Kongsi resepi : Spaghetti Carbonara....

by - November 28, 2016

Kongsi resepi : Spaghetti Carbonara.... | Assalamualaikum wbt.... Hai korang.. tempat korang hujan tak? Tempat cikla hujan lebat, ni baru berhenti... Sejuk kemain rasanya. Macam dah dekat Cameron dah gayanya.. hihi.... Kalau dah sejuk sejuk camni, korang pepaham ajelah. Perut berdendang sokmo. Lapar semedang... hehe.... Kalau perut cikla, haruslah... sebab dari pagi memang tak sempat nak makan. Bizi bebenor ler katakan. Hahaha...

Kebetulan hari ni hubby cuti, so ajak dia shopping barang basah simpan buat stock. Senang. Kadang kadang tak sempat nak ke market.. Beli sekali banyak, cuci bersih bersih simpan dalam fridge... Nak masak nanti senang... Amik, siapkan bahan... masak... settle!!

Time shopping tadi, tetiba teringat aritu cikla ada beli kuah carbonara readymade PREGO. Actually, ni first time beli dan rasa... so, dah kebetulan beli barang, belilah sekali bahan nak buat spaghetti  carbonara. Ate... nak rasa jugak sedap ke tak.. hihi... Jomlah cikla share.. Rasanya resepi paling senang didunia kot.. hanya.. sebab bahan dah siap sedia... tinggal panaskan gaul gaul.. siap dah...

Kongsi resepi : Spaghetti Carbonara....


Bahan bahan;

1 bungkus Spaghetti (direbus sampai lembut).
1 tin kuah carbonara cendawan brand PREGO.
1 tin cendawan butang brand AYAM BRAND. (dihiris)
5 batang sosej (botong bulat).
1 biji bawang besar (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
Sedikit minyak untuk menumis.


Caranya nak buat kuah carbonara; Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan sosej dan cendawan, goreng sekejap. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan kuah carbonara dan sedikit air. Terpulanglah pada korang nak pekat ke cair kuahnya. Kalau cikla, sedap lagi pekat. Rasa kuahnya, kalau tawar tambah garam... Biarkan sekejap, bolehlah dihidangkan bersama Spaghetti.... siap!


Kongsi resepi : Spaghetti Carbonara....
Kongsi resepi : Spaghetti Carbonara....


Macam mana? Senang kacang kan... Oklah, selamat mencuba. Sekian dulu, wassalam....


~ringkas dan sedap~

You May Also Like

11 Orang yang komen.

  1. lapa terus perut saya tengok..heee

    ReplyDelete
  2. Kita pun peminat spageti..slalu buat spageti goreng hhege

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... spegeti goreng cikla tak pernah try. Boleh share resepi ni...

      Delete
  3. Replies
    1. Cikla biasa mkn bolognese.... carbonara pun sedap jugak..

      Delete
  4. Nak menyebutnya pun payah.
    X pernah cuba try lagi.

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa.. tngok entri ni pulak tngah malam. terus terasa lapar. hehe

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.