Apakah erti sebenarnya pengorbanan itu?

By Cikla Shahril - September 12, 2016

Pengorbanan. Adakah hanya ia bermaksud berkorban harta semata mata? Atau berkorban perasaan dan sebagainya? Apa kata jom kita hayati apakah erti sebenarnya pengorbanan itu melalui peristiwa Nabi Ibrahim yang mahu 'menyembelih' puteranya Ismail demi menyatakan ketaatannya kepada perintah Allah SWT. Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111.

Apakah erti sebenarnya pengorbanan itu?

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. 

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” 

Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.” 

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. 

Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.” Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. 

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. 

Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.” Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. 

Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya. Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. 

Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Apakah erti sebenarnya pengorbanan itu?
Apakah erti sebenarnya pengorbanan itu? Sumber : Google.

Lihatlah, begitu taatnya Nabi Ibrahim kepada Allah SWT walaupun sanggup mengorbankan zuriatnya sendiri. Akan tetapi, dengan kebesaranNya, Allah menggantikan Ismail dengan seekor kibas.  Semuanya berlaku pasti dengan izin Allah jua.

Pada pendapat cikla, erti pengorbanan pada zaman yang lebih mencabar ni bukan hanya berkorban haiwan semata mata, sebab ia lebih meluas lagi. 

Berkorban menjadi yang lebih baik dan berkorban menghindarkan diri dari perkara yang boleh merosakkan, juga berkorban demi mempertahankan bangsa agama dan negara. Semuanya dilakukan dengan niat kerana Allah SWT.

So, cikla nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA untuk semua. Semoga kita semua sentiasa bersedia berkorban menjadi hambaNya yang lebih baik. InshaAllah. Mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Yang Maha Esa. 

Sumber : SINI.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments