12 November 2016

# viral/tular

Maksud nama DAMIA tak baik?

Maksud nama DAMIA tak baik? | Assalamualaikum wbt. Terbaru cikla ada baca di laman Facebook yang nama DAMIA membawa maksud yang tak elok. Dah viral pun pasal ni. Klik SINI kalau nak baca. Cikla sendiri anak cikla yang kedua pun namanya NUR FARISYA DAMIA.

Dulu, sebelum bagi nama kat kakak Mia ni memang gigih jugaklah bukak buku nama nama bayi dalam Islam yang elok elok dan bagus maknanya. Itu belum lagi search kat Internet. Memang cikla dengan suami terpikat dengan nama DAMIA ni. Itu yang bagi nama kat anak tu.

NUR = Cahaya, 
FARISYA = Bahagia, 
DAMIA = Kebijakan.

(Sumber SINI).



Maksud nama DAMIA tak baik?
Maksud nama DAMIA tak baik?


Pendapat cikla, mungkin ia berbeza dari segi ejaannya kalau dieja dalam bahasa Arab. Tapi, itulah orang cakap memanglah nama ni penting, sebab ia akan dibawa sampai ke mati. Punya penat mak bapak  fikir nama untuk anak, last last orang cakap makna tak elok pulak. Maaflah, kalau ada yang tak setuju, lagipun pendapat orang lain lain kan. Huhu.

Tapi, frustlah jugak, sebab cari pun refer buku. Bukan main amik macam tu je. Tak kanlah mak bapak nak bagi nama tak bagus pada anak sendiri kan? So, tolong jangan terus tunding jari salahkan mak bapak pasal bagi nama ni kat anak sebab nak ikut trend lah, canggih lah.... 

Maksud nama DAMIA tak baik?
Inilah budak Damia tu... hihi...


Kalau macam tu, lepas ni tukar nama panggilan lah. Kalau sebelum ni panggil Damia, panggillah dengan nama lain. Nur ke, Anje ke. Betul tak? Dan apa yang terpenting, cikla rasa didikan kita pada anak. Kalau elok didikannya, inshaAllah eloklah anak tu bila dah besar kelak. Kesian jugaklah dekat anak, bila tau orang cakap namanya bawa makna tak bagus.

Oklah, itu pendapat cikla. Jangan kecam saya....❤❤

12 comments:

  1. ADA JAK MANUSIA SKG NI, PASAL NAMA PUN NAK KECOH... BTW APA PUN MAKSD NAMA KITA YANG PNTING NAWAITUL TU, DAMIA JUST NAMA KALAU KITA NIAT BAIK MAKA BAIK LA, KALAU NIAT X ELOK MENANG X ELOK LA.. WALLAULAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... cikla setuju jugak apa yg unni ckpkan tu... apa yg penting didikan yg diberi pd Si anak..

      Delete
  2. Pernah terbaca jugak tu.. memang betul ke tu.. wdah banyak nama Damia nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam... macam yg unni ckp .. nawaitu kan... hanya Allah Yang Maha Mengetahui....

      Delete
  3. Elok drp bg nama yg pnjg berjela smpai nk pnggl pn xtahu name mane

    ReplyDelete
  4. nama anak buah saya pun damia jugak. xpelah kita ambil je sbgai ikhtibar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... pengajaran di masa akan dtg...

      Delete
  5. Ramai yang nama Damia ni.
    Xkanlah membawa maksud yang buruk/Xbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waallualam... says dulu cari nama anak pun mmg refer buku. xdelah orang ckp ikut org...

      *psst... WP x send detail lg utk present top commentator... x sudi ke hihi

      Delete
  6. sahih ke sumber tu...omei nya dia..besar dah

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.