Kekal segar sepanjang hari, ada tips tak?

by - November 14, 2016

Kekal segar sepanjang hari, ada tips tak? | Assalamualaikum wbt. Alamak, baru pukul 10 pagi dah nampak tak bermaya. Lesu dan lemau je rupanya. Kalau dah lesu je, mood pun dah ke laut. Nak buat kerja pun malas je. Nak-nak pulak kalau kerja yang menanti bertimbun-timbun. Lagilah lemah. Betul tak? Lepas tu, baru je tengah hari, dah mula bau badan menusuk hidung. Kalau hidung sendiri tak apalah, ni tak. Hidung orang lain pun turut terganggu. Huhu. Dah stress pulak tengok mimik muka rakan sekerja lain macam bila duduk dekat dengan kita. Tak best lah kalau jadi sampai macam tu sekali kan.

Dah dah, jangan risau. Lepas ni korang dah tak payah nak pening-pening fikir macam mana nak atasi 'masalah' korang ni. Korang baca je tips yang cikla nak share ni. Kalau korang ikut, in shaa Allah  settle masalah korang tu. Apa tipsnya? Ninnnnn diiiaaaaa...


Kekal segar sepanjang hari, ada tips tak?
Kekal segar sepanjang hari, ada tips tak? Sumber Google.


Pakai deodorant dan perfume lebih lebih lagi untuk korang yang mudah berpeluh. Kat pasaran sekarang ni macam-macam brand deodorant dengan perfume ada. Pilih je mana yang korang nak. Seeloknya, pilih deodorant yang mudah dan cepat meresap serta tak tinggalkan 'kesan' pada ketiak korang. Lepas tu, spray perfume pada leher dan belakang telinga. Pilih perfume yang segar dan bau yang tahan lama. Pilih pakaian yang menyerap peluh lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas.

Kawal pengambilan makanan sebab ia boleh mempengaruhi bau badan korang, contohnya instant food, petai dan makanan bergoreng. Paling bagus makan buahan dan sayuran supaya badan kekal segar. Teh panas dapat memberi kesegaran dan semangat pada kita sepanjang hari. Tambahkan aje lemon, pudina, lavender atau chamomille yang mana ia mengandungi asid tannin, sebab ia akan membantu 'menyejukkan' badan korang, sekaligus mengelakkan peluh berlebihan.

Kawal mental dan emosi daripada stress. Apa yang penting tetap bersemangat dan percaya pada diri sendiri. Fokus pada apa yang korang lakukan. Apa yang penting kekal positif dan sentiasa bersangka baik. 

Cikla harap kita semua sentiasa berada dalam mood yang ceria sepanjang hari.

Be happy guys!❤❤


Sumber : Ruangan Info sihat.

You May Also Like

3 Orang yang komen.

  1. Kalau time brpantang mmg letih lesu sbb kita cam mental block. Nak buat pegerakan terhad. Tp lpas dh lalui pngalaman prtama, rasenya bleh diisi dengan bnyk bnda brmnfaat kot. Cik la try share routine brpntang plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... inshaAllah nnti cikla share... ok...

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Kalau kerja di khalayak ramai, memang kena jaga penampilan.
    Kerja sendiri kat kebun macam pak cik ni, tak kisahkan itu semua.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.