Tips berpantang : Jadikan badan sentiasa segar.

By Cikla Shahril - August 29, 2016

Alhamdullilah, hari ni dah masuk 14 hari cikla berpantang. Sekejap je kan? Pada yang sama macam cikla, selamat berpantang cikla ucapkan. Rest betul betul tau supaya nanti badan kita boleh pulih dengan cepat dan tak lesu. 

Lagipun, rasa sakit bersalin dan pengalaman dalam labour room macam terasa rasa dan terbayang bayang lagi kan. Betul tak? 

Cikla nak share satu tips ni, bagus untuk ibu yang baru melahirkan. Senang cakap ibu dalam pantanglah. Tips badan supaya sentiasa segar dan bertenaga.

Bahan bahan 2 ketul halia muda dalam 3 cm dan 3 batang serai.

Caranya Ketuk kedua-dua bahan tersebut, kemudian rebus dengan 3 gelas air, sampai air rebusan tu jadi 1 gelas. Biarkan air rebusan tu suam dan minum.

**Kalau nak campurkan dengan madu atau susu pekat atau susu cair atau stevia atau gula kabung pun boleh.

InshaAllah, amalkan ia, nanti hilanglah lenguh-lenguh tu.Badan kekal bertenaga. Ini merupakan amalan orang lama. Memang tak susah pun nak buat, cuma tinggal malas dengan rajin je. Betul tak? Cikla dah try dah. Minum pun badan terus berpeluh.

Tapi, cikla guna gula batu. Sedap jugak. Manis manis pedas.

Selamat mencuba.

Sumber : Kredit to suzyhoney.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. boleh ke mek nk lalui benda ni. aiii

    ReplyDelete
  2. I delight in, lead to I discovered just what I used
    to be looking for. You have ended my 4 day long hunt!
    God Bless you man. Have a nice day. Bye

    ReplyDelete