Kongsi resepi : Tomyam campur. (pes homemade).

by - November 23, 2016

Assalamualaikum wbt....

Kongsi resepi : Tomyam campur. (pes homemade). | Wahhhh wiiiii.... korang korang, dah lama kot cikla tak share resepi kan. *Ate... teman ni idak ler pandai masaknya, tapi kalau yang ringkas, simple tu bolehlah.... hihi.... Kali ni cikla nak share dengan korang macam mana nak masak tomyam tapi guna pes homemade, yang buat sendiri tu. Selalu kita guna yang dah siap tu kan, apa kata kali ni kita cuba try test buat sendiri pulak....

Nak dijadikan cerita, tak rancang pun buat pes sendiri. Sekarang ni, sejak beranak kecik ni memang awallah cikla masuk dapur. Seawal 10 pagi memang dah tercongok kat dapur tu. Bukan apa, time macam nilah baby Zara tidur. So, ibunya dengan pantaslah buat apa yang patut.... Plan dari malam tdi memang masak tomyam untuk lunch esoknya. Pagi pagi lepas hantar anak ke sekolah, singgah kedai jap beli bahan bahan. Dan siap, semua bahan... tiba tiba teringat pulak ada ke tidak pes tomyam. Rasa rasa macam ada beli haritu.... Cari dalam lemari, mak aiiii takde.... alamak... macam mane ni... bahan dah ready semua....

Oh ye... *ceh, dengan nada lega apa kata kita try google resepi pes tomyam homemade. Cari punya cari... haaa jumpa pun. Cikla kira ni yang paling senang dan kebetulan bahan bahannya pun ada.... Sumber resepi SINI. Resepi ni cikla tak ikut sangat. Cikla buat dengan bahan yang mana ada je. Dan ada yang cikla tambah ikut suka. Maaflah tuan resepi, derhaka resepi pulak... hihi.... Dah jom usha macam mana nak buat...

Bahan kisar;

2 biji bawang besar.
4-6 ulas bawang putih.
2 batang serai. 
1 biji tomato.
3 sudu besar cili giling/boh.
2 biji cili merah. (tapi cikla guna cili hijau sebab cili merah takde).
Air perahan limau nipis. (dalam 2-3 biji).

Bahan lain;

Ayam potong kecik kecik.
Lobak merah.
Bunga kobis.
Baby corn.
Bawang besar (potong 8).
1 batang serai diketuk. 
2-3 helai daun limau purut. 
Limau nipis diambil airnya.
Fish ball sepeket.
2-3 biji cili api.
Asam keping (optional. kalau kurang masam boleh tambah).
Gula, garam dan perasa.
Minyak untuk menumis.

*sayur potong kecik. Kalau korang nak tambah mushroom ke, udang ke, sotong ke, ikut koranglah...

Cara nak buat;

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau dan nampak garing. Kemudian, masukkan serai yang dah diketuk bersama daun limau purut. Kacau sekejap. Selepas tu, masukkan ayam dan sayur yang keras dulu untuk diempukkan. Tambahkan air agak agak tenggelam bahan bahan tu semua dalam periuk.

Bila ayam dan sayur dah empuk, masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian, masukkan fish ball, sayur yang cepat empuk macam mushroom, bawang dan air perahan limau nipis. Kalau nak lebih masam, masukkan je asam keping. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih. Bila dah masak, tutup api dan boleh dihidangkan.....

*settle.....


resepi tomyam campur, tomyam sedap, tomyam simple, tomyam ayam, tomyam sayur
Tomyam campur.


Macam mana? Senang yang amatkan. Kalau korang suka pedas pedas, tambah je cili api tu banyak banyak. Jangan sampai berasap telinga sudahlah ye... hihi.... Oklah, just sharing.... Selamat mencuba.... Sekian dulu, wassalam....


~ringkas dan sedap~

You May Also Like

12 Orang yang komen.

  1. huwaaaa.tom yam my peberet..suka yg pedas. makn mau tersedak tp sedap, suka tom yam sebab mcm2 sayur ada dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kalau ikut tekak ni mmg lg pedas lg sedap. Tp nanti pedas pedas bdk tak boleh mkn pulak.

      Delete
  2. yang simple macam ni sedap cikla... buat sendiri pes tu lagi sedapp :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ... homemade is the best... bertambah tambah mkn...

      Delete
  3. Tomyam antara yg paling senang nk buat...sedap pun sedap kan..

    ReplyDelete
  4. Jimat banyak pun bila pandai buat pes sendiri. Dan tak ada bahan pengawet.

    Lebih selamat untuk seisi keluarga 😍😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... yg penting selamat dan tiada pengawet...

      Delete
  5. Wkmsalam.
    Kompom sedap tom yam campur ni.
    letak sotong, udang, ayam dan daging banyak2.
    Mak mentua lalu belakang pun tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... mau habis sebelanga kang mengadap sorang...

      Delete
  6. haaa, mek nk try buat pes sendiri pulak :) thanks cik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba Mek.. nnti share tau...

      Delete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.