02 November 2016

# infotips cantik

Darah haid/nifas berbau hanyir?

Darah haid/nifas berbau hanyir? | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, sebagai seorang perempuan kita kena ambil tau pasal ni, sebab pengetahuan ni penting untuk kita membezakan antara darah haid/nifas yang sihat. Bukan apa, takut nanti ingatkan darah haid/nifas yang biasa tapi rupanya tanda kepada keadaan dalaman kita tak sihat sebenarnya. So, berhati hatilah dan alert!

Kalau sebelum ni kita ingat darah haid/nifas berbau hanyir, sebenarnya kita silap! Sebenarnya, darah nifas/haid yang sihat adalah berbau besi karat. Kalau darah nifas/haid berbau bangkai, maksudnya dalaman kita adalah tak sihat. Nak tau tak apakah punca puncanya? Antara punca-punca darah berbau bangkai adalah;

Darah haid/nifas berbau hanyir? 


Bunga ros merah, darah haid/Nifas berbau hanyir
Darah haid/nifas berbau hanyir? Sumber Google.

  • Sembelit; kalau seseorang tu jarang 'membuang', kotoran akan terkumpul dalam perut dan menghasilkan air busuk. Air busuk ni akan diserap oleh rahim lalu faraj akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sebab tu sebagai perempuan, kita kena check bau faraj dengan memantau discharge atau bau yang ada di panties. Ramai dok kata, eii gelilah. Biarlah hak kita, kita yang geli. Jangan sampai suami yang geli dapat isteri berbau bangkai. Bau busuk ini akan effect pada darah haid dan nifas kita. So, pastikan kita selalu buang air besar setiap hari, ok!
  • Pemakanan; ada sesetengah perempuan yang suka makan benda-benda yang diperam, masam-masam. Ni nak habaq, berhati-hatilah ye. Benda-benda  yang diperam ni sebenarnya kalau diamalkan secara berlebihan akan beri effect pada bau darah kita. Nak-nak pulak masih ada  lagi yang masih berpantang ikut cara orang-orang lama, makan ikan perkasam, ikan masin dan ikan bilis hari-hari. Ini akan beri kesan pada bau darah. Ermmm....
  • Kebersihan; sebolehnya elak memakai pad komersial sebab darah yang telah bercampur dengan kimia pada pad ini akan menyebabkan faraj mudah gatal-gatal, darah membusuk dan period atau nifas tak lancar. Seeloknya, pakailah pad kain. Paling tak pun pakai perca kain batik yang boleh dibasuh secara manual. Dan yang paling penting, kena rajin tukar pad kain. Jangan tunggu pad dah berat, overload kata orang, baru nak tukar. Sebolehnya elakkan krim ataupun ubat merapat sebelum 'membersihkan' dalaman. Kebanyakan produk kat pasaran sekarang ni semuanya asyik nak rapat je. Tapi, kita kena ingat tau, rapat tak semestinya sedap kalau kotor. Ketat pulak tak semestinya enak kalau berbau. So, amalkan ubatan herba yang boleh merapi, membersihkan serta merapatkan rahim. Bukannya hanya rapat je. Mesti ramai ingat bersih dengan cara bersuci kan? Sebenarnya istilah membersihkan dalaman faraj adalah lawas buang air besar, kalau boleh setiap hari. 
  • Amalan kebersihan faraj; sebaiknya buatlah rendaman faraj seminggu sekali atau setiap kali lepas habis nifas dan haid dengan ramuan air sireh dan inai. Cara bersuci pulak sebenarnya perlu 'dikorek' sedikit bagi memastikan bahagian kewanitaan betul-betul bersih.




Pendek kata, kita sebagai wanita jagalah dan peliharalah 'harta' kita yang satu ni. Jangan nanti bila dah bermasalah, barulah sibuk nak berubat sana sini. Kita orang, mencegah lebih baik dari mengubati... ❤❤❤


Sumber : SINI. (Facebook Pusat Rawatan Blessed Beauty).

8 comments:

  1. Berul betul bau besi karat. Hanyir tu mst tk sehat :) same jugak bau urine, klau bau lain tu ad mslh ginjal la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kdg2 kita ingat biasa biasa je. tapi itu petanda kepada 'masalah' rupanya.... kena alert sokmo...

      Delete
  2. Selamat Pagi!
    nieyl dtg singgah... :)

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.