30 November 2016

Keputusan pemenang SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

November 30, 2016 16 Comments
Assalamualaikum wbt....

Keputusan pemenang SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY. | Hai korang, dengan ini tamatlah sudah segmen bloglost pertama blog cikla ni. Terima kasih pada yang sudi join dan bagi support ye. Cikla appreciate sangat sangat tau. Mesti semua peserta tertunggu tunggu result kan. Kebetulan askar askar cikla tidur awal, so bolehlah cikla pilih siapa yang bertuah menghiasi bloglist blog cikla untuk bulan Disember ni... *Esok dah 1 Disember pun.




Dah dah, cikla pun tak nak buang masa banyak banyak, apa kata kita tengok siapa yang keeeennaaaa.... hihi.... Sebelum tu, korang boleh check no korang di SINI.


http://jombercontest.blogspot.my/2016/11/segmen-bloglist-1-december.html

Tahniah pada yang terpilih. Pada yang tak terpilih, korang boleh cuba lagi. Para peserta boleh blogwalking blog peserta lain... Oklah, sekian dulu, wassalam.....

SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

November 30, 2016 58 Comments
Assalamualaikum wbt....

SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY. | *this is sticky post until 8 pm on 30 November 2016. Scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ! 

-SEGMEN TAMAT-

Hai korang.....sebelum ni cikla asyik join segmen dengan giveaway kawan kawan je kan. Entah kenapa, tetiba cikla tergerak pulak nak buat segmen. Cikla nak buat bloglist baru setiap bulan untuk blog cikla ni. Bermula dari bulan December yang akan datang ni... Ala, segmen ringkas je. Lagipun, first time kan... Actually, berdebar jugak kot kot takde yang nak join pulak. Tapi, tak try tak tau kan... So, kita cubalah... hihi...

Apa kata kita tengok syaratnya;




  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nyatakan korang follower ke berapa pada yang baru follow. (Especially follower ke 410).
  2. Follow g+ di SINI. (optional)
  3. Like fb page di SINI. (optional)
  4. Buat entri bertajuk SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
  5. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  6. Lepas tu tinggalkan link entry korang di ruangan komen.
  7. Selesai.

Macam mana? Senang je kan. Segmen bermula sekarang, 25/11/2016 hingga 30/11/2016 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist  selama sebulan.... Tapi kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat encik random.org.

Baiklah, dengan lafaz Bismillahirrahnirrahim... Cikla mulakan segmen ni.... Meh meh join cepat... Hope korang support ye... Hihi... Oklah, sekian dulu... Selamat bersegmen korang....

Terima kasih.... wassalam....


Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.

November 30, 2016 2 Comments
Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA. | Assalamualaikum wbt. Hai korang.... Cikla nak tanya, korang anak ke berapa dalam keluarga? Macam mana pulak sikap atau karakter korang dan adik beradik? Jom baca ni, kalau korang nak tau apakah ciri atau karakter korang berdasarkan kedudukan korang dalam adik beradik berdasarkan unsur TAAA (Tanah, Air, Api, Angin)...

Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.
Unsur Tanah; anak 1, 5, 9 - Pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia, tak mudah membangkang cakap orang lain *mengikut aje, mendengar kata dan boleh dibawa berbincang, berpewatakan manis, seorang yang lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif, tak banyak kerenah dan tak cerewet, menghormati orang lain, selalu merendah diri dan tak sombong, tak suka memendam rasa marah sampai tahap boleh meletup dan lambat dalam menyelesaikan satu satu tugasan.

Unsur Air; anak ke 2, 6, 10 - seorang yang sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain, kalau buat kerja teratur, teliti dan pantas. Seorang yang keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk *asyik dia je nak menang. Seorang yang manja, lembut hati tapi agak sensitif dan mood yang selalu berubah ubah, *air yang tenang jangan disangka takde buaya.

Unsur Api; anak ke 3, 7, 11 - seorang yang bersemangat tinggi, sangat aktif dan berkobar kobar. Seorang yang sangat teliti dan berwaspada, suka menyakat dan mengenakan orang lain, bersikap panas baran dan mudah melukakan hati orang lain, kuat cemburu, seorang yang nampak pendiam  dan sombong tapi baik hati. 

Unsur Angin; anak ke 4, 8, 12 - seorang yang pandai melembutkan hati orang lain tapi agak susah untuk mengendalikan keadaan. Mereka juga seorang yang tak suka berkongsi apa apa masalah dengan orang lain, bersikap pendiam dan agak pemalu dengan orang yang tak dikenalinya, suka membuat haluan sendiri tapi seorang yang penyayang. 

So, macam mana? Ada yang sama tak? Suratan atau kebetulan tu? Hihi... Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie.

November 30, 2016 8 Comments
Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa memang dah terlalu banyak model telefon pintar di pasaran hari ini. Betul tak? Macam-macam brand ada, dengan Samsung, Huawei, Lenovo, Asus. Dan, yang paling terbaru cikla rasa telefon pintar model Vivo V5.

Ia baru saja dilancarkan, dan penjualannya dijangka mampu mencapai 85 juta unit di seluruh dunia penghujung tahun ni. Kalau korang nak tau, Datuk Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai duta produk bagi mempromosikan telefon pintar ni. Patutlah hari tu cikla ada tengok iklan telefon ni, lepas tu ada Datuk Siti, duta rupanya. 

Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie.
Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie. Telefon pintar Vivo V5. Sumber SINI.

Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie.


Ermm, apa pulak 'kelebihan' telefon ni kalau nak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain? Mestilah ada kelainan kan, sebab kelainan inilah yang akan menjadi daya penarik orang untuk memilikinya. Zaman sekarang ni orang memang suka selfie kan. Tak kiralah kat mana aje, even kat dalam tandas pun selfie jugak. Hahaha...

So, pada yang suka sangat ber'selfie' tu, cikla rasa elok korang ada telefon ni sebijik. Pasal apa? Pasal, telefon Vivo V5 ni mempunyai kamera selfie (kamera depan 20MP) yang mana dia berfungsi cahaya lembut dan software fotografi terbaik untuk mereka yang mahukan swafoto yang perfect, tak kiralah korang amik gambar tu dekat tempat yang gelap dan kurang pencahayaan. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 13 MP, ciri ciri Face Beauty Mode 6.0 supaya imej yang diambil lebih cantik dan look natural. 

Skrin telefonnya pulak bersaiz 5.5 inci yang mana ia menggunakan kaca lengkung 2.5D Corning Gorilla yang pasti akan membuatkan paparan yang terhasil lebih terang. Di samping itu, ia juga dipasang dengan sistem prosesan Octa-core 1.5GHz 64-bit bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman, sistem Android 6.0 Marshmallow, sensor cap jari, sistem muzik Hi-Fi vivo, Smart Split 2.0 dan Eye Protection Mode. Baterinya pulak adalah 3000mAh. Storan dalamannya boleh ditingkatkan sehingga 126GB menggunakan kad SD.

Telefon pintar Vivo V5 'Perfect Selfie' ni dijual dengan harga RM1,299 dan terdapat dalam dua pilihan warna iaitu gold rose dan gold. So, kalau korang ingin memiliki telefon pintar ni, boleh pergi usha usha di kedai telefon berdekatan. Tapi, bagi yang berkemampuanlah. Ingat tu, jangan membazir. 

Kalau cikla, tak mampu kot. Lagipun cikla bukanlah kaki selfie, huahuahua. Korang boleh klik SINI kalau nak usha telefon ni dan telefon lain pun ada jugak.

Just sharing... ❤❤❤


Sumber : SINAR HARIAN.

Headaches.

November 30, 2016 4 Comments
Headaches. | Assalamualaikum wbt. Korang pernah kena headaches tak? Rupanya headaches ni ada jenis jenisnya. Nak tau? Jom tengok ni...

Jenis-jenis Headaches.


Headaches.
Headaches. Sumber Facebook.


Sebenarnya Headaches ni ada 4 jenis, iaitu;

  1. Sinus; yang mana kesakitan biasa dirasai dibelakang dahi dan tulang pipi.
  2. Cluster; yang mana kesakitan biasanya dirasai di dalam dan disekeliling salah satu mata.
  3. Tension; yang mana kesakitan biasanya dirasai macam 'hand squeezing' di kepala.
  4. Migraine; yang mana kesakitan dirasai dalam typical of classic form.

So, korang biasa alami yang mana satu. Rasanya, kebanyakan orang mengalami Migraine kan...❤

29 November 2016

Karakter seorang lelaki pemalu.

November 29, 2016 1 Comments
Karakter seorang lelaki pemalu. | Assalamualaikum wbt... "Ehh ehh... tengok lelaki tu, pemalu sungguhlah... buat menantu elok ni..." Hahaha... ada ke yang suka lelaki pemalu ni? Mereka ni memang kurang bercakap dan agak misteri. Betul ke? Tapi rasanya macam dah payah je nak jumpa lelaki pemalu zaman sekarang ni.

Bukan takde langsung, tapi dah kurang. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat control rasa malu diaorang tu bila berhadapan dengan orang ramai lebih lebih lagi pasangan dia dan perempuan yang dia suka. Sebenarnya, ada beberapa karakter yang kita boleh tengok pada diri seorang lelaki yang pemalu ni. Apa dia tu? Meh baca ni kalau nak tau...

Karakter seorang lelaki pemalu.


Karakter seorang lelaki pemalu.
Karakter seorang lelaki pemalu. Sumber Google.

  • no eye contact masa berkomunikasi dengan orang. Seboleh bolehnya dia nak elakkan dari mata bertentang mata. Hahaha.... 
  • konon konon buat buat sibuk terutama bila berhadapan dengan orang yang dia suka. Nervous kot... Lagipun, dia berkelakuan sebegini sebab nak nampak sempurna di depan orang lain sebab tu dia sebtiasa gelisah dengan pergerakan mereka.
  • kalau bercakap pulak, tergagap gagap. Nampak sangat gugup.... aisehhh....
  • lagi suka berkomunikasi di media sosial dari cakap depan depan...
  • sangat sangat sangat sensitif dengan sentuhan. Kalau ada orang cuit or pegang bahu dia pun punyalah terkejut sampai nak melompat bintang.. haahaaa... Lepas tu cepat cepat dia elakkan diri dari kita. Mungkin ada electric shock kot... hihi...

Kawan kawan or partner korang pemalu tak? Cuba tengok betul ke tidak karakter kat atas tu dengan diaorang. Kalau tak semua pun, mungkin salah satu ada yang sama...

Pada cikla, nak malu pun biarlah kena pada tempatnya. Nanti kalau dah pemalu sangat macam susah je nak ejaz... hihi... Jangan marah ye lelaki lelaki pemalu semua...


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal.

November 29, 2016 9 Comments
Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal. Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cari rezeki tu biarlah dari punca yang halal dan diredhai oleh Allah. Bukan apa, setiap rezeki yang kita perolehi, dan dengan rezeki itulah jugak yang "menghidupkan" kita dah tentu ia akan menjadi darah daging. So, biarlah nikmat rezeki itu adalah dari hasil yang halal supaya ia akan mendapat keredhaan serta rahmat dariNya. InshaAllah.. 

Selain dari kita berusaha bertungkus lumus mencari rezeki untuk keluarga, kita juga disarankan supaya sentiasa berdoa supaya rezeki yang kita dapat tu adalah dari sumber yang halal dan baik. So, inilah yang cikla nak share. Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal.

Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal.


Bismillahirrahmanirrahim.....


Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal.
Doa agar diberi kecukupan dengan harta yang halal.


Amin amin amin....❤❤


~kongsilah ilmu itu walaupun sepotong ayat~

28 November 2016

Drama slot Samarinda TV3, Umairah episod akhir malam ni.

November 28, 2016 8 Comments
Assalamualaikum wbt....

Drama slot Samarinda TV3, Umairah episod akhir malam ni. | Actually, sebelum ni masa mula mula drama ni ditayangkan cikla tak tengok sangat. Maklumlah kan, masa drama ni bersiaran pun agak lambat, pukul 10 malam sebab cikla ni kadang kadang memang terlelap sekali bila tidurkan baby Zara. *dengan ibunya sekali belayar... hehe... Cikla memang tak miss tengok drama ni since minggu lepas. Lepas tu, memang tak miss. Sebab, setiap babak tu membuatkan kita rasa nak tengok lagi apa yang berlaku seterusnya... Makin lama, macam makin suspen pulak kan...

Malam ni dah sampai episod akhir pun. Aiseh... apalah sudahnya kan... Tapi yang pastinya Umairah dengan Shahrizal bukan adik beradik. So, perkahwinan mereka sah... lagipun, Umairah dah pregnant pun kan... Jadi, macam lagi rumit je kisah mereka ni.... Lagi satu, misteri siapakah dalang disebalik kejadian Sab, adik Umairah diketuk dikepala sampai koma dan siapakah bapa kandung Shahrizal.... Memang kita dah dapat agak kan based pada episode hari Rabu lepas, tapi still curious nak tau jugak what happening next... betul tak?

Oklah, apa kata kita baca sikit sinopsis drama ni.... Sumber SINI.

Pelakon;

Lufya Omar sebagai Umairah.
Amar Asyraf sebagai Shahrizal.
Shah Iskandar sebagai Adam.
Dilla Ahmad sebagai mak Shahrizal.
Shiqin Kamal sebagai Nadia. 
Octovia Manrose sebagai Sabrina.


Lufya Omar sebagai Umairah. Sumber Sinar Harian.



Sinopsis;

Drama ni mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir, juga merupakan anak sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah telah meninggal dunia semasa melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Kelakuan dan sifat Umairah dan Sabrina amat berbeza, yang Umairah adalah seorang gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala, adiknya Sabrina pula seorang yang agak kasar kelakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. Umairah, seorang sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya? Itulah yang menjadi misteri dan apakah sebenarnya niat sebenar Shahrizal?

Wah... suspen kan.. heehee...Takpelah, kita tunggu malam kang, pukul 10 semuanya akan terjawab... Oklah, just sharing. Sekian dulu, wassalam....

Resepi mudah Spaghetti Carbonara.

November 28, 2016 11 Comments
Resepi mudah Spaghetti Carbonara. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, tempat korang hujan tak? Tempat cikla hujan lebat, ni baru berhenti. Sejuk kemain rasanya. Macam dah dekat Cameron dah gayanya. Kalau dah sejuk sejuk camni, korang pepaham ajelah. Perut berdendang sokmo. Lapar semedang. Kalau perut cikla, haruslah. Sebab dari pagi memang tak sempat nak makan. Bizi bebenor ler katakan. Hahaha.

Kebetulan hari ni hubby cuti, so ajak dia shopping barang basah simpan buat stock. Senang. Kadang-kadang tak sempat nak ke market. Beli sekali banyak, cuci bersih bersih simpan dalam fridge. Nak masak nanti senang. Amik, siapkan bahan... masak... settle!

Time shopping tadi, tetiba teringat aritu cikla ada beli kuah carbonara readymade PREGO. Actually, ni first time beli dan rasa. So, dah kebetulan beli barang, belilah sekali bahan nak buat spaghetti  carbonara. Ate, nak rasa jugak sedap ke tak. Jomlah cikla share.. Rasanya resepi paling senang di dunia kot, sebab bahan dah siap sedia. Tinggal panaskan gaul-gaul. Siap dah...

Resepi mudah Spaghetti Carbonara.


Bahan bahan;


1 bungkus Spaghetti (direbus sampai lembut).
1 tin kuah carbonara cendawan brand PREGO.
1 tin cendawan butang brand AYAM BRAND. (dihiris)
5 batang sosej (botong bulat).
1 biji bawang besar (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit minyak untuk menumis.


Caranya nak buat kuah carbonara; 


Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan sosej dan cendawan, goreng sekejap. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan kuah carbonara dan sedikit air. Terpulanglah pada korang nak pekat ke cair kuahnya. Kalau cikla, sedap lagi pekat. Rasa kuahnya, kalau tawar tambah garam. Biarkan sekejap, bolehlah dihidangkan bersama spaghetti. Siap!

Resepi mudah Spaghetti Carbonara.
Resepi mudah Spaghetti Carbonara.

Macam mana? Senang kacang kan. Selamat mencuba. 

27 November 2016

Hold your wife's hand!

November 27, 2016 2 Comments
Hold your wife's hand! | Assalamualaikum wbt.... Cuba korang tengok gambar di bawah tu...  "Hold your wife's hand in the mall because if you let go, she'll start shopping it looks romantic but it's actually economic..." Nampak macam romantik, tapi ada udang disebalik batu rupanya. Haha... begitu ye....

Hold your wife's hand.


Hold your wife's hand
Hold your wife's hand! Sumber Google.


Kalau nak cerita bab 'berpegangan tangan' ni, cikla memang salute dengan pasangan yang sudah berusia tapi masih berpimpinan tangan kalau keluar. Memang dulu, kini dan selamanya romantik gitu. Bukan apa, kadang-kadang kita tengok pasangan yang muda beliau ni, masa bercinta je, amboi bukan main pegang tangan macam tak nak lepas.

Tapi, bila dah kawin, nak-nak pulak ada bila berjalan, haaa kau sorang depan, sorang belakang. Yang isteri sibuk duduk anak, yang dipimpin lagi. Yang cik suami pulak, amboi lenggang lengguk mak Minah jalan sendiri. Patut ke tak patut tu? Huhu...

Hanya mereka yang "melaluinya" jua yang mengerti... hihi....

Ehhh.... YES dah start ke belum ek? Mood nak bershopping ni macam diseru seru pulak dah. Hihi...

26 November 2016

SEGMEN JOM BERKENALAN.

November 26, 2016 4 Comments
Assalamualaikum wbt...

SEGMEN JOM BERKENALAN. | Jom join segmen ni. Di samping dapat berkenal kenalan, boleh merapatkan ukhwah sesama kita.... Nak join, klik banner tu. 


 https://belogsjm.blogspot.my/2016/11/segmen-jom-berkenalan_1.html


Segmen tamat pada 31/12/2016 jam 11 59 pm. Selamat bersegmen semua. Oklah, sekian dulu, wassalam.

Senarai peserta SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

November 26, 2016 7 Comments
Assalamualaikum wbt...

Senarai peserta SEGMEN BLOGLIST #1 DECEMBER CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY. | Berikut merupakan senarai peserta yang join segmen ni.... check it ou...

  1. Unni Anje.
  2. Belogs JM.
  3. Nurul Aqidah Azahar. 
  4. Nik Ainaa.
  5. Cik Zue.
  6. Safirul Amar Azmi.
  7. Noor Maizan.
  8. Noor Akma.
  9. Lokman Hakim.
  10. Karimah Zulkafali.
  11. Zafirah Nazri.
  12. Lea Azleeya.
  13. FarahAtiqah.
  14. Banu Syah.
  15. Fhatin Amelia.
  16. Cik Nur.
  17. Jaafar Abdullah.
  18. Fey Liez.
  19. Don Ahyan.
  20. Nur Sabrina.
  21. Hani Fadhlina. 
  22. Amy Hilmirda.
  23. Ucing.
  24. Haffizul Iskandar.

Terima kasih sebab join... Good luck ye.... Oklah, sekian dulu, wassalam.....

Cuti sekolah dah mula dah....

November 26, 2016 6 Comments
Cuti sekolah dah mula dah.... | Assalamualaikum wbt. Semalam berakhirnya sesi persekolahan tahun 2016. Sekejapnyalah kan.... Huhu.... Hari ni dah start cuti sekolah dah. Merdekalah mereka ye..... Anak anak cikla ni pun, pagi pagi lagi dah bangun. Kalau time sekolah, ya ammpuuunnm kadang kadang susahnya kejutkan mereka bangun suruh pergi mandi dan pergi sekolah.... Aik, time cuti... senang pulak. Tak kejut pun bangun sendiri... Huuhuu....

Cuti sekolah dah mula dah....


Cuti sekolah dah mula dah....
Sumber Facebook.

So, apa aktiviti anak anak untuk musim cuti sekolah ni? Rancangan TV dah tentu macam macam kan. Tapi, tak kan nak duduk menghadap TV je hari hari. Macam tak bersambung pulak sel sel otak tu.. hehehe..... Anak cikla sibuk nak balik kampung nak duduk kat umah opah dengan atuk cuti ni.... Aduiii... peninglah opah dengan atuk nanti... hihi....

Oklah, happy holiday ye anak anak... Isikan masa cuti tu dengan aktiviti berfaedah....

25 November 2016

Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com.

November 25, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt....

Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com. | Korang nak blogspot template free tak? Kalau nak jom join giveaway ni, manalah tau ada rezeki kan.... Kalau nak join, just klik pada gambar kat bawah tu....


 http://www.reenri.com/2016/11/hadiah-blogspot-template-dari-reenricom.html

Syarat pun senang je. Giveaway berlangsung dari 19/11/2016 hingga 19/12/2016. Sebulan tu... Memang sempat bebenorlah kalau nak join. Keputusan akan diumumkan pada 20/12/2016. So, good luck pada yang join. All the best ye... Oklah, sekian dulu, wassalam.....

Bye-bye si mata panda!

November 25, 2016 12 Comments
Bye-bye si mata panda! | Assalamualaikum wbt. Ada sesetengah orang mempunyai masalah mata 'layu' mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang tidur, kurang rehat dan terlalu letih atau badan kekurangan air dan tak cukup vitamin. Masalah ni kalau dibiarkan lama lama akan mengakibatkan mata 'layu' bertukar menjadi mata panda.

Lingkaran hitam bawah mata ni akan mencacatkan penampilan kita kan. Betul tak? Cikla ada cerita pasal mata panda tu di SINI. Tapi, korang semua jangan risau. Ada beberapa petua yang korang boleh cuba untuk 'menyahkan' mata panda ni dari hidup korang. *ceh... ayat dramatik sungguhlah. Nak tau tak apa petuanya? Meh baca ni....

Bye-bye si mata panda!


Bye-bye si mata panda!
Bye-bye si mata panda! Sumber Google.

Bye-bye si mata panda! 


Air garam mampu menghilangkan kesan lingkaran hitam ni. Macam mana caranya? Senang je, ambil kapas dan rendamkannya dalam air garam yang suam. Kemudian, letak kapas tu pada mata korang dan biarkan selama beberapa minit. Air suam dikatakan mampu menjadikan mata kembali segar.

Cikla rasa korang mesti tau kan betapa 'magic' nya timun dalam mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata ni kan? Sebab apa? Timun dikatakan mampu menghilangkan kesan bengkak kulit dan memberi kesegaran pada mata kita. Caranya senang je, hanya letakkan hirisan timun pada mata dan biarkan sekejap. Kalau nakkan kesan yang cepat buatlah selalu, ok! Selain itu, air sejuk yang dikeluarkan dari peti ais jugak boleh digunakan untuk mengatasi masalah ni sebab ia dikatakan boleh membantu mengecilkan pembuluh darah di samping mengurangkan kesan bengkak.

Guna uncang teh, lebih-lebih lagi teh hijau. Ini kerana, kandungan kafein yang ada dalam teh dikatakan akan menyempitkan pembuluh darah, sekaligus mengurangkan kesan bengkak, kulit lesu dan lingkaran hitam kat bawah mata tu. Caranya senang je, ambil uncang teh yang dah dicelup dengan air panas, kemudian biarkan ia sejuk lepas tu letakkan atas mata kita. Senang kan?

So, macam mana? Sonang jo kan? Cikla harap petua ni dapat membantu korang yang mempunyai masalah ni. InshaAllah.

Semoga bermanfaat.


Sumber : Ruangan GenY, Harian Metro.

24 November 2016

Semuanya daripada pasu!

November 24, 2016 14 Comments
Semuanya daripada pasu! | Assalamualaikum wbt... Orang cakap kalau dah berbakat tu, macam macam idea boleh dihasilkan kan? Bagi je lah apa benda pun pada dia, mesti menjadilah benda yang kadang kadang kita pun tak terfikir. Cantik sangat.  Inilah salah satunya. Jom tengok. Semuanya daripada pasu!

Semuanya daripada pasu!


Semuanya daripada pasu!
Semuanya daripada pasu!

Semuanya daripada pasu!
Semuanya daripada pasu!

Semuanya daripada pasu!
Semuanya daripada pasu!

Semuanya daripada pasu!
Semuanya daripada pasu!

Semuanya daripada pasu!
Semuanya daripada pasu!


Uiii..... Comelnya keluarga penguin tu kan? Memang unik dan memang berbakat sungguh siapa yang menghasilkan ni semua *terkagum pulak kita... hihi...

Oklah, just sharing. Sekian dulu, wassalam.....


Sumber : Facebook/DIY CRAFTS AND PROJECTS .

Tujuh kalimah penghapus dosa.

November 24, 2016 16 Comments
Tujuh kalimah penghapus dosa. | Assalamualaikum wbt. Berikut adalah sekadar perkongsian dan ingatan untuk kita semua termasuklah diri cikla sendiri. Barang siapa yang menghafal tujuh kalimah, ia dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan. Apakah tujuh kalimah penghapus dosa itu?


Tujuh kalimah penghapus dosa.
Tujuh kalimah penghapus dosa. Sumber Google.

Tujuh kalimah penghapus dosa.


  • Mengucap Bismillah pada tiap-tiap permulaan kalau nak melakukan sesuatu. 
  • Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap bila selesai melakukan sesuatu. 
  • Mengucap Astagfirullah kalau lidah mengatakan perkataan yang tak elok.
  • Mengucap InsyaAllah kalau merancang sesuatu perkara untuk dilakukan pada hari esok. 
  • Mengucap La haula wala kuwwata illa billah kalau menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.
  • Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun kalau menghadapi atau menerima musibah.
  • Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. 

Semoga ketujuh tujuh kalimah ini akan menjadi amalan kita seharian.


Sumber : WhatsApp Group.

23 November 2016

Baby Zara 3 month already!

November 23, 2016 6 Comments
Baby Zara 3 month already! | Assalamualaikum wbt.... Begitu cepat masa berlalu, baby Zara 3 month already! Rasanya macam baru semalam je cikla bersalinkan dia, berpantang dan baru je habis pantang, sekarang ni dah besar dah pun. Baby Zara pun nampak dah pandai nak mengiring-ngiring. Budak-budak sekarang memang cepat je membesarnya. Tau-tau esok dah berjalan berlari dah, oh my baby Zara... ibu love you...

Baby Zara 3 month already!


Baby Zara 3 month already!
Baby Zara 3 month already!


Semoga adik membesar dengan sihat dan bijak. Jadi anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah...  Amin... Jangan nakal-nakal tau.. ❤❤❤

Jom cuba resepi tomyam campur. (pes homemade).

November 23, 2016 12 Comments
Jom cuba resepi tomyam campur. (pes homemade). | Assalamualaikum wbt. Wahhhh wiii korang-korang, dah lama kot cikla tak share resepi kan. *Ate, teman ni idak ler pandai masaknya, tapi kalau yang ringkas, simple tu bolehlah, Hihi. Kali ni cikla nak share dengan korang macam mana nak masak tomyam tapi guna pes homemade, yang buat sendiri tu. Selalu kita guna yang dah siap tu kan, apa kata kali ni kita cuba try test buat sendiri pulak....

Nak dijadikan cerita, tak rancang pun buat pes sendiri. Sekarang ni, sejak beranak kecik ni memang awallah cikla masuk dapur. Seawal 10 pagi memang dah tercongok kat dapur tu. Bukan apa, time macam nilah baby Zara tidur. So, ibunya dengan pantaslah buat apa yang patut. Plan dari malam tdi memang masak tomyam untuk lunch esoknya. Pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah, singgah kedai jap beli bahan-bahan. Dan siap, semua bahan tiba tiba teringat pulak ada ke tidak pes tomyam. Rasa rasa macam ada beli haritu. Cari dalam lemari, mak aiiii takde. Alamak, macam mane ni. Dahan dah ready semua...

Oh ye... *ceh, dengan nada lega apa kata kita try google resepi pes tomyam homemade. Cari punya cari, haaa jumpa pun. Cikla kira ni yang paling senang dan kebetulan bahan-bahannya pun ada. Sumber resepi SINI. Resepi ni cikla tak ikut sangat. Cikla buat dengan bahan yang mana ada je. Dan ada yang cikla tambah ikut suka. Maaflah tuan resepi, derhaka resepi pulak. Hihi. Dah jom usha macam mana nak buat.

Jom cuba resepi tomyam campur. (pes homemade).


Bahan kisar;


2 biji bawang besar.
4-6 ulas bawang putih.
2 batang serai. 
1 biji tomato.
3 sudu besar cili giling/boh.
2 biji cili merah. (tapi cikla guna cili hijau sebab cili merah takde).
Air perahan limau nipis. (dalam 2-3 biji).

Bahan lain;


Ayam potong kecik kecik.
Lobak merah.
Bunga kobis.
Baby corn.
Bawang besar (potong 8).
1 batang serai diketuk. 
2-3 helai daun limau purut. 
Limau nipis diambil airnya.
Fish ball sepeket.
2-3 biji cili api.
Asam keping (optional. kalau kurang masam boleh tambah).
Gula, garam dan perasa.
Minyak untuk menumis.

*sayur potong kecik. Kalau korang nak tambah mushroom ke, udang ke, sotong ke, ikut koranglah...

Cara nak buat;


Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan nampak garing. Kemudian, masukkan serai yang dah diketuk bersama daun limau purut. Kacau sekejap. Selepas tu, masukkan ayam dan sayur yang keras dulu untuk diempukkan. Tambahkan air agak agak tenggelam bahan-bahan tu semua dalam periuk.

Bila ayam dan sayur dah empuk, masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian, masukkan fish ball, sayur yang cepat empuk macam mushroom, bawang dan air perahan limau nipis. Kalau nak lebih masam, masukkan je asam keping. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih. Bila dah masak, tutup api dan boleh dihidangkan.....

*settle.....


Jom cuba resepi tomyam campur. (pes homemade).
Tomyam campur.

Macam mana? Senang yang amatkan. Kalau korang suka pedas pedas, tambah je cili api tu banyak banyak. Jangan sampai berasap telinga sudahlah ye... hihi....

Selamat mencuba...

22 November 2016

Jangan minum susu mentah!

November 22, 2016 13 Comments
Jangan minum susu mentah! | Assalamualaikum wbt..  Minum susu memang bagus, tak kiralah susu lembu atau susu kambing. Tapi, jangan minum susu mentah. Sebab apa? Sebab susu mentah dikatakan akan meningkatkan risiko mendapat jangkitan penyakit seperti bovine tuberculosis dan brucellosis. Susu mentah yang diminum tanpa proses pendidihan dan pempasteuran dikhuatiri mengandungi bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.


Jangan minum susu mentah
Jangan minum susu mentah. Sumber Google.




So, sebaiknya kalau nak minum susu mentah mestilah dididihkan susu itu terlebih dahulu. Kalau korang nak tau, penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah salah dibawah peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Kawalan Makanan 1983 yang akan dikuatkuasa bermula 1 Disember ni...


Sumber : KOSMO!

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM.

November 22, 2016 18 Comments
Assalamualaikum wbt...

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM. | Sebelum tu, terima kasih pada yang dah tag cikla untuk join sama giveaway ni. korang yang nak join, jomlah... Klik je kat banner di bawah tu...


 http://ceriteraibu.blogspot.my/2016/11/giveaway-by-ceriteraibublogspotcom.html


Giveaway berakhir pada 4/12/2016 nanti. So, cikla nak tag AINA, LEYA dan MAMA ILA untuk join sama. Yang tak ditag pun boleh join jugak. Oklah, all the best pada yang join... Good luck... Sekian dulu, wassalam....

21 November 2016

Gara gara nak cepat kaya....

November 21, 2016 8 Comments
Gara gara nak cepat kaya.... | Assalamualaikum wbt.. Orang cakap kalau nak kaya cepat biarlah kena dengan gayanya. Seeloknya sumber kekayaan tu datang dari sumber yang elok. Baru berkat selamat, kata orang... Ini tak, nak cepat kaya tapi jalannya tak berapa nak elok pulak.... Korang nak tau sebab apa cikla bukak cerita pasal nak cepat kaya ni semua?

Seorang peniaga di Kota Bahru dikenakan denda RM8000 gara gara menaikkan harga teh O ais daripada RM2.80 kepada RM4. Ni kes nak kaya cepatlah ni... Cehhh.... Mahal cekik darah betul. Bagi cikla, RM2.80 tu pun dah mahal. Kalau kat tempat cikla, teh O ais baru RM1.50. Tengok, berapa ringgit dia telan tu... Huhuhu... memang tak patut betullah.... Tengok, baru tau rasa kan... disebabkan RM4 kan dah "hilang" RM8000...... Kalau tak dapat bayar denda, dah kena penjara pulak. Tak pasal pasal kan....


Gara gara nak cepat kaya....
Gara gara nak cepat kaya. Sumber Google.


Taulah sekarang zaman yang serba naik, tapi janganlah naiknya sampai mencekik pengguna. Kenaikan yang munasabah kata orang... Para peniaga pun kena bertimbang rasa jugak... Pendek kata, peniaga dan pengguna saling melengkapi.... So, jangan pentingkan diri sendiri...


Sumber : Akhbar Kosmo!

20 November 2016

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah.

November 20, 2016 24 Comments
Assalamualaikum wbt...

Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah. | Siapa suka makan makan lapis Sarawak? Apa kata join giveaway ni. Mana tau ada rezeki.... Kek lapis Sarawak sedapppp.... Nak join klik banner di bawah....


http://nurain-syahirah.blogspot.my/2016/11/giveaway-kek-lapis-sarawak-by-ain.html


Syarat pun senang. Just follow apa yang dikehendaki je.... Giveaway berlangsung selama sebulan lebih bermula dari 20/11/2016 hingga 1/1/2017... Oklah, good luck pada yang join... All the best.... Sekian dulu, wassalam ....

1 hari 2 kisah.....

November 20, 2016 4 Comments
1 hari 2 kisah..... | Assalamualaikum wbt... Cikla rasa semalam hari paling sibuk dan memenatkan. Sebab apa? Sebab semalam berlangsung dua majlis yang bermakna untuk anak cikla. Majlis konvoksyen peringkat sekolah pulak. *yang cikla share sebelum ni peringkat dun. Nak tau kisah tu? Klik SINI dan SINI.

Aik tak habis habis lagi ke kisah amik hadiah ni? Ishh... belum lagi... Ni majlis last lah ni. Minggu ni memang direct seminggu asyik join majlis konvo anak je... Korang bayangkanlah macam mana tak sibuknya. Sebelah pagi majlis untuk tabika PASTI. Sebelah petang pulak untuk tabika KEMAS. Memang super duper kelam kabutlah dibuatnya. Memang pagi pagilah dah settle kan hal kat rumah. Then, berkejar pulak nak join majlis tu. Mestilah nak tengok kan, anak amik hadiah. Bagi support kat diaorang... Hiihiii...

Jom cuci mata sikit jom... antara "kejadian" yang berlaku di kedua dua majlis tu... hihi...

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PASTI NURUL HIDAYAH 2016;


Kakak Ika ... wakil pelajar bagi ucapan.

Kanak kanak PASTI buat persembahan....

Kakak Ika....

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS SERI CHEDING (B);



konvokesyen tabika kemas 2016
Majlis dimulai dengan bacaan MARHABAN.

Kakak Ika mendeklamasikan sajak.

Persembahan kanak kanak tabika KEMAS....

Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata....


Semoga anak anak yang diraikan ini akan terus berjaya mencapai kejayaan di peringkat seterusnya. Ini baru permulaan. Mukkadimah je kita orang.... Yang ke depan tak tau lagi kan. Cikla pasti ia mesti lebih mencabar.... Oklah, nak cerita tu je. Sekian dulu, wassalam....

18 November 2016

Doa pelembut hati anak-anak.

November 18, 2016 10 Comments
Doa pelembut hati anak-anak. | Assalamualaikum wbt. Dah lama rasanya cikla tak share doa kan. Cikla bukanlah nak tunjuk alim or pandai, tapi tak salah kot kita saling mengingati sebab peringatan ni untuk diri cikla jugak.

Tak dinafikan ada orang cakap, kalau ada 10 anak makanya 10 lah perangai yang macam-macam. Orang ni begitu, orang ni begini. Kadang-kadang pening kepala mak bapak nak layan kan. Cikla baru empat anak ni pun kadang-kadang riuh rendah dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau time bergaduh. Tapi, takpelah. Kali ni, cikla nak share doa pelembut hati anak anak....

Doa pelembut hati anak-anak. 


Bismillahirrahmanirrahim....

Doa pelembut hati anak-anak.
Doa pelembut hati anak-anak. Sumber Facebook.

Apa kata lepas ni kita amalkan doa ni. Semoga lepas ni lembut hati anak-anak kita dan sentiasa dengar dan taat dengan mak bapaknya. InshaAllah... Amin...

Semoga bermanfaat. 🌸🌸

17 November 2016

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT.

November 17, 2016 3 Comments
Assalamualaikum wbt...

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT. | Siapa yang tak nak sihat kan? Kalau macam tu, jom join giveaway sihat ni.... Macam biasa, nak join klik kat banner di bawah....


 http://iammashitahmamat.blogspot.my/2016/11/giveaway-salam-sihat-bersama-mashitahmamat.html



Giveaway berlangsung dari 15/11/2016 hingga 15/12/2016. Lama tu, apa lagi? Jom join ramai ramai... Ada 5 hadiah untuk 5 orang pemenang bertuah.... Mana tau kita salah seorang daripadanya kan... Oklah, good luck pada yang join. Selamat berjaya. Sekian dulu, wassalam.....

giveaway miniature photography by waza studios.

November 17, 2016 6 Comments
Assalamualaikum wbt....

giveaway miniature photography by waza studios. | Jom join giveaway ni... Nak join klik banner di bawah...


 http://dorayakino.blogspot.my/2016/11/giveaway-miniature-photography-by-waza.html


Syarat mudah je. Just follow blog dan Instagram penganjur. Giveaway tamat pada 1/12/2016, jam 10 malam... So, pada yang belum join, marilah kita join beramai ramai. Kita support adik Miza ni. Ok.. Good luck pada yang join... All the best... Sekian dulu, wassalam.....

Khas untuk ibubapa; Adab ketika menerima keputusan peperiksaan anak.

November 17, 2016 4 Comments
Khas untuk ibubapa; Adab ketika menerima keputusan peperiksaan anak. | Assalamualaikum wbt. Sekarang dah tiba pulak musim keputusan peperiksaan diumumkan. Bermula dengan SRA, lepas tu UPSR kemudian PT3, SPM dan STPM. Mungkin ada yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, tapi mungkin jugak ada yang memperolehi keputusan sebaliknya. Ibu bapa mana yang tak happy kalau anak mereka dapat keputusan cemerlang kan. Betul tak? Kalau orang bertanya tentang keputusan anak pun dengan bangganya kita bagitau. Tapi, macam mana pulak kalau orang bertanya, tapi keputusannya tidak membanggakan.... So, sebenarnya ada beberapa adab sepatutnya dipatuhi di kala musim menerima keputusan peperiksaan ini. *aik? ada adab jugak ke? Ishhh.. mestilah ada... nak tau tak? Jom baca ni....

ADAB ketika menerima keputusan peperiksaan anak;


Kalau nak tanya pasal keputusan anak kawan, sekali tanya cukuplah. Kalau dia jawab, "cukup makan" atau "biasa biasa je" tak payahlah nak ulangi soalan yang sama banyak kali, konon konon nak dapatkan kepastian yang lebih detail. Tanya lebih lebih nak tolong tambah markah ke? No no no... Tolonglah jaga sensitiviti kawan tu. Lagipun, itu hak dia kan kalau setakat tu je dia nak berkongsi dengan kita. Tak payahlah nak desak lebih lebih nak tau banyak banyak. Apa yang tak best dan amat sedih adalah, ada gak orang yang nak sangat tahu tentang kekurangan keputusan anak kawan. Sebab apa? Sebabnya nanti dia nak ceritakan pulak dengan org lain. Dan yang tak bestnya lagi, mulalah dia menokok tambah cerita, dah jadi modal mengumpat pulak. Aduhaiii lahhh. Huhu.

Kalau kat dalam group pulak, janganlah puji lebih-lebih pada mereka yang anaknya berjaya. Siap ada yang puji "emak bapaknya bagus itu sebab  keputusan anaknya bagus". Kalau itulah ayat yang dikatakan, macam mana pulak dengan perasaan ibu bapa lain dalam group yang  anaknya kurang berjaya atau tidak berjaya langsung?  Adakah  sebab ibu bapanya tidak bagus, maka keputusan anaknya tidak bagus? Dah tentu tentu mereka sedih. Lagipun, hal ni adalah satu ujian, bukannya satu pembalasan.....



Khas untuk ibubapa; Adab ketika menerima keputusan peperiksaan anak.
Khas untuk ibubapa; Adab ketika menerima keputusan peperiksaan anak.


Peringatan ini tegas untuk si penyoal yang suka bertanya tanpa ikhlas, boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Ingatlah yang kita jugak ada anak. Anak kita jugak akan memperolehi keputusan peperiksaan. Suatu hari nanti kita jugak akan hadapi perkara macam itu. Belum tentu anak kita semuanya bijak pandai, walaupun kita rasa kita adalah orang yang pandai. So, untuk menanyakan keputusan anak orang lain itu beragak-agak dan berpada-padalah. Apa yang penting, jangan paksa orang bagi jawapan yang panjang lebar.

Kalau orang itu menjawab anaknya cuma dapat keputusan yang biasa biasa aje, jangan pulak tanya, "sains dapat berapa?", "math dapat berapa?". Stop to ask!! Bukan apa, nanti kalau bertemu buku dengan ruas, silap silap haribulan mahu berkudapkan selipar. Hahaha. Jadilah orang yang bermulut mulia, bukannya orang yang tak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.

Kalau kawan kita itu ikhlas nak bagitau keputusan anaknya tak bagus, janganlah kita pulak dengan sengaja bercerita, bergosip dan sampaikan pada orang lain. Sebab hal ini mugkin tak disenangi oleh kawan kita tadi. Kalau kawan kita tadi anaknya mempunyai keputusan yang bagus, bolehlah kita share dengan orang lain sebagai tanda tumpang gembira.

Ingatlah. Orang cakap hidup ini umpama roda. Mungkin hari ini kita happy dengan keputusan anak kita, tapi mungkin jugak esok lusa tak tentu lagi kan. Betul tak? Mungkin hari ni kita gebang akan kekurangan  orang lain, tapi tak mustahil esok lusa Allah SWT paparkan pulak semua kekurangan kita. Untuk peringatan sesama  kita, mulut dan hati perut manusia lain lain. So, berhati-hatilah. Waallahualam.....❤❤


Sumber : WhatsApp Group.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.