Gara gara nak cepat kaya....

by - November 21, 2016

Gara gara nak cepat kaya.... | Assalamualaikum wbt.. Orang cakap kalau nak kaya cepat biarlah kena dengan gayanya. Seeloknya sumber kekayaan tu datang dari sumber yang elok. Baru berkat selamat, kata orang... Ini tak, nak cepat kaya tapi jalannya tak berapa nak elok pulak.... Korang nak tau sebab apa cikla bukak cerita pasal nak cepat kaya ni semua?

Seorang peniaga di Kota Bahru dikenakan denda RM8000 gara gara menaikkan harga teh O ais daripada RM2.80 kepada RM4. Ni kes nak kaya cepatlah ni... Cehhh.... Mahal cekik darah betul. Bagi cikla, RM2.80 tu pun dah mahal. Kalau kat tempat cikla, teh O ais baru RM1.50. Tengok, berapa ringgit dia telan tu... Huhuhu... memang tak patut betullah.... Tengok, baru tau rasa kan... disebabkan RM4 kan dah "hilang" RM8000...... Kalau tak dapat bayar denda, dah kena penjara pulak. Tak pasal pasal kan....


Gara gara nak cepat kaya....
Gara gara nak cepat kaya. Sumber Google.


Taulah sekarang zaman yang serba naik, tapi janganlah naiknya sampai mencekik pengguna. Kenaikan yang munasabah kata orang... Para peniaga pun kena bertimbang rasa jugak... Pendek kata, peniaga dan pengguna saling melengkapi.... So, jangan pentingkan diri sendiri...


Sumber : Akhbar Kosmo!

You May Also Like

8 Orang yang komen.

  1. Kesian pengguna dan pelanggan kan CikLa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 sikap peniaga ni yg suka amik kesempatan... payah ckp...

      Delete
  2. Naik sebab minyak masak naik harga agaknya. :) Teh pun pakai minyak agakknya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... hipotesis yg nmpk mcm xde kaitan je...

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Kalau buat sendiri kt rumah tak sampai 50 sen agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat rumah siap boleh refill lg... heehee.. kan WP

      Delete
  4. Kan..rm2.80 tu pun dah mahal ni kan rm4..jenuh..huhuu..
    Oh ye..muza nak jemput join giveaway miza ni ye :)
    http://dorayakino.blogspot.my/2016/11/giveaway-miniature-photography-by-waza.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..

      btw, thanks atas ajakan tu... cikla dh join dh.. hihi

      Delete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.