Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?

By Cikla Shahril - October 22, 2016

Kata orang, time cuaca panas panas ni, kalau pekena teh O ais limau pun dah fuhhhhhh, nikmat sungguh. Itu belum lagi pekena ABCD (air batu campur durian) macam dalam cerita upin ipin tu. 

Dengan cendolnya, air buahnya, macam-macamlah. Penyejuk tekak kata orang. Tapi, pernah tak kita terfikir ais tu dibuat dari air paip ke air masak?

Walau macam manapun kebersihan dan kesihatan kena jaga jugak. Betul tak? Kalau ais yang kita buat sendiri kat rumah tu memanglah kita dah tau tahap kebersihannya. Dah tentu tentu kita guna air masak kan, tapi macam mana pulak dengan yang dijual tu? 

So, macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak? Baiklah, sebenarnya inilah yang cikla nak share kan. 

Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak?
Macam mana nak bezakan ais air paip atau ais air masak? Kredit Google. 

Ada tips yang kita boleh praktikkan kalau nak bezakan ais buatan air paip atau air yang dimasak. Apakah tipsnya tu? Jom baca ni.

  • Kalau ais yang diperbuat dari air mentah atau air paip, rupa atau warna fizikalnya lebih putih sebab masih banyak gas yang terperangkap dalamnya. Kalau korang nak tau, ais yang dibuat daripada air mentah adalah dalam bentuk ais blok yang biasa digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
  • Kalau ais yang diperbuat dari air yang sudah dimasak pulak, keadaan rupa fizikal ais tersebut lebih jernih sebab gas yang ada didalamnya telah dilepaskan masa merebus atau memasak air tersebut. Ais sebegini juga dikenali dengan nama ais kristal. Ia dah banyak digunakan secara meluas dan ia biasanya berbentuk kiub dan berlubang di tengah tengah.

Lepas ni dah boleh bezakan mana yang air paip mana yang air masak. Bukan apa, bagi cikla ini merupakan langkah awal supaya kita dapat menghindarkan diri kita dari terkena jangkitan penyakit. 

Zaman sekarang ni dah macam macam penyakit yang timbul. 

Sumber : Akhbar Sinar Harian.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Perkongsian yang bagus....

    ReplyDelete
  2. Jarang minum ais ni. Sebab kat rumah orangnya tak minum ais. Kalau order kat kedai dapat air ais memang sekali sedut je hihi

    ReplyDelete
  3. Nice info :) dh msuk dlm air warna xleh nk tgk dh kdai tu amek dgn air mntah ke air msk --'

    ReplyDelete
  4. Nice sharing cikla.. kalay dah bercampur dengan air berwarna, susah jugak cam pasal ais nya ek.

    ReplyDelete