Resepi telur hancur.

By Cikla Shahril - August 05, 2016

Wah, rasanya macam dah lama je cikla tak share resepi kan? *huh, macamlah pandai masak sangat kanResepi yang cikla nak share ni senang yang amat. Korang tau dah kot. Tapi, cikla tak kira. Cikla nak share jugak. Jom tengok bahannya dulu.

Bahan bahan;

10 biji telur ayam.
1 ulas bawang putih. *dihiris.
1 labu bawang besar. *dihiris.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam, gula dan perasa.
1-2 sudu besar santan pekat.

Bahan kisar;

10 tangkai cili kering.
2 ulas bawang putih.
1 labu bawang besar.
1/2 inci halia.

Caranya pulak:
  1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, tumis bahan dihiris sampai kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan garing. Tambah sedikit air.
  4. Bila dah garing, masukkan garam, gula dan perasa. Kacau sekejap. Lepas tu, masukkan santan. Biarkan sekejap.
  5. Bila dah pecah minyak dan nampak garing masukkan telur. Besar sikit apinya, tapi ingat kena sentiasa dikacau. Teruskan menggaul bahan dengan telur sampai telur nampak berketul. Goreng sampai telur masak.
  6. Angkat dan boleh dihidang.

Inilah dia rupanya.

Resepi telur hancur.
Resepi telur hancur. 

Senang je kan nak buat. Makan dengan nasi panas panas sedap. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Wah.. Bestnya resepi cikla kongsi ini.. nak cuba buatlah.. Thanks cik la..

    ReplyDelete
  2. Kegemaran kegemaran! Simple dan paling cepat. Hee. Rasa nak masak malam ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Yg simple tu lah yg sedap kan.... Nyummm...

      Delete
  3. wahhhhhh. sedapnya lahai. lama dah tak makan ni.

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. kalau umie letak telur hancur ni kat roti lepas tu gulung.. nak kena buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Sedap jugak mkn dgn roti kan...

      Delete
  5. Jadi sandwich telur pun sedap ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Letak cheese dgn salad sikit... Sedapnya... Nyummm

      Delete
  6. Akak selalu buat buh serbuk lada jer ... Kalau buh macam2 nnt pakat tak bermakan ler telur tu nnt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak.? Nnti rasa pedas pedas gitu...

      Delete