rakyat peringkat tadika.

So, cikgu Mismah berbesar hati nak bagi hadiah cenderamata penghargaan untuk kanak-kanak yang berjaya menabung dalam jumlah terbanyak. 

Ok jugak idea cikgu nak bagi cenderamata, boleh menjadi pembakar semangat kepada kanak-kanak yang lain menabung pada sesi depan. Hihi.

Majlis Pecah Tabung anjuran Bank Rakyat peringkat tadika.
Majlis Pecah Tabung anjuran Bank Rakyat peringkat tadika.

Tahniahlah pada adik Ashraf sebab dapat no. 1, kumpul paling banyak. Kakak Batrisyia dapat no. 2, kakak Damia ni. 3. 

Oklah tu kan dari takde. Hehe. Asalkan diaorang tau apa pentingnya menabung untuk masa depan. Kira pendedahan awallah ni.  Itu pun dah pujuk usha ibu dia ni ajak pergi kedai nak 'shopping'. Hehe. Alahailah anak.

  • Share:

You Might Also Like

16 Comments

  1. Ayoyooo ada hari pecah tabung lak ye cik la.. hehe.. Lea nyimpan gak duit syiling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Maybe utk kanak kanak je kot...

      Delete
  2. bgs2! nnti dorg smngt nk mnabung lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Org ckp melentur buluh biarlah dr rebungnya...

      Delete
  3. Bagus aktiviti ini. Pendedahan awal kan =) Anak pun dah tahu pasal shopping. Hee. Turutkan jela ibu ye ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Diaorang pun dh tay shopping... Duss pening ibunya melayan.. Huhu

      Delete
  4. masa kecil lah kena pupuk sikap menabung nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Org ckp kalau diajar dr kecik inshaAllah diaorg senang ikut dan buat...

      Delete
  5. Bagusnya kecik kecik dah pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dulu kecik kecik dapat rm1 pun dah kira besar dah nilainya tu. Sibuk nak masuk tabung jugak....

      Delete
  6. latih dari kecik amalan menabung.. CT suka jalan pun kena menabung gak.. kalo x tak boleh nak pegi jalan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... Menabung amalan mulia. Sikit sikit lama lama jagi bukit.

      Delete
  7. bagusnya tadika ni cik la :) daripada duk sembang kene menabung, baik pantau terus. experiment depan mata budak, baru dia tahu sendiri. bagus2. tadika lain kene contohi jugak program cam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pendedahan awal pd diaorang... Kdg2 kalau kita suruh suruh pun, tp x buat diaorang bkn faham pun. Apatah lg nak buat....

      Delete