Curi duit anak sendiri?

By Cikla Shahril - October 14, 2016

Jom baca kisah ni. Mudah-mudahan akan menjentik sedikit rasa keinsafan dalam hati kita. Insha Allah. Kisahnya begini. 

Air mata Rasulullah SAW menitis kerana kejadian ini.

Curi duit anak sendiri?

"Ketika aku kuat dan dia lemah! Ketika aku kaya dan dia miskin. Dahulu aku menyediakan makan untuk dia, tapi sekarang dia hanya menyediakan makan untuk dirinya sahaja..." "Habiskan seluruh wang anakmu ikut sekehendak hatimu! Wang itu milikmu."

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW mengadukan hal ayahnya yang menggunakan wang miliknya tanpa meminta izin terlebih dulu darinya. Rasulullah SAW memanggil ayah orang itu ke hadapan baginda. Ketika lelaki itu datang dengan tertatih-tatih bersandar pada tongkatnya, Rasulullah SAW bertanya; “Betulkah kau mengambil wang anakmu tanpa seizinnya?”.

Sambil menangis lelaki itu berkata, “Wahai Nabi Allah, ketika aku kuat dan anakku lemah. Ketika aku kaya dan dia miskin. Aku tidak membelanjakan wangku kecuali untuk memberi makan kepadanya. Bahkan terkadang aku membiarkan diriku kelaparan asalkan dia makan. Sekarang aku telah tua dan lemah, sementara anakku tumbuh kuat. Aku telah jatuh miskin sementara anakku menjadi kaya. Dia menyembunyikan wangnya dariku. Dahulu aku menyediakan makan untuknya. Tapi sekarang dia hanya menyiapkan makan untuk dirinya. Aku tak pernah buat seperti dia buat pada aku sekarang. Jika saja aku masih sekuat dulu, aku tetap akan merelakan wangku untuk dia!"

Bila mendengar hal ini, airmata Rasulullah SAW jatuh berlinangan seperti untaian mutiara menimpa janggutnya yang suci. Maka Rasulullah SAW pun berkata, “Baiklah. Habiskan seluruh wang anakmu sekehendak hatimu. Wang itu milikmu!"

Hmmmm, kawan-kawan semua. Apakah orang tua korang masih ada? Mungkin ini adalah kesempatan kita untuk berbakti kepada mereka yang mungkin tidak begitu lama lagi. So, kalau  korang jarang balik ziarah mereka, baliklah. Cukuplah sebulan sekali. Itupun dah cukup mengembirakan hati tua mereka.

Bukan harta dan wang ringgit yang mereka nak, tapi perhatian, kasih sayang dan sikap amik berat kita pada mereka. Paling tak pun, telefonlah mereka bertanya khabar. Dah takde alasan, macam macam ada. Whatsapp, Messenger.

Ibu bapa zaman sekarang pun lebih advance.

Sumber : Group Whatsapp.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Terima kasih sharing info bermanfaat ini.. :)

    ReplyDelete
  2. Ye btol. Tk slh pun hlur dekat mak wlaupun amounnya sikit. Mgkin kita pn ade reason, ad bajet trtentu stiap bulanan kita :)

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Bahagiakanlah mereka sementara masih ada.

    ReplyDelete