14 November 2016

# my story

Rutin harian berpantang cara saya!

Rutin harian berpantang cara saya! | Assalamualaikum wbt. Apa daaa, dah dekat 3 bulan habis berpantang baru nak share rutin harian masa dalam pantang ye. Dah empat pun anak, hihi. Tapi, takpelah. Bak kata orang, biar lambat asal selamat. Mungkin perkongsian ni dapat bermanfaat pada yang memerlukan.

Cikla, empat-empat anak berpantang kat kampung. Dekat umah mak. *mengada je kan? manjaaaaTerima kasih mak sebab jaga saya, sayang mak. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik. Amin. Ermmm, bukan tak boleh nak pantang tak umah sendiri, tapi bila mengenangkan yang anak-anak masih kecik dan sangat aktif, rasa macam kena jugak berpantang dengan mak. Lagipun, rumah mak dekat je. Berpantang dengan orang lama ni dah tentu tentu banyak "pantang larang" yang kita kena ikut. Haruslah ikut kan, bak kata orang badan nak guna lama. Huhu. Semuanya ada cara tak kiranya dalam aspek penjagaan diri dan pemakanan dalam berpantang. Alhamdullillah, cikla bersalin keempat-empatnya secara normal. So, mungkin "agak" mudah kot cara penjagaannya.

Sebelum tu, cikla nak tegaskan ni rutin berpantang cara cikla tau, mungkin tak sama dengan orang lain. Jangan pulak nanti ada yang kecam saya. Hihi. So, let's check it out!

Rutin harian berpantang cara saya!


Cikla mulakan rutin di sebelah pagi *start bangun tidur sampailah tengah hari. Cikla bangun tidur memang awal. Sebelum mandi, cikla minum air jamu dulu. Jamu yang bancuh tu, tambah air panas sikit, buat suam-suam, pastu gulp gulp. *kadang-kadang pejam mata jugak time minum, hahaTapi, cikla minum jamu takdelah awal sangat. Dalam seminggu berpantang baru start minum. Bukan apa, untuk pastikan baby betul-betul bebas dari jaundis. Sebab misi cakap, kalau kita minum jamu memang ada effect kat baby nanti. Cikla minum jamu bancuh tu dalam 2 minggu je sampai stok jamu habis. Lepas tu, cikla amik yang kapsul pulak. Masa berpantang baby Zara, cikla amik kapsul manjakani je.

Lepas minum jamu, masa untuk bersiram pulak. Hambooi, bersiram ye, hihi. Bangun-bangun tidur, mak memang dah siap-siap rebuskan air mandian dari daun daun herba. Anak pertama sampai ketiga, cikla mandi air rebusan dari daun-daun yang memang original dari kebun. Memang wangi semerbak je, bila kita rebus daun-daun ni semua.  Memang terasa kesegarannya lepas mandi. Daunnya boleh guna balik, sampai hilang bau dan air rebusannya dan jernih. Cuma berpantang baby Zara je *yang keempat, cikla mandi guna yang siap tu, macam uncang teh tu, tapi tak ingat pulak guna brand apa, banyak kot kat pasaran sekarang jual air mandian herba yang instant kan. Cikla mandi air rebusan ni dalam 2-3 minggu macam tu, lepas tu cikla mandi air panas je.

Biasa lepas mandi cikla akan terus berbedak param, pun original kampung homemade. Kalau minggu pertama berpantang tu, lepas mandi cikla akan berurut dulu. Anak pertama sampai ketiga, cikla berurut 3 hari. Tapi, masa baby Zara cikla up sikit, sampai 5 hari gitu. Lepas urut, memang rasa ringan je badan dan lepas tu cikla baru pakai bedak param semua. Masa sapu bedak param memang satu badanlah, tang perut tu lebihkan sikit. Tapi, ada orang letak campuran limau nipis dengan kapur makan tu kat perut. Nak bagi kempis perutlah katakan. Cikla buat jugak sapu limau kapur tu semua, tapi masa berpantang anak pertama dengan kedua je.

Lepas pakai bedak param tu semua, siapkan diri, pakai baju lengan panjang, kain batik dan tak lupa jugak stoking. Nanti masuk angin pulak. Lepas tu, ikat rambut tinggi-tinggi dan pakai pilis kat dahi. Pilis ni pun kampung homemade. Ini semua untuk elakkan kita sakit kepala dan pening. Dah settle, baru cikla pakai bengkung. Anak pertama sampai ketiga, cikla pakai bengkung yang kena lilit banyak-banyak tu. Bengkung macam ni seksanya bila nak pergi toilet, terpaksa bukak dan pakai balik. Tapi, mujurlah masa berpantang keempat, cikla terjumpa bengkung yang lebih fleksibel. Bengkung serimama. (Cikla ada buat review pasal bengkung ni di SINI). Jadi, macam mudah sikit, sebab kalau kita nak pergi toilet, just bukak zip kat tepi. Tak payah nak bukak lilitan tu.

Rutin harian berpantang cara saya!


Dah settle pakai bengkung, baru cikla minum pagi. Biasa cikla minum milo or kopi O panas cicah biskut atau roti kosong. Itulah menu pagi cikla sepanjang berpantang. Sedap ooo. Lepas tu, cikla minum pati ikan haruan dengan makan ubat yang hospital bagi. Itu pun untuk minggu pertama, sampai dua-dua ubat tu habis. Korang mesti tertanya-tanya kan, cikla tak mandikan baby Zara ke. Jujur cikla cakap, baby memang opahnya yang urusin dan siapkan. Lepas ibu dan baby siap, masa untuk susukan baby dan tidurkan dia. Dalam masa yang sama, cikla boleh rehat. Take a nap jap.

Sampai waktu tengah hari, masa untuk makan tengah hari. Cikla lunch around 12.30 atau paling lewat pun pukul 1 lebih sikit. Menu macam biasalah, masa awal berpantang memang makan ikan bilis sangan dengan ikan masin bakar je. Nasi mesti nasi panas. Lagipun, orang tua-tua cakap, orang dalam pantang tak boleh makan nasi sejuk atau nasi yang dah diperangat balik. Sebab efeknya nanti sakit sakit urat. Betul atau tak, waallahualam. Masa makan minum air sirap kurang manis suam, secawan je. Lepas makan nasi, minum air periuk pulak. Rasanya? Faham-faham ajelah. Tapi, demi kebaikan di masa akan datang, telan ajelah. Nanti menyesal kemudian tak guna jugak.

Lepas makan, susukan baby dan rehat. Dalam pukul 4 petang macam tu, masa untuk minum petang pulak. Sama macam menu breakfast, cikla biasa minum Milo panas atau Kopi O, cicah biskut. Petang pulak, cikla memang jarang mandi petang. Bukan apa, sebab malas nak pakai bedak param balik. Hihi. Korang mesti tertanya-tanya, cikla bertungku bila? Cikla bertungku sebelah malam, lepas baby tidur. Kalau tak, cikla akan bertungku sebelah subuh. Cikla cuma bertungku sebulan je, sebab baby Zara dah pandai berjaga-jaga, taknak tidur lama. Bengkung pun cikla pakai sebulan lebih skit je.

Rutin harian berpantang cara saya!
Rutin harian berpantang cara saya! Dengan baby Zara.

So, begitulah rutin cikla kalau berpantang. Inilah yang cikla buat sepanjang 44 hari berpantang. Di samping rutin rutin tu semua, cikla ada jugak ikut pantang yang mak cikla suruh. Contohnya, tak boleh makan atau minum yang sejuk sejuk, minum air pun jangan banyak. Kalau haus, minum air periuk tu je... phewww!!!

Oklah, itu je nak cerita.... Macam mana rutin berpantang korang pulak?
.

11 comments:

  1. seronoknya kalau dpata pantang mcm cik la... akak tak pernah bertungku... anak pertama ceacer, anak kedua normal tp masalah jahitan tak tertutup sampai sebulan lebih baru blh mengurut.... masa pantang kedua2 anak akak buat sendiri... hari kedua dh mandikan bby sendiri, apa kan daya terpaksa mengurus sendiri, sehinggala masak... bestnya kalau pantang ada orang betul2 jaga kita kan... hopefully.... aamiin...

    semoga cik la dan bby sihat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin rezeki cikla ada orang jaga mass berpantang. tapi takpelah, kalau dah terpaksa berpantang sendiri nak buat mcm mne kan... yg penting pandai jaga diri. kalau buat kerja pun jgn paksa diri, buat sekadar yg termampu je...

      Delete
  2. Bagus perkongsian CikLa..Bleh dibuat rujukan nanti.. =)

    ReplyDelete
  3. To be honest, most of the time memang stress time brpntg hr tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 rasa stress mmg xleh nk elak kan. tp org ckp dlm pantang kena sentiasa happy gitu.. takut nnti meroyan.. emosi pun terganggu..

      *take care Mak buyong..:-)

      Delete
  4. Tiap kali waktu pantang cheq hanie mula la selera nak makan macam2..hahah tapi abis je pantang tak rasa lak nak makan..ujian berpantang heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe... dugaan tu... nmpk org mkn semua sedap. semua teringin nak... hihi.. kalau mcm tu, ni pantang nmpk namanya.. hehe

      Delete
  5. boleh buat rujukan kot2 ada rezeki berkahwin then dpt anak..hihihi

    ReplyDelete
  6. waah..msa sy nnti x tau la cmne..hrpnya x pupus lg la cra berpntg cmnie..molek bdn!

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.