Oh Stretchmark!

By Cikla Shahril - August 03, 2016

Cikla percaya, semua perempuan setuju yang masa mengandung adalah saat pengalaman yang paling seronok dan tak boleh dilupakan, terutama perempuan yang pertama kali melaluinya. Dalam tempoh 9 bulan 10 hari itulah, macam-macam dugaan dan rasa dialami. Awal mengandung, lain ragamnya.

Biasanya, dah masuk trimester kedua dan ketiga, keadaan dah ok. Si ibu pun dan boleh 'carry on'. Tapi, bila perut semakin lama semakin membesar, kebanyakan ibu mengalami masalah rekahan dan kesan regangan *stretchmark pada kulit perut.

Stretchmark adalah rekahan kulit yang menyebabkan parut kecil di permukaan kulit disebabkan oleh kesan regangan kulit semasa hamil. Kalau dulu perut licin je, tapi sekarang ada kesan parutlah pulak. Dah tak anjal. Ada sesetengah perempuan memang tak kisah, tapi ada pulak sebaliknya.

Kalau korang nak tau, rekahan biasanya berlaku di bahagian perut *ini yang selalu dialami, payudara, punggung, peha dan ada jugak di bahagian lengan. Walaupun begitu, ada jugak sesetengah ibu hamil tak mengalami stretchmark ni, dan hampir 90% ibu hamil mengalaminya.

Jangan tak tau, orang yang berkulit lebih gelap, lebih muda dan ada sejarah dalam keluarga yang mengalami stretchmark berpotensi mengalami kesan regangan. Ibu-ibu semua jangan risau. Orang cakap, kalau kita mengambil langkah awal, inshaAllah kesan regangan ni dapat dielakkan.

Oh Stretchmark!
Oh Stretchmark! Sumber Google.

Jom kita baca apakah langkah awal itu;

  1. Sapu losen *mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera pada perut untuk cegah kulit daripada kering dan seterusnya merekah bila perut semakin membesar.
  2. Elak minum minuman berkafein dan beralkohol sebab keduanya boleh menyebabkan kulit kering. Apa yang penting, banyakkan minum air mineral supaya dapat kekalkan kelembapan kulit. 
  3. Lebihkan buah buahan dalam diet korang, di samping banyak minum air kosong, yogurt atau susu segar supaya air dalam badan sentiasa mencukupi.
  4. Lakukan aktiviti seperti berenang atau berjalan sebab ia boleh mengawal dan meningkatkan peredaran darah kita.

Sebenarnya, stretchmark ni akan berkurangan dalam tempoh 6 bulan selepas melahirkan. Itu sebab langkah awal pencegahan penting. Macam cikla, alhamdullilah takdelah mengalami stretchmark yang teruk.

Lagipun, mak cikla cakap memang biasa perut kita akan rasa 'gatal' bila semakin besar. Petuanya jangan digaru perut yang gatal itu. Kalau tak tahan gatal, gosok gosok je. InshaAllah, perut tak kan ada kesan lepas kita melahirkan nanti.

Rasa cikla, kat pasaran sekarang pun banyak je jual ubat untuk hilangkan stretchmark. Tapi, rasanya yang paling popular brand BIO-OIL kan? Betul tak? Terbaru, produk BIO-OIL ni memperkenalkan produk mereka iaitu Pregnancy Essential yang dapat membantu ibu hamil yang mengalami kesan regangan sepanjang mengandung.

Rumusan BIO-OIL yang unik mengandungi ekstrak minyak chamomile, lavendar, rosemary, kalendula dan vitamin A&E serta bahan terpenting PurCellin Oil. Kesemua bahan ni membantu kulit serap khasiat dengan pantas supaya kulit kekal halus dan lembut. Apa yang bagusnya BIO-OIL ni adalah ia tak berminyak dan melekit, dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif pun boleh guna.

Apa yang disarankan adalah, gunakan BIO-OIL seawal trimester kedua lagi supaya kesan regangan dapat dikurangkan. Dalam ujian klinikal yang dilakukan, 100% subjek mengatakan seawal 8 minggu kesan regangan tak kiralah kesan baru atau lama dapat dipulihkan. *ermm bagusnya produk ni

Cara yang disyorkan adalah dengan menyapu BIO-OIL ni secara membulat secara perlahan lahan pada bahagian yang bermasalah dua kali sehari selama sekurang kurangnya 3 bulan. Untuk pengetahuan korang, harga promosi yang ditawarkan adalah RM69.90 sahaja untuk 2 botol BIO-OIL  60ml dengan free bekas minuman jenama THERMOS. *wah, murah tu dapat present lagi

Cikla pun nak cubalah nanti. *promote dulu.  

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sukar nak hilangkan perkara ini..kalau ada minyak bio oil bagus juga

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete