Dugaan Perhubungan Jarak Jauh : Antara percaya dan kesetiaan.

By Cikla Shahril - September 16, 2016

Siapa sekarang menghadapi perhubungan jarak jauh? Dan tinggal berjauhan dengan yang tersayang kan? Seorang di utara, seorang di selatan. 

Walaupun terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja atau sambung belajar dan mungkin ada sebab lain, tapi semuanya dihadapi dengan berat hati, betul tak?

Mungkin orang cakap kat mulut rela berjauhan dan berkorban, tapi kat hati macam mana pulak? Adakah sama dengan apa yang dikatakan oleh si mulut? Rela dalam terpaksa kata orang. Betul tak?

Memanglah cikla tak pernah duduk berjauhan dari suami, tapi cikla faham apa yang dirasai oleh orang orang yang berada dalam situasi ni. 

Nak nak pulak kalau pasangan yang baru kawin tu, orang cakap 'demam' pengantin baru pun tak kebah lagi. Itu belum lagi yang mempunyai anak. Si isteri terpaksa menguruskan anak sendirian. Kesian kan?

Pada pendapat cikla, perhubungan jarak jauh ni memerlukan banyak pengorbanan, kesetiaan yang berbelah bagi dan yang paling penting rasa percaya dan yakin dengan pasangan. 

Kalau kita mahukan pasangan kita percaya dan setia dengan kita, kita pun mestilah bersikap yang sama. Orang cakap perlu ada give and take. 

Dugaan Perhubungan Jarak Jauh : Antara percaya dan kesetiaan.
Dugaan Perhubungan Jarak Jauh : Antara percaya dan kesetiaan. Sumber  Google.

Memang tak dinafikan, kadang-kadang wujud rasa sangsi pada pasangan. Betul tak? Kita call tak angkat, kita sms tak reply

Masa tu, mulalah nak fikir yang tidak-tidak. Dan yang paling teruk sekali bila kita berprasangka buruk pada pasangan. Manalah tau masa kita call atau sms tu dia tengah busy kerja, ada kelas ke. Ermmm.

Positive thinking tu penting. Hati pun takdelah gelisah je selagi si dia tak call back. Kan. Zaman teknologi sekarang ni dah takde alasan lagi kot kalau nak cakap susah nak contact or call

Kalau dulu maybe kena tulis surat ke, email ke, tak pun kena beratur panjang kat public phone untuk hubungi yang tersayang. Tapi sekarang tak lagi.

Apa lagi alasan, whatsapp ada, messenger ada dan rasanya semua orang mempunyai hp. Takde masalah dah nak contact

Yang menjadi halangan mungkin masa. Itu sebabnya, pasangan kita pun sepatutnya kena faham dan bersabar.

'Alah, ko tak rasa bolehlah cakap. Cuba tengok kalau ko kat tempat aku, macam mana rasa.' 

Memanglah, cikla mengaku cikla tak pernah terlibat dalam situasi ni, tapi apa yang perlu kita buat? Melainkan, redha dan bersabar. Betul tak? 

Banyakkan berdoa supaya Allah menetapkan hati kita dan pasangan supaya tak berubah. Yakin, percaya dan setia. Itu aje.

Sekadar pendapat. Maaf kalau ada yang tak setuju.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Ingatkan PJJ tu pengajian jarak jauh XD

    ReplyDelete
  2. Yea memang betul CikLa, kena ada perasaan yakin, percaya dan setia walaupun kadang kala perasaan cemburu singgah di hati.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... kalau dah asyik rasa was was nak buat apa pun tak tenang kan....

      Delete
  3. kalau psangan tak pernah disabitkan dengan kesalahan curang, mungkin curiga tu 10% je kot. kalau dah slalu kena tgkap curang memang every moment have to be share la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. Kalau dh pernah kantoi rasa2 boleh lagi ke nk percaya lg 100%? huhu

      Delete
  4. Cik ila pjj selama 6 tahun. Alhamdulillah...tak de masalah.

    ReplyDelete