Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

By Cikla Shahril - October 08, 2016

Ni kisah throwback sebenarnya. Ermm, sebelum ni cikla ada share yang cikla terpilih menang giveaway, hadiahnya rempah ikan Bakar Tengku Tie. <klik SINI untuk baca entri>. Sejujurnya, memang first time cikla dengar dan tau pasal pes rempah ikan bakar ni. Pertama kali dapat memang teruja jugaklah. Kebetulan masa dapat pes ni, cikla berpantang di rumah mak, so pakat-pakat dengan mak nak cuba pes ni. Tapi, untuk percubaan pertama ni cikla nak cuba dengan ayam. Lepas ni lah kita try dengan ikan pulak ye.

Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.
Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

Sebelum tu, jom kita cerita sikit pasal pes ni dulu. Pes ni 100% keluaran Bumiputera. Kalau korang nak order pes ni, just contact je no phone, email dengan page Facebook yang tertera di botol. Senang je kan sekarang ni. Malas nak pergi kedai, shopping online je.

Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.
Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.
Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.
Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

Moh kita bukak tutupnya pulak, kita tengok macam mana ropenya. Wah wah tengok tu, merah mengancam lagi. Baunya pun wangi je. Ni kalau dibakar ni, memang harum semerbak satu rumah baunya ni. Confirm. Sekarang dah dah. Jom kita try masak pulak.  

Untuk percubaan pertama ni cikla guna ayam. Macam biasa, bersihkan ayam dan toskan betul-betul. Kemudian, lumurkan ayam tadi dengan pes rempah bakar tadi. Biarkan seketika supaya pes tadi 'mesra' dengan ayam. Sambil-sambil tunggu proses perapan, boleh korang siapkan bara api tempat kita nak panggang ayam tu. Tapi, cikla panggang dalam oven je. Selebihnya, cikla panggang kat atas dapur gas je. Senang. Kalau nak bakar  guna oven, set suhu 140°C dan masak selama 40 minit lebih kurang atau sampai ayam masak. 

Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.
Sedapnya rempah ikan bakar Tengku Tie.

Saja je bungkus daun pisang, sebab nak dapatkan aroma lebih wangi bila masak nanti. So, pendapat cikla, sedap jugak. Tapi, cikla lupa pulak nak snap gambar dah siap bakar. Huuhuu. Cadangan cikla eloklah sesuaikan rasa dulu contohnya tambah garam atau gula untuk seimbangkan rasa balik. Bukan apa, nanti bila dah masak tawar pulak. Dah tak sedap pulak nanti. Makan dengan nasi panas, cicah dengan air asam memang terangkatlah. 

Kalau korang nak try pes ni, just hubungi je contact number dalam gambar kat atas tu. Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments