Karakter seorang lelaki pemalu.

by - November 29, 2016

Karakter seorang lelaki pemalu. | Assalamualaikum wbt... "Ehh ehh... tengok lelaki tu, pemalu sungguhlah... buat menantu elok ni..." Hahaha... ada ke yang suka lelaki pemalu ni? Mereka ni memang kurang bercakap dan agak misteri. Betul ke? Tapi rasanya macam dah payah je nak jumpa lelaki pemalu zaman sekarang ni.

Bukan takde langsung, tapi dah kurang. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat control rasa malu diaorang tu bila berhadapan dengan orang ramai lebih lebih lagi pasangan dia dan perempuan yang dia suka. Sebenarnya, ada beberapa karakter yang kita boleh tengok pada diri seorang lelaki yang pemalu ni. Apa dia tu? Meh baca ni kalau nak tau...

Karakter seorang lelaki pemalu.


Karakter seorang lelaki pemalu.
Karakter seorang lelaki pemalu. Sumber Google.

  • no eye contact masa berkomunikasi dengan orang. Seboleh bolehnya dia nak elakkan dari mata bertentang mata. Hahaha.... 
  • konon konon buat buat sibuk terutama bila berhadapan dengan orang yang dia suka. Nervous kot... Lagipun, dia berkelakuan sebegini sebab nak nampak sempurna di depan orang lain sebab tu dia sebtiasa gelisah dengan pergerakan mereka.
  • kalau bercakap pulak, tergagap gagap. Nampak sangat gugup.... aisehhh....
  • lagi suka berkomunikasi di media sosial dari cakap depan depan...
  • sangat sangat sangat sensitif dengan sentuhan. Kalau ada orang cuit or pegang bahu dia pun punyalah terkejut sampai nak melompat bintang.. haahaaa... Lepas tu cepat cepat dia elakkan diri dari kita. Mungkin ada electric shock kot... hihi...

Kawan kawan or partner korang pemalu tak? Cuba tengok betul ke tidak karakter kat atas tu dengan diaorang. Kalau tak semua pun, mungkin salah satu ada yang sama...

Pada cikla, nak malu pun biarlah kena pada tempatnya. Nanti kalau dah pemalu sangat macam susah je nak ejaz... hihi... Jangan marah ye lelaki lelaki pemalu semua...


Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

You May Also Like

1 Orang yang komen.

  1. Hahaha.. memang ada pun cikla..
    Dia punya pemalu tu siap ada blusher kat pipi.. hehehe

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.