08 November 2016

# just sharing and remind

Jangan menilai orang dari segi luaran saja!!!

Assalamualaikum wbt....

Jangan menilai orang dari segi luaran saja!!! | Bak kata orang, don't judge a book by it's cover.... Memang betul, jangan mudah menjatuhkan hukum dengan apa yang kita "nampak" je. Tapi, hakikatnya ia jauh terpesong dari apa yang kita sangka. Jom kita baca kisah ni, semoga ia akan memberi kita kesedaran, seterusnya mendapat rahmatNya... Amin....

Begini kisahnya......

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yang berani dan berpandangan jauh. Pada suatu malam, beliau merasakan ada sesuatu yang tak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyat jelata. Biasanya, Sultan Murad IV akan berjalan melihat keadaan rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar. Setelah lama mereka berjalan, mereka tiba di lorong yang sempit. Di situ, mereka menemui seorang lelaki yang telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Walaupun tempat tersebut tempat orang lalu lalang tapi takde sesiapapun yamg mempedulikan mayat tersebut.

Sultan Murad IV merasa hairan, lalu bertanyakan kepada orang yang lalu lalang di kawasan itu.....

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi takde siapa yang mempedulikan dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka pun menjawab.....

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan Murad IV bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yang diberikan tetap sama.

Sultan membalas.....

"Tapi… bukankah dia juga umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya..."

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya. Melihat suaminya meninggal, dalam tangisannya si isteri berkata.....

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh..."

Sultan Murad IV terkejut, lalu berkata....

"Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya..."

Si isteri menjawab....

"Sudah kuduga pasti akan jadi begini. Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang dia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan dibuangnya di tandas, sambil berkata, "Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yang kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi...."

Isterinya menyambung lagi....

"Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata, "Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi..."" Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku.... "Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yang kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi." Tapi, orang-orang yang berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan...." Aku pernah berkata kepada suamiku.... "Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu..."

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata.....

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya...."

Maka, Sultan Murad IV pun menangis, dan berkata.....

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad IV. Esok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.

Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat.

Subhanallah!

Oleh itu, biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yang mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah... Semoga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin....

Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam....


Sumber : WhatsApp Group.

14 comments:

  1. Setuju Cikla.
    Jangan menilai seseorang dari segi luarannya sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... kdg2 muka ganas tp dlm hati ada taman gituuu... hihi

      Delete
  2. Tapi itulah realiti..selalu menghukum dari pandangan pertama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... kdg2 tak kenal pun org tu tp sangkanya mcm2...

      Delete
  3. Hebatnya kisah ni. Betul, kita sape nk hkum dia. Kita sndiri pndosa, ade ht nk tntukan syurga nraka org?

    ReplyDelete
  4. Hebat hamba Allah ni.. Sanggup habiskan duit dan masa untuk meringankan dosa2 saudara mara seislam.. Isterinya juga hebat, kerana sentiasa menyokong dan berada disisi suami tatkala orang lain memandang rendah akan suaminya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.... mmg syurgalah milik mereka...

      Delete
  5. Kisah yang memberi pengajaran kepada semua. Tq cikla sharing :)

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.