30 November 2016

# kerjaya dan personaliti

Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.

Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA. | Assalamualaikum wbt. Hai korang.... Cikla nak tanya, korang anak ke berapa dalam keluarga? Macam mana pulak sikap atau karakter korang dan adik beradik? Jom baca ni, kalau korang nak tau apakah ciri atau karakter korang berdasarkan kedudukan korang dalam adik beradik berdasarkan unsur TAAA (Tanah, Air, Api, Angin)...

Karakter seseorang berdasarkan unsur TAAA.
Unsur Tanah; anak 1, 5, 9 - Pendiam, pendengar yang baik, penyabar dan setia, tak mudah membangkang cakap orang lain *mengikut aje, mendengar kata dan boleh dibawa berbincang, berpewatakan manis, seorang yang lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif, tak banyak kerenah dan tak cerewet, menghormati orang lain, selalu merendah diri dan tak sombong, tak suka memendam rasa marah sampai tahap boleh meletup dan lambat dalam menyelesaikan satu satu tugasan.

Unsur Air; anak ke 2, 6, 10 - seorang yang sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain, kalau buat kerja teratur, teliti dan pantas. Seorang yang keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk *asyik dia je nak menang. Seorang yang manja, lembut hati tapi agak sensitif dan mood yang selalu berubah ubah, *air yang tenang jangan disangka takde buaya.

Unsur Api; anak ke 3, 7, 11 - seorang yang bersemangat tinggi, sangat aktif dan berkobar kobar. Seorang yang sangat teliti dan berwaspada, suka menyakat dan mengenakan orang lain, bersikap panas baran dan mudah melukakan hati orang lain, kuat cemburu, seorang yang nampak pendiam  dan sombong tapi baik hati. 

Unsur Angin; anak ke 4, 8, 12 - seorang yang pandai melembutkan hati orang lain tapi agak susah untuk mengendalikan keadaan. Mereka juga seorang yang tak suka berkongsi apa apa masalah dengan orang lain, bersikap pendiam dan agak pemalu dengan orang yang tak dikenalinya, suka membuat haluan sendiri tapi seorang yang penyayang. 

So, macam mana? Ada yang sama tak? Suratan atau kebetulan tu? Hihi... Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

2 comments:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.