31 October 2016

Tahniah pasukan Kedah! Juara Piala Malaysia 2016.

October 31, 2016 9 Comments
Tahniah pasukan Kedah! Juara Piala Malaysia 2016. | Assalamualaikum wbt. Rasanya semua dah kot, Kedah juara Piala Malaysia yang berlangsung semalam. Walaupun kemenangan tak berpisah kepada pasukan merah kuning, tak apalah. Kalah menang adat bertanding kan. Kalau semua nak menang, payahlah. Hahaha....




Apa yang penting, perlawanan semalam berlangsung dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tak baik. Penuh stadium koooo. We mangat kesukanan macam ni yang kita nak. Bersaing secara sihat. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Kedah sebab berjaya menjulang piala rebutan ni.

Pasukan Selangor pulak, it's ok. Musim depan ada lagi.Don't give up!

Cerita cicak!

October 31, 2016 7 Comments
Cerita cicak! | Assalamualaikum wbt. "Cicak-cicak di dinding. Diam-diam merayap. Datang seekor nyamuk. Ngaaaappppp, lalu di tangkap... "

Kata orang tua-tua, kalau kita tengah bercerita-cerita tetiba ada cicak berbunyi, itu tandanya dia "mengiakan" apa yang kita cakapkan. Tapi, tak tau pulak cikla sahih ke tak. Biasalah orang dulu-dulu kan, ada saja petua dan pantang larangnya. Apa yang cikla nak share kan ni adalah pasal cicak. Jom baca yang seterusnya, semoga menjadi ingatan buat kita semua. In shaa Allah....

Kalau terlalu banyak cicak di rumah, ini petandanya, maka berhati-hatilah. Kalau korang nak tau, cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Sebab tu memang senang untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah. Kadang-kadang banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi cicak juga agak annoying terutama di waktu malam. Bahaya ke cicak ni? Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Cerita cicak!
Cerita cicak! Sumber Google.

Cerita cicak!


Ruqyah Dan Hadith; Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Di dalam sahih Muslim dijelaskan:

"Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2)...."

Dalam hadis yang lain: Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak. Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi SAW pernah memberitahu kami bila masa Ibrahim AS dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuhnya...."

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan" bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah SAW telah mengkhabarkan pada kami bahawa, "Jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang sentiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara.....“ 
(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

.
.
.
.

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh. Sekiranya cicak terkena makanan, diharap buanglah makanan tersebut sebab dikhuatiri sudah tercemar. Waallahualam.

Semoga bermanfaat. 


Sumber : WhatsApp group.

30 October 2016

Siapa juara? Pentas akhir Piala Malaysia 2016....

October 30, 2016 4 Comments
Siapa juara? Pentas akhir Piala Malaysia 2016.... | Assalamualaikum wbt. Tadi, masa cikla on the way balik kampung, banyak cikla tengok kereta kibarkan bendera Kedah. Mungkin mereka mereka ni penyokong pasukan hijau kuning yang sanggup turun ke Selangor semata mata memberi sokongan pada pasukan mereka. Bagus tu, semangat kesukanan yang positif yang kita nak tengok kan....

Orang cakap, menang kalah adat pertandingan kan. Janganlah nanti kalau pasukan yang kita sokong kalah, mulalah tak puas hati, ejek mengejek, maki hamun dan yang paling teruk sampai mencetuskan keadaan huru hara. Tak mau lah sampai jadi macam tu. Kita nak happy happy kan, dah jadi kacau bilau dah tak best dah....


Siapa juara? Pentas akhir Piala Malaysia 2016....

Ermmm.... agak-agak pasukan manalah yang akan jadi juara kan? Cikla dah tentu tentu sokong pasukan kesayangan cikla ni, Red Giant. Bagi cikla, tak kiralah pasukan mana yang berjaya nanti, itu rezeki memasing. Lagipun, mereka yang dah berjaya sampai ke peringkat akhir pun dah kira bertuah sebab bukan senang.

Betul tak?

All the best untuk kedua-dua pasukan.. Bermainlah dengan bersungguh sungguh. Majulah sukan untuk negara. 

29 October 2016

Comel... Gebu macam pau dah rupanya!

October 29, 2016 16 Comments
Comel... Gebu macam pau dah rupanya! | Assalamualaikum wbt. Budak-budak ni kan, kalau time kecik memang semuanya comel. Takde yang tak comel. Lebih-lebih lagi yang gebus gebas macam ni haaaa. Comel... Gebu macam pau dah rupanya! Rasa nak gigit pun ada. Gerammmm. Hihi.

Comel... Gebu macam pau dah rupanya!



Comel... Gebu macam pau dah rupanya!
Comel... Gebu macam pau dah rupanya!


Apalah budak ni makan kan, sampai montel gebu macam pau dah ni. Comel sesangat. Ni kalau dukung ni mau lenguh jugak tangan ni....❤❤


Sumber gambar : facebook siakap keli pres

Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!

October 29, 2016 8 Comments
Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist! | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cantik luar dalam kenalah berusaha lebih sikit kan. Apa gunanya kalau luaran je tip top, tapi dalamannya macam-macam masalah. Betul tak? Tapi, wanita-wanita cantik semua jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Nak tau apa dia? Teruskan membaca tau kalau nak tau. Jeng jeng jeng.

Zaman yang semakin moden ni, orang cakap semua benda nak mudah kan. Betul tak? Pendek kata, mudah dan tentunya beri kesan yang cepat. Jadi, dengan sebab inilah, FemMist "spray penjagaan wanita" dicipta keluaran Furley Bioextracts.

Korang pernah dengar tak pasal produk ni sebelum ni? Sebelum cikla nak cerita sikit mengenai syarikat ni....

Furley Bioextracts merupakan sebuah syarikat penyelidikan berstatus BioNexus dan beroperasi sejak 2006. Fokus dan tujuan penyelidikan syarikat ini adalah  berasaskan bioteknologi dan produk dari bahan semulajadi, di mana ia mengkhususkan kepada penghasilan rangkaian produk dari makanan kesihatan, suplemen, penjagaan kulit (kosmoseutikal) dan rawatan luka. Produk yang dihasilkan adalah melalui penyelidikan yang menyeluruh supaya kualiti dan keberkesanan produk mereka berada ditahap yang tertinggi dan terbaik. Dengan prinsip "lengkapkan hidup dengan anugerah alam", produk keluaran syarikat ini adalah bebas dari bahan kimia berbahaya dan semestinya berkesan.

Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!
Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!

Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!


FemMist merupakan salah satu produk penjagaan diri yang popular dan terhangat keluaran syarikat ini. Ia diformulasikan dari bahan bahan semulajadi, selamat dan berkesan. Ia dirumus khas supaya dapat memberi kesan yang pantas dan berpanjangan dan sekaligus dapat mengembalikan keremajaan dan kesegaran bahagian intim wanita.

Untuk pengetahuan korang, FemMist dihasilkan dari ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani. Bagi pengguna yang beragama Islam, jangan risau produk ni halal dan selamat, yang mana ia berasaskan air. Ia juga tidak mempunyai parabens, SLS atau dioxanes. Hanya spray dan tak perlu basuh atau tunggu. Banyak kebaikan yang kita dapat kalau kita gunakan FemMist spray ni. Selain ia senang dan cepat digunakan, apa yang penting produk ni selamat. Nak tau apa lagi kelebihan produk ni, meh baca ni;

  • memberi kesan keanjalan dan mencerahkan.
  • mengimbangi pH.
  • membantu melenyapkan bau yang kurang enak dan gatal gatal.
  • membantu mengurangkan keputihan, melawan jangkitan bakteria dan fungus.
  • boleh digunakan setiap hari.
  • mudah dibawa ke mana saja.
  • membantu kita kekal kering dan memberi kesegaran sepanjang hari.

Ia bukan saja banyak kelebihan, malah nak menggunakannya pun senang yang amat, semudah 123. Hanya semburkan ke bahagian intim atau panty liner dalam jarak 15 cm, dah siap. Lagipun, ia amat mudah dibawa ke mana saja, dengan botolnya yang kecil dan comel, hanya simpan dalam beg tangan sudah.

Untuk kekal sihat dan segar, gunakan dengan kerap iaitu 3 kali sehari atau sebaik saja selesai pergi ke tandas. Kesannya, korang akan kekal segar dan harum sepanjang hari.

Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!
Segarkan bahagian intimmu dengan FemMist!

Macam mana nak tau lebih lanjut mengenai produk ajaib ni dan mendapatkannya? Senang je. Korang boleh terjah ke link berikut;

Facebook; klik SINI.
Instagram; klik SINI.
Twitter; klik SINI.

atau, 

Laman web; www.furleybio.com
Online atau App Store; https://store.furleybio.com/

atau, ia boleh didapati di Farmasi terpilih.

Jangan lupa dapatkan satu untuk diri sendiri. Selamat menyegarkan dirimu.....  ❤❤❤ 


**Psst... kalau korang nak beli, nah cikla belanja kopun RM10 untuk pembelian yang pertama. Just masukkan kod FBIO-DVQ. Klik je kat SINI kalau korang nak beli... ok.. Happy shopping....

28 October 2016

Berhati-hati dengan elektrik.

October 28, 2016 2 Comments
Berhati-hati dengan elektrik. | Assalamualaikum wbt. Tragedi kebakaran di HSA tempoh hari mengejutkan banyak pihak. Bukan niat nak menunding jari menyalahkan sesiapa, tapi apa yang penting kesedaran dan keprihatinan diri sendiri. Apa yang penting kita kena sentiasa beringat dan berhati-hati dengan elektrik. Macam api jugak. Bila kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan. Salah langkah memang buruklah akibatnya.

Berhati-hati dengan elektrik.


Berhati-hati dengan elektrik.
Berhati-hati dengan elektrik. Sumber Facebook.

Kalau korang perasaanlah, biasanya di wad-wad sesetengah katil mesti ada 'kabel' untuk bekalan oksigen dan plug untuk kita cas handphone ataupun barangan elektrik. Sebenarnya, ia ada sangat bahaya kalau kedua-duanya digunakan secara serentak. Kita semua tau kot yang oksigen ni merupakan unsur yang mudah terbakar (mesti time korang sekolah ada belajar dalam subjek Sains) dan boleh menyebabkan letupan berlaku.

So, kalau kita pasangan peralatan elektrik berdekatan dengan sumber yang mudah terbakar dan meletup ni, gelombang elektrik serta haba yang terhasil boleh menyebabkan kebakaran bila bertindakbalas dengan oksigen. Manalah tau, sambungan oksigen tu longgar atau tercabut tapi kita tak perasan.

So, berhati-hatilah bila melawat pesakit di hospital. Orang cakap malang tak berbau kan. Beringatlah sebelum kena.

Just remind.... 🌸🌸

27 October 2016

Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna!

October 27, 2016 2 Comments
Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna! | Assalamualaikum wbt.... Hamboiii... tajuk kemain panjang lagi noo.... hehe.... Bila bercerita pasal produk kecantikan, mesti wanita je yang sibuk kan. Lelaki pulak, tak amik "pot" pun. Orang cakap takde hawa nak cerita pasal produk kecantikan ni.... Nak nak pulak produk grooming untuk lelaki kurang di pasaran. Tapi, lelaki lelaki semua jangan lupa yang korang jugak pasti tak kan terlepas dari menghadapi masalah kulit. Walaupun tak semualah. Betul tak?

Sebenarnya, tak salah pun kalau lelaki nak ber"grooming" macam orang perempuan, seperti pencuci muka, pelembap, penyegar dan lain lain. Tapi, masalahnya sekarang adakah produk ni semua sesuai dengan kulit wajah sang arjuna ni? Haippp... janganlah risau pulak. Ada beberapa produk yang orang lelaki boleh guna untuk "mencantikkan" diri mereka... hihi.... Nak tau tak? Jom baca....

Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna!


Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna!
Produk kecantikan bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh guna! Sumber Google.

  • Serum mata; Kadang kadang, kalau kita bangun bagi mesti ada lingkaran hitam atau bengkak di bawah mata. Dah touch up pun, still muka nampak macam zombie. Jangan risau, guna je serum mata. Settle....
  • Masker; Kebanyakan lelaki mempunyai kulit jenis berminyak. Kalau guna pencuci muka pun tak cukup. Apa kata korang guna masker. Guna seminggu sekali pun dah ok dah. Kalau tak nak guna masker, skrub pun boleh. Bukan apa, ia akan membersihkan wajah korang dengan lebih mendalam. So, lebih freshhhh gitu... hihi...
  • Ubat jerawat; Kalau cerita bab jerawat ni, rasanya lelaki mahupun perempuan memang tak terkecuali kan. Salah langkah, mesti cik jerawat ni bertandang di wajah kita.... Kalau begitu, guna ajelah krim krim jerawat supaya ia dapat keradangan, malah boleh membunuh bakteria yang ada.
  • Pelembap bibir; Kalau korang nak tau, lelaki jugak tak terlepas dari mengalami masalah bibir kering, menggelupas dan pecah pecah. Lepas tu, suka jilat jilat bibir, sebab ingat boleh atasi masalah ni. Sebenarnya masalah tak selesai pun. Kadang kadang lagi teruk adalah. Dah dah.. toksah khuatir guna aje lip balm atau pelembap bibir. Tapi ingat, bukan lip gloss tau. Ia membantu menjadikan bibir lebih lembap, sihat dan bermaya.

Bagi cikla, keserasian produk tu yang paling penting. Sebelum memakai sesuatu produk tu, pastikan ia benar-benar sesuai dengan kulit kita, tak kiralah lelaki atau perempuan.

Semoga bermanfaat ye...


Sumber : Ruangan Keterampilan.

26 October 2016

Mudahnya minum air gula, baca tips ni....

October 26, 2016 5 Comments
Mudahnya minum air gula, baca tips ni.... | Assalamualaikum wbt. Teringat cikla masa pregnant anak kedua, kena minum air gula sebab berat naik banyak sangat. Minum air gula ni jugak adalah prosedur yang mesti dilalui oleh ibu yang berpotensi menghidap kencing manis atau kencing manis masa mengandung.

Masa tu, first time kan. Dalam hati fikir, ala, air gula je pun. Manis apa. Tapi, bila tiba masa nak minum tu, masyaAllah kalau ikutkan macam tak lalu nak telan. Sebab memang betul-betul air gula likat tu. Ada seorang ibu tu, sampai muntah-muntah dia minum. Mujur cikla pun tak muntah sama. Huhu.

"Ujian minum air gula ni atau dikenali sebagai Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)...."

Takpe, lepas ni kalau ibu yang mengandung diminta minum air gula boleh cuba tips ni supaya korang boleh minum air gula tanpa sebarang masalah. Jom baca...

Mudahnya minum air gula, baca tips ni....


Mudahnya minum air gula, baca tips ni....
Mudahnya minum air gula, baca tips ni.... Sumber Google.

  • Sehari korang pergi ke klinik untuk menjalani ujian MGTT, kurangkan mengambil makanan, seperti nasi tapi lebihkan sayuran. Apa yang penting, lebihkan minum air kosong. Banyak banyak pun takpe. 
  • Biasanya kalau kita disuruh minum air gula pada keesokkan harinya, malam sebelumnya tu kita kena puasa. Start pukul 10 malam. Tapi, puasa makan je. Minum boleh lagi, tapi dalam kuantiti sedikit. Kalau air manis memang tak boleh langsung tau. No... no... no....
  • Minum 200ml air gula tu secepat yang boleh. Jangan dengan lemah longlai nya korang menelan air tu, memang confirm terjeluak balik. So, dengan pantas tau. Kalau korang nak tutup hidung masa minum pun takpe, janji dengan cepat korang melakukannya. Jangan tutup mulut sudahlah ye. Hehe.
  • Lepas minum tu, seeloknya berkumur dengan air bersih. Lagipun, mesti rasa loya dan nak muntahkan bila lepas minum. Lagipun, dengan berkumur dapat mengurangkan kemanisan yang melekat kat dalam mulut kita tu.
  • Kalau rasa nak pitam, berehatlah di tempat yang selesa dan sesuai. Lepas ujian darah kedua dibuat, jangan ambil makanan berat dulu. Lagi elok minum air kosong dulu dengan biskut atau roti. Kalau rasa dah ok sikit baru makan.

Cikla rasa masa zaman cikla kena minum air gula, memang air gula pure. Tapi, sekarang dengar dengarnya dah ada air gula berperisa lagi, contohnya perisa Oren. Wah, sedap tu. Hihi.

Selamat minum air gula ye... ❤❤


Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!

October 26, 2016 1 Comments
Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita! | Assalamualaikum wbt... Cikla percaya semua ibu mesti nak menyusukan anak mereka sampai anak mereka berumur 2 tahun dengan penyusuan ekslusif. Betul tak? Mesti ibu-ibu masih ingat lagi, masa kita masih mengandung lagi, kita sudah diberi pendedahan tentang kebaikan dan kelebihan memberi susu badan tak kiralah kebaikan pada baby, malah ibu itu sendiri turut sama mendapat kebaikannya. Lepas tu,  bila dah bersalin pulak, di hospital kita didedahkan lagi mengenai kebaikan penyusuan, malah diberi tunjuk ajar macam mana nak susukan baby terutama untuk ibu ibu yang pertama kali mempunyai cahaya mata.

Akan tetapi, ada sesetangah ibu yang mempunyai 'masalah' dalam memberi susu badan kepada baby mereka. Jangan blame mereka, bukan mereka nak jadi macam tu. Padahal dalam hati mereka melonjak-lonjak perasaan nak menyusukan anak mereka. Jangan risau, cikla percaya masih ada cara atau kaedah yang ibu ibu boleh cuba untuk atasi masalah ni. Bak kata orang, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Betul tak? Ada beberapa tips yang cikla nak kongsikan, mungkin cara ni dapat membantu ibu-ibu sekalian mengatasi masalah dalam penyusuan ni.

Apakah tips itu? Jom baca ni....

Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!


Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita!
Tips penyusuan ekslusif untuk si kecil kita! Sumber Google.

  1. Ibu mestilah sentiasa 'Set Mind" yang susu ada dan banyak. Fikirkan yang ibu mahu susukan baby, malah cuba suntik sebanyak mungkin rangsangan positif dalam fikiran. Be positive. 
  2. Ibu boleh mengambil makanan yang berkhasiat atau dengan bahasa mudahnya makanan milkbooster seperti halba, lobak putih, kurma, habatussauda, madu,dan lain-lain.
  3. Sebelum  menyusu, ibu dan baby mesti selesa dan bersih. Ibu digalakkan mandi dengan air suam bagi membantu pengaliran susu yang menjadi lebih lancar. 
  4. Ibu perlu mencuci bahagian nipple payudara sebelum dan selepas sesi penyusuan. Ini untuk mengelakkan bau dan rasa yang kurang enak semasa baby menyusu. Deria baby tajam tau! 
  5. Si ibu digalakkan mengambil cairan yang mencukupi seperti mengambil air yang masih suam seperti susu, milo, horlic, air putih, rendaman halba, sup dan lain-lain.
  6. Kalau boleh ibu susukanlah anak sekerapnya (on demand), mengikut kemahuan bayi. Kalau baby tidur terlalu lama, kejutkan baby untuk diberi susu.
  7. Pastikan teknik pelekapan, posisi si ibu dengan posisi baby yang betul supaya ia akan memudahkan proses penyusuan susu dan baby akan kenyang.
  8. Kalau ibu kerap mengepam susu pun iaitu lebih 6 kali dalam sehari, sangat membantu penghasilan susu yang banyak. Lagipun, lebih banyak susu diberi kepada baby, ia akan menjadikan susu yang terhasil lebih banyak. Kalau ibu menyusukan baby di miss P kanan, miss P kiri mesti rasa macam berdenyut-denyut. Keadaan ni normal je tau, sebab denyutan dihasilkan oleh kilang susu sedang aktif menghasilkan susu.
  9. Urutan badan dan tekanan dendrit juga boleh dilakukan kepada ibu untuk membantu melancarkan laluan susu. Itu sebabnya, kalau dalam pantang bidan bidan yang mengurut akan urut kita punya miss P untuk mengaktifkan dan melancarkan pengaliran air susu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tekanan dendrit, bolehlah rujuk kepada yang pakar.

Happy breastfeeding. Semoga tips ini bermanfaat. ❤❤


Sumber : WhatsApp group.

25 October 2016

Pantyliner...

October 25, 2016 2 Comments
Pantyliner... | Assalamualaikum wbt. Pssstttt, korang pakai pantyliner tak? Ehh, yang perempuanlah. Ada orang pakai pantyliner atas sebab tertentu. Kalau ikutkan, penggunaan pantyliner adalah sangat tak digalakkan kecuali bila kita 'terpaksa' guna. Betul tak? Jom kita baca sedikit info pasal si pantyliner ni....

Pantyliner...


Panty  liner
Pantyliner. Sumber Google.
  • Kalau perempuan yang haidnya tak banyak, haaa sebab itulah pantyliner ni dicipta. Tapi ingat, kalau nak guna pantyliner ni seharian, elok pilih yang diperbuat dari kapas. Kalau tak, takut kena effection pulak kan miss V tu kang. Kalau pantyliner jenis yang diperbuat dari plastik, ia akan menjadi penyebab berlakunya radang.
  • Jangkitan 'yeast' atau 'candida' dikatakan selalu terjadi pada perempuan yang menggunakan pantyliner.
  • Guna pantyliner bila kita betul-betul memerlukannya. Kalau tak, lebih elok elakkan ye.

Apa yang penting, kebersihan kena jaga. Lebih-lebih lagi kawasan intim kita. Nanti kalau dah dijangkiti macam-macam penyakit, susah pulak. Lagipun, aset tu.... ❤❤❤


Sumber : Ruangan Kesihatan.

Makan ikut emosi?

October 25, 2016 2 Comments
Makan ikut emosi? | Assalamualaikum wbt. Cikla nak tanya, pernah tak korang makan ikut emosi? Tension je, makan. Marah je, makan. Even, happy pun makan jugak. Hahaha. Jom kita baca apakah dia kelaparan emosi ni. Jom jom.

Makan ikut emosi?


Makan ikut emosi?
Makan ikut emosi? Sumber Google.


Kelaparan emosi datang tetiba. Datang tak diundang kata orang. Tetiba rasa lapar dan teringin sangat nak makan sesuatu. Macam terdesak pun ada.

Kelaparan emosi inginkan makanan tertentu. Mengidam pulak dah. Biasanya makanan berlemak atau berkeju yang menjadi pilihan sebab ia mampu memberi kelegaan segera. 

Kelaparan emosi selalu mencetuskan keadaan di mana 'makan tanpa berfikir'. Kata orang, makan tanpa bagi perhatian atau menikmati makanan tu dengan mood yang happy. 

Kelaparan emosi biasanya tak akan bagi kepuasan walaupun kita dah 'tersandar' sebab kekenyangan. Kadang kadang macam dah nak overload dah perut tu sebab kenyang sangat. 

Kelaparan emosi tak terletak pada perut. Kadang-kadang kita lebih fokus kepada tekstur, rasa dan bau makanan tersebut. 

Kelaparan emosi selalunya membawa kepada rasa menyesal, bersalah, dan malu. Sebab apa? Sebab biasanya kita tau yang kita makan sesuatu makanan itu disebabkan oleh khasiatnya.

So, lepas ni janganlah makan ikut emosi ye. Makanlah mengikut kehendak fizikal sebab ia lebih memberi manfaat kepada tubuh badan kita demi mendapatkan kesihatan yang baik. Nanti kalau terlebih makan, bukan sihat yang kita dapat, sakit pulak ganjarannya.... ❤❤


Sumber : Ruangan Kelab Diet.

24 October 2016

Kerana nyamuk itu......

October 24, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Kerana nyamuk itu...... | Bila cerita pasal nyamuk, mesti dalam fikiran kita terfikir pasal aedes, zika, denggi, dan lain lain. Betul tak? Tapi cikla bukan nak cerita pasal penyakit tu semua. Tapi cikla nak cerita perihal seekor nyamuk.... Nak tau? Jom baca ni.....

Ada seekor nyamuk, kemudian ia diletakkan di bawah mikroskop, dan diperbesar 400 kali! Korang nak tau apakah yang kita boleh nampak???? Jeng jeng jeng.....

Kalau korang nak tau, ternyata di kepalanya terdapat 100 mata, walhal berat seekor nyamuk hanya 0.001 gm. Di mulutnya ada 48 gigi, di dadanya ada 3 buah jantung yang mana di setiap jantung itu ada 2 atrium, 2 bilik jantung dan 2 katup jantung. Nyamuk juga memiliki alat pendeteksi panas, dan ia akan menggunakan pendeteksi panas itu untuk melihat segala sesuatu. Selain itu, nyamuk juga memiliki alat pencair darah sebab darah manusia itu kasar bagi nyamuk, so darah tersebut dapat mengalir di belalai nyamuk. Nyamum akan mengambil contoh darah dulu baru mulai menggigit. Yang lebih menajubkan, nyamuk juga memiliki alat pembius. Itu sebab orang yang diambil darahnya tidak merasa sakit semasa roses pengambilan darah berlaku. Beberapa saat selepas itu, barulah efek bius itu hilang. Wowwww..... kalau korang nak tau jugak, belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau, yang mana 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau lagi membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah. Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yang licin.


Sumber Google.


Masya Allah semoga nyamuk yang kecil ini dapat menambah keimanan kita kepada Allah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik
(Al Baqarah,26)

Subahanallah, Maha Suci Allah, sebenar benarnya Allah tidak pernah menzalimi mahluknya, di balik senjata nyamuk untuk menghisap darah, Allah juga bagi "ubat bius" untuk menjaga supaya manusia tidak merasa sakit kerana Allah Maha Tahu manusia memang susah sekali menghindar dari gigitan nyamuk.....

Semoga cerita ini dapat menambahkan keimanan kita kepadaNya.... Amin. Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam....


Sumber : Whatsapp Group.

23 October 2016

Novel Giveaway by Arrien Amani.

October 23, 2016 2 Comments
Assalamualaikum wbt...

Novel Giveaway by Arrien Amani. | Jom join giveaway ni... kalau yang minat baca novel, jangan lepaskan peluang ni.... apa tunggu lagi... moh kitaaaa....




Assalamualaikum :)

Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

Oklah, good luck pada yang join... All the best... Sekian dulu, wassalam....

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVERMBER BY KINAH.

October 23, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVERMBER BY KINAH. | Jom join segmen ni pulak... ok apa join segmen banyak banyak. Mudah mudahan baik trafik blog, kawan baru pun dapat jugak... Hihi... macam biasa nak join klik banner bawah ni.... 


http://ape-kinah.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html


Segmen berakhir pada 30 Oktober 2016. Selamat bersegmen semua... Sekian dulu... wassalam....

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com.

October 23, 2016 9 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com. | Jom join segmen ni.. Kita support sis Mialiana.... Jom jom....





Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk  Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

-TAMAT SUDAH-

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

October 23, 2016 1 Comments
Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin? | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, setiap ibu yang mahu melahirkan mesti tak akan terlepas dari merasai sakit kontraksi, tak kiralah ibu bersalin normal atau ceaser. Sakitnya pulak, waduh. Memang tak tau macam mana nak gambarkan. Rasa macam urat pinggang dipiuh-piuh, malah lebih sakit lagi. Tapi, bila baby dah keluar, rasa sakit automatik hilang. Macam magik pulak. Hehe.

Ada 6 cara yang boleh kurangkan rasa sakit ni. Jom baca apa yang cikla nak share ni. Mana tau ada manfaatnya.

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?



Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?

Macam mana nak kurangkan rasa sakit kontraksi bersalin?


Semoga bermanfaat terutama untuk ibu ibu yang mahu melahirkan. Semoga dipermudahkan ye... InshaAllah... ❤❤❤


Sumber : Facebook Dunia Anak Comel.

22 October 2016

Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?

October 22, 2016 5 Comments
Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak? | Assalamualaikum wbt. Kata orang, time cuaca panas panas ni, kalau pekena teh O ais limau pun dah fuhhhhhh, nikmat sungguh. Itu belum lagi pekena ABCD (air batu campur durian) macam dalam cerita upin ipin tu. Dengan cendolnya, air buahnya, macam-macamlah. Penyejuk tekak kata orang. Tapi, pernah tak kita terfikir ais tu dibuat dari air paip ke air masak?

Walau macam manapun kebersihan dan kesihatan kena jaga jugak. Betul tak? Kalau ais yang kita buat sendiri kat rumah tu memanglah kita dah tau tahap kebersihannya. Dah tentu tentu kita guna air masak kan, tapi macam mana pulak dengan yang dijual tu? So, macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?

Baiklah, sebenarnya inilah yang cikla nak share kan. Ada tips yang kita boleh praktikkan kalau nak bezakan ais buatan air paip atau air yang dimasak. Apakah tipsnya tu? Jom baca ni....

Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?
Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak? Sumber google.

Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?


  • Kalau ais yang diperbuat dari air mentah atau air paip, rupa atau warna fizikalnya lebih putih sebab masih banyak gas yang terperangkap dalamnya. Kalau korang nak tau, ais yang dibuat daripada air mentah adalah dalam bentuk ais blok yang biasa digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
  • Kalau ais yang diperbuat dari air yang sudah dimasak pulak, keadaan rupa fizikal ais tersebut lebih jernih sebab gas yang ada didalamnya telah dilepaskan masa merebus atau memasak air tersebut. Ais sebegini juga dikenali dengan nama ais kristal. Ia dah banyak digunakan secara meluas dan ia biasanya berbentuk kiub dan berlubang di tengah tengah.


So, lepas ni dah boleh bezakan mana yang air paip mana yang air masak. Bukan apa, bagi cikla ini merupakan langkah awal supaya kita dapat menghindarkan diri kita dari terkena jangkitan penyakit.

Zaman sekarang ni dah macam macam penyakit yang timbul. 🌸🌸


Sumber : Akhbar Sinar Harian.

Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni...

October 22, 2016 3 Comments
Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni... | Assalamualaikum wbt. Bila usia kandungan dah sampai ke trimester ketiga, mesti perasaan gementar berdebar-debar tu makin terasa kan. Cikla pun, sebelum melahirkan baby Zara pun, masih rasa berdebar-debarlah jugak. Yelah, orang cakap lain anak lain pengalamannya. Berbalik kepada tajuk entri di atas, ada orang walaupun dah rasa kontraksi, tapi bukaan serviks masih kecik. Sakitnya... ya ampunnnnn rasa nak putus urat pinggang semua. *seriau bila ingat masa kontraksi tempoh hari. Huhu...


Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni... 


Sebenarnya, ada beberapa teknik yang boleh dipraktikkan untuk mempercepatkan bukaan serviks. Jom baca apakah teknik itu?

Nak percepatkan bukaan serviks? Baca ni...


  • Banyakkan berjalan. Orang cakap dah dekat dekat nak bersalin tu elok berjalan banyak banyak. Paling tak pun, pergi je taman permainan tu, just walking. Senaman jugak tu. Dengan berjalan ia akan membantu "melonggarkan" otot pelvis. Kalau tak berjalan pun, naik tangga pun dah ok dah. 
  • Mengekalkan diri dari mengalami sembelit. Kalau boleh, pastikan proses penghadaman dan pembuangan berada dalam keadaan baik.  Banyakkan mengambil buah buahan dan sayuran untuk melawaskan sistem pembuangan. Itu cara paling mudah kan.
  • Ada orang cakap, bila dah dekat dekat nak melahirkan, rajin rajinlah 'bersama' suami. Ini kerana air mani suami mengandungi prostaglandin yang boleh menyebabkan rahim terbuka. Ia juga boleh menjadi sebagai suntikan induce yang menyebabkan pangkal rahim terbuka.
  • Dengan meminum teh ia dapat membantu mempercepatkan bukaan serviks kerana dengan adanya theanine di dalamnya. Minum secawan teh sehari pun dah cukup dah, seeloknya minum teh hijau atau jasmin.

Mungkin ada yang tak serasi dengan tips di atas, tapi tak salah kalau mencuba kan. Orang cakap usaha, doa dan tawakkal. 

Selamat melahirkan pada yang mahu melahirkan. Semoga dipermudahkan, semoga tips ni memberi manfaat kepada ibu ibu. In shaa Allah... ❤❤❤

21 October 2016

Khasiat surah Yaasin.

October 21, 2016 5 Comments
Khasiat surah Yaasin. | Assalamualaikum wbt. Biasanya kebanyakan orang akan baca surah Yaasin ni pada malam Jumaat kan. Betul tak Sesungguhnya ayat ayat Allah memang mengandungi 1001 khasiat di sebaliknya.

Jom jadikan ini sebagai amalan kita, semoga apa yang dihajati akan dimakbulkan. InshaAllah.

Khasiat surah Yaasin.

Khasiat surah Yaasin.
Khasiat surah Yaasin.


Semoga ini akan menjadi amalan kita sehari-hari. Yang baik eloklah diamalkan kan. Betul tak? Semoga bermanfaat. ❤❤❤

Selepas 3 hari tidak bersiaran.....

October 21, 2016 3 Comments
Selepas 3 hari tidak bersiaran..... | Assalamualaikum wbt... Amboi... boi... boi.... tajuk entri bajet retis nampak... hihi.... Ada orang kisah ko tak bersiaran ke tak cikla oiii... haha.... Sebenarnya, 3 hari cikla terasing dari dunia internet sebab telefon buat hal.... Iyelah, cikla guna telefon cap ayam je.... hihi... Memang off semuanya.... Baru hari ni dapat on, sebab dah hantar repair malam tadi. Itupun puas jugak cakap kat hubby suruh hantar repair, kalau tak pun belikan telefon baru je... hehe....

Malam tadi bawak pergi kedai, rupanya kena format balik je. Terbang jugak RM60.... *melepas nak pakai telefon baru... hihi.. Tapi selagi boleh di repair, repairlah... betul tak? Kalau tak boleh tu, buangkan ke laut je lah.... hihi...




Bukak bukak email, dapat offer promote produk dalam blog. Tapi tak tau lagi jadi ke tak. Masih dalam peringkat pembincangan lagi kata orang. Kalau jadi, nanti cikla share.... Oklah, itu je...

Nanti sambung lagi.

18 October 2016

Masih tak sempat nak blogwalking kawan kawan... huhu....

October 18, 2016 12 Comments
Assalamualaikum wbt....

Masih tak sempat nak blogwalking kawan kawan... huhu.... | Sejak dah beranak empat ni, rasa macam dah tak sempat je nak blogwalking kawan kawan. Update blog pun mana yang sempat je. Kalau sebelum ni, kalau ada masa lebih cikla tulis entri lepas tu save kat draft. Then, baru publish. Senang sikit. Memang macam macam yang cikla nak share dengan korang. Sampai dah naik basi dah cerita tu sebab simpan lama lama.... hehe...

"Alah.... baru empat anak, belum sepuluh...."

Huhu.... Memanglah... tapi anak anak cikla ni boleh dikatakan sangat aktif..... Nak nak pulak si abang Ammar. Sekarang ni, memang susah nak suruh dia tidur siang. Nak main, main, main aje kerjanya... Kalau tak kacau ibu, kacau baby Zara pulak.... Memang jadi tarzan sekejaplah ibu dia ni....





Oklah, just sharing. InshaAllah cikla akan cuba jenguk blog korang ye. Rasa macam tak adil pulak, orang datang blog cikla tapi cikla nak jenguk pun payah... Jangan marah tau, cikla akan cuba, cuba dan cuba untuk terjah korang.... Sekian dulu, wassalam......

17 October 2016

Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini.

October 17, 2016 4 Comments
Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini. | Assalamualaikum wbt. Bayi yang masih kecil memang akan mengalami kembung perut. Tapi, pendapat cikla mungkin ikut baby jugaklah. Ada yang tahan, ada yang tak. Macam baby Zara, nampaknya macam ok. Jarang jugaklah dia kembung. Itu pun ibunya jaga jugaklah makan, takdelah bedal semua. Huhu. Sebenarnya ada beberapa punca yang menyebabkan kembung berlaku terutamanya kepada baby yang masih kecil. Apakah sebabnya? Jom baca ni.

Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini....


Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini.
Baby anda kembung? Jom legakan dia dengan langkah ini. Sumber Google.

Teknik penyusuan yang mana ia melibatkan pelekapan dan posisi yang betul dan selesa semasa menyusukan baby. Ini kerana teknik yang kurang tepat boleh meyebabkan perut baby dimasuki angin semasa menyusu. Selepas baby menyusu, ibu mestilah sendawakan baby dengan sempurna menggunakan teknik yang betul dan selamat. So, ibu boleh research cara-cara nak sedawakan baby. Banyak je info kat Google pasal ni. Baby yang sendawa selepas menyusu dapat mengelakkan angin terperangkap di dalam perut. Tapi, memang tak dinafikan ada baby yang susah nak sedawa. Kalau baby Zara memang kena sedawakan jugak, kalau tak confirm dia muntah.

Pujuk si anak dengan zikir dan perbualan yang lembut. Ini kerana kalau anak menangis terlalu lama, dia lebih mudah mendapat masalah kembung perut. Ibu yang menyusukan badan sepenuhnya, perlu pilih makanan yang berkhasiat, baik untuk ibu serta bayi agar tidak memudaratkan bayi selepas menyusu. Sesetengah makanan yang diambil oleh ibu boleh menyebabkan bayi mudah kembung dan menagis.

Alahan pada susu fomula tertentu boleh menyebabkan baby kembung. Sesetengah baby mengalami alahan pada protien susu lembu, laktosa dan sebagainya. Pemilihan susu fomula yang sesuai sangat penting. Pendapat cikla macam agak susah nak cari susu formula yang sesuai dengan baby, bak kata orang kena try and error. Kalau dia ok dengan susu tu, boleh teruskan. Kalau tak, kenalah tukar susu lain.

Ibu boleh melakukan urutan atau picitan lembut, iaitu kaedah "Terapi Dendrit" pada badan baby bagi mengelakkan kembung, di samping ia dapat melegakan baby yang sedang mengalami kembung perut. Urutan ini dilakukan pada perut baby bermula dari sebelah kanan bergerak ke pusat, kemudian bergerak lagi ke perut sebelah kiri dan terus ke bawah secara berulang-ulang. Nanti boleh apply kat baby Zara lah.

Sapukan minyak yang sesuai untuk baby, contohnya minyak habatussauda, sambil mengunakan teknik "Dendrit", "I love U", dan "kayuh basikal" (semua kaedah ni korang Google je kalau nak tau lebih detail. Ok). Sambil sambil tu, si ibu boleh berzikir dan memujuk lembut si baby. Minyak boleh disapu pada bahagian belakang, betis, tapak kaki, dada dan perut baby.

Semoga bermanfaat...❤❤


Sumber Whatsapp Group.

Bihun ayam goreng nescafe suam!

October 17, 2016 4 Comments
Bihun ayam goreng nescafe suam! | Assalamualaikum wbt. Apa khabar korang pagi ni? Selamat datang hari Isnin. Kejap je dah isnin balik kan? Sekarang pun dah sampai ke pertengahan bulan Oktober dah pun. Huhu. Apa sarapan korang. Cikla pagi ni makan bihun goreng je. Tambah ayam dengan minum air nescafe suam. Sarapan dulu sementera si hero dengan si ketot tu tidur. Lepas tu nak buat kerja rumah pulak, kena pantasssss ni...

Bihun ayam goreng nescafe suam!
Bihun ayam goreng nescafe suam!

Hari ni hari pertama menguruskan anak anak tanpa pertolongan mak. Mak cikla dah balik pun, biasalah orang tua kalau lama lama mulalah dia teringat pokok bunga dia takde orang nak siramlah... hihi.

Walauapapun terima kasih mak sebab tolong start dari cikla bersalin, berpantang dan beberapa minggu selepas berpantang. Semoga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kuat, sihat dan bertenaga selalu.

Have a nice day....

15 October 2016

Bahayakah minum air manis?

October 15, 2016 5 Comments
Bahayakah minum air manis? | Assalamualaikum wbt. Minuman manis memang sedap kan? Musim-musim panas macam ni, kalau pekena cendol ke, ABC ke. Walla... memanglah nikmatnya terasa. Dalam kita syok syok menikmati kesegaran air manis, sebenarnya ada kesan buruk pada badan. Mungkin ada yang dah tau, tapi takpe kot cikla kasi peringat lagi kata orang. Hihi....


Bahayakah minum air manis?
Bahayakah minum air manis? Sumber Google.

Bahayakah minum air manis?


Air gas : kesannya adalah perut buncit, kencing manis dan rosak saraf (mungkin kepada kesan jangka masa panjang). 
Air batu : kesannya akan menyebabkan perut buncit, kalau bagi perempuan pulak beri kesan kepada otot vagina, akan jadi longgar, usus kembang dan sakit sendi. Semua air bergula : akan menyebabkan cepat sakit, lesu badan, rosak saraf dan cepat tua. 
Nescafe : kesan paling tak elok adalah akan menyebabkan pening dan ketagih. *yang ketagih tu cikla tak pasti, maybe sesetengah orang kot.
Air susu pekat manis : kesan akan menyebabkan cepat gemuk dan punca penyakit.
Teh : akan menyebabkan angin satu badan dan menyumbang kepada penghasilan asid masam naik.

Orang cakap yang menjadi kesukaan itulah kadang-kadang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri kita. Pada cikla bukan tak boleh minum, tapi semuanya perlu berpada-pada. Beringat sikit kata orang. Pendek kata, kurangkan air manis lebihkan air putih setiap hari mengikut keperluan badan.

Kurang manis dalam minuman lebihkan manis dalam senyum.... 😬😬❤❤


Sumber : Group Whatsapp.

14 October 2016

Curi duit anak sendiri?

October 14, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

Curi duit anak sendiri? | Jom baca kisah ni. Mudah mudahan akan menjentik sedikit rasa keinsafan dalam hati kita... InshaAllah..... Kisahnya begini.....

Airmata Rasulullah SAW menitis kerana kejadian ini...

"Ketika aku kuat dan dia lemah! Ketika aku kaya dan dia miskin. Dahulu aku menyediakan makan untuk dia, tapi sekarang dia hanya menyediakan makan untuk dirinya sahaja..."
"Habiskan seluruh wang anakmu ikut sekehendak hatimu! Wang itu milikmu...."

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW mengadukan hal ayahnya yang menggunakan wang miliknya tanpa meminta izin terlebih dulu darinya. Rasulullah SAW memanggil ayah orang itu ke hadapan baginda. Ketika lelaki itu datang dengan tertatih-tatih bersandar pada tongkatnya, Rasulullah SAW bertanya; “Betulkah kau mengambil wang anakmu tanpa seizinnya?”. Sambil menangis lelaki itu berkata, “Wahai Nabi Allah..... ketika aku kuat dan anakku lemah. Ketika aku kaya dan dia miskin. Aku tidak membelanjakan wangku kecuali untuk memberi makan kepadanya. Bahkan terkadang aku membiarkan diriku kelaparan asalkan dia makan. Sekarang aku telah tua dan lemah, sementara anakku tumbuh kuat. Aku telah jatuh miskin sementara anakku menjadi kaya. Dia menyembunyikan wangnya dariku. Dahulu aku menyediakan makan untuknya. Tapi sekarang dia hanya menyiapkan makan untuk dirinya. Aku tak pernah buat seperti dia buat pada aku sekarang. Jika saja aku masih sekuat dulu, aku tetap akan merelakan wangku untuk dia!"

Bila mendengar hal ini, airmata Rasulullah SAW jatuh berlinangan seperti untaian mutiara menimpa janggutnya yang suci. Maka Rasulullah SAW pun berkata, “Baiklah... Habiskan seluruh wang anakmu sekehendak hatimu. Wang itu milikmu!"..........


Sumber Google.


Hmmmm.... kawan kawan semua... Apakah orang tua korang masih ada? Mungkin ini adalah kesempatan kita untuk berbakti kepada mereka yang mungkin tidak begitu lama lagi. So, kalau  korang jarang balik ziarah mereka, baliklah... Cukuplah sebulan sekali. Itupun dah cukup mengembirakan hati tua mereka. Bukan harta dan wang ringgit yang mereka nak, tapi perhatian, kasih sayang dan sikap amik berat kita pada mereka. Paling tak pun, telefonlah mereka bertanya khabar. Dah takde alasan, macam macam ada. Whatsapp, Messenger.... Ibu bapa zaman sekarang pun lebih advance....

Oklah, semoga bermanfaat... Sekian dulu, wassalam....


Sumber : Group Whatsapp.

12 October 2016

Keluarga kecilku....

October 12, 2016 12 Comments
Keluarga kecilku.... | Assalamualaikum wbt. Bermula dari berdua, kemudian bertiga (dapat kakak Ika). Lepas tu, dapat pulak kakak Mia (dah jadi berempat). Dua tahun kemudian selepas Kakak Mia dilahirkan, dapat pulak Abang Ammar.... dan sekarang kini dah berenam pun kaki, dengan kehadiran baby Zara, penambah seri keluarga kami. Inilah keluarga kecilku...

Keluarga kecilku....

Keluarga kecilku....
Keluarga kecilku.... 

Cikla dengan suami sebaya. Kami kahwin pun agak lambat jugak, umur kami masa kahwin dalam 27 tahun gitu. Alhamdullilah, perkahwinan kami diserikan anak-anak syurga, penyejuk hati kami berdua. Merekalah racun, merekalah penawar. Cikla bersyukur sangat dengan anugerah ini.... 

I love my family so much.... ❤❤❤

Cerita ayah dan anak....

October 12, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

Cerita ayah dan anak.... | Orang cakap, kasih sayang ayah ni kadang kadang kita tak boleh lihat dengan mata kasar. Mungkin kita tengok ayah kita tu jenis tak kisah... tak amik pot kata orang sekarang, tapi hati dia punyalah dia amik berat pasal kita tak kiralah anak lelaki atau anak perempuan. Sebab tu, dia berhempas pulas mencari rezeki sesuap nasi untuk anak dan keluarganya. Apa kata kita baca kisah di bawah ni, kisah seorang anak dan ayahnya....

.......Pada suatu hari seorang ayah mengetuk pintu bilik anak gadisnya. Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Ayah: "Buat apa je belum tidur lagi?"
Anak: "Tengah..." (sambil menunjukkan telefonnya).


Ayahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Ayah: "Ayah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.


Ayah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Ayah: "Baiklah. Dengar baik baik ni. Ayah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir. Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum ayah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan. Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Ayah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Ayah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al Quran?"
Anak: "Tapi, ayah..baca sekejap, mengantuk."
Ayah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."
Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."
Ayah: "Baiklah, setengah jam."
Anak: "15 minit bolehlah."

Ayah tersenyum mendengar jawapan anaknya.
Ayah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al Quran tu."
Anak: "Tak faham."
Ayah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al Quran. Belajar, perlu Al Quran. Jodoh, perlu pada Al Quran. Berjaya, perlu Al Quran. Akarnya pada Al Quran."
Anak: "Hm.."

Ayah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al Quran, inshaAllah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."
Anak: "Adoilah."
Ayah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? Dah boleh jadi hafizah."
Anak: "Kenapa abyah cakap ni semua?"
Ayah: "Sebab ayah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang ayah sayang ni. Dulu ayah jahil tak kejar Al Quran. Ayah tak nak anak ayah ikut jejak langkah yang sama."


Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf. Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata kata untuk lihat anaknya di Syurga.

Subahanallah... betapa si ayah risau tentang nasib anaknya bila dia dah 'takde' kelak.... Oklah, semoga bermanfaat.... Sekian dulu.... wassalam....


Sumber : Group Whatsapp....

Menang Giveaway : 1st anniversary blog dan my birthday anjuran bondezaidalifah.com.

October 12, 2016 12 Comments
Assalamualaikum wbt....

Menang Giveaway : 1st anniversary blog dan my birthday anjuran bondezaidalifah.com. | Baru tak baru jugaklah, cikla ada menang giveaway anjuran bondezaidalifah.com. Syukurlah, ada rezeki cikla. So, dah dapat hadiahnya pun walaupun lambat sikit cikla tengok sebab cikla baru je balik umah lepas habis berpantang kat kampung. 





Walauapapun, terima kasih pada bonde atas hadiahnya. InshaAllah, akan dimanfaatkan kelak. Oklah, just sharing. Sekian dulu, wassalam.....

11 October 2016

Kek salah bikin?

October 11, 2016 17 Comments
Kek salah bikin? | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya cikla dah habis berpantang dah dekat 2 minggu lebih dah. So, bila dah balik rumah sendiri ni memang agak kelam kabut sikit. Menguruskan 3 orang anak yang sangat aktif dan seorang anak kecil memang sangat mencabar bagi cikla. Mujurlah, untuk permulaan ni cikla terpaksa 'import' mak tersayang bawak balik umah untuk bantu cikla. Terima kasih mak.

Bila anak-anak dah tido, mulalah fikir nak buat itu ini. Nak-nak pulak mak ada, terfikir dan masakkan macam-macam nak bagi mak makan. Nak dijadikan cerita, semalam masa shopping lauk tergerak nak beli tepung kek dengan merjerin. Telur dah memang standby dah kat dalam fridge tu. Belilah pulak buah oren dengan coklat rice. Ting! nak buat kek oren coklat rice lah. Pagi tadi, lepas sarapan kami mulalah operasi nak buat kek. Punya excited sampai tak perasan yang mixer cikla rosak. Alamak, macam mana ni. Dah lah bahan dah campur semua. Apa lagi, tetiba nak buat idea giler mixer digantikan dengan blender. Haha, kita tengok jadi ke idak ye...

Kek salah bikin?


Langkah pertama, campurkan gula dengan marjerin dulu, mix guna tangan. Bila dah bercampur, masukkan dalam blender. Lepas tu, try putar agak-agak boleh pusing tak? Bolehlah sikit-sikit. Bila nampak dah macam nak kembang, masukkan telur sebijik demi sebijik, sampailah habis 8 bijik telur tu. Then, masukkan air perahan oren dengan kulit oren yang disagat, lepas tu masukkan tepung kek. Bila dah campur semua tengok macam jadi je, so adunan dimasukkan dalam loyang, then tabur coklat rice lepas tu bakar dalam oven macam bakar kek biasa.

Lepas satu jam berlalu, tingggggg! Kek pun masak. Mak aiii, kek tak masak tengahlah pulak. Bergenang genang pulak tu. Fikir punya fikir, kukuslah jawabnya nak bagi masak. Selepas lebih kurang 1/2 jam gitu, kek pun masak sepenuhnya. Inilah hasilnya.

Kek salah bikin?
Kek salah bikin?

Rasa sedaplah pulak. Moral of the story : Check dulu mixer kalau nak buat kek.... hahaha....


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.