Bihun ayam goreng nescafe suam!

By Cikla Shahril - October 17, 2016

Apa khabar korang pagi ni? Selamat datang hari Isnin. Kejap je dah isnin balik kan? Sekarang pun dah sampai ke pertengahan bulan Oktober dah pun. Huhu. Apa sarapan korang. Cikla pagi ni makan bihun goreng je. Tambah ayam dengan minum air nescafe suam. Sarapan dulu sementera si hero dengan si ketot tu tidur. Lepas tu nak buat kerja rumah pulak, kena pantas ni.

Bihun ayam goreng nescafe suam!
Bihun ayam goreng nescafe suam!

Hari ni hari pertama menguruskan anak-anak tanpa pertolongan mak. Mak cikla dah balik pun, biasalah orang tua kalau lama lama mulalah dia teringat pokok bunga dia takde orang nak siramlah, hihi.

Walauapapun terima kasih mak sebab tolong start dari cikla bersalin, berpantang dan beberapa minggu selepas berpantang. Semoga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kuat, sihat dan bertenaga selalu.

Have a nice day.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments