Bye-bye si mata panda!

by - November 25, 2016

Bye-bye si mata panda! | Assalamualaikum wbt. Ada sesetengah orang mempunyai masalah mata 'layu' mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kurang tidur, kurang rehat dan terlalu letih atau badan kekurangan air dan tak cukup vitamin. Masalah ni kalau dibiarkan lama lama akan mengakibatkan mata 'layu' bertukar menjadi mata panda.

Lingkaran hitam bawah mata ni akan mencacatkan penampilan kita kan. Betul tak? Cikla ada cerita pasal mata panda tu di SINI. Tapi, korang semua jangan risau. Ada beberapa petua yang korang boleh cuba untuk 'menyahkan' mata panda ni dari hidup korang. *ceh... ayat dramatik sungguhlah. Nak tau tak apa petuanya? Meh baca ni....

Bye-bye si mata panda!


Bye-bye si mata panda!
Bye-bye si mata panda! Sumber Google.

Bye-bye si mata panda! 


Air garam mampu menghilangkan kesan lingkaran hitam ni. Macam mana caranya? Senang je, ambil kapas dan rendamkannya dalam air garam yang suam. Kemudian, letak kapas tu pada mata korang dan biarkan selama beberapa minit. Air suam dikatakan mampu menjadikan mata kembali segar.

Cikla rasa korang mesti tau kan betapa 'magic' nya timun dalam mengatasi masalah lingkaran hitam di bawah mata ni kan? Sebab apa? Timun dikatakan mampu menghilangkan kesan bengkak kulit dan memberi kesegaran pada mata kita. Caranya senang je, hanya letakkan hirisan timun pada mata dan biarkan sekejap. Kalau nakkan kesan yang cepat buatlah selalu, ok! Selain itu, air sejuk yang dikeluarkan dari peti ais jugak boleh digunakan untuk mengatasi masalah ni sebab ia dikatakan boleh membantu mengecilkan pembuluh darah di samping mengurangkan kesan bengkak.

Guna uncang teh, lebih-lebih lagi teh hijau. Ini kerana, kandungan kafein yang ada dalam teh dikatakan akan menyempitkan pembuluh darah, sekaligus mengurangkan kesan bengkak, kulit lesu dan lingkaran hitam kat bawah mata tu. Caranya senang je, ambil uncang teh yang dah dicelup dengan air panas, kemudian biarkan ia sejuk lepas tu letakkan atas mata kita. Senang kan?

So, macam mana? Sonang jo kan? Cikla harap petua ni dapat membantu korang yang mempunyai masalah ni. InshaAllah.

Semoga bermanfaat.


Sumber : Ruangan GenY, Harian Metro.

You May Also Like

12 Orang yang komen.

  1. no2 selalu guna pakai :P smpai hbis timun mak!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... tp timun mmg dh biasa dgr org letak kat mata kan.

      Delete
  2. Lingkaran hitam bawah mata juga disebabkan oleh kekeringan. Boleh letak moisturizer. Sebab kalau dibiarkan boleh cepat kedut

    Kulit bawah mata ni tak ada kelenjar peluh. Jadi cepat kering

    ReplyDelete
  3. singgah pagi jumaat...
    nasib baik mata i bukan mata panda..hihihi...
    tapi bgs perkongsian nie.. :)teruskan..

    ReplyDelete
  4. waah nice sharing.! nk buatnya entah bila la

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.