Kerana nyamuk itu......

By Cikla Shahril - October 24, 2016

Bila cerita pasal nyamuk, mesti dalam fikiran kita terfikir pasal aedes, zika, denggi, dan lain lain. Betul tak? Tapi cikla bukan nak cerita pasal penyakit tu semua. Tapi cikla nak cerita perihal seekor nyamuk. Nak tau? Jom baca ni.

Ada seekor nyamuk, kemudian ia diletakkan di bawah mikroskop, dan diperbesar 400 kali! Korang nak tau apakah yang kita boleh nampak? Jeng jeng jeng.

Kalau korang nak tau, ternyata di kepalanya terdapat 100 mata, walhal berat seekor nyamuk hanya 0.001 gm. Di mulutnya ada 48 gigi, di dadanya ada 3 buah jantung yang mana di setiap jantung itu ada 2 atrium, 2 bilik jantung dan 2 katup jantung. Nyamuk juga memiliki alat pendeteksi panas, dan ia akan menggunakan pendeteksi panas itu untuk melihat segala sesuatu.

Selain itu, nyamuk juga memiliki alat pencair darah sebab darah manusia itu kasar bagi nyamuk, so darah tersebut dapat mengalir di belalai nyamuk.

Nyamuk akan mengambil contoh darah dulu baru mulai menggigit. Yang lebih menajubkan, nyamuk juga memiliki alat pembius. Itu sebab orang yang diambil darahnya tidak merasa sakit semasa roses pengambilan darah berlaku. Beberapa saat selepas itu, barulah efek bius itu hilang.

Wow.

Kalau korang nak tau jugak, belalai nyamuk memiliki 6 buah pisau, yang mana 4 buah pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat sedang 2 pisau lagi membentuk lubang sesuai tabung penghisap darah. Di kaki nyamuk terdapat cakar dan terdapat alat seperti bekam sehingga dapat menempel di tempat yang licin.

Kerana nyamuk itu......
Kerana nyamuk itu...... Sumber Google.

Masya Allah semoga nyamuk yang kecil ini dapat menambah keimanan kita kepada Allah.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا

 أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata

"Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik." (Al Baqarah,26)

Subahanallah, Maha Suci Allah, sebenar benarnya Allah tidak pernah menzalimi mahluknya, di balik senjata nyamuk untuk menghisap darah, Allah juga bagi "ubat bius" untuk menjaga supaya manusia tidak merasa sakit kerana Allah Maha Tahu manusia memang susah sekali menghindar dari gigitan nyamuk.

Sumber : Whatsapp Group.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wkmsalam.
    Hebatnya kejadian nyamuk.
    Tu belum cerita pasal penyakit yang dibawanya lagi.
    Sekecil2 nyamuk boleh membunuh beribu manusia.

    ReplyDelete
  2. kecil-kecil cili padi niiii bahaya nyamuk ni

    ReplyDelete
  3. Masha Allah..baru tahu kejadiaan nyamuk ni banyak mata n jantung bagai tu..

    ReplyDelete
  4. Hebat ciptaan nyamuk tp dia jugak hebat sebar virus. Manusia yg bsar pn tkot dgn dia

    ReplyDelete