3 cara buat air selusuh untuk memudahkan bersalin.

By Cikla Shahril - September 14, 2016

Kalau ikut orang tua kita dulu dulu kala, memang banyak petua yang boleh kita amalkan untuk memudahkan bersalin. Yang paling popular cikla rasa air selusuh. Betul tak? Air selusuh dikatakan dapat membantu proses kelahiran bayi.

Tapi, zaman moden ni ada lagi orang yang percaya akan keberkesanan air selusuh ni? Entahlah, bagi cikla ia terlalu subjektif, terpulang kepada pendapat masing masing. 

Tapi, rasanya tak salah kalau kita nak berikhtiar kan? Selebihnya, kita serah kepada Allah.

Kalau korang nak tau, kebiasaannya air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis asalkan ia tak bercanggah dengan syariat Islam, so tak salah untuk cuba sebagai ikhtiar. 

Seeloknya, air selusuh dibuat sendiri atau dibuatkan oleh suami, ibu bapa, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang dirasakan berkelayakan untuk melakukannya.

Inilah 3 cara untuk membuat sendiri air selusuh, iaitu;

Cara 1;
  1. Al-Fatihah.
  2. Surah al-Hasyr ayat 21.
  3. Selawat syifa. "Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya. "
  4. Bacakan doa. "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2;
  1. Beristighfar 3 kali.
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, dan para sahabatnya.
  3. Al-Fatihah sekali.
  4. Selawat 11 kali.
  5. Alam Nasyrah 7 kali.
  6. Al-Ikhlas 3 kali.
  7. Al-Falaq 3 kali.
  8. An-Nas 3 kali.
  9. Al-Fatihah sekali.
  10. Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3;
  1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat kelima, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  2. Selawat Syifa 7 kali.
  3. Surah al-Hasyr ayat 21 tiga kali.
  4. Surah Al-A'raa ayat 54 tiga kali.
  5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Sumber : Fanpage Hamil Dalam 3 Bulan.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Ohh..selalu dgr pasal air selusuh ni tapi belum pernah la terfikir bendanya ape...tapi dgr kata doktor tak bg guna kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Cikla jugak ada dgr tu. Lgpun org ckp kalau nak minum air selusuh pun bila dh rasa sakit nk bersalin. Jgn minum awal2, takut sakit je tapi jalan tak bukak. Kesian kat baby dgn ibu jugak..

      Delete
  2. Singgah sambil tinggalkan jejak.. :)
    terima kasih sharing...take noted..

    ReplyDelete
  3. nice sharing..dlu de terbaca air selusuh dibuat bomoh sllunya tu seraamm..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah suruh bomoh mak bidan bagai, suami buat je lebih afdolll... Hihi

      Delete
  4. nice sharing cik la. mek dulu beli je tapi tak minum hihi. time air pecah pon tak de pulak kalut nk minum. cuma air zam zam tak tinggal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikla pun sblm ni mmg dh beli air selusuh, tp tak dan nk minum....hihi..

      Delete