Oh isteri, sedarkah di mana silapmu?

By Cikla Shahril - August 13, 2016

Cikla pernah terdengar orang berkata, "Nak jadi isteri solehah dan diredhai memang senang, tapi nak jadi isteri yang derhaka pun senang jugak." Betul ke? 

Kadang-kadang hal sebegini kita nampak remeh dan pandang ringan tapi amat penting sebenarnya. Siapa yang tak nak jadi isteri yang sentiasa 'disenangi' oleh suami kan. 

Perkara nampak macam senang nak buat, tapi susah sebenarnya. Begitu jugak dengan suami. 

Memang kadang-kadang kita sebagai isteri rasa yang kita dah ikut semua cakap suami kita, setia, membantu mana yang patut, dan menjaga makan minum dia.

Tapi sebenarnya, ada beberapa perkara yang kita mungkin rasa biasa-biasa aje. Bak kata orang sekarang, "Ala, takde bendalah. Laki aku okey aje. 

Tapi, sebenarnya tak ok pun. Manalah tau si suami tu menyimpan rasa. Demi menjaga hati isteri yang disayangi. Sensitif ke tajuk ni agaknya?

Walau apapun, mungkin perkongsian ni akan memberi kita 'kesedaran' tentang apa yang kita tak perasan selama ni. 

Jom kita baca apakah kesilapan yang kita sebagai isteri biasa buat. Tapi kadang-kadang kita anggap perkara tu biasa dan normal je. 

1 - Kurang senyum dengan suami. Bila suami balik keje mukanya masam je. Taulah awak tu penat seharian buat kerja rumah. Tapi Ingat, suami awak tu pun keluar pun pergi berkerja. 

Kadang-kadang suami ni susah nak share apa 'masalah' dia kat tempat kerja dia tu. Bila balik, kita tengok dia macam biasa je. Tapi, hakikatnya dia memendam masalah. 

So, apa salahnya bila dia balik tu, kita bagi dia senyuman yang paling manis. Sekurang-kurangnya sejuk sikit hatinya. Betul tak? 

2 - Suka panggil suami dari jauh dan bila suami panggil pulak menyambut dari jauh je. Kalau yang ni, pendapat cikla, tak salah kot kalau suami panggil, datang kat dia tanya apa yang dia nak. 

Tak perlu kot nak 'terjerit jerit' dari jauh sampaikan jiran selang tiga rumah pun boleh dengar suara kita. Malulah sikit kot dengan jiran-jiran. 

Manalah tau masa tu suami kat dalam toilet mintak amikkan apa apa ke. Dah orang tau suami mintak tolong amikkan underware pulak. Tak ke segan dibuatnya.

Oh isteri, sedarkah di mana silapmu?
Oh isteri, sedarkah di mana silapmu? Sumber www.rahsiaperkahwinan.com

3 - Jarang memasak untuk suami. Bila suami suruh masak pulak, buatnya macam tak ikhlas je. Itu belum lagi merungut rungut Nauzubillah. 

Ada orang cakap, nak tawan hati suami, kenalah pandai tawan perut dia. Kalau kita pandai masak makanan kegemaran dia lagi bagus. 

Memang tak dinafikan kadang-kadang sesetengah isteri yang berkerja ni *cikla cakap sesetengah tau, bukan semua masa macam takde je nak masak. Balik keje, selalunya penat. Itu belum lagi nak uruskan anak-anak dan kerja rumah. 

Cikla faham tu. Tapi, apa salahnya lepas ni korang selang-selang masa memasak untuk keluarga. Orang cakap masak simple pun takpe. Janji masa kita dengan keluarga tu penting. Ini ingatan untuk diri sendiri jugak ni. Huhu. 

4 - Tak sambut suami bila dia balik keje. Memang ada sesetengah suami yang tak kisah pun kalau isterinya tak sambut dia. 

Tapi, sebagai isteri yang baik, tak salah kot kita bukak pintu untuk suami, bermanis muka, tanya dia dah makan ke belum. Tak mustahil, mood si suami yang penat penat balik keje tu bertukar jadi happy dan bersemangat balik isteri tersayang menyambut dia macam tu. 

Lagipun, tak mustahil jugak si suami rasa tak sabar-sabar nak balik rumah jumpa isteri dan keluarga bila dia habis kerja nanti. Terbayang-bayang wajah manis si isteri. Suami tak fikir yang lain dah. Hihi. 

5 - Ada isteri yang jarang buatkan air untuk suami bila nak pergi kerja. Memanglah kadang-kadang suami ni tak mintak pun, tapi tak salah kot kita buatkan dia secawan kopi. Yang instant pun tak pe, janji ada inisiatif di situ. Betul tak? 

Lepas tu, ada pulak isteri yang jarang sangat bertanyakan 'hal' suami. Misalnya, pasal kerje ke, ataupun masalah suami. 

Memang tak dinafikan, kadang-kadang ada masanya suami balik kerja pun nampak macam moody, diam dan yang paling teruk asyik nak angin je. Kita pun takut nak tanya. 

Bukan apa, silap-silap tanya kita pulak yang kena marah. Tapi, cikla rasa kalau kena gaya dan caranya, suami tak melentinglah. Lagi dia rasa cool dan terharu sebab isterinya amik berat pasal dia. 

6 - Membebel. Memanglah orang cakap perempuan dengan bebelan memang tak boleh dipisahkan. Ye ke? 

Tapi, cikla rasa itulah cara orang perempuan meluahkan apa yang terbuku kat hati dia tu. Nak tunggu suami 'perasan' apa yang tak kena? 

Memang takdelah kan. Nak-nak pulak kalau suami jenis selamba derk, buat tak kisah, lebih kurang. Lagilah payah. Tapi, isteri pun kalau nak membebel pun berpada padalah. 

Janganlah satu hari suntuk ko membebel, aku pun pening. Haha. So, kena pandai-pandailah ye. Tapi, kalau suami pulak kuat membebel macam mana pulak? Haaa. Fikir-fikir. 

7 - Tak hidangkan makanan untuk suami. Orang cakap, kalau nak makan amik sendiri kat dalam periuk nuu. Kadang-kadang suami ni nak jugak rasa layanan isteri dia. Ye tak? 

Jangan masa baru baru kawin je, amboi makan berhidang bagai, tapi bila dah lama. Ko amiklah sendiri. Huhu. 

Lepas tu, dah la tak hidangkan makan, lepas tu suami makan sorang-sorang. Kalau macam tu baik suami makan kat kedai je. Betul tak? Susah kan. 

Bila difikir-fikir, macam ada betulnya jugak kan. Tapi suami pun janganlah nak over sangat harapkan 'layanan' dari isteri kalau cara korang sendiri layan isteri korang macam mana kan. Bagi cikla, mesti ada 'give and take'.

What you give, you get back. Semoga kita semua sentiasa menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami. InshaAllah, syurga menanti. 

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. No 4 tue memang sangat jarang buat sebab siqah balik kerja lagi lambat daripda suami. Hari-hari. Betul apa cikla cakap, suami suka kalau kita sambut dia di muka pintu bila dia balik kerja. Siqah buat masa siqah cuti jela. Hee. Seronok 😍

    Btw, good tips sharing cikla =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita akan menjadi isteri yang solehah dan lebih disayangi suami. Amin....

      Delete
  2. InsyaAllah..alhamdulillah leh amik teladan for future..hehe..tq cikla

    ReplyDelete
  3. Info awesome! Reen share kat fb..! :D

    ReplyDelete
  4. isteri kalo betoi2 yg baik tu mmg laaa Allah kasi ganjaran berlipat ganda. tapi kita ni manusia normal je.. kdg2 tu emosi membatasi diri hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sebab kita bkn insan sempurna
      Kdg2 kita tak sedar kan kita dh buat silap.

      Delete
  5. Tanpa sedarkan CikLa...takut PC bila difikir fikir :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kdg2 kita dh rasa kita dh buat yg terbaik. Tp masih ada silapnya lg.. Manusia biasa...

      Delete
  6. Cik Laaa~ tq for sharing this ... Part no 3 tue yang payah sikit untuk Nadia bila time hari bekerja sebab balik kerja pun dkt pukul 9pm baru sampai umah. Alhamdulillah suami paham lah yang kita pun bekerja . Tapi weekend nadia cuba kan jugak utk masak hihihi ... Nice tips , Cik La =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah... Isteri bekerja kna pandai curi masa kats org... Janji suami paham kan...

      Delete
  7. banyak silapnye --" useful sharing cikla :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kita perbaiki mana yg salah...

      Delete