Batuk dan bersin boleh sebar penyakit?

by - November 15, 2016

Batuk dan bersin boleh sebar penyakit? | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak batuk atau bersin, tutuplah mulut tu. Bukan apa, kalau korang nak tau, batuk dengan bersin ni boleh menjadi agen penyebar penyakit tau, contohnya influenza, batuk kokol, SARS dan lain lain. Itu pun ramai yang tak peka dengan hal ni, padahal ini memang sangat penting untuk kita amik tau.

Sebenarnya, ada etikanya masa kita nak batuk atau bersin lebih-lebih lagi ketika kita berada di khalayak ramai. Jom baca apakah ia;

Batuk dan bersin boleh sebar penyakit?


Batuk dan bersin boleh sebar penyakit?
Batuk dan bersin boleh sebar penyakit? Sumber Google.


Guna mask bila hidung korang berada dalam keadaan tak selesa terutama kalau korang mengalami selsema atau batuk. Ini dapat membantu mengelakkan ia menjangkiti orang lain. Langkah berjaga-jaga kata orang.

Masa batuk atau bersin, seeloknya palingkan muka daripada orang lain atau ketika menghadap makanan. Ini membantu mengelakkan bakteria dari tersebar.
Kalau tak nak guna mask, pakai tisu atau sapu tangan masa batuk atau bersin. Buang tisu tu lepas gunakan ia, kalau sapu tangan boleh dicuci lepas guna. Tapi kalau dah no choice sangat, guna lengan baju korang tapi elakkan dari bersentuhan dengan orang lain sehingga korang tukar baju tu.

Kalau boleh, elakkan dari berada di tempat yang crowded sebab keadaan sebegini lagi senang bakteria nak tersebar kalau korang betul atau bersin. Nak selamat duduk je kat umah kalau takde urusan penting yang memerlukan korang keluar rumah.
Jangan berkongsi sapu tangan korang dengan orang lain sebab ia turut memudahkan bakteria tersebar. Kalau boleh elak dari menyentuh muka, hidung dan mulut sebelum korang mencuci tangan sebersihnya.

So, lepas ni kena peka sikitlah ye. Memanglah kita nampak perkara ni macam remeh je, tapi penting sebenarnya. Kadang-kadang, puncanya dari batuk dan bersin je tapi penyakitnya boleh jadi serius.

Marilah kita saling mengingati.  Cegah sebelum kena...❤❤


Sumber : Ruangan Info Sihat.

You May Also Like

8 Orang yang komen.

  1. WP pun baru seminggu kena batuk, selsema dan sakit tekak.
    Menjangkit2 satu rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya selsema yg paling senang menjangkit...

      *get well soon WP...

      Delete
  2. sebab semua semburan tu ade virus. klau kita tk sehat, jgn tido dgn ank. brnyawa tu pn bleh jangkit kat dia dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. baby paling senang berjangkit..

      Delete
  3. airborne disease..hihi..jaga2.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.