06 November 2016

# my story

Ammar dan gajet.

Ammar dan gajet. | Assalamualaikum wbt.... Zaman sekarang ni zaman gajet. Pendek kata semua orang ada gajet. Gajet yang paling popular adalah smartphone. Rasanya macam pelik je kan kalau orang takde phone, paling koman pun phone yang biasa biasa tu. Betul tak? Sampaikan mak mak kita lebih advance dari kita ni haaaa siap ada Facebook, insta, macam macamlah...

Bagi cikla, budak-budak pun tak terkecuali. Cikla tengok, budak-budak sekolah sekarang pun ada phone. Siap bawak pergi sekolah lagi. Kalau zaman cikla sekolah dulu, bawak jugak telefon, tapi 'telefon' botol airlah. Rasanya, kalau kanak-kanak baya-baya Ammar tu pulak, mesti parents mereka belikan tab. Itu yang paling popular kot. Cuba tengok Ammar tu, kusyuk kemain. Tak payah ajar macam mana nak main, pandai je jarinya tu slash slash, huhuhu. hai lah anak, bijak sungguh awak ye....

Ammar dan gajet.


Ammar dan gajet.

Pendapat cikla, ada baik dan buruknya kalau parents bagi anak-anak main tab ni. Baiknya, kita boleh download lagu or pengajaran yang baik termasuklah pembelajaran ABC, 123, alif ba ta... dan lain lain... Budak-budak ni, kadang kadang kalau nyanyi nyanyi ni cepat je diaorang 'tangkap' dan ingat.

Tapi, keburukannya, ia boleh melalaikan. Maksud cikla, contoh... anak cikla yang sulung, kakak Batrisyia.. balik sekolah terus mengadap tab tu. Dengan baju sekolah tak bukak, makan pun tak. Lepas tu nak pergi mandi, ya ampunnnn.... punyalah payah. Bila ibunya dah jadi tarzan barulah nak bergerak. Itupun lepas cikla 'rampas' tab tu. Huhuuu....

Tapi, kalau Ammar takpelah kot. Leka jugak dia main tab. Takdelah dia kacau ibu buat kerja... hehe... Walauapapun, semuanya perlu dibawah pengawasan ibubapa jugak. Pantau semua akiviti anak kita.... Nanti kalau tak bagi, macam ketinggalan pulak. Orang ada tab, dia takde pulak. Kesian tengok... Hehe.... ❤❤

6 comments:

  1. Selagi masih berada dibawah kawalan dan pemantauan in sya Allah boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... zmn skng ni lagi mcm mcm pngaruh.... ibu bapa kena peka....

      Delete
  2. Yg utube tu skang bhyakan yg spiderman kawen dgn frozen. Mcm mcm hal --' ap ap pon, tv ke, smart gadget ke, kne ad pmntauan drp ibu bapa. If tk, mmg ank ank mudh nk mlencong and trpngaruh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal hal mcm ni lah yg kita takut... tp selagi tak sambung WiFi depa takleh nk bukak utube kan... hihi.. main je apa yg ada dlm tab..

      Delete
  3. kena juga ada pemantaun then bgi time kalau nak main gadjet..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.